0

Ceritera tertunda...

Salam semua,

Wan tak tahulah kenapa semenjak dua menjak ni, penyakit M wan makin menjadi-jadi. Pada awalnya wan hanya nak buat tak kisah aje, tapi biasalah bila dah namanya penyakit, sedikit sebanyak mudaratnya akan menempias juga pada rutin kerja wan... tension la... =(

Ceritera tertunda... inilah salah satunya bahana dek penyakit M. Semua cerita dah jadi basi sebelum sempat wan bercerita! Tapi tak apalah selagi tak langsaikan selagi itu hati wan jadi tak tenang. Tak kisahlah sama ada, ada ke tidak para sahabat yang peduli dan teringin nak tahu... ataupun tak kisah sama sekali ada cerita ke tak ada cerita ke, mereka peduli apa!! hehehe ye tak??

Oklah... hari sabtu, cuti umum, cuti sempena sambut Pesta Cahaya - Deepavali. Yelah dah namanya pesta cahaya, malam sambut tahun baru bagi kaum india ini... berdentum-dentam ruang angkasa USJ dek bedilan mercun. Tepat jam 12 malam, ketika sesetengah kita sedang enak di ulit mimpi... macam mana wan tahu... wan tahulah sebab masa tu wan sedang enak 'memasak'... hehehe jangan terpedaya! bukan memasak sebab nak buat rumah terbuka Deepa-Raya ya! ni memasak yang tak mengenyangkan perut, memasak dalam facebook... ahaks

Ok, sambung balik cerita hari sabtu. Agenda wan dari pagi... breakfast kat Seri Melur Jaya USJ 18. Selesai makan, kami ke shell USJ 9 cuci CLK wan yang dah berbulan-bulan tak nampak rupa tu. Tapi yang tensionnya, siap aje basuh dan ketika dalam perjalanan ke shah alam... hujan turun la pulak. Inilah salah satu sebabnya kenapa wan sangatlah geram. Time wan cuci kereta time tu la hujan... bila wan biarkan berbulan-bulan tak cuci tak adalah pula hujannya (eh! ada jugalah... hehehe saja cari alasan!)

Kemudian kami menghala pula ke Brothers di kawasan pinggir shah alam. Selepas hampir tujuh tahun radio CLK berkhidmat tanpa jemu, akhirnya hari sabtu yang lepas berakhirlah khidmatnya. Bukanlah tak elok, ok lagi... cumanya ada sedikit 'biol'. Kadang-kala dia jadi pemalu, segan nak mengeluarkan 'suara'... dan adakalanya tak semena-mena dia jadi minah metal yang tanpa segan silu bersuara selantang-lantangnya! sampai naik bingit telinga wan. Jadi dengan bayaran sebanyak RM306 akhirnya wan dapat teman baru... kenwood single loading cd + viper. Ops seperti juga cik radio, cik viper juga telah ditamatkan perkhidmatannya selepas hampir tujuh tahun berkhidmat tanpa jemu. Walaupun pada akhir-akhir ini fungsinya sudah hampir membuatkan wan perlukan 'mata tambahan' untuk melihat pemandangan luar di kala hujan.

Selepas selesai di Brothers, kami menghala ke Giant USJ, beli barang dapur. Sebenarnya hari ini wan ada jemputan rumah terbuka kak pah - jiran rumah (atas) dan juga jemputan daripada Rina di semenyih. Tapi sorry ya Na... tak dapat nak penuhi jemputan ko sebab alasan yang telah oghang berikan di blog ko. Tapi jangan serik jemput lagi lain kali tau!!. Jadi hanya wan hanya ke rumah kak pah aje... Jadi sehari hari sabtu yang lalu, wan hanya berpusing di seputar kawasan sekitar USJ dan pinggir shah alam sahaja...

Hari ahad, wan ada 3 jemputan rumah terbuka. 1 daripada wabbit di vista angkasa, 2 daripada Izza Aripin di Sungai Long dan 3 daripada Chik (sepupu abah) di Serdang. Sebagaimana hari sabtu, semalam wan hanya memenuhi undangan wabbit sahaja padahal sebelumnya beriya-iya rancang nak ikut kakyah beraya ke rumah Izza Aripin. Terkilan juga, tapi nak buat macam mana, kesihatan tidak mengizinkan wan memandu jauh-jauh.

Di rumah wabbit boleh dikatakan semua geng UB ada... kecuali nacha yang ada kenduri kahwin anak buahnya?. Alhamdulillah wan ber'jodoh' dengan JiD, kerana ketika wan tiba JiD bersama anak buahnya ada di rumah wabbit dan dalam proses nak minta diri kerana 'mem'nya dah berkali-kali call tanya gerangan anakanda di mana... hehehe. Keseronokan berkumpul ramai-ramai macam ni sangatlah terasa. Lia, Syud (penulis buku Tentang... Dhiya, Kompilasi Tas Merah Jambu & Pelangi terbitan Jemari Seni Publishing), Iejay (penulis buku Lagu Cinta terbitan NB Kara), Nawwir, kaknOOr, kaknOtie, kakUda, Eila (penulis buku Baju Pengantin Mak Andam terbitan Kaki Novel), kak Ija dan anaknya, serta jemputan istimewa Nor Rafishah (penulis Fajar Pakeer), serta kaksu dan kakyah. Walaupun wan semalam bukanlah dalam mood yang 100% nak berborak kerana melayan kepala yang 'weng' tetap teruja menengok rakan-rakan menjamu selera... sedangkan tekak wan yang terasa perit+pahit langsung tak bernafsu nak makan. TAPI wan tetap bedal biskut popia wabbit hampir licin setengah bekas... hehehe. Buat wabbit, terima kasih kerana sudi membuka pintu rumahnya buat wan dan Aysha untuk datang bertandang (hehehe padahal wan dah tido juga pun kat sana....)

Balik daripada rumah wabbit semalampun wan bantai tidur sampai ke malam. Dengan kepala yang sakit berdenyut-denyut, dengan tekak yang perit semacam bila nak menelan hatta nak menelan air liur, dengan hidung yang sudah mula berair membuatkan wan lebih teruja dengan tilam dan bantal sahaja. Dan nasib baik Aysha sangat memahami... jadi wan dapat tidur dengan aman walaupun ada ketikanya wan tersedar dengan Aysha menempel tidur di sebelah memeluk badan wan. Dan Natijahnya hari ini, ketika nak hantar Aysha ke nursery dia sudah mengadu sebelah hidungnya sudah tersumbat... alahai jangan la dia demam pula sebab minggu ni dan minggu depan dia ada exam akhir tahun!.

Oh ya... hari sabtu ketika wan di Giant USJ, wan singgah di Axis Eyewear konon-konon nak survey harga frame kat sana, wan mintalah tolong salesman kedai spec tu check mata Aysha, bukan apa... homework dia semedang tak sempat habis nak salin. Tak tahulah sama ada dia main-main ataupun pandangannya tak berapa jelas dengan tulisan cikgu di papan hitam.

Sebelah matanya (R) S-1.25 C-1.50 A-12, (L) S-2.50 C-1.25 A-176. Wan tak retilah macam mana nak baca, tapi mengikut kata salesman tu mata Aysha memang ada masalah. Huhuhu ni mesti kes tengok tivi dari jarak yang dekat nih!. Nak kena pergi klinik lain pula nak check kesahihannya... kalau betul la... maknanya kena buatkan spec la untuk Aysha... hehehe agak-agak okey tak barang "Permata Hijrah" yang selalu wan tengok iklannya setiap pagi dalam rancagan MHI? kalau elok teringin juga nak cuba. Sayangla kecil-kecil lagi Aysha dah kena pakai spec!

Salam sayang,

0 comments:

Back to Top