2

@ Mahkota Hotel Melaka

Salam semua,

Wan memang sudah biol! hahahaha...

Kenapa?? mesti kawan-kawan akan tertanya-tanya kenapa wan jadi biol...

Bukan apa... wan sekarang ni sudah ketagih dengan 'kebun'. Oleh kerana semalam ada majlis kahwin Wee Tat kat Mahkota Hotel Melaka dan wan yang amat sayangkan kebun-kebun wan tu... sanggup bawak lappy sirman semata-mata takut hasil kebun wan habis layu... hahaha memang wan sudah giler biol!! Oh ya nasib baik wan bawa 'line' wan sendiri. Nak guna yang hotel punya sikit punya mahal! Dan tak semua blok hotel ada broadband.

Wan tak boleh nak bercerita panjang hari ini kerana... ini pun wan tengah stand-by nak tunggu call dari kaksu & kakyah untuk ambil kawan pada kawan Perca di bus stand Melaka (yang wan tak tahu lokasinya di mana) yang akan turun ke Melaka menaiki bas kerana kereta kakyah sudah penuh.

Oh ya siapa Perca tu? Perca adalah mbak Endah, kawan kaksu yang bercuti di Malaysia. Mbak Endah @ Perca pernah traktir kami (geng UB ketika kami melawat Indonesia tahun lalu), Jadi kali ini giliran kami pula untuk bawa mereka jalan-jalan di sekitar KL dan hari ini di Melaka.

Semalam wan tak sempat nak join kaksu & kakyah bawa Perca pusing-pusing sekitar KL kerana berkejar ke Melaka untuk menghadiri wedding reception Wee Tat selepas majlis walimah Carrie di Danau Kota, jadi kebetulan wan sudah ada di Melaka, jadi wan akan join mereka hari ini...

Gambar-gambar sekitar perkahwinan Carrie dan Wee Tat akan wan publish kemudian kerana card reader sirman tak boleh nak baca la pula... wan pula tak la ambil sangat gambar dengan camera wan sebab... hehehe kan wan sudah bawa photographer... jadi biar dia ajelah yang ambil & wan yang jadi modelnya..ahaks!!

Oklah nak siap-siap nak check-out. Nanti wan sambung cerita lagi ya... tentang semua perkara... sehingga itu.... daaaaa

Salam sayang,

2 comments:

myQza said...

di melaka ke wan? bus tand dekat dengan tesco.. kalau wan dr hotem mahkota terus ke tengah bandar dan lalu ke tesco terus ke melaka sentral..

ceh!! macam lah wan baca.. ntah2 skang dah berhoye2 .. he he he

Wan Amalyn said...

tED...
hahaha =) memang wan tak sempat nak bacapun. Tapi... yay!! wan dah jumpa selepas di google, cari di mana lokasinya Melaka Sentral itu.

1 hari di Melaka... penat tapi seronok :P

Back to Top