4

Khas Untuk Nacha...

Salam semua,

N3 ini wan buat khas untuk nacha yang minta resepi 'mee kuah' (tak tahu nak beri nama apa... hehehe). Oleh kerana nacha, malam tadi sekali lagi wan masak mee kuah semata-mata nak ambil gambar untuk ditunjukkan pada nacha. Nasib baiklah segala bahan masih ada dan membuatnya sangatlah cepat.

Bahan-bahannya:
(sukatannya secukup rasa) -> wan tak tahu nak anggarkan banyak mana... agak-agaklah... nachakan lebih terer masak daripada wan... hehehe


Mee Kuning
Bawang Putih
Lada Hitam
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam, Gula
Kiub Ikan Bilis
Udang, Sotong, Daging (tapi, wan gunakan meatball sebab nak cepat masak)
Telur ayam (terpulang... macam wan 3 orang 3 biji)
Sayur Lobak (dicelur kemudian toskan)

Cara Membuatnya:
Bawang putih dan lada hitam ditumbuk lumat. Tumiskan bawang hingga masak. Masukkan udang, sotong dan meatball dan masak hingga masak. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Biarkan seketika (agak2 hingga segala sos sebati la dengan lauk). Masukkan air dan kiub ikan bilis. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Pecahkan telur (tapi jangan kacau) biarkan seketika hingga telur masak dan angkat.

Cadangan Hidangan:
Mee kuning yang telah siap dicelur, letakkan sayur lobak kemudian masukkan kuah dan taburkan cili merah (optional) yang telah siap dipotong bersama perahan limau nipis. Sedia untuk dimakan. =)


*****
Nota 1:
Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, wan ditemani dengan ini ->.

Alhamdulillah tekak wan sudah baik walaupun adakalanya batuk sekali sekala singgah dikerongkong. Tau dak, madu ni sangat sedap dengan tekak wan. Setiap pagi satu paket yang mengandungi 25gm dijual dengan harga RM2.00 satu yang wan beli di restoran Ubi Kayu di USJ 9 menjadi menu makan pagi wan.


*****
Nota 2:
Ucapan Selamat Hari Lahir buat adindaku Spec yang nun jauh di Tanjung Puteri. Moga rahmat-Nya senantiasa memayungi dirimu dik! Moga dirimu selalu ceria, sentiasa bahagia... dan moga dirimu beroleh kejayaan dalam apa jua yang kamu lakukan.



Salam sayang,

4 comments:

nacha said...

Wan... thanks for the recipe. nampak sungguh menyelerakan. harus dicuba ni. bahan2nya npk mudah utk dicari.

hehehe... mana ada saya pandai masak Wan. keje saya suka collect recipe je. ingat tak dulu sy mintak dr Wan recipe ayam percik? sampai ke sudah sy x pernah cuba. recipe laksa johor yg mintak kat Syud pun blom pernah cuba lg. tak tau la bila nak try. tahap kerajinan utk mencuba memasak menu tu tak muncul2 lg. :)

Wan Amalyn said...

Nacha...

hehehe samala kita!! wan pun suka kumpul tp tak suka masak... camne tu?! :D

takpa la... bila2 rajin bleh la try... mmg senangpun tp rasanya tak tahulah... hahahaha jgn tertipu dengan gambar sudah :P

Nina Suria said...

rajinnya cik kak kita masak ari nih.. *hulo pinggan mikasa kosong* lapooooo

p/s nacha kalo buat buku koleksi resepi tu.. mungkin mengalahkan kitab kakmOn agaknya :D

luv ya all

nacha said...

hahaha.. mana ada kakMon. mana bole lwn collection recipe Chef Diva. kakMon kan mmg the real Chef.

Back to Top