2

Na-O-Mei

Salam semua,


Sekarang ni wan kemaruk dok tengok drama bersiri slot Akasia, Na-O-Mei yang disiarkan setiap petang Isnin-Khamis bermula jam 6.30 petang hingga jam 7.30 malam.

Selepas drama Cinta Balqis, alaa pelakon Eira Shazira dengan ** alamak siapa ya nama mamat si suami Diana Rafar yang jadi hero & heroinnya, ingatkan dah tak nak ajar tengok dah! tapi entah kenapa boleh tertengok juga. Itupun beberapa episod awal dah miss (sebenarnya sengaja tak nak tengok!). Walaupun tak tengok, tapi wan boleh agak macam mana jalan cerita yang lompong di tengahnya itu...hehehe

Kenapa wan suka tengok Na-O-Mei? Sebab wan suka tengok Iqram Dinzly yang ala-ala romantik tu... hehehe ni kalau syud baca mahunya termuntah nih! ahaks. Wan suka tengok si Iqram jejaka metrosexual tu. Nak-nak lirikan matanya tu...aduh..hatiku bisa cair donk!! TAPI still tak boleh atasi ranking Aaron Aziz yang masih di carta teratas hero pooojaaannn hatiku itulah! Aaron is still no 1 okey!! hahaha

Oleh kerana wan balik jam 6, ambil Aysha di nursery, kemudian baru balik rumah dan baru dapat tengok, kiranya wan tengok cerita yang dah kat tengah-tengah la selalunya. Oleh kerana kat nursery si Bibik pun dok layan cerita ini, jadi sedikit sebanyak Aysha pun tengok sama. Jadi masuk je dalam kereta mula la wan tanya, hari ini apa cerita, apa jadi pada bla bla, tahulah si Aysha, dia ceritapun ikut cara dia, ikut pemahaman dia... hehehe so kiranya wan dah ada 'geng' yang akan update cerita Na-O-Mei pada wan dari office sementara wan nak sampai kat nursery tu.

Cuma satu je, antara tengok drama dengan baca novel, wan rasa baca novel lagi advanture sebab, bila baca novel, otak dan fikiran kita akan bekerja dengan lebih kreatif untuk membina imaginasi di layar minda. Sesuka hati kita untuk mereka dan membayangkan 'hero' & 'heroin' mengikut tafsiran kita berdasarkan gambaran yang kita baca. Tapi bila menonton drama kita sekadar menerima apa sahaja yang dipaparkan di kaca tivi. Kalau 'hero' & heroin mengikut selera kita (baca sebagai kita suka) then secara automatik kita boleh terima, tapi bila cerita menarik tapi hero & heroin pula bukan wajah pooojaaan hati kita? bagaimana?

Tapi dalam bab cerita Na-O-Mei ini, hero dia, Ikram? Adi Putra? kiranya antara artis yang wan boleh tengok la... Na-O-Mei (Elly Mazlein) pun kita orait lagi la... jadi, sebab tu wan boleh tonton cerita ini, walaupun jalan ceritanya wan sudah boleh agak bagaimana endingnya... klise cerita/drama melayu agaknya??? hahaha

Apa-apapun sesiapa yang sama-sama menonton drama ini, sama-samalah kita tunggu Omei pilih siapa... dan wan sendiri tak tahu nak Omei pilih sesiapa... Ikram kot walaupun kalau Omei pilih Reza (Adi Putra)pun wan okey jugak... ahaks

2 comments:

Unknown said...

Kak Wan, saya pun tengah duk kemaruk tgk Na O Mei ni,sekolah abis kul 6, sampai rumah lebih kurang 6.20, terus mandi n solat maghrib (maghrib sini lebih kurang 6.15) pastu terus tercongok depan tv :p

Suka tengok Reza, handsomenya!!! Paling tak suka tengok Hasnol Rahmat, kenapakah dia muncul, dengan spek mata bulatnya, dan intonasinya yang lambat2? hehehe, sesedap rasa je nak komen :p

Wan Amalyn said...

hehehe ada geng!!

kakwan pun tak suka tgk hasnol dlm citer nih! geram laaa... Si Johan ni dah ada bini tu buatla cara ada bini... ni siap nak pasang lagi satu... kalau la Na-O-Mei pilih jugak si doktor tak sedar diri tu... kakwan boikot tak mo tengok dah! hahaha teruk sungguh kakwan nih!!

Back to Top