2

Buku yang dah habis dibaca...

Salam semua,

Hanya tinggal hari ini dan esok sahaja lagi berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2010 untuk tahun ini... (Insyallah tahun depan ada lagi!). Jadi dalam masa seminggu ini, alhamdulillah wan sudah berjaya menghabiskan 3 buah novel. Satu daripada penerbit Jemari Seni, satu terbitan NB Kara dan satu lagi terbitan Alaf 21.

Buku pertama yang wan baca adalah buku ini... Damai
Buku ini adalah Ceritera 3 dalam 1 iaitu 3 cerita pendek daripada 3 penulis wanita JS. Saidatul Saffaa, Noor Suraya & Syud berganding bahu menghasilkan Damai yang sememangnya mendamaikan!

Cerita pertama, Damai yang juga diangkat sebagai judul novel ini karya Saidatul Saffaa. Menatap karya kedua hasil idea kreatif cik adik kita ni sememangnya mampu membuatkan airmata wan bergenang di tubir mata! (atau wan yang terlalu sensitif) Ops, jangan salah sangka pula, cerita Damai ni bukanlah cerita sedih tau! Ia kisah Nasseema aka Nas -si heroin- yang menjejaki sejarah kegemilangan empayar Islam di zaman kerajaan Uthmaniyah di Turki bagi menyiapkan tesisnya. Dalam menyiapkan tesisnya Nas diuji... dan ujiannya adalah... jeng jeng jeng... bacalah sendiri! ahaks

Membaca Damai, wan teringatkan kak yati (Norhayati Berahim) yang arjuna hatinya -Pak Seyit Kara- adalah orang turki. Hehehe tapi hero dalam Damai ini tak adalah iras Pak Seyit... ahaks! Hero dalam Damai ni ada iras Yusuf Islam??... Tapi kalau iras Sami Yusuf, wan laaagiiiii suka!!! hahahaha

Cerita kedua, Yang Jauh Di Pulau karya kaksu. Ini kisah Piyah dan Piyan. Wan kalau karya kaksu, tidak ada apa yang boleh wan komen selain bagus... bagus... dan bagus. (alaa wan tu bias sebab dia tu peminat tegar kaksu!!) Lantak la kamu nak kata apa, wan tak peduli! Kaksu tak perlu dipertikaikan kebolehannya bercerita, itu sememangnya kelebihan kaksu. Cerita yang biasa-biasapun boleh jadi luar biasa di tangan kaksu! Itu memang wan akui.

Tapi apa yang lebih berkesan, membaca kisah Piyah & Piyan ini airmata wan mengalir di pipi tatkala nenek kesayangan Piyah kembali ke pangkuan Penciptanya. Sedih. Sebak. Semuanya bergulir dalam dada. Tambahan pula di siang harinya (wan baca Piyah & Piyan ni di waktu malam ketika semua orang sudah tidur) wan dapat khabar duka, ayahanda kaksu juga telah kembali ke rahmatullah. Wan jadi teringat sangat-sangat pada kaksu! Wan tak tahulah, wan sedih sebab cerita Piyah & Piyan ni ataupun wan tumpang sedih atas kehilangan kaksu. Tapi wan memang menangis teresak-esak. Menangis sebagaimana wan menangis mendapat khabar tentang kehilangan arwah kak Ja dulu. Sedihnyyaaa...

Tapi korang jangan khuatir Yang Jauh Di Pulau ni bukanlah cerita sedih!! wan aje yang terlebih emosional... (syud mesti kata... "kakwan tu ratu airmata!!" hehehe)

Cerita ketiga, Langit.. Tetap Biru karya Syud. Membaca karya syud kali ini, wan tak mampu nak menyembunyikan rasa... apa ek?? tapi yang pastinya tersengih-sengih. Serius! wan memang tak boleh nak baca dalam keadaan yang normal sebab asyik dok teringat-ingat akan syud... hehehe fasal apa, biarlah rahsia! cheewaahh!!! DAN... wan sangat sukakan Langit... Tetap Biru ini!!


Buku kedua yang wan hadap adalah buku ini... Ruang Rindu karya Rozita Abd Wahab.
Sebenarnya buku ini wan baca berselang seli dengan buku Damai. Salah satu sebab juga kenapa wan suka baca Ceritera 3 dalam 1 terbitan Jemari Seni kerana kita boleh pause pembacaan kita... hehehe yelah, kita habiskan satu cerita dulu, kemudian kalau kita nak sambung baca cerita lain pun boleh tak dak masalah. Kita tak akan teringat-ingat akan kesudahan cerita yang sedang kita baca! Sebab sekejap aje sudah habis.

Ok berbalik pada cerita Rozita kali ini. Sebenarnya kisah ini pernah wan ikuti e-novelnya suatu ketika dahulu... Wah! macam berkurun pula kedengarannya. Betul, kisah ini bermula sebagai e-novel. Lama Ita menyepi dek kekangan masa dan ruang waktu yang terbatas dek kerja. Bila dapat tahu bahawa e-novel itu bakal diterbitkan wan sememangnya tak lepaskan peluang. Nak tahu apa kesudahan kisah Dayang Camelia yang tomboy itu!.

Garapan Rozita sememangnya sentiasa menepati selera wan, cuma antara darjah suka dan kurang suka itu bergantung pada siapa penerbitnya. Janganlah kata wan tak suka sebab ianya terbitan Alaf. BUKAN!!! Wan bermula dengan novel Alaf tau! lama wan jadi pembaca setia Alaf sebelum wan kenal Creative, Jemari Seni, Kaki Novel, PTS, Karnadya, Fajar Pakeer & lain-lain penerbitan yang ada di Malaysia. Dan sampai sekarang wan masih membaca karya terbitan Alaf 21 terutamanya penulis kegemaran wan seperti Anis Ayuni, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Ramlee Awang Murshid (sekadar menyebut beberapa nama).

Cuma, (ini pendapat peribadi wan tau!!), Alaf ada guideline dia sendiri. Jadi sebagai pembaca, adakalanya wan rasa 'terikat'. Wan tak reti nak describe bagaimana perasaan wan, tapi feel yang wan baca (untuk karya Rozita inilah) tak sama dengan feel yang wan baca ketika dia menulis dengan Creative.

Tapi... wan tetap sukakan Ruang Rindu ini! Sekurang-kurangnya terubat rasa rindu pada lenggok bahasa dan 'buah tangan' daripada Ita kali ini.


Kemudian bersambung dengan cerita ini... Layang-Layang Bertali Kaca.
Naskhah setebal berapa ya lupa nak catit tapi hampir mencecah seribu halaman. Karya kak yati ini sememangnya membuatkan wan jadi lenguh tangan! Berat tau!! Nak-nak wan baca sambil baring (waktu malamlah pastinya). Kadang-kala bila terlelap (sebab terlampau mengantuk tapi nak habiskan juga - buku ini wan khatam jam 3 pagi), jatuh atas dada, mak datuk... sakitnya!!

Wan tak tahulah bagaimana kak yati boleh buat cerita sebegini tebal! Salute betul dengan kak yati. Kali ini kak yati bercerita tentang Manja anak jutawan yang kaya wang ringgit tapi sangat miskin dengan kasih sayang. Manja yang begitu mendambakan hidup sebagai gadis biasa, bukannya anak jutawan Tengku Shariman yang hidup bagaikan dalam istana kaca. Anak orang kaya kata, bertuahnya jadi anak orang biasa kerana boleh buat apa sahaja tanpa ada batasan (tiada yang menghalang). Anak orang biasa pula kata, bertuahnya jadi anak orang kaya, wang ringgit bukan masalahnya. You name it, you got it! begitulah mudahnya. Dan sebagai manusia sememangnya kita bagaikan tidak pernah puas dengan apa yang kita ada, ya tak?? Itulah yang kak yati kisahkan dalam LLBK ini.

Manja yang mendapat hidayah di bumi yang terlalu banyak godaannya. Namun sesungguhnya rahmat DIA tak terbatas masa, tempat dan keadaan. Andainya DIA ingin memberikan hidayahNya, maka bertuahlah mereka yang mendapatnya.

Nak tahu ending, bacalah ya! Naskhah yang sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan dan pengajaran ini...


Dan sekarang wan sedang mengadap buku ini... Versus karya Hlovate.
Novel yang boleh dikatakan sebagai bestseller untuk Pesta Buku tahun ini. Novel yang tak sampai setengah hari, hari pertama Pesta Buku berlangsung sudah terjual 500 (?) naskhah. Buku yang, bila setiap wajah pengunjung yang datang dan bertanyakan dan jawapannya adalah SUDAH HABIS mempamerkan riak wajah yang keciwa dan frust.

Itulah penangan Hlovate! yang mempunyai pengikut dan penggemarnya yang tersendiri. Kalau ditanya pada wan apa istimewanya buku Hlovate ini? Satu aje yang terlintas dalam benak wan, pengisiannya. Yup! percaya tak, wan banyak belajar daripada naskhah Hlovate, tak kiralah 5 tahun 5 Bulan ke, aA + bB ke, atau Rooftop Rant (naskhah yang paling wan suka!!). Terima Kasih dik! (walaupun wan sendiri tak kenal siapakah gerangannya tapi wan tetap juga nak berterima kasih!).

Dan lagi satu, buku Hlovate adalah untuk golongan remaja yang boleh dibaca oleh kaum mak-mak juga tau! Jadi pada ibu-ibu yang ada anak-anak remaja yang sedang meningkat naik tu, berilah mereka baca karya Hlovate. Insyallah moga mereka mendapat guide. Janganlah asyik dok sogokkan dengan buku-buku ilmiah sahaja, kadang-kala otak mereka perlu rehat juga...

JADI.... belilah karya Hlovate untuk anak-anak anda! hehehehe


2 comments:

miss-saffaa said...

bergenang air mata *garu kepala*
neway kakwan...thanks for the sweet review. :)
ekspres betui na... :P

Wan Amalyn said...

saffaa...

:) sebenarnya bukan sedih... tp lebih pada rasa seriau (berdiri bulu roma) lepas tu rasa sebak lepas tu tiba2 mata jadi berair... hehehe tak tahulah nak describe mcm mana... esp. part si Nas dok baca nota/dgr cerita sejarah kegemilangan empayar islam dulu-dulu... best ar!! *2 thumbs-up*

(atau kakwan yang lebih2, yang terlalu taksub dgn cerita?!)


:-)

Back to Top