5

Honey

Salam semua,

Hari ini setelah berfikir berpuluh-puluh kali... akhirnya wan telah membelinya. Satu botol seberat 1kg dengan harga RM65. Dan siap ada aturan makan bagai, mengikut pamplet yang diberikan bersama-sama dengan madu Khaula As'Syiffa', dipercayai madu ini berkhasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Pada wan... entah... sebab wan baru makan sikit tapi yang pasti rasanya sedap tak seperti madu yang telah wan beli sebelum ini! =) Tentang kemujarabannya wallahualam... semuanya terpulang pada kuasa Allah swt.

* * * * *

Wan teringin nak ajak sirman pergi jalan-jalan ambil gambar. Tapi bukan kat tempat-tempat yang penuh dengan lautan manusia ya!!. Rasanya dah lama tak berdating dengan sirman. Kalau tidak dia yang busy, wan yang sibuk dengan acara UB. Agak-agak kat mana ya yang sesuai nak berposing tanpa ada orang yang memandangnya?? malu la... nak pose gaya model kalau ada mata lain yang mencuri pandang! wan ni kan pemalu!!

Wan teringin nak pergi...
di tepian pantai, berkejaran dengan sang ombak... sambil bertanya khabar pada sang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Angin yang berkibaran membelai wajah sementara sang teruna merakamkan photo... alangkah indahnya... =)

Wan teringin nak masuk kelas fotografi la =) huhuhu penyakit baru datang lagi!! Nak pujuk sirman belikan D90 untuk wan... nak lawan syud!! hehehehe

OK STOP!! merepek sungguh wan nih!! huhuhu


4

Khas Untuk Nacha...

Salam semua,

N3 ini wan buat khas untuk nacha yang minta resepi 'mee kuah' (tak tahu nak beri nama apa... hehehe). Oleh kerana nacha, malam tadi sekali lagi wan masak mee kuah semata-mata nak ambil gambar untuk ditunjukkan pada nacha. Nasib baiklah segala bahan masih ada dan membuatnya sangatlah cepat.

Bahan-bahannya:
(sukatannya secukup rasa) -> wan tak tahu nak anggarkan banyak mana... agak-agaklah... nachakan lebih terer masak daripada wan... hehehe


Mee Kuning
Bawang Putih
Lada Hitam
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam, Gula
Kiub Ikan Bilis
Udang, Sotong, Daging (tapi, wan gunakan meatball sebab nak cepat masak)
Telur ayam (terpulang... macam wan 3 orang 3 biji)
Sayur Lobak (dicelur kemudian toskan)

Cara Membuatnya:
Bawang putih dan lada hitam ditumbuk lumat. Tumiskan bawang hingga masak. Masukkan udang, sotong dan meatball dan masak hingga masak. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Biarkan seketika (agak2 hingga segala sos sebati la dengan lauk). Masukkan air dan kiub ikan bilis. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Pecahkan telur (tapi jangan kacau) biarkan seketika hingga telur masak dan angkat.

Cadangan Hidangan:
Mee kuning yang telah siap dicelur, letakkan sayur lobak kemudian masukkan kuah dan taburkan cili merah (optional) yang telah siap dipotong bersama perahan limau nipis. Sedia untuk dimakan. =)


*****
Nota 1:
Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, wan ditemani dengan ini ->.

Alhamdulillah tekak wan sudah baik walaupun adakalanya batuk sekali sekala singgah dikerongkong. Tau dak, madu ni sangat sedap dengan tekak wan. Setiap pagi satu paket yang mengandungi 25gm dijual dengan harga RM2.00 satu yang wan beli di restoran Ubi Kayu di USJ 9 menjadi menu makan pagi wan.


*****
Nota 2:
Ucapan Selamat Hari Lahir buat adindaku Spec yang nun jauh di Tanjung Puteri. Moga rahmat-Nya senantiasa memayungi dirimu dik! Moga dirimu selalu ceria, sentiasa bahagia... dan moga dirimu beroleh kejayaan dalam apa jua yang kamu lakukan.



Salam sayang,

2

Rumah Terbuka Kak Yatie (NB)

Salam semua,

Alhamdulillah hujung minggu yang lalu, wan sempat menghadiri jamuan hari raya (walaupun sudah lepas bulan syawal... hehehe) yang diadakan di Taman Prima Saujana, Kajang.

Memandangkan hari sabtu adalah hari bekerja wan, jadi wan sampai sana dah agak lewat petang. Lebih kurang jam 4 petang. Jemputan kak yati sudah agak lenggang, yang ada dan masih menunggu wan (TERHARU SANGAT2) adalah kaksu bersama enche housematenya, kakyah, kaknOOr, kaknOtie, nacha, iejay, iela. Selain penulis Lily Haslina, kak sue (NB) dan kak nida bersama suami dan anak-anak. Dyea dan Sil dah naik kereta nak balik, tapi sanggup turun jumpa dengan kak wan dia yang lewat nih!

Terima kasih la pada kawan-kawan yang tersayang kerana sanggup tunggu wan... huhuhu cayang korang semua!! sungguh la... rasa terharu sangat-sangat.

Kak Yatie kata ada kebab (yang laris macam goreng pisang panas) tapi masa wan sampai sudah habis, dan bekasnya pun dah tak nampak kesan! "Kak Yatie, lain kali cakap kat Pak Seyit kena buat banyak-banyak... hehehe sebab itu menu yang special dan jarang orang buat!"

Wan sempat beli buku terbaru kak Lily bersama PTS - Menunggu Cinta Tuhan =) beli terus daripada penulisnya dapat dengan harga yang istimewa... thanks kak Lily! lain kali boleh kirim lagi...

Selesai makan, borak-borak sekejap... masing-masing dah minta diri, maklumlah mereka sudah lama di sana. Tapi kak yati siap bekalkan lagi... uuwwaaa malunya! dah la makan kat sana, siap tapau bawa balik lagi!!... tapi orang kata, dan wan mengiyakannya... rezeki jangan ditolak ya tak?? hehehe Tapi sebelum balik, sempat la berposing-posing dulu... =) (gambarnya nanti-nanti ya... hehehe wan dalam mood yang rajin+malas)

Buat kak yatie & kak sue serta semua warga kerja NB Kara, terima kasih daun keladi kerana sudi jemput wan dan keluarga ke majlis akak! Tahun depan, insyallah kalau buat, jangan lupa jemputlah kami lagi... =) jangan serik ya!

Dalam perjalanan balik, singgah di Pasar Borong Selangor di Serdang. Beli udang & sotong + mee kuning. Wan dalam mood nak masak mee kuah (resepi korie). Dan semalam - ahad menu untuk hari itu adalah... mee kuah! Tapi terlebih masin la pulak... hahahaha nampak sangat tak berapa rajin masuk dapur!

Salam sayang,

0

When You Say Nothing At All

by: Ronan Keating (Boyzone)

It’s amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word, you can light up the dark
Try as I may I can never explain
What I hear when you don’t say a thing

The smile on your face lets me know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near, you drown out the crowd (drown out the crowd)
Try as they may they could never define
What’s been said between your heart and mine

The smile on your face lets me know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best (you say it best).. when you say nothing at all

The smile on your face lets me know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best (you say it best).. when you say nothing at all

(You say it best when you say nothing at all
You say it best when you say nothing at all…)

The smile on your face,
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let’s me know that you need me






Salam sayang,

3

Penyakit yang tiada vaksinnya...

Salam semua,

Ini masih lagi rentetan kisah daripada penyakit M = MALAS. Percaya tak penyakit ini akan menyerang setiap orang. Cumanya terpulang pada individu bagaimana untuk mencegahnya daripada terus menular atau membiarkan sahaja ia berleluasa memakan diri.

Wan? satu perkara yang wan sangat arif tentang akibat daripada penyakit M yang sedang melanda wan ketika ini. Semua kerja jadi tertangguh! =( nak buat apa-apa sahaja pun jadi malas. Bahananya semuanya jadi berantakan. Kerja disiapkan di saat-saat akhir, dan pastinya hasilnya tidak akan dapat memuaskan hati.

Nak baca novel yang berlambak-lambak pun tak ada mood. Apatah lagi nak berkongsi rasa dengan kawan-kawan semua. Padahal ada satu buku yang sangat menarik dan wan nak cadangkan rakan-rakan wan untuk membacanya iaitu KEMILAU MUTIARA RAUDAH karya Saidatul Saffaa terbitan Jemari Seni. Tapi sampai ke hari ini wan masih belum berjaya menyiapkannya lagi. Padahal buku ini sudah lama wan usai membacanya. Sedihnya... =(

Atau... bila kita kurang membaca tak kisahlah samada membaca bahan bacaan berbentuk ilmiah mahupun bacaan santai seperti novel, kita akan kehilangan sebahagian daripada perbendaharaan kata? dan rasanya wan sangat bersetuju... benarlah frasa yang pernah wan baca tapi lupa di mana... tapi begini lebih-kurang bunyinya " kita perlu membaca beribu-ribu buah buku untuk menghasilkan sebuah buku ". Bukanlah bermakna wan nak buat novel... tidak!! tapi sebenarnya begitulah besarnya peranan pembacaan dalam hidup wan, wan perlu banyak membaca jika wan ingin terus berkongsi rasa dengan kalian semua... TAPI... semuanya itu agak merudum buat masa sekarang. Maafkan wan.

Bukannya wan tidak cuba, wan cuba dan sedang mencuba sekarang ni. Wan cuba baca novel 'adik' wan, percubaan pertamanya... tapi entah di mana silapnya, wan tak dapat nak fokus 100%. Atau kerana faktor usia yang sudah mulai senja ini, minat wan bukan lagi dalam genre remaja apatah lagi dengan penggunaan kata-kata/ayat yang menjadi mainan bicara anak-anak muda hari ini. Dengan kata lain, tak sejiwa dengan wan yang sudah masuk kategori retro sedangkan mereka dalam irama hip hop. Huhuhu wan memang sudah tua laa... Dan wan masih lagi mencari bahan yang boleh menaikkan kembali mood membaca wan. Agaknya wan kena tunggu cerita JaJa & Din karya kaksu (Noor Suraya) kot barulah mood membaca wan akan pulih (alasang!!!).

Alahai sukarnya untuk mengubati penyakit yang sudah menempati, menular, menjalar di setiap urat saraf dalam sistem badan wan ini. Doakan agar wan berjaya mencari penawar dan seterusnya menghalau segala virus yang sudah mula beraja di badan wan ini.


PS:
-> wan rasa, memang wan sudah tambah kurus la... =( kerana setiap mereka yang wan jumpa sudah tegur, "wan makin kurus la" huhuhu adakah ini juga salah satu kesan daripada penyakit M wan... iaitu malas makan!!

-> tekak wan masih lagi perit+sakit, sedang mencuba petua nacha minum madu+perahan limau kasturi, tapi masih terlalu awal untuk melihat hasilnya.

-> malam tadi, lebih kurang jam 10 malam telah berlaku kebakaran kecil di kawasan lapang (laluan gas bawah tanah) di belakang rumah wan... agak cuak juga memandangkan kawasannya sangatlah dekat dan ada paip gas dibawahnya. Tapi kebakaran berjaya diatasi oleh pihak polis dengan bantuan penduduk Sri Tanjung sementara menunggu ketibaan bomba yang wan pasti akan mengalami kesukaran untuk masuk memandangkan laluan terhalang oleh kenderaan yang diparkir di pinggir jalan (tiada lot parking) oleh penduduk Sri Tanjung. Angkara siapakah itu agaknya?? atau angkara budak-budak yang bermain mercun?? wallahualam



Salam sayang,

0

Ceritera tertunda...

Salam semua,

Wan tak tahulah kenapa semenjak dua menjak ni, penyakit M wan makin menjadi-jadi. Pada awalnya wan hanya nak buat tak kisah aje, tapi biasalah bila dah namanya penyakit, sedikit sebanyak mudaratnya akan menempias juga pada rutin kerja wan... tension la... =(

Ceritera tertunda... inilah salah satunya bahana dek penyakit M. Semua cerita dah jadi basi sebelum sempat wan bercerita! Tapi tak apalah selagi tak langsaikan selagi itu hati wan jadi tak tenang. Tak kisahlah sama ada, ada ke tidak para sahabat yang peduli dan teringin nak tahu... ataupun tak kisah sama sekali ada cerita ke tak ada cerita ke, mereka peduli apa!! hehehe ye tak??

Oklah... hari sabtu, cuti umum, cuti sempena sambut Pesta Cahaya - Deepavali. Yelah dah namanya pesta cahaya, malam sambut tahun baru bagi kaum india ini... berdentum-dentam ruang angkasa USJ dek bedilan mercun. Tepat jam 12 malam, ketika sesetengah kita sedang enak di ulit mimpi... macam mana wan tahu... wan tahulah sebab masa tu wan sedang enak 'memasak'... hehehe jangan terpedaya! bukan memasak sebab nak buat rumah terbuka Deepa-Raya ya! ni memasak yang tak mengenyangkan perut, memasak dalam facebook... ahaks

Ok, sambung balik cerita hari sabtu. Agenda wan dari pagi... breakfast kat Seri Melur Jaya USJ 18. Selesai makan, kami ke shell USJ 9 cuci CLK wan yang dah berbulan-bulan tak nampak rupa tu. Tapi yang tensionnya, siap aje basuh dan ketika dalam perjalanan ke shah alam... hujan turun la pulak. Inilah salah satu sebabnya kenapa wan sangatlah geram. Time wan cuci kereta time tu la hujan... bila wan biarkan berbulan-bulan tak cuci tak adalah pula hujannya (eh! ada jugalah... hehehe saja cari alasan!)

Kemudian kami menghala pula ke Brothers di kawasan pinggir shah alam. Selepas hampir tujuh tahun radio CLK berkhidmat tanpa jemu, akhirnya hari sabtu yang lepas berakhirlah khidmatnya. Bukanlah tak elok, ok lagi... cumanya ada sedikit 'biol'. Kadang-kala dia jadi pemalu, segan nak mengeluarkan 'suara'... dan adakalanya tak semena-mena dia jadi minah metal yang tanpa segan silu bersuara selantang-lantangnya! sampai naik bingit telinga wan. Jadi dengan bayaran sebanyak RM306 akhirnya wan dapat teman baru... kenwood single loading cd + viper. Ops seperti juga cik radio, cik viper juga telah ditamatkan perkhidmatannya selepas hampir tujuh tahun berkhidmat tanpa jemu. Walaupun pada akhir-akhir ini fungsinya sudah hampir membuatkan wan perlukan 'mata tambahan' untuk melihat pemandangan luar di kala hujan.

Selepas selesai di Brothers, kami menghala ke Giant USJ, beli barang dapur. Sebenarnya hari ini wan ada jemputan rumah terbuka kak pah - jiran rumah (atas) dan juga jemputan daripada Rina di semenyih. Tapi sorry ya Na... tak dapat nak penuhi jemputan ko sebab alasan yang telah oghang berikan di blog ko. Tapi jangan serik jemput lagi lain kali tau!!. Jadi hanya wan hanya ke rumah kak pah aje... Jadi sehari hari sabtu yang lalu, wan hanya berpusing di seputar kawasan sekitar USJ dan pinggir shah alam sahaja...

Hari ahad, wan ada 3 jemputan rumah terbuka. 1 daripada wabbit di vista angkasa, 2 daripada Izza Aripin di Sungai Long dan 3 daripada Chik (sepupu abah) di Serdang. Sebagaimana hari sabtu, semalam wan hanya memenuhi undangan wabbit sahaja padahal sebelumnya beriya-iya rancang nak ikut kakyah beraya ke rumah Izza Aripin. Terkilan juga, tapi nak buat macam mana, kesihatan tidak mengizinkan wan memandu jauh-jauh.

Di rumah wabbit boleh dikatakan semua geng UB ada... kecuali nacha yang ada kenduri kahwin anak buahnya?. Alhamdulillah wan ber'jodoh' dengan JiD, kerana ketika wan tiba JiD bersama anak buahnya ada di rumah wabbit dan dalam proses nak minta diri kerana 'mem'nya dah berkali-kali call tanya gerangan anakanda di mana... hehehe. Keseronokan berkumpul ramai-ramai macam ni sangatlah terasa. Lia, Syud (penulis buku Tentang... Dhiya, Kompilasi Tas Merah Jambu & Pelangi terbitan Jemari Seni Publishing), Iejay (penulis buku Lagu Cinta terbitan NB Kara), Nawwir, kaknOOr, kaknOtie, kakUda, Eila (penulis buku Baju Pengantin Mak Andam terbitan Kaki Novel), kak Ija dan anaknya, serta jemputan istimewa Nor Rafishah (penulis Fajar Pakeer), serta kaksu dan kakyah. Walaupun wan semalam bukanlah dalam mood yang 100% nak berborak kerana melayan kepala yang 'weng' tetap teruja menengok rakan-rakan menjamu selera... sedangkan tekak wan yang terasa perit+pahit langsung tak bernafsu nak makan. TAPI wan tetap bedal biskut popia wabbit hampir licin setengah bekas... hehehe. Buat wabbit, terima kasih kerana sudi membuka pintu rumahnya buat wan dan Aysha untuk datang bertandang (hehehe padahal wan dah tido juga pun kat sana....)

Balik daripada rumah wabbit semalampun wan bantai tidur sampai ke malam. Dengan kepala yang sakit berdenyut-denyut, dengan tekak yang perit semacam bila nak menelan hatta nak menelan air liur, dengan hidung yang sudah mula berair membuatkan wan lebih teruja dengan tilam dan bantal sahaja. Dan nasib baik Aysha sangat memahami... jadi wan dapat tidur dengan aman walaupun ada ketikanya wan tersedar dengan Aysha menempel tidur di sebelah memeluk badan wan. Dan Natijahnya hari ini, ketika nak hantar Aysha ke nursery dia sudah mengadu sebelah hidungnya sudah tersumbat... alahai jangan la dia demam pula sebab minggu ni dan minggu depan dia ada exam akhir tahun!.

Oh ya... hari sabtu ketika wan di Giant USJ, wan singgah di Axis Eyewear konon-konon nak survey harga frame kat sana, wan mintalah tolong salesman kedai spec tu check mata Aysha, bukan apa... homework dia semedang tak sempat habis nak salin. Tak tahulah sama ada dia main-main ataupun pandangannya tak berapa jelas dengan tulisan cikgu di papan hitam.

Sebelah matanya (R) S-1.25 C-1.50 A-12, (L) S-2.50 C-1.25 A-176. Wan tak retilah macam mana nak baca, tapi mengikut kata salesman tu mata Aysha memang ada masalah. Huhuhu ni mesti kes tengok tivi dari jarak yang dekat nih!. Nak kena pergi klinik lain pula nak check kesahihannya... kalau betul la... maknanya kena buatkan spec la untuk Aysha... hehehe agak-agak okey tak barang "Permata Hijrah" yang selalu wan tengok iklannya setiap pagi dalam rancagan MHI? kalau elok teringin juga nak cuba. Sayangla kecil-kecil lagi Aysha dah kena pakai spec!

Salam sayang,

2

Sehari bersama 'KUBUGIL' @ Melaka

Salam semua,

Alhamdulillah... syukur ke hadrat-Nya. Perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa ada aral melintang.

'KUBUGIL'? pastinya kalian akan tertanya-tanya... apa itu? kedengarannya sedikit lucahkan?? Hahaha sebenarnya KUBUGIL ini adalah singkatan pada 'Kutu Buku Gila'. Kumpulan yang ditubuhkan oleh sekelompok penggemar/penggiat buku. Ala macam kitalah geng UlatBuku... tapi yang pastinya mereka lebih aktif berdiskusi tentang buku... bukan seperti kita, agenda utama adalah MAKAN. hahaha

Sememangnya bila diberitahu oleh kaksu bahawa mbak Endah akan datang berlibur di Malaysia amat-amat membuatkan hati wan teruja. Apa taknya ketika kami geng UB berwisata di Bandung-Jakarta sempena Pesta Buku Jakarta 2008 yang lalu, kedatangan kami disambut hangat oleh mbak Endah. Dan kami juga sempat singgah di Gunung Mas-Puncak tempat mbak Endah, membuatkan wan jadi terhutang budi padanya. Dan kedatangan mbak Endah pastinya memberi peluang untuk wan membalas balik...

Pada awalnya wan sudah mula kecewa apabila perancangan awal kaksu & kakyah yang akan membawa mereka berlibur di Melaka pada hari Ahad 11 Okt, telah dipercepatkan pada hari jumaat. Hari jumaat?? aalaaaa wan mana boleh ikut... wan kan kerja, lagipun cuti tahunan wan sudah langsai... macam mana wan nak ikut!!!??

Tapi... oleh kerana kakyah yang ingatkan mereka akan tiba jam 8 pagi hari jumaat dari Bangkok... akan terus bawa mereka melawat Melaka, tetapi rupa-rupanya jam 8 malam... jadi terpaksalah kakyah ikut balik rencana asal... ALHAMDULILLAH... bolehlah wan join! hehehe

Dan sehari bersama mereka - kubugil- sememangnya amat mengujakan apatah lagi wan juga boleh tumpang sekaki menjadi pelancong... ahaks. Wan ditugaskan untuk mengambil Anna dan Prema di Melaka Sentral. Nasib baik ada 'Pak Google' yang sangat membantu wan & sirman mencari lokasi. Kami bertemu dengan grup kakyah & kaksu bersama mbak Endah dan rakan-rakannya, Antie, Duma & Icha di Banda Hilir.

Oleh kerana wan yang menginap di Hotel Mahkota Melaka (wan ambil apartment 1 bilik) dan tiada package breakfast menyebabkan kami agak kelaparan... hahaha (sebenarnya nak keluar cari makan, tapi Aysha pula nak mandi kolam... dan kami juga harus stand-by untuk ambil Anna di Melaka Sentral... jadi wan fikir lebih baiklah wan check-out terus... itu yang kami hanya sempat buat air dan makan roti yang sempat sirman beli di stesen minyak Jalan Gombak -> n3 ini akan saling berkait dengan n3 yang sebelumnya... kerana jarak masa berlaku adalah diantaranya)

Setiba di area Dataran Pahlawan, mereka (mbak endah & da gang) meneruskan acara melawat sekitar Dataran Pahlawan, kaksu dan kakyah bersantai di bawah pokok menikmati angin kota bersejarah Melaka sementara wan, sirman dan Aysha ke mc'D berdekatan untuk 'breakfast' jam 12.00 tengah hari... ahaks.

Kami bertemu balik untuk makan tengah hari di Gerai Makan yang terdapat di tengah-tengah Banda Hilir itu. Wan yang baru selesai makan... alamak! macam mana ni? mereka nak makan asam pedas Melaka, tapi perut wan sudah kenyang!? tapi untuk tidak menghampakan perut (takut ralat aje) wan makan juga sikit... sekadar menjamah dan merasa akan keenakkan asam pedas di Melaka.

Selesai makan, kami naik Taming Sari. Tapi oleh kerana waktu itu (lebih kurang jam 2 petang) berlangsungnya acara payung terjun di menara tersebut, menyebabkan operasi untuk pengunjung naik dan menikmati pemandangan dari atas 'langit' ditutup buat sementara dan akan dibuka jam 2.30 petang. RM10 (untuk pembawa IC), RM5 (untuk kanak-kanak yang ada mykid) dan RM20 untuk pelancong itulah harga yang dikenakan untuk menaiki Taming Sari.

Menaiki taming sari membuatkan perut wan sedikit kecut! ahaks. Sedangkan Aysha selamba aje dan terlebih teruja ada la... bukan apa, gayatpun ya juga... huhuhu bila tengok balik photo yang sirman ambil... muka wan cuak aje.

Acara seterusnya adalah 'River Cruise' menyusuri sungai Melaka. Sebelumnya Aysha yang sudah teruja untuk naik Eye of Malaysia, tetapi apabila diberitahu bahawa acara tersebut tidak dapat dilaksanakan, dia sudah frust dan mulai protes. Merajuk. Membuatkan wan sedikit hilang sabar. Ketika di atas bot dia masih lagi ‘buat perangai’, tapi entah apa yang dijanjikan oleh sirman dia mulai ok. Alahai anak...

Setelah 45 minit masa di ambil, kami kembali ke daratan dan Aysha yang sudah ternampak ‘kapal besar’ mulai teruja untuk menaikinya. Agaknya nak cover yang tak boleh naik kot... hehehe. Tapi mbak endah dan kawan-kawan tak berminat... kerana mereka lebih berminat untuk bershopping... hehehe

RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah bayaran yang dikenakan untuk eksplore bahagian dalam badan kapal. Ketika membeli tiket dan kami diberi plastik, tertanya-tanya juga wan, untuk tujuan apa sebenarnya plastik tersebut?? Lagipun sekadar keratan tiket tidak perlulah plastik sebesar itu. Ooo rupa-rupanya untuk diisi kasut/selipar kerana kita harus membuka selipar/kasut ketika masuk ke dalam perut kapal.

Aysha memang teruja sungguh! hinggakan dia boleh tanya wan... “mummy kenapa kawan mummy tak nak naik kapal?? bestttt” hahaha hilang sudah kekecewaannya kerana tidak dapat naik Eye of Malaysia!.

Ketika hari sudah beransur senja, kami berangkat keluar dari Banda Hilir. Medan Ikan Bakar pula jadi lokasi seterusnya. Yelah penat berjalan-jalan, perut sudah mulai lapar... kenalah isi dulu. Dengan ‘peta’ oleh adik kaksu, akhirnya kami jumpa juga ‘Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung’. Kononnya kalau tak jumpa tempat tersebut, kami akan terus ke Umbai. Di sini Khairyn join kami makan-makan.

Acara makan-makan selesai lebih kurang jam 8.00 malam. Terima kasih daun keladi pada JS yang sudi menaja makan malam. Sebenarnya JS nak belanja sahabat-sahabat dari Indonesia tetapi wan yang tidak tahu malu ini tumpang sekaki... hehehe. ops 3 pasang kaki la... (sirman & Aysha).

Kami harus bergegas pulang supaya tidak terlalu lewat tiba di KL. Aysha pula sibuk nak naik kereta kakyah, terpaksalah minta kakyah singgah di R & R jejantas Air Keroh. Wan tahu Aysha tu teruja dengan ‘tivi’ yang ada dalam kereta kakyah... hehehe tapi rasanya sekejap aje tu pastinya dia akan tertidur... itulah kebiasaannya dia bila naik kereta. Dan memangpun!! hahaha

Singgah di Jejantas Air Keroh solat jamak dan terus balik ke KL. Oleh kerana ketika itu jam sudah menunjukkan ke angka 9 dan wan harus drop Anna dan Prema di mana-mana stesen LRT untuk mereka balik ke Concorde Hotel, takut la pula public transport sudah tiada, jadi sirman terus aje hantar mereka ke hotel penginapan. Dan kami tiba di USJ ketika jam sudah di angka 11.30 malam.

Penat. Tapi seronok. Itulah yang dirasakan. Dan natijahnya... isnin... dan semalam selasa sirman sudah demam dek kepenatan! alahai kesiannya suamiku itu...


Salam sayang,

4

Walimah vs Wedding Reception

Salam semua,

WAH! tajuk... bukan main ya wan nih... hehehe bukan apa... ni gara-gara hujung minggu yang lalu la ni. Tarikh 10.10.09 (kalau tahun depan lagi istimewakan?? 10-10-10) 2 orang sahabat dan kawan telah memilih tarikh ini untuk menamatkan zaman dara dan bujang (hehehe yang dara tu wan percayalah tapi yang bujang tu... no komen... ahaks!) Seorang di Gombak (Taman Ibukota) dan seorang lagi di Melaka. Satu dalam adat istiadat penuh gilang gemilang dalam busana dan tradisi Melayu dan satu lagi dalam tradisi cina... itulah dia istimewanya Malaysia yang punyai pelbagai kaum dan budaya.

Perkahwinan Carrie yang diadakan dalam suasana yang agak istimewa pastinya (walaupun wan tak sempat nak saksikannya kerana lewat tiba... wan kerja okey!). Namun wan sempat berpotret dengan pengantin yang sama padan... sama kacak dan jelita. Ya Carrie memang kelihatan anggun dan jelita dan pastinya bertambah slim... hehehe memang lain sangat raut wajah carrie dibandingkan dengan hari biasa yang wan pernah tatap wajahnya. Inilah yang dinamakan seri pengantin.

Walaupun wan tiba sudah agak lewat (lebih kurang jam 3.30 petang) dan sebahagian tetamunya sudah beransur pulang tapi wan masih sempat jumpa dengan Ruby dan keluarganya, kak Puteri & suami, Izza serta kak Aina Emir bersama anaknya (kot). Tapi sayangnya wan tak sempat nak bergambar bersama mereka kerana kelewatan wan... huhuhu kecewanya!!

Dan wan juga tidak sempat nak menyaksikan majlis gilang-gemilang carrie yang dikhabarkan amat istimewa (siap ada acara tari-menari ya nacha??) namun wan masih berpuashati kerana sempatlah bergambar bersama pengantin... hehehe untuk kenangan!!

Doa dan harapan wan moga ikatan perkahwinan antara carrie dan suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat kalian.

Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 4.30 petang ketika wan keluar daripada dewan komuniti Danau Kota. Wan harus berkejar ke Melaka pula kerana ingin memenuhi jemputan wee tat ke majlis recepsi perkahwinannya. Dari Danau Kota menghala ke Seremban/Melaka, kami tersangkut di Jalan Tun Razak. Entah apa masalahnya wanpun tak pasti, dan ketika jam hampir ke pukul 6.00 petang barulah kami sampai di tol sungai besi. Dalam hati... sempat ke tidak ni kerana majlisnya bermula jam 7.00 malam. Tawakkal ajelah lagipun tak kan mereka tak beri masuk ye tak??

Dengan kelajuan ikut had laju, kami tiba di Mahkota Hotel Melaka lebih kurang jam 7.30 malam. Perkara pertama yang wan buat adalah check-in dulu. Tapi memandangkan waktu dah agak lewat bagasi hanya dibawa ke bilik ketika majlis usai.

Aysha yang sudah ternampak kolam renang, sudah tidak senang duduk. Menuntut janji untuk 'mandi kolam'. Tapi memandangkan waktu sudah agak semput, dan wan sendiri tidak sempat bertukar baju.

Mendaftarkan diri di meja urusetia dan di sapa oleh bos dan isterinya serta pengantin, wan diberitahu akan meja yang harus kami duduk iaitu meja 32. Lebih kurang jam 8.00 malam acara makan malam bermula. Sebagaimana kelaziman (nya lah kot), pengantin diarak masuk ke dalam dewan diiringi oleh pengapit dan ahli keluarga ke meja makan utama.

Oleh kerana meja wan yang letaknya di ceruk/hujung dewan jadi wan tak nampak sangatlah... tak kisah la janji dapat makan dengan selesa... hehehe itu yang penting!

Makan malam chinese style di mana menu dihidangkan satu demi satu di selang seli dengan 'acara-acara' mereka hinggalah pada acara minum bersama pengantin... yam seng... membuatkan Aysha mulai bosan. Asyik bertanyakan bila nak masuk bilik. Alahai anak... kesiannya sampai tertidur-tidur dia di kerusi (2 kerusi dicantum jadi 1 membolehkan dia baring dan tidur lena!!)

Menyaksikan majlis perkahwinan wee tat ini, teringat wan pada majlis perkahwinan ex-collegue ketika wan di office lama dulu. Majlisnya di kuantan. Tapi dulu wan juga sempat ikuti acara 'minum teh' di siang harinya dan acara makan malam di malam harinya. Kiranya ini kali kedualah wan hadiri wedding reception kaum cina. Satu pengalaman yang menarik juga la....

Wan sudah maklum bila mereka berkumpul, acara minum-minum memang tidak tinggal. Adakalanya baunya sudah menyesakkan deria hidung dan memeningkan kepala, tapi memikirkan bos... wan tunggulah juga. Nasib baik mereka menempatkan meja kami di ceruk sekurang-kurangnya wan dapatlah 'bernafas' sikit, tidak terkepung di kiri dan kanan, di depan dan belakang.

Lebih kurang jam 10.30 malam acara usai (walaupun ada antara mereka masih meneruskan acara minum-minum) tapi oleh kerana hidangan menu sudah tiba di penghujungnya, dan melihatkan Aysha sudah terlena dalam hiruk-pikuk orang ramai yang masih ber 'yam seng' wan minta diri dari bos.

Masuk ke bilik perkara pertama yang wan buat adalah hidupkan lappy & mulakan operasi 'kebun' wan.... hahahaha teruk sungguh penangan Farmville nih! hinggakan hati wan jadi tak senang selagi tak 'menuai dan mengutip hasil'

Itulah dia kisah majlis perkahwinan yang berlaku dalam sehari. Dua budaya, dua kaum namun fitrahnya adalah sama... ikatan antara dua hati, dua jiwa yang di takdirkan untuk bersama dalam ikatan yang dinamakan perkahwinan.

Salam sayang,

2

@ Mahkota Hotel Melaka

Salam semua,

Wan memang sudah biol! hahahaha...

Kenapa?? mesti kawan-kawan akan tertanya-tanya kenapa wan jadi biol...

Bukan apa... wan sekarang ni sudah ketagih dengan 'kebun'. Oleh kerana semalam ada majlis kahwin Wee Tat kat Mahkota Hotel Melaka dan wan yang amat sayangkan kebun-kebun wan tu... sanggup bawak lappy sirman semata-mata takut hasil kebun wan habis layu... hahaha memang wan sudah giler biol!! Oh ya nasib baik wan bawa 'line' wan sendiri. Nak guna yang hotel punya sikit punya mahal! Dan tak semua blok hotel ada broadband.

Wan tak boleh nak bercerita panjang hari ini kerana... ini pun wan tengah stand-by nak tunggu call dari kaksu & kakyah untuk ambil kawan pada kawan Perca di bus stand Melaka (yang wan tak tahu lokasinya di mana) yang akan turun ke Melaka menaiki bas kerana kereta kakyah sudah penuh.

Oh ya siapa Perca tu? Perca adalah mbak Endah, kawan kaksu yang bercuti di Malaysia. Mbak Endah @ Perca pernah traktir kami (geng UB ketika kami melawat Indonesia tahun lalu), Jadi kali ini giliran kami pula untuk bawa mereka jalan-jalan di sekitar KL dan hari ini di Melaka.

Semalam wan tak sempat nak join kaksu & kakyah bawa Perca pusing-pusing sekitar KL kerana berkejar ke Melaka untuk menghadiri wedding reception Wee Tat selepas majlis walimah Carrie di Danau Kota, jadi kebetulan wan sudah ada di Melaka, jadi wan akan join mereka hari ini...

Gambar-gambar sekitar perkahwinan Carrie dan Wee Tat akan wan publish kemudian kerana card reader sirman tak boleh nak baca la pula... wan pula tak la ambil sangat gambar dengan camera wan sebab... hehehe kan wan sudah bawa photographer... jadi biar dia ajelah yang ambil & wan yang jadi modelnya..ahaks!!

Oklah nak siap-siap nak check-out. Nanti wan sambung cerita lagi ya... tentang semua perkara... sehingga itu.... daaaaa

Salam sayang,

3

Berita Kepada Kawan

Ebiet G. Ade

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

**
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...





Nota wan:

Wan jatuh cinta pada lagu-lagu dendangan Ebiet G. Ade ini setelah diperkenalkan oleh kaksu. Mendengarkan mp3 lagu-lagu lama yang ada dalam simpanan wan, dan tatkala lagu ini berkumandang mengiringi pagi wan yang bergelut dengan kerja-kerja di pejabat, membawa ingatan wan pada sahabat kita di seberang sana (Padang Indonesia) yang di timpa musibah gempa. Sementelah pula lagu ini didendangkan oleh penyanyi tersohor yang berasal dari sana.

Terdetik di hati wan akan berita-berita negatif yang dilemparkan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wan jadi sedih. Moga insan-insan yang tidak berdosa yang menjadi mangsa itu mampu bangkit untuk meneruskan sisa hidup mereka walaupun tanah tempah darah mereka sudah lenyap ditelan bumi...

Agaknya...
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita


Moga kita masih diberi kesempatan untuk melihat anak-cucu-cicit kita membesar di depan mata... Moga kesempatan itu masih ada... Ya... moga-moga kita terus diberikan kesempatan itu...

Salam sayang,

0

abc... 123

Salam semua,

Sepanjang hari di minggu ini... sangat melelahkan!!
Badan lesu... mata mengantuk, bagaikan menelan 100 biji pil tidur
Sedangkan kerja di pejabat... tak pernah habis
Teringin nak membaca novel... tapi keinginan untuk mengadapnya pula hilang entah ke mana.

Tak sabar nak tunggu hujung minggu...
nak pergi kenduri walimah Carrie.
nak pergi 'wedding reception' my 2nd bos
sambil-sambil... boleh rehatkan minda
harapan juga semoga boleh enjoy my weekend bersama Mbak Endah...

Hello... Melaka here I come!!


Salam sayang,

0

Nostalgia lagu raya...

Salam buat semua,

Hari ini jom layan lagu-lagu lama bersama wan... Walaupun kita sudah tiba di penghujung syawal... hehehe kelakar tengok annuar zaman budak2...



Salam sayang,

10

Rumah terbuka alaf baru...

Salam buat semua sahabat yang dicintai,

Belakang dari kiri: Izzati, Nawwir, kaksu, kaknOOr, Lia, Kucc, Dyea, kak Ju'a, Naz, Naz, Syud & kakyah
Tengah dari kiri: Adhan, Ruby, wabbit, nacha, kakUda, Nicky & wan + Amalyn
Depan dari kiri: Azura, kaknOtie, Nazira (Ruby's Jr), Rinn, Khairyn & kawan Rinn (sorry tak sempat nak berkenalan)


Rasanya tak perlu wan berceloteh panjang lebar tentang kemeriahan 'rumah terbuka alaf baru' kami ini. Sebagaimana yang semua maklum, berjumpa, berborak dan bersantai adalah agenda yang seringkali wan nanti-nantikan terutamanya apabila dapat peluang berkumpul beramai-ramai seperti ini!. Dan apa yang lebih bermakna dan meriah adalah penampilan istimewa Khairyn Othman penulis berbakat yang sangat-sangat wan kagumi bakat penulisannya. Khairyn yang masih bercuti di tanahair sempena sambutan hari raya aidilfitri dan akan kembali ke Glasglow pertengahan bulan oktober nanti bagi menyambung pengajiannya. Selain dapat 'kejutan' dengan 'baby' terbaharu daripada Ruby ~ Percayalah... Akhirnya daripada kaksu dan kakyah. TERIMA KASIH KANDA-KANDAKU!!

Walaupun ada seperkara yang sangat-sangat membuatkan wan GERAM & SAKIT HATI, harap-harap tak ada kawan-kawan yang terasa hati kalau wan tidak sempat nak berborak panjang lebar dengan kawan-kawan semua ya!

Al-maklumlah bila dah ada 'handbag' terpaksalah wan bawa ke mana sahaja wan pergi walaupun adakalanya teringin suruh dia ikut sirman tapi... demi mendapatkan 'green light' terpaksalah ditelan walaupun 'pahit'. Itulah adakalanya demi untuk mencapai sesuatu impian, ada sesuatu yang harus kita korbankan. Dan demi untuk kemurnian satu perhubungan, adakalanya kita harus berkorban hati dan perasaan (walaupun adakalanya terselit juga perasaan tidak puashati!).... ada hati yang harus kita jaga dengan harapan segala keinginan kita termakbul.

Wah dah panjang ni... tadi kata tak nak tulis panjang-panjang!

[PS: semalam wan dah beli perfume yang wan hajatkan itu!. =) beli dalam keadaan yang payah dengan barang penuh di kiri dan kanan tangan tidak termasuk 'handbag' yang asyik nak buat hal sendiri di tengah-tengah keramaian orang di SOGO... hinggakan wan langsung lupa nak tanya berapa harganya untuk sebotol pewangi jenama Channel 50ml itu... bila nak bayar baru tahu harganya RM296 sebotol... huhuhu nasib baik ada RM-extra dalam purse...

Salam sayang,

3

Relax... sebentar...

Salam buat semua sahabat yang dicintai,

Wan ada persoalan/pertanyaan yang agak kurang cerdik... hehehe

Apa yang akan membuatkan anda akan tergelak (ketawa berdekah-dekah), tersenyum simpul mahupun tersengeh sendiri... secara SPONTAN. (Jangan melibatkan rancangan sitcom Raja Lawak yang langsung tidak masuk dalam list wan! -> wan memang tak suka rancangan itu!)

Bagi wan... wan akan tergelak sorang-sorang apabila,
1- tengah baca novel dan ada part yang lucu
2- bila baca komen-komen mereka terutamanya di FB -> baca di sini


Salam sayang,

3

Catatan pengalaman di bulan Syawal 1430H

(Sekadar renungan buat diri sendiri )

Salam buat semua sahabat yang dicintai,

Syawal sudah masuk minggu ke-2. Minggu pertama, iaitu minggu hari raya, sebagaimana yang sahabat maklum, wan bercuti di kampung. Seminggu di kampung bermakna seminggu juga wan 'makan sakan', walaupun wan ni bukanlah dalam kategori orang yang makan banyak tapi wan jenis orang yang akan makan berulang. Agaknya sebab itulah berat badan susah nak naik... takpun kadar metabolism wan tinggi kot, sebab tu setiap kali makanan yang wan makan tak sempat nak jadi daging... terus aje diproses... hehehe pandai-pandai aje wan buat andaian!

Kadang-kala bila lihat wanita yang punyai potongan badan menarik, hati jadi cemburu, mulalah timbul keinginan untuk memiliki berat badan yang ideal. (FYI: berat wan dari dulu hingga sekarang (+/-10) tahun lepas tak pernah naik-naik... 40kg) Kadang-kala terfikir, agaknya penimbang kat rumah tu rosak kot!! Rasanya wan dah makan banyak!

Tak bersyukur ke wan ni? asalkan badan sihat tanpa penyakit... patutnya wan tak perlu risau apa-apapun! subhanallah… TIDAK… wan memang bersyukur yang amat sangat dengan anugerah kesihatan yang dikurniakan oleh-Nya. Syukur Alhamdulillah... dan wan memang tak risau apa-apapun... cuma itulah kita manusia ni tak pernah nak puashati dengan apa yang kita ada dan miliki. Kita sekadar melihat kekurangan (fizikal) kita tanpa menimbang kelebihan (kesihatan) kita yang lain!

[Ya Allah, ya tuhanku… ampunilah segala kekhilafanku… yang nyata mahupun yang tidak, yang sedar mahupun tidak]

Berbicara tentang ketidakpuasan hati, wan teringat pada 'cerita' yang telah wan kutip sempena syawal tahun ini.

Wan ni bukanlah datang daripada keluarga yang dilahirkan dalam 'dulang emas'. Dari zaman arwah tok-nenek (seingat wan), kami adalah keluarga yang biasa-biasa sahaja, tidaklah senang tapi taklah terlalu susah atau dalam kategori daif. Seingat wan, kami adik-beradik tak pernah lah mengalami masa-masa di mana langsung tiada makanan untuk di makan. Bahkan ada kalanya berlebih-lebih hinggakan menjadi rezeki ayam-ayam belaan mek.

Bila tiba hari raya, setiap daripada kami, walaupun hanya sepasang tetapi setiap tahun baju raya, kasut raya pasti berganti. Jadi bila raya kali ini, sekali lagi wan dan keluarga sempat beraya di rumah Pakcik wan di kampong nelayan Tumpat, wan jadi insaf. Sesungguhnya wan dan adik-adik tidak pernah ‘susah’. Walaupun pernah suatu ketika dahulu, ketika diri masih belum pandai menggunakan tisu untuk membuang hingus di hidung dan lengan baju menjadi mangsa, wan pernah tidak puas hati dengan hidup kami yang ‘susah’ itu. Padahal masih ramai lagi mereka di luar sana yang lebih susah daripada kami. Bahkan jika nak dibandingkan kami tidaklah sesusah mana!! Lagipun, apa susah… kalau tiada duit, Wan (baca wae) iaitu arwah ayah abah selain mendapat pencen dia juga ‘ceti’... hehehe bukan ‘along’ ya! jadi minta aje pada arwah wae pasti dapatlah kami makan.

Tapi bila diri sudah dewasa, zaman kanak-kanak (wan) yang hanya tahu bermain, bermain, bermain dan belajar itu jauh wan tinggalkan di belakang, wan rasa betapa beruntungnya kami ketika itu. Dan wan bersyukur sangat kerana abah seorang yang tegas terhadap pelajaran anak-anaknya. Walaupun tanpa mengeluarkan suara, hanya ‘bayangan’ abah sahaja sudah buat kami gerun. Dan ada satu nasihat abah yang membuatkan wan insaf...

Abah tiada harta dunia untuk diberikan pada anak-anak, tapi abah hanya boleh bekalkan pelajaran (menyekolahkan kami) jadi setinggi mana yang mampu kami capai (dalam bidang pelajaran), dan dengan taraf pelajaran itulah yang akan kami jadikan modal untuk mencari ‘harta’ buat diri kami sendiri. Jadi jika kami malas belajar jangan salahkan abah yang telah bertungkus lumus mencari rezeki demi menyekolahkan kami jika kami tidak mampu mencari harta sendiri di kemudian hari.

Satu cara yang amat ‘adil’ dalam pembahagian ‘harta dunia’ buat kami, iaitu dengan menyekolahkan kami, tugas kami cuma belajar dengan tekun dan lulus dengan cemerlang dengan usaha sendiri dan disempurnakan dengan duit abah...

Berbalik pada cerita Pakcik (melencong la pula... hehehe), dia juga punyai anak-anak yang ramai sebagaimana keluarga kami, bersusun anak tangga kalau tak silap orang tua dulu-dulu cakap -> merujuk kepada anak yang ramai. Tapi tidak tahu di mana silapnya nasib anak-anaknya tidak sebaik nasib kami adik-beradik yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading (walaupun hanya sekadar di universiti-universiti tempatan... Hey, jangan perlecehkan U tempatan... kerana telah lahir beratus-ratus bahkan ribuan graduan yang berjaya dan tersohor!)

Jadi boleh dikatakan sepupu-sepupu wan itu, hanya sekadar kerja kampung, atau kerja-kerja yang setaraf dengan taraf pendidikan mereka. Hubungan wan juga tidaklah serapat sebagaimana dengan sepupu-sepupu belah mek & abah yang lain yang tinggal berhampiran dengan kami. Lagi la bila usia sudah menginjak ‘dewasa’ wan seolah langsung tidak ambil tahu/peduli... teruknya wan nih. Jadi bila 2 tahun lepas Mek mengajak kami berkunjung ke Tumpat menziarahi abangnya, wan jadi insaf.

Raya pada mereka, hanyalah sekadar ‘hari raya’ tanpa sebarang kuih-muih berbalang-balang memenuhi meja makan (meja makanpun mereka tak ada) hanya sekadar hidangan air sirap (bukanlah wan pergi nak makan pun… jika tidak dijamu dengan sebarang makananpun wan tak akan terkilan... bahkan wan pula yang rasa terbeban kerana menyusahkan mereka). Jadi bila melihatkan keadaan mereka, wan rasa lebih baik wan keluarkan zakat pada kaum keluarga wan sendiri (yang bukan dalam tanggungan kita seperti, suami, isteri, anak, ayah, ibu, datuk & nenek) dulu sebelum wan bersedekah pada badan-badan yang belum tentu sampai pada mereka yang berhak. Huhuhu! ini kena tanya Ustazah Majidah ni betul ke tidak ‘fatwa’ wan nih! tak pun sesiapa yang arif lagi bijaksana diluar sana... perbetulkan wan kalau wan silap... huhuhu

Dan, raya kali ini sekali lagi wan dan keluarga berpeluang menziarahinya, rupanya ada musibah sedih yang mereka hadapi. Salah seorang sepupu wan baru sahaja kematian anaknya yang ke-7. Ketika wan beraya hari itu dia kiranya dalam pantang dah masuk hari ke-9. Tapi apa yang menyedihkan anaknya yang sudah cukup masa untuk dilahirkan telah meninggal dalam perut ibunya. Anak itulah yang ketika mek menziarahi sebelum puasa, Pakcik memberitahu mek bahawa bila anak itu lahir kelak akan diserahkan pada sesiapa yang mahukannya... kerana dia (pakcik) sudah tidak mampu menanggung seorang lagi cucu.

FYI: sepupu wan itu tinggal bersama Pakcik dan suaminya pula ‘berada di tempat yang tidak perlu diberitahu’ menyebabkan kesemua anak-anak sepupu itu ditanggung oleh Pakcik wan dan dengan usianya yang sudah senja, dengan tiada sumber rezeki yang tetap (sebelum ini dia bekerja sebagai nelayan) dia bagaikan hilang kudrat, walaupun sepupu wan itu melakukan sebarang kerja demi mendapatkan rezeki untuk meringankan beban ayahnya hatta sebagai pencuci pinggan mangkuk di kedai-kedai makan.

Ada kalanya wan terfikir, sesungguhnya Allah itu maha adil. Ada orang yang mewah wang ringgit tapi miskin anak. Tapi ada orang yang miskin wang ringgit tetapi ‘kaya’ dengan anak-anak. Walaupun benarlah setiap anak-anak ada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah padanya, tapi ada kalanya sikap dan sifat kita tidak nampak akan ‘jalan’ itu. Wan pernah tergerak hati untuk mengambil anak itu dan berkebetulan Along juga sedang mencari anak untuk dibela, jadi wan suarakan pada mek untuk mengambil anak itu pada pertengahan bulan puasa yang lalu.

Dan ketika wan balik untuk beraya sekali lagi wan tanyakan mek, dan mek kata... tunggulah hari raya nanti kita pergi dan tanya sendiri pada ibunya (sepupu). Yalah hati ibu kita tidak tahu, mungkin ketika kesusahan membelit diri, akal fikiran jadi tertutup dengan rasa kasih ada si anak. Tapi yalah nak buat macam mana, hanya lewat 2 hari daripada jangkaan masa yang diberikan oleh doktor, anak itu sudah tidak bernyawa di dalam perut si ibu. Tapi nak kata jangkaan doktor silap wan rasa tidak wajar juga kerana sepupu wan ni kerja terlalu ‘penat+lasak’ bahkan ketika diri tengah sarat dan menunggu hari, dia masih memaksa diri mengayuh basikal membonceng anak-anaknya, menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. Aduhai wan tidak dapat bayangkan diri wan dalam keadaan itu!. Pengalaman wan yang lalu, ketika perut baru nampak ‘tummy’ sudah mengada-ngada pada sang suami untuk dihantar dan dijemput daripada pejabat... nasib baik waktu itu office wan hanya di 'seberang jalan' -> menunjukkan betapa dekatnya dengan rumah

Wan jadi terfikir dan wan insafi diri, setiap perancangan Allah adalah yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. DIA tidak akan menimpakan setiap musibah itu tanpa ada hikmah disebaliknya. Akal fikiran wan yang cetek ini cuma terfikir, agaknya bila kita kata ‘tak mahu’ jadi Allah tak akan berilah walaupun rezeki itu sudah di ‘depan mata’. Takpun ‘penjaga’ anak itu nanti bukanlah seorang ibu yang baik untuk jadi pelindung padanya. Lebih baik Allah ambil balik anak itu ketika diri masih suci bersih tanpa sebarang noda. Wallahu alam...

Jadi untuk mendapatkan rezeki yang telah Allah sediakan untuk wan, semestinya wan harus berusaha lebih gigih perbaiki diri supaya jadi lebih baik... agar Allah akan bermurah hati memberi rezeki anak pada wan pula... aminnn!!

Wah!! panjang lebarnya wan membebel di sini... bukanlah niat untuk mengadu kesusahan apatah lagi menunjukkan kesenangan diri... TIDAK... wan sekadar mengingatkan diri sendiri betapa kerdilnya kita di sisi Allah yang maha besar dan maha agung itu. Doa wan moga kita sentiasa diberikan hidayah dan rahmat oleh-Nya... aminnnnn


Salam sayang,

Back to Top