0

Sebuah bingkisan... Satu ikatan

Satu bingkisan yang sampai ke tangan aku semalam amat bermakna pada aku. Aku terima bingkisan itu bersama dengan ingatan serta kasih sayang yang tidak ternilai harganya... iaitu sebuah persahabatan yang terjalin. TAKDIR... satu pertemuan dan bermula satu persahabatan yang cukup bermakna pada aku. Buat Kak Noor, terima kasih yang tidak terhingga di atas ingatan dan kasih sayang yang dhulurkan. Aku berasa cukup bertuah dan terharu kerana Kak Noor sudi terima diri ini sebagai sahabat. Semoga persahabatan ini akan terus terjalin dan kekal hingga ke akhir hayat kita.

Hanya ucapan dan penghargaan yang tak terucap yang mampu aku hulurkan buat Kak Noor. *Wan sayang Kak Noor dengan sepenuh hati*

Aku Yang Berkira...???


Semalam aku dapat surat saman dari Sekolah si Aysha mengatakan ada tunggakan yang belum dijelaskan. Surat tu si Aysha tunjukkan pada hubby aku dulu.... aku yang tak tahu apa2 tiba2 dihujani dengan soalan yang bertalu-talu dari hubby aku...

Hubby : Bulan ni tak bayar yuran Eisya ke...??
Aku : Mana ada... bayar! *muka terpinga2*
Hubby : Abis ni...*tunjukkan surat* ni apa..??
Aku : *baca surat saman*...eee Mummy bayar le...*muka sedih*

Aku cukup tak suka kalau hubby aku soal aku macam aku dah buat salah... Memang le duit tu duit dia. Tapi tak patut dia soal aku macam tu... *sedih betul aku*

Pagi tadi, masa aku hantar si Aysha ke sekolah... aku bertanya pasal hal ni kat cikgu yang pagi-pagi tunggu budak datang tapi dia tak tahu menahu pasal hal ini. Aku malas nak masuk jumpa dengan Pengetua dia... sebab hati aku dah panas aku tak nak jadi benda yang bukan-bukan (Aku ni boleh tahan jugak kalau marah). Sampai kat office aku call sekolah si Aysha mintak nak bercakap dengan Pengetua dia... aku disambungkan dengan Cikgu Naziha.

Aku : Saya mummy Aysha Amalyn... pasal tunggakan yuran tu... saya dah bayar pada 2 Mei yang lepas!!
Cikgu : Tapi mengikut rekod kami puan ada tunggakan untuk bulan Mei.
Aku : Habis yang saya bayar hari tu untuk bulan berapa?? Bukan bulan Mei??... *suara dah mula tinggi*
Cikgu : Memang puan bayar pada 2 Mei lepas tapi itu untuk bulan April.
Aku : *terpinga-pinga*... Bukan ke yuran ni kita bayar dulu baru belajar... bukan belajar dulu baru bayar??
Cikgu : Memang betul puan... bayar dulu baru belajar... tak pa nanti saya check lagi sekali...
Aku : You kena ingat Aysha start bulan February bukan bulan January...
Cikgu : Ok nanti saya call puan balik.
Aku : Ok *bengang*

Beberapa minit kemudian....

Cikgu : Puan saya minta maaf... ada kesilapan teknikal. Yuran yang sepatutnya untuk bulan February tapi budak tu buat untuk bulan January, sebab itu dalam rekod kami ada tunggakan..*budak mana?? malas aku nak tanya*
Aku : Jadi memang betul saya tak ada tunggakan kan???
Cikgu : Ya puan, sekali lagi saya minta maaf.
Aku : Ok...*terus letak telefon*

Moral of the story:
Berkirakah aku... dengan yuran persekolahan Aysha sebanyak RM180.00 sebulan (tidak termasuk yuran untuk nursery & Van), haruskah aku bayar?? Bayaran pada kecuaian yang mereka sendiri lakukan?? Dengan wang sebanyak itu aku dapat belikan Aysha buku & peralatan sekolah.

Berkirakah aku... untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk Aysha, aku telah meninggikan suara pada cikgu yang telah memberikan pendidikan pada Aysha??

Berkirakah aku...???
2

Sedih

Kenapa aku sedey... akupun tak tahu aku sedih pasal apa. Tiba2 aje aku rasa sedih dan keseorangan padahal aku ada ramai kawan. Kawan...??? betul ke aku ramai kawan??? Aku tak tahu perasaan mereka pada aku... walaupun aku sayang sepenuh jiwa aku pada semua kawan-kawan aku... tapi bagaimana perasaan mereka terhadap aku??? adakah sama dengan apa yang aku rasa terhadap mereka... atau hanya sekadar untuk mengambil hati aku...???

Kenapa aku sensitif sangat??? Kenapa aku mudah terasa dengan perkara yang sememangnya bukan untuk aku...?? Aku tak mahu rasai perasaan ini... aku nak jadi orang yang bersemangat kental... tapi hari ini kenapa semangat itu sudah terbang jauh dari aku... di mana semangat yang sentiasa menemani aku??? Aku rasa nak marah... tapi aku nak marah pada siapa??? Tiada sesiapa yang menyakitkan hati aku. Apa dah jadi pada aku ini...???

Oh Tuhan... ampunilah dosa2 aku... jauhkanlah aku dari sifat ini. Aku mahu jadi orang yang berhati baik dan sentiasa berbaik sangka walau pada musuh aku sekalipun... (aku ada musuh ke???).
0

Selamat Hari Guru

16 Mei merupakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Apa yang ingin ku kongsi bersama adalah aku dikelilingi oleh orang-orang yang kerjanya mendidik anak bangsa tidak kira di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej mahupun IPTA dan IPTS.

Kakak aku yang sulung, Kak Ja merupakan guru Sekolah Menengah di Maran Pahang, dia mengajar subject Bahasa Melayu & Sejarah. Di awal pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di USM dia mengambil kursus Sains Sosial… selepas menamatkan pengajian selama 4 tahun dia mengambil keputusan untuk membuat KPLI (aku tak pernah tanya dia kenapa??? Tapi aku agak sebab Mak aku.) Biasalah orang tua dan orang kampung macam mak aku… pada dia kerja yang paling senang untuk dapat kerja adalah menjadi guru… kerana guru apabila habis saja pengajian akan terus dihantar bertugas tidak kira di mana saja. Kak Ja membuat KPLInya di UIA Gombak selama 1 tahun sebelum dihantar bertugas di Sabah. Selama setahun dia kat Sabah sebelum mendirikan rumahtangga dan mengikut suaminya yang pada waktu itu bekerja di Air Putih Pahang dan akhirnya ke Maran sehinggalah ke hari ini.

Kakak aku yang no. 2, si Lina… merupakan guru Sekolah Rendah di Tumpat Kelantan dan dia mengajar Pra-Sekolah. Sebelum dia mengikuti kursus perguruan di Maktab Ipoh, dia bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum dia berpindah ke kampung, (juga sebab mak aku yang nak dia balik ke kampung) dia mengajar kat Keramat.

Adik aku yang no.5, si Lida sekarang ni masih lagi meneruskan pengajian KPLI kat Perlis sebelum dihantar bertugas. Aku kira dia akan mengajar kat Johor sebab suaminya si Korie (adik ipar aku) mengajar kat Kluang Johor. Si Lida ni macam Kak Ja jugak… masa kat USM dulu dia ambik Marketing tapi disebabkan peluang pekerjaan yang kurang kat kampung… (betul ke kurang???) dia pernah menjadi guru sementara kat Sekolah Kak Ja dan pernah menjadi guru kontrak dengan sekolah YIK (Yayasan Islam Kelantan)
kat Rantau Panjang… (sekolah ni bukan sekolah kebangsaan tapi sekolah agama milik kerajaan negeri) Tapi kat sekolah ini bila cuti panjang hujung tahun dia tak akan dapat gaji… sian dia…

Kakak Ipar aku, Along dia mengajar di Kolej Lim Kok Weng kat Cyberjaya. Aku tak tahu dia ajar subject apa… (teruk adik ipar ni…) Lagi pun aku rasa dia masih lagi baru mengajar ni… kalau tak silap aku di awal tahun ni aje…



Cikgu Yang Pernah Mengajar Aku

Masa sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kutan. Sekolah ini dari kakak sulung aku hingga adik bungsu aku semuanya bersekolah kat sini. Di sekolah ini dulu aku paling ingat dengan Cikgu Lim (aku lupa nama penuh dia) dan Cikgu Razali.

Manakala masa aku bersekolah menengah kat Pasir Pekan, aku paling ingat Cikgu Rohana. Dia guru kelas aku masa aku di tingkatan 4. Aku tak tahu kenapa aku boleh baik dengan dia… sebab dia sangat garang… maklumlah guru disiplin. Mungkin sebab aku terer maths dan ini subject yang dia ajar… lagipun aku merupakan salah seorang pengawas sekolah jadi hubungan baik ini terjalin… (mungkin…!!)

Masa kat ITM pulak aku paling ingat dengan Puan Hafazah, sebab masa aku kena buat Final Study dulu dia yang menjadi lecturer untuk Final Study aku. Dia banyak beri tunjuk ajar dan panduan kepada aku di dalam menyiapkan FS aku yang aku khususkan pada pembentukan Bandar yang wujud disebabkan oleh faktor budaya sesebuah negeri. Tajuk FS aku time tu KOTA BHARU KOTA BUDAYA. Entah kenapa dalam banyak-banyak tajuk aku boleh pilih tajuk tu…


Buat semua guru-guru di luar sana… Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Ibu

**Untuk Mu Ibu**
Oh… Ibu…kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
Dalam aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan kasihku ini
Untukku buktikan padamu ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Kutatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang Esa... Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka...Di antara kekasih-kekasihmu
Oh… Ibu kau kasih sejati
Ku taburkan doa untuk mu ibu Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu… Ibu…
Kenapa aku letak lagu ini sedangkan ibu aku yang aku panggil MEK masih sihat walafiat??.. (itu doa aku siang malam utk Mek..)

Aku suka sangat dengan lagu ini kerana sewaktu lagu ini kerap ke udara di sekitar awal tahun 90-an... waktu itu aku baru saja di terima masuk ke ITM Seri Manjung (sekarang Uitm dan telahpun berpindah ke Seri Iskandar). Waktu itu, pertama kali aku jauh dari keluarga... kerana sebelum ini dari kecik sampai aku habis exam tingkatan 5 aku tidak pernah tinggalkan rumah.

Minggu pertama aku kat Seri Manjung... setiap malam aku bertemankan air mata teringatkan family kat rumah terutamanya mak aku. Pertama kali aku hidup di rantau orang... aku rasa sukarnya nak sesuaikan diri... dengan suasananya, dengan rakan2 baru yang datang dari pelbagai negeri dan yang paling utama dengan makanannya... Aku betul2 rindukan mak aku... terutamanya masakan mak aku bila setiap kali aku makan kat dewan makan... (tau ajelah makanan kat hostel cam mana, nanti aku cerita pasal makan kat hostel dalam n3 lain)... rasanya time tu jugak aku nak balik rumah.

Kursus yang aku ambil... walaupun tak sehebat kursus Architecture atau Interior Design... tapi ia juga memerlukan perbelanjaan yang banyak apatah lagi aku yang belajar atas tajaan FAMA (father & Mother)... so perbelanjaan aku 100% daripada abah aku. Sementelah aku yang mempunyai adik-beradik yang ramai ni... dan aku merupakan anak no.3... agak perit jugak untuk aku hadapinya.

Kakak sulung aku... time tu dia tengah belajar kat USM Pulau Pinang, sementara kakak no. 2 belajar kat Maktab Ipoh... dan adik-adik aku sudah pastilah semuanya masih di bangku sekolah. Aku paling suka time aku hantar surat kat kakak2 aku... time tu aku belum kenal ngan internet lagi dan penggunaan h/p belum meluas macam sekarang... kalau adapun rasanya aku tak mampu untuk menggunakannya... dan bila mendapat balasan dari kakak2 aku pasti diselitkan juga duit untuk aku dicelah-celah helaian surat balasan. Walaupun jumlahnya tak banyak maklumlah masing-masing masih belajar tapi aku cukup gembira.

Jadi boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali pasti aku akan telefon kampung mintak duit. Abah aku yang bukan kerja dengan gomen... akan mendapat gaji setiap minggu. Pada waktu itu, aku cukup takut dengan abah aku. Nak kata dia garang, tak jugak... kalau abah aku marah dia bukan marah kat anak-anak terus tapi dia akan cakap dengan mak aku so mak aku yang akan jadi orang tengah. Begitu jugak bila time aku nak mintak duit, kadang-kadang bila aku telefon kampung dan abah aku yang angkat... aku mesti mintak nak cakap dengan mak aku... walaupun tujuannya nak mintak duit. Mak aku selalu tanya... 'bak po tok rhoyat ko abah takdi' dan aku tidak ada jawapannya...

Mak aku... seorang yang paling baik bagi aku... dia tidak pernah marah dengan anak-anaknya yang semuanya degil-degil belaka. Paling-paling dia akan membebel... tu pun seingat aku... aku jarang dengar mak aku membebel. Kalau dia suruh buat apa2 dan anak-anak dia buat ‘dek’ aje... sudah2nya dia buat sendiri. Bila dikenangkan kembali saat-saat itu aku rasa terkilan kerana aku selalu mengelat… yelah aku kakak so adik aku yang jadi mangsa kena buat kerja aku. Kesian mak aku... dapat anak macam aku ni...

Aku cukup kagum dengan mak aku... dengan anak yang ramai (10 orang - 7 perempuan 3 lelaki), dia berjaya mendidik kami adik beradik sehingga boleh dikatakan berjaya... Kak Ja kakak sulung dah jadi cikgu kat Maran walaupun dulu dia bukan ambik cikgu masa kat USM, Lina kakak aku yang no.2, juga cikgu kat Kampung, aku yang kerja tah apa-apa ni, si Lili yang bawah aku, kerani kat sekolah Seri Abim, si Lida sekarang sambung buat KPLI, juga macam Kak Ja lepasan USM dan buat Marketing, si Rose dah jadi Doktor Gigi kat Klinik di Cherang Ruku… (Em tahu kot tempat tu), si Nini lepasan UNISEL sekarang dah kerja kat LHDN Jalan Duta. Yang tinggal adik-adik lelaki aku yang masih lagi sekolah.

Sehingga sekarang... tiap kali aku ada masalah mak aku yang jadi tempat aku lambakkan masalah. Walaupun dia tak bersekolah tinggi tapi dia berjaya membentuk kami jadi anak-anak yang berguna. Aku cukup kagum dengan dia kerana bila diri sendiri dah menjadi ibu, hanya dengan seorang anak aku rasa dah mencabar kesabaran aku… bagaimana dengan mak aku yang mempunyai anak yang ramai dan jarak kami hanya selang 2 – 3 tahun aje…
Aku sayang sangat kat mak aku… mungkin aku tak biasa nak luahkan perasaan aku pada dia secara direct… aku harap dia paham dan sentiasa ingat aku sayang kat dia. Pada aku setiap hari adalah Hari Ibu… untuk Mek… SELAMAT HARI IBU… semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik… AMIN.
2

Satu Pertemuan Yang Indah & Bersejarah

Hari ini merupakan hari yang paling indah dan bersejarah dalam hidup aku. Aku tidak pernah bermimpi sama sekali untuk bersua muka dengan rakan-rakan blog yang selama ini aku hanya temui di ruangan yang kaku dan bisu namun sesekali kami berhubung melalui telefon dan sms.

Aku terpaksa bawak bodyguard sebab hari ini hari jumaat dan dia tak ada orang nak jaga, terpaksalah aku heret si Aysha sama. Karenah dia begitu mencabar kesabaran aku kerana pada awalnya bila dia tahu yang papanya tak akan ikut sama... dia mula buat hal... nak tinggal ngan papa... eeee... geramnya.. Janji dengan Kak Noor, Anim & Nawwir untuk sampai jam 12.00 tgh.. tapi aku hanya sampai 1.30 ptg... *mintak maaf kak su & rakan2 atas kelewatan itu... kalaulah aku ada sayap... aku ikat si Aysha kat belakang & aku terbang dapatkan korang semua*

SOGO KL menjadi tempat yang melakarkan detik bersejarah itu. Di mana buat pertama kali aku dapat bertemu dengan Kak Noor, Nawwir & Anim. Namun begitu pertemuan ini merupakan kali yang ketiga aku dapat bersua muka dengan Kak Su (selepas Shah Alam Mall & Pesta Buku 2006 di PWTC), manakala kali kedua dengan Em, di mana aku sempat bersua dengan Em sewaktu aku berkunjung ke PWTC untuk bertemu dengan Kak Su.

Walaupun masa seakan tidak begitu mengizinkan untuk kami berlama, namun masa yang singkat itu begitu bermakna pada aku. Kak Su terpaksa mengejar masa yang semakin suntuk apabila beliau perlu menaiki bas ke utara di hentian duta pada jam 4.00 petang. Buat Kak Su... terima kasih atas 'special delivery' naskah Khadijah Hashim. Tapi dia sempat jumpa dengan Izzul kat hentian duta...

Namun aku begitu gembira apabila aku dapat menghabiskan masa dengan Kak Noor dan Nawwir. Cuaca seakan merestui kami apabila hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku terpaksa menangguhkan waktu untuk pulang (aku menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke KL). Untuk Nawwir & Kak Noor… Terima kasih kerana sudi melayan karenah aku dan si Aysha... kenangan indah di tepi air terjun SOGO akan terpahat kukuh di ingatan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik mula sebuah persahabatan yang akan berkekalan... dan semoga ini bukan noktah akhir sebuah pertemuan. Aku sayang kamu semua... *peluk korang semua kuat2*

*sorry aku terpaksa guna gambar si Aysha... walaupun kita sempat mengabadikan gambar kenangan, tapi demi sebuah janji... dan aku nak letak jugak gambar... so aku letak le gambar ini...*
0

Hari Minggu Yang Ceria...

Hari ini minggu yang ke-18 untuk bulan ke-5 bagi tahun 2006. Merupakan hari minggu yang cukup istimewa pada aku kerana... penulis buku Dedaun Hijau Di Angin Lalu, Anggerik Di Tangkai Mawar serta Aylana, Saudara Manaf Hamzah telah melawat rumah aku di Anjung. Aku telahpun membaca karya beliau yang berjudul Dedaun Hijau di Angin Lalu dan sekarang aku masih menanti buku kedua karya beliau iaitu Anggerik di Tangkai Mawar. Tidak sabar rasanya nak jumpa Klena pada hari khamis 11 May 2006 nanti (aku meminta jasa baik Klena untuk mendapatkan buku tersebut dari Pustaka Nasional kat Sri Gombak). Selain daripada beliau, aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kak Su (Noor Suraya), Najwa Aiman serta John Norafizan kerana sudi mencemar duli melawat ke rumah aku... (kepada sesiapa jua yang telah melawat tetapi tidak meninggalkan jejak... aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih). Terima Kasih kerana kehadiran anda semua telah menceriakan hari2 Wan.

Minggu ini Kak Ja datang. Bila kakak aku yang sorang ni datang, aku akan berjumpa dengan kak ja di rumah dia kat Damansara Prima (rumah rehat dia... apabila dia datang ke KL). Aku mati2 ingat dia datang hujung minggu ini (12 May 2006 sempena hari Wesak). Agenda kami... melawat KL dengan kereta baru dia ~ Naza Sorento ~. Si Aysha yang paling seronok... apabila mak long & ayah long datang. Kami melawat Berjaya Times Square. Aku sempat masuk Borders ~ kedai buku yang terdapat di BTS. Aku beli novel Priya karya Abdul Rahman Daud terbitan DBP sebagai kenangan aku ke sana... (nanti aku preview kat Anjung).

Selepas itu kami ke Jalan TAR, kak ja nak beli tudung. Bila sampai di situ aku teringatkan Kak Noor... dia suka beli buku kat Kedai Buku Minerva. (Kak Noor.... terima kasih kerana sudi terima diri ini seadanya). Aku sempat beli kain untuk dibuat tudung sekolah Aysha. Suka bukan main budak tu...

Saat untuk berpisah.... si Aysha menangis bukan main bila kami terpaksa balik kerana esoknya dia bersekolah. Dia tak puas lagi nak bermain dengan Ayah Long... ini kerana Abang Yie suka melayan dia, buat roket, main keretapi malah main kad dengan dia... so bila tiba saat berpisah... aku sendiri sebak melihatkan si Aysha menangis kerana tidak mahu berpisah dengan mak long & ayah long.

Sesungguhnya hari minggu ini... merupakan hari minggu yang penuh dengan suka duka, tawa tangis dan seribu macam rasa yang bergolak di dada. Terima kasih kerana anda semualah yang telah menjadikan hari-hariku penuh dengan seribu macam pengalaman yang akan aku kenang sepanjang hayatku... Aku sayang kamu semua sepenuh hatiku... itu janji aku.!!!
2

Happy Birthday

1 Mei... Hari Pekerja... tiada apa yang istimewa selain daripada hari untuk bercuti. Tapi hubby aku sukalah... dan seringkali mengingatkan aku… sempena menyambut harijadinya… esok diisytiharkan hari cuti… ini kerana birthdaynya jatuh pada 30 April iaitu sehari sebelum hari pekerja (eksi…). Semalam (30 April) aku dengan bantuan Along (kakak hubby aku) kami mengadakan sambutan Hari Jadi… sementelahan pula pada bulan ini adik ipar aku (adik hubby aku yg no. 4), si kembar Farah & Farid serta adiknya si Nana (anak Along) juga jatuh pada bulan yang sama… So untuk menjimatkan kos kami adakan satu majlis sambutan. Dan jemputannya hanyalah kami... yang paling gembira sudah pastilah si Aysha.. dapat tiup lilin. Walaupun bukan birthday dia... tiup bagi pihak papa dia...
Back to Top