2

Satu Pertemuan Yang Indah & Bersejarah

Hari ini merupakan hari yang paling indah dan bersejarah dalam hidup aku. Aku tidak pernah bermimpi sama sekali untuk bersua muka dengan rakan-rakan blog yang selama ini aku hanya temui di ruangan yang kaku dan bisu namun sesekali kami berhubung melalui telefon dan sms.

Aku terpaksa bawak bodyguard sebab hari ini hari jumaat dan dia tak ada orang nak jaga, terpaksalah aku heret si Aysha sama. Karenah dia begitu mencabar kesabaran aku kerana pada awalnya bila dia tahu yang papanya tak akan ikut sama... dia mula buat hal... nak tinggal ngan papa... eeee... geramnya.. Janji dengan Kak Noor, Anim & Nawwir untuk sampai jam 12.00 tgh.. tapi aku hanya sampai 1.30 ptg... *mintak maaf kak su & rakan2 atas kelewatan itu... kalaulah aku ada sayap... aku ikat si Aysha kat belakang & aku terbang dapatkan korang semua*

SOGO KL menjadi tempat yang melakarkan detik bersejarah itu. Di mana buat pertama kali aku dapat bertemu dengan Kak Noor, Nawwir & Anim. Namun begitu pertemuan ini merupakan kali yang ketiga aku dapat bersua muka dengan Kak Su (selepas Shah Alam Mall & Pesta Buku 2006 di PWTC), manakala kali kedua dengan Em, di mana aku sempat bersua dengan Em sewaktu aku berkunjung ke PWTC untuk bertemu dengan Kak Su.

Walaupun masa seakan tidak begitu mengizinkan untuk kami berlama, namun masa yang singkat itu begitu bermakna pada aku. Kak Su terpaksa mengejar masa yang semakin suntuk apabila beliau perlu menaiki bas ke utara di hentian duta pada jam 4.00 petang. Buat Kak Su... terima kasih atas 'special delivery' naskah Khadijah Hashim. Tapi dia sempat jumpa dengan Izzul kat hentian duta...

Namun aku begitu gembira apabila aku dapat menghabiskan masa dengan Kak Noor dan Nawwir. Cuaca seakan merestui kami apabila hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku terpaksa menangguhkan waktu untuk pulang (aku menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke KL). Untuk Nawwir & Kak Noor… Terima kasih kerana sudi melayan karenah aku dan si Aysha... kenangan indah di tepi air terjun SOGO akan terpahat kukuh di ingatan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik mula sebuah persahabatan yang akan berkekalan... dan semoga ini bukan noktah akhir sebuah pertemuan. Aku sayang kamu semua... *peluk korang semua kuat2*

*sorry aku terpaksa guna gambar si Aysha... walaupun kita sempat mengabadikan gambar kenangan, tapi demi sebuah janji... dan aku nak letak jugak gambar... so aku letak le gambar ini...*

2 comments:

noor said...

kaksu pun begitu juga wan:)

Wan Aysha Amalyn said...

Kak Su... semoga kita dipanjangkan usia untuk pertemuan yang akan datang... :p

Back to Top