Selamat Hari Ibu

**Untuk Mu Ibu**
Oh… Ibu…kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
Dalam aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan kasihku ini
Untukku buktikan padamu ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Kutatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang Esa... Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka...Di antara kekasih-kekasihmu
Oh… Ibu kau kasih sejati
Ku taburkan doa untuk mu ibu Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu… Ibu…
Kenapa aku letak lagu ini sedangkan ibu aku yang aku panggil MEK masih sihat walafiat??.. (itu doa aku siang malam utk Mek..)

Aku suka sangat dengan lagu ini kerana sewaktu lagu ini kerap ke udara di sekitar awal tahun 90-an... waktu itu aku baru saja di terima masuk ke ITM Seri Manjung (sekarang Uitm dan telahpun berpindah ke Seri Iskandar). Waktu itu, pertama kali aku jauh dari keluarga... kerana sebelum ini dari kecik sampai aku habis exam tingkatan 5 aku tidak pernah tinggalkan rumah.

Minggu pertama aku kat Seri Manjung... setiap malam aku bertemankan air mata teringatkan family kat rumah terutamanya mak aku. Pertama kali aku hidup di rantau orang... aku rasa sukarnya nak sesuaikan diri... dengan suasananya, dengan rakan2 baru yang datang dari pelbagai negeri dan yang paling utama dengan makanannya... Aku betul2 rindukan mak aku... terutamanya masakan mak aku bila setiap kali aku makan kat dewan makan... (tau ajelah makanan kat hostel cam mana, nanti aku cerita pasal makan kat hostel dalam n3 lain)... rasanya time tu jugak aku nak balik rumah.

Kursus yang aku ambil... walaupun tak sehebat kursus Architecture atau Interior Design... tapi ia juga memerlukan perbelanjaan yang banyak apatah lagi aku yang belajar atas tajaan FAMA (father & Mother)... so perbelanjaan aku 100% daripada abah aku. Sementelah aku yang mempunyai adik-beradik yang ramai ni... dan aku merupakan anak no.3... agak perit jugak untuk aku hadapinya.

Kakak sulung aku... time tu dia tengah belajar kat USM Pulau Pinang, sementara kakak no. 2 belajar kat Maktab Ipoh... dan adik-adik aku sudah pastilah semuanya masih di bangku sekolah. Aku paling suka time aku hantar surat kat kakak2 aku... time tu aku belum kenal ngan internet lagi dan penggunaan h/p belum meluas macam sekarang... kalau adapun rasanya aku tak mampu untuk menggunakannya... dan bila mendapat balasan dari kakak2 aku pasti diselitkan juga duit untuk aku dicelah-celah helaian surat balasan. Walaupun jumlahnya tak banyak maklumlah masing-masing masih belajar tapi aku cukup gembira.

Jadi boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali pasti aku akan telefon kampung mintak duit. Abah aku yang bukan kerja dengan gomen... akan mendapat gaji setiap minggu. Pada waktu itu, aku cukup takut dengan abah aku. Nak kata dia garang, tak jugak... kalau abah aku marah dia bukan marah kat anak-anak terus tapi dia akan cakap dengan mak aku so mak aku yang akan jadi orang tengah. Begitu jugak bila time aku nak mintak duit, kadang-kadang bila aku telefon kampung dan abah aku yang angkat... aku mesti mintak nak cakap dengan mak aku... walaupun tujuannya nak mintak duit. Mak aku selalu tanya... 'bak po tok rhoyat ko abah takdi' dan aku tidak ada jawapannya...

Mak aku... seorang yang paling baik bagi aku... dia tidak pernah marah dengan anak-anaknya yang semuanya degil-degil belaka. Paling-paling dia akan membebel... tu pun seingat aku... aku jarang dengar mak aku membebel. Kalau dia suruh buat apa2 dan anak-anak dia buat ‘dek’ aje... sudah2nya dia buat sendiri. Bila dikenangkan kembali saat-saat itu aku rasa terkilan kerana aku selalu mengelat… yelah aku kakak so adik aku yang jadi mangsa kena buat kerja aku. Kesian mak aku... dapat anak macam aku ni...

Aku cukup kagum dengan mak aku... dengan anak yang ramai (10 orang - 7 perempuan 3 lelaki), dia berjaya mendidik kami adik beradik sehingga boleh dikatakan berjaya... Kak Ja kakak sulung dah jadi cikgu kat Maran walaupun dulu dia bukan ambik cikgu masa kat USM, Lina kakak aku yang no.2, juga cikgu kat Kampung, aku yang kerja tah apa-apa ni, si Lili yang bawah aku, kerani kat sekolah Seri Abim, si Lida sekarang sambung buat KPLI, juga macam Kak Ja lepasan USM dan buat Marketing, si Rose dah jadi Doktor Gigi kat Klinik di Cherang Ruku… (Em tahu kot tempat tu), si Nini lepasan UNISEL sekarang dah kerja kat LHDN Jalan Duta. Yang tinggal adik-adik lelaki aku yang masih lagi sekolah.

Sehingga sekarang... tiap kali aku ada masalah mak aku yang jadi tempat aku lambakkan masalah. Walaupun dia tak bersekolah tinggi tapi dia berjaya membentuk kami jadi anak-anak yang berguna. Aku cukup kagum dengan dia kerana bila diri sendiri dah menjadi ibu, hanya dengan seorang anak aku rasa dah mencabar kesabaran aku… bagaimana dengan mak aku yang mempunyai anak yang ramai dan jarak kami hanya selang 2 – 3 tahun aje…
Aku sayang sangat kat mak aku… mungkin aku tak biasa nak luahkan perasaan aku pada dia secara direct… aku harap dia paham dan sentiasa ingat aku sayang kat dia. Pada aku setiap hari adalah Hari Ibu… untuk Mek… SELAMAT HARI IBU… semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik… AMIN.

1 comments:

Wan Amalyn said...

Ibu... engkaulah ratu hati ku...

Back to Top