0

Hari Minggu Yang Ceria...

Hari ini minggu yang ke-18 untuk bulan ke-5 bagi tahun 2006. Merupakan hari minggu yang cukup istimewa pada aku kerana... penulis buku Dedaun Hijau Di Angin Lalu, Anggerik Di Tangkai Mawar serta Aylana, Saudara Manaf Hamzah telah melawat rumah aku di Anjung. Aku telahpun membaca karya beliau yang berjudul Dedaun Hijau di Angin Lalu dan sekarang aku masih menanti buku kedua karya beliau iaitu Anggerik di Tangkai Mawar. Tidak sabar rasanya nak jumpa Klena pada hari khamis 11 May 2006 nanti (aku meminta jasa baik Klena untuk mendapatkan buku tersebut dari Pustaka Nasional kat Sri Gombak). Selain daripada beliau, aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kak Su (Noor Suraya), Najwa Aiman serta John Norafizan kerana sudi mencemar duli melawat ke rumah aku... (kepada sesiapa jua yang telah melawat tetapi tidak meninggalkan jejak... aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih). Terima Kasih kerana kehadiran anda semua telah menceriakan hari2 Wan.

Minggu ini Kak Ja datang. Bila kakak aku yang sorang ni datang, aku akan berjumpa dengan kak ja di rumah dia kat Damansara Prima (rumah rehat dia... apabila dia datang ke KL). Aku mati2 ingat dia datang hujung minggu ini (12 May 2006 sempena hari Wesak). Agenda kami... melawat KL dengan kereta baru dia ~ Naza Sorento ~. Si Aysha yang paling seronok... apabila mak long & ayah long datang. Kami melawat Berjaya Times Square. Aku sempat masuk Borders ~ kedai buku yang terdapat di BTS. Aku beli novel Priya karya Abdul Rahman Daud terbitan DBP sebagai kenangan aku ke sana... (nanti aku preview kat Anjung).

Selepas itu kami ke Jalan TAR, kak ja nak beli tudung. Bila sampai di situ aku teringatkan Kak Noor... dia suka beli buku kat Kedai Buku Minerva. (Kak Noor.... terima kasih kerana sudi terima diri ini seadanya). Aku sempat beli kain untuk dibuat tudung sekolah Aysha. Suka bukan main budak tu...

Saat untuk berpisah.... si Aysha menangis bukan main bila kami terpaksa balik kerana esoknya dia bersekolah. Dia tak puas lagi nak bermain dengan Ayah Long... ini kerana Abang Yie suka melayan dia, buat roket, main keretapi malah main kad dengan dia... so bila tiba saat berpisah... aku sendiri sebak melihatkan si Aysha menangis kerana tidak mahu berpisah dengan mak long & ayah long.

Sesungguhnya hari minggu ini... merupakan hari minggu yang penuh dengan suka duka, tawa tangis dan seribu macam rasa yang bergolak di dada. Terima kasih kerana anda semualah yang telah menjadikan hari-hariku penuh dengan seribu macam pengalaman yang akan aku kenang sepanjang hayatku... Aku sayang kamu semua sepenuh hatiku... itu janji aku.!!!

0 comments:

Back to Top