0

Selamat Hari Guru

16 Mei merupakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Apa yang ingin ku kongsi bersama adalah aku dikelilingi oleh orang-orang yang kerjanya mendidik anak bangsa tidak kira di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej mahupun IPTA dan IPTS.

Kakak aku yang sulung, Kak Ja merupakan guru Sekolah Menengah di Maran Pahang, dia mengajar subject Bahasa Melayu & Sejarah. Di awal pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di USM dia mengambil kursus Sains Sosial… selepas menamatkan pengajian selama 4 tahun dia mengambil keputusan untuk membuat KPLI (aku tak pernah tanya dia kenapa??? Tapi aku agak sebab Mak aku.) Biasalah orang tua dan orang kampung macam mak aku… pada dia kerja yang paling senang untuk dapat kerja adalah menjadi guru… kerana guru apabila habis saja pengajian akan terus dihantar bertugas tidak kira di mana saja. Kak Ja membuat KPLInya di UIA Gombak selama 1 tahun sebelum dihantar bertugas di Sabah. Selama setahun dia kat Sabah sebelum mendirikan rumahtangga dan mengikut suaminya yang pada waktu itu bekerja di Air Putih Pahang dan akhirnya ke Maran sehinggalah ke hari ini.

Kakak aku yang no. 2, si Lina… merupakan guru Sekolah Rendah di Tumpat Kelantan dan dia mengajar Pra-Sekolah. Sebelum dia mengikuti kursus perguruan di Maktab Ipoh, dia bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum dia berpindah ke kampung, (juga sebab mak aku yang nak dia balik ke kampung) dia mengajar kat Keramat.

Adik aku yang no.5, si Lida sekarang ni masih lagi meneruskan pengajian KPLI kat Perlis sebelum dihantar bertugas. Aku kira dia akan mengajar kat Johor sebab suaminya si Korie (adik ipar aku) mengajar kat Kluang Johor. Si Lida ni macam Kak Ja jugak… masa kat USM dulu dia ambik Marketing tapi disebabkan peluang pekerjaan yang kurang kat kampung… (betul ke kurang???) dia pernah menjadi guru sementara kat Sekolah Kak Ja dan pernah menjadi guru kontrak dengan sekolah YIK (Yayasan Islam Kelantan)
kat Rantau Panjang… (sekolah ni bukan sekolah kebangsaan tapi sekolah agama milik kerajaan negeri) Tapi kat sekolah ini bila cuti panjang hujung tahun dia tak akan dapat gaji… sian dia…

Kakak Ipar aku, Along dia mengajar di Kolej Lim Kok Weng kat Cyberjaya. Aku tak tahu dia ajar subject apa… (teruk adik ipar ni…) Lagi pun aku rasa dia masih lagi baru mengajar ni… kalau tak silap aku di awal tahun ni aje…



Cikgu Yang Pernah Mengajar Aku

Masa sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kutan. Sekolah ini dari kakak sulung aku hingga adik bungsu aku semuanya bersekolah kat sini. Di sekolah ini dulu aku paling ingat dengan Cikgu Lim (aku lupa nama penuh dia) dan Cikgu Razali.

Manakala masa aku bersekolah menengah kat Pasir Pekan, aku paling ingat Cikgu Rohana. Dia guru kelas aku masa aku di tingkatan 4. Aku tak tahu kenapa aku boleh baik dengan dia… sebab dia sangat garang… maklumlah guru disiplin. Mungkin sebab aku terer maths dan ini subject yang dia ajar… lagipun aku merupakan salah seorang pengawas sekolah jadi hubungan baik ini terjalin… (mungkin…!!)

Masa kat ITM pulak aku paling ingat dengan Puan Hafazah, sebab masa aku kena buat Final Study dulu dia yang menjadi lecturer untuk Final Study aku. Dia banyak beri tunjuk ajar dan panduan kepada aku di dalam menyiapkan FS aku yang aku khususkan pada pembentukan Bandar yang wujud disebabkan oleh faktor budaya sesebuah negeri. Tajuk FS aku time tu KOTA BHARU KOTA BUDAYA. Entah kenapa dalam banyak-banyak tajuk aku boleh pilih tajuk tu…


Buat semua guru-guru di luar sana… Selamat Hari Guru.

0 comments:

Back to Top