2

11-1-11

Salam semua,

Sebenarnya saya tengah tension yang teramat ni. Ini kiranya semacam nak release sekejap laa..

Apa nak cerita ya?
Oh! hari ini tanggal 11 Januari adalah hari lahir kaknOOr. 'Selamat meraikan ulangtahun kelahiran kaknOOr! moga sentiasa dilimpahkan kurnia, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sejahtera dunia akhirat'

Siapa kaknOOr?
Dia, adalah sahabat yang pertama kali saya kenali lewat anjung makcik raja sekitar awal tahun 2006. Dia sahabat yang menjadi kakak yang sangatttt baik pada saya. Kami ber'sapa' di dangau makcik raja, sama-sama menantikan kehadiran Alang & Nuha (sila baca novel Surat Ungu Untuk Nuha jika ingin tahu siapa Alang yang rebus tak empuk & Nuha). Dia, saya jumpa buat pertama kalinya di SOGO (ceritanya boleh baca ->di sini<-) Bermula detik itu dia terus menjadi sahabat & kakak yang paling memahami dan mengambil berat. Bahkan di bahu dia juga airmata saya pernah tumpah menangisi pemergian arwah kakak saya. Dan dia juga yang menjadi orang pertama yang saya khabarkan tentang berita sedih pemergian arwah kakak saya itu (ceritanya di sini). Dia bagaikan pengganti kakak saya. Dan sehingga detik dan saat ini hingga ke akhirnya dia akan tetap jadi 'kakak' saya yang saya sayangi.

Buat kaknOOr, mengenali dan menyayangimu adalah anugerah yang paling bermakna pernah berlaku dalam hidup wan... terima kasih untuk kasih sayang itu!

2 comments:

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to KAK NOOR (sama date dgn Siti Nurhaliza yaaa).

Moga sejahtera dan berbahagia selamanya.

Moga persahabatan dan persaudaraan kekal selamanya juga.

Wan Amalyn said...

kak Azie,

aminnnn... :)

psst #1:
hehehe harap2 kaknOOr baca ucap selamat daripada akak ni & b/p kaknOOr wan ucapkan ribuan terima kasih

psst#2:
tadi wan godek2 pc cari file (urusan pejabat) terjumpa gambar akak! Insyallah ada masa nanti wan tepekkan kat sini ya! ;)

Back to Top