5

Kini... hanya berdua

Salam semua

Siapa yang tinggal berdua tu? Agaknya itulah tanda tanya besar yang ada di atas kepala setiap kaliankan?? Hehehe jangan buat andaian melulu. Dengar dulu apa yang saya nak cerita ni.

Ini kisah tentang kedua ayahanda dan bonda kesayangan saya. Saya ni adik beradik ramai. 10 orang semuanya (tapi kini kami tinggal 9), tapi masih lagi consider ramailah untuk zaman sekarang yang ada keluarga tu punya anak satu atau dua orang sahaja. Termasuk sayalah tu. Bukan tak mahu tapi tak dapat! huhuhu

Al-kisahnya, hari sabtu yang lepas (25 Jun 2010) adik bongsu saya, Kerry (Wan Muhammad Khairi) yang dipanggil Pak Uda oleh anak-anak buahnya, mendaftarkan diri di Uitm Cawangan Machang (Kelantan). Jika selama ini dialah peneman Mek di rumah (kampung) tapi kini setelah dia ke Uitm tinggallah Mek berdua dengan Abah aje kat rumah tu.

Semalam, saya sempat menelefon mek bertanya khabar. Seperti biasa, macam-macam cerita yang kami bualkan, terutamanya fasal Pak Udalah. Hari sabtu daftar, hari ahad, mek & abah kena pergi lagi sebab dia lupa bawa slip pembayaran, jadi tak boleh nak mendaftar. Dan macam-macamlah yang dipesannya, nak itu, nak ini. Maklumlah orang tak pernah jauh daripada mek! Macam saya dululah agaknya. Cumanya saya dulu di Manjung, Perak (kini dah berpindah ke Seri Iskandar). Sebab jauh, jadi walau rindu macam mana sekalipun terpaksa pendamlah... habis-habis jadi penunggu setia public phone. Yelah, masa tu mana ada lagi handphone. Kalau adapun, rasanya saya belum mampu nak menggunakannya. Alasannya, handphone waktu saya belajar dulu adalah 'barang mewah', satu kehendak (yang boleh ditunda keberadaannya) bukan barang keperluan (yang perlu ada). Lepas tu menangis kat public phone kalau talian kat rumah (kampung) engage! hehehe kelakar la kalau dikenangkan!

Berbalik pada cerita mek. Jadi dapat saya bayangkan, rumah pastinya jadi senyap sunyi! Walaupun Pak Uda ni jenis yang senyap, tak banyak cakap dan karenah, tak seperti Aizat (Ayah Chik) mahupun Ghafar (Ayah Pa). Tapi dia jenis yang ringan tulang. Senang nak minta tolong. Dan anak-anak buahpun lebih ‘suka’ pada Pak Uda berbanding Ayah Chik atau Ayah Pa. Dan selalunya si Yasmin lah yang jadi mangsa kena sakat dengan Pak Uda. Berebut remote nak tengok siaran tivi kat astro. Walaupun dah tahu tak akan menangnya, tapi saja je nak buat rumah bising dengan tangisan Yasmin. (Yasmin ni anak Si Rose yang kerja kat kampong. Tapi bukanlah tinggal sama mek)

Dan yang paling kelakar, selepas mereka (mek, abah, rose & anak-anak) balik daripada hantar Pak Uda kat hostel... si Yasmin boleh cakap kat mek... “Male ni Yahming nok tido ngae mok tok, takut moktok teriak” hahaha [terjemahan: Malam ni Yasmin nak tidur dengan Mak tok , takut mak tok menangis]

Itulah... ada anak ramaipun sampai masanya semuanya akan keluar. Jika berkumpul pun waktu hari raya dua kali setahun. Kalau tidak susah nak jumpa semua sekaligus... Yang ni ada, yang tu pula tak ada. Yang ni balik, yang tu pula tak dapat balik...


[gambar raya tahun 2008]


5 comments:

Anonymous said...

Salam kak wan...
Cerita kak wan kali ni mcm famili sy jgk..sy adik beradik ramai 10 org jgk, tp skrg tinggal 3 org jer yg ade dok KB ni termasuk sy..waktu dok study dulu sian jgk bila ingat slalu tinggal mak n adik jer kat umah bila abg outstation..sbb tu sy nekad utk kerja di KB ni jgk walaupun x byk experience n income nyer compare to work @KL, asal dapat stay dgn mak...mungkin ada hikmah di sebaliknya...nur

nawwir said...

Wan....

Jangan kata 10, yang kami 3 kerat ini pun camtu jugak....
Nie yang jeles kat housemate nie.

Wan Amalyn said...

Nur...

Itulah kan?? masa kecik -> besar sikit -> teringin nak rasa hidup 'di luar' tapi bila dah merasa pahit manisnya hidup 'di luar' rasa rindu nak balik semula ke zaman dulu-dulu... haish!!

seronok apa kerja kat KB... hehehe sekurang-kurangnya mak ada depan mata kita!

fasal experience n income, kalau nak compare mmglah tak boleh nak lawan, tapi sekurang-kurangnya kos hidup kat kg tak semahal kat kl...

p/s: nanti kakwan balik kita dating nak?? *wink*

Wan Amalyn said...

Nawwir...

:) hehehe kalau semuanya dekat senang, boleh pakat-pakat balik... masalahnya bila jauh mcm kita, inilah jadinya...

Anonymous said...

Kak Wan, mmg seronok bila mak ada depan mata...dapat makan masakan mak lg hari2, siap blh bwk bekal pi tempat kerja...ni baru sebulan kerja ni..hopefully dapat la bertahan..

Pasal dating tu ok jer..nnt balik KB bg tau yer.InsyaAllah ade rezeki, blh jumpe...Nur

Back to Top