4

Oh Aysha...

Salam semua,

Hari isnin, hari pertama persekolahan bermula selepas bercuti 2 minggu. Pagi (isnin) saya kejutkan Aysha seperti hari-hari sekolah biasa. Alhamdulillah dia bangun dan terus masuk bilik air, mandi. Sirman bangun ketika dia sudah siap berpakaian dan sedang bersarapan. Hari pertama berlalu dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Hari selasa, saya kejutkan dia seperti semalam, dia agak liat untuk bangun. Selepas beberapa ketika dia bangun dan dia sambung tidur di ruang tamu. Selepas dikejut, disuruh dan dibebel berkali-kali dia bangun masuk ke bilik air. Seketika, dia merengek air sejuk, nak mandi dengan air panas (rumah saya tak ada heater). Selesai mandi dan belum sempat dia pakai baju sirman sudah bangun. Dia mula merajuk kerana dia merasakan dia sudah lambat! Padahal waktu itu masih belum jam 7 pagi dan di luar sana hari masih gelap. Dia sudah mogok, langsung tidak mahu pakai baju sekolah. Hati saya sudah panas... selepas membebel berkali-kali... saya putuskan... dia memang sudah tidak mahu ke sekolah.

Jadi seharian saya 'bergaduh' dengan Aysha. Tiada main taman, tiada tv (rancangan kartun). Sampai petang, ketika saya mengambil dia di nursery, dia sedang bermain di taman di temani oleh bibik & Cikgu Nazeeha serta budak-budak se nurserynya yang lain. Dia datang kepada saya dan mengatakan 'Cikgu yang suruh'. Saya hanya diam. Masih ingin melancarkan mogok tidak bercakap dengan dia. Dia meminta izin untuk sambung bermain, kata saya "Bukankah Aysha tidak boleh main taman hari ini sebab tak pergi sekolah?" Dan dia hanya terkebil-kebil memandang saya dengan muka belas kasihannya. Saya kuatkan hati... "Ambil beg... balik!!"

Setiba di rumah, dia juga tidak pasang tivi seperti biasa. Agaknya untuk mengambil hati saya... dan saya masih lagi diam tak bercakap. Dan saya tak perlu suruh dia mandi kerana dia sendiri mandi tanpa disuruh! Pabila sirman balik, ajaibnya... "Papa tengoklah bola malam ni" bermakna dia sungguh-sungguh ikut kata saya TIADA TV (KARTUN).

Hari rabu & khamis, dia ke sekolah seperti biasa. Dan tiada apa-apa yang berlaku.

Hari jumaat, ada perjumpaan ibubapa @ penjaga cum hari terbuka SK USj 12. Aysha awal-awal lagi sudah beritahu dia tak ingin ke sekolah. Oklah. Dan saya sepatutnya ke sekolah untuk mengambil buku rekod Aysha, tapi saya tak pergi. Sirman pula, saya memang tak boleh nak harapkannya. Semedang kerja banyak. Sudahnya tiada siapa yang ke sekolah untuk ambil buku rekod. Dan saya di pejabat, ditimpa perasaan bersalah. Terasa betapa tidak bergunanya saya sebagai seorang ibu! Hati rasa bagaikan ingin curi-curi keluar ke sekolah Aysha jumpa guru kelasnya, tapi saya sendiri terikat dengan kerja... huhuhu ralatnya... dan saya bawa rasa ralat itu sampai ke petang.

Terasa beratnya tanggungjawab ini bila kita merasakan bahawa hanya kita yang memikulnya.


4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wan,

ko jangan ikutkan hati sangat wan.
dah namanya budak.

kesian Aysha.

Bbdak kat rumah tu pun tiap2 hari macam tu.. kena suruh selalu, gosok gigi, sabun sana, sabun sini.. penat tapi dah kita mak dia kan..

Byk projek ke skarang ni? This year trip ke mana lak?

RyN@DangAyang said...

that's life, honey, u r doing it right :)

Wan Amalyn said...

Na,

itulah...

kadang-kadang terfikir, macam manalah Mek dulu-dulu masa oghang kecik... dengan perangai (kita sendiri tahu perangai kita mcm mana) yang tak serupa orang nih... hehehe

tahun ni... rasanya tak kemana-mana dah! projek pun macam slow aje... :( kerja oghang memang banyak tapi... entahlah

Wan Amalyn said...

Ryn...

yeah! that's life!! & syukur alhamdulillah wan dikelilingi oleh mereka yang memahami... yang tak lokek memberi nasihat dan tunjuk ajar.

bila nak turun KL?? nanti kita lepak OU... hehehe

Back to Top