.... (tak tahu nak letak tajuk apa)

Salam semua,

Semakin lama, wan jadi semakin malas. Tak sukalah dengan perangai ini. Tapi tak tahu nak buat macam mana!

Oklah, memandangkan wan malas, jadi wan nak tulis pendek-pendek sajalah. Hmmm nak cerita fasal apa ya?

Fasal Aysha yang dah seminggu diserang demam panas? Tapikan wan pelik laaa... dia macam demam malam aje. Maksudnya malam badan dia panas sungguh! 2 3 malam ni dia merengek nak tidur dengan wan, jadi itu yang wan tahu dan bahang panas badannya, boleh wan rasa. Lepas tu tidur wan jadi tak lena sebab dia meracau dalam tidur, dan adakalanya dia mengigau bercakap dalam tidur... huhuhu buat seramkan wan aje!

Pagi ini dia tanya wan bila demamnya nak baik? Makan ubat susah, macam mana nak cepat baik? Itu jawapan wan pada dia... langsung dia diam, sebab sememangnya itulah hakikatnya.

Cerita apa lagi ya??

Oh! Hujung minggu ini ada kenduri kahwin cousin sirman kat shah alam seksyen 18. Semalam majlis akad nikahnya dan hari ini adalah kendurinya. Kebetulan pula Karangkraf buat karnival di premisnya di shah alam juga tapi seksyen 15. Jadi sempatlah wan singgah borong buku juga pesanan daripada kawan-kawan selepas majlis akad nikah tu.

Wan ke sana dengan Aysha... kesian dia, dalam tak sihat tu wan heret dia jadi peneman wan. Tapi yang buat wan tension, dalam perjalanan nak masuk ke premis Karangkraf (kerana kereta terpaksa di parkir jauh sikit kerana tiada lot kosong di sekitar jalan/pintu masuk) my Aysha terpijak chewing gum. Gggrrr memang geram sungguh! tapi bukanlah pada Aysha, tapi pada orang yang membuangnya sesuka hati! Entah bagaimanalah dia boleh melekat hingga ke seluar jeans, di kaki dan selipar tu tak payah ceritalah! FYI wan memang benci dengan chewing gum sebagaimana wan menyampah menengok mereka yang mengunyahnya di khalayak ramai... entah ya... wan memang tak suka laaa... stop cerita pasal chewing gum sebelum wan bertambah panas hati.

Memandangkan wan dengan Aysha, jadi wan menonong ajelah ke tempat yang dituju. Mana lagi kalau bukan booth Alaf dan Buku Prima. Jadi wan memang tak toleh kiri kanan bila berjalan, tapi tiba-tiba wan bagaikan terdengar ada suara yang menyeru nama wan... oh! rupa-rupanya penulis Salina Ibrahim. Wan memang tahu dia berkerja di karangkraf, tapi tiap kali wan pergi ketika karangkraf buat karnival memang susah nak bertembung dengannya. Kiranya nasib wan memang baiklah. Sempat juga tertegur sapa dan khabarnya bulan Februari nanti, buku terbaharunya bakal terbit dan penerbitnya adalah ALAF 21. Wah! tak sabar nak dapatkan, nak tahu juga bagaimana agaknya genre penulisan mantan MPR ini agaknya ya?? kita tunggu dan lihat nanti okey?!

Di booth Alaf & Buku Prima, wan sempat jumpa dengan Nurul Syahida yang sedang bertugas bersana penulis Siti Rosmizah. Selepas dapatkan apa yang dicari, jumpa dengan Nurul Syahida untuk dapatkan tandatangannya, wan terus balik. Ops! wan jumpa dengan Pokcik Mersik juga di meja penulis Alaf tapi penulis Alaf yang lain semuanya dah balik, yang ada hanyalah Sri Diah.

Dalam perjalanan nak ke kereta, hujan turun pula... wan redah ajelah, tapi yang kesian kat Aysha la... dah la demam, kena hujan pula... lagi la lambat baiknya! huhuhu

Itu kisah semalam, hari sabtu. Hari ini wan sekali lagi ke Shah Alam untuk majlis kenduri. Sirman pagi-pagi lagi dah ke sana, yalah diakan jadi jurugambar, wan kat rumah sempatlah berkebun dan memasak hinggalah blackout & nasib baik lappy sirman ada back-up power walaupun 2 jam tapi cukuplah untuk wan tuai dan masak makanan... hehehe (penangan FV & CW lah nih!!)

Lepas majlis, wan terus balik...

Itulah ceritanya...


1 comments:

ryn said...

wan, kiter pon makin malas dan busan sungguh

Back to Top