0

Selamat Tahun Baru semua...

Salam semua,

Wan ni memanglah! Selalu lewat! Tapi tak kisah la kan?? lebih baik terlewat daripada langsung tak ada kan??

Walaupun tahun baru 2010 dah masuk hari ke-5 hari ni, wan tetap juga nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua sahabat tersayang. Moga tahun 2010 lebih cemerlang daripada tahun 2009 dalam apa sahaja pekerjaan yang kamu lakukan.

Jika kamu seorang penjawat awam, moga tahun ini prestasi kerja lebih meningkat.
Jika kamu seorang pekerja swasta, moga tahun ini lebih produktif.
Jika kamu seorang pelajar (IPTA/S, Kolej, SM, SR), moga tahun ini result lebih bagus
Jika kamu seorang penulis, moga tahun ini idea datang mencurah-curah untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu dan disukai ramai pembaca
Jika kamu seorang suri rumah, moga tahun ini lebih relax & relief daripada tahun lepas.
Pendek kata walau siapa pun kamu, apapun bidang tugas kamu, moga setiap kerja yang kamu lakukan beroleh kejayaan yang memberangsangkan buat kamu...


Wan pula, pembuka tirai tahun 2010 adalah majlis perkahwinan Fazy (sepupu sirman) di Klang. Majlis bersanding pada 3 Januari selepas majlis akad nikah pada 1 Januari. Memandangkan Sirman jadi wedding photographer untuk Fazy jadi wan dan Aysha pergi sendiri. Setelah beberapa tahun tidak jejak bandar Klang, wan sesat! Tak jumpa cari jalan ke tempat di mana majlis sedang berlangsung. Nak call sirman, tahu dia mesti busy. Jadi di setiap simpang (5) semua jalan wan masuk! tapi alhamdulillah jumpa juga akhirnya!

Biasalah di majlis kahwin ramai saudara mara belah sirman yang wan jumpa. Ada antaranya yang langsung tak kenal pun. Yelah raya 2 tahun sekali baru jumpa itupun kalau jumpa! Dan kali ini, wan berpeluang jumpa dengan bekas madu umi, Mak Siti (tapi dia bukan isteri abah sirman sekarang). Mak Mimi adik sirman. Cuma dengan Boy (adik Mimi) aje tak jumpa. Last wan jumpa dengan Mak Siti kalau tak silap masa kenduri kahwin wan dulu. Perasan tak betapa lamanya tak jumpa, hampir 10 tahun tu!! Dia punya peluk wan macam berpuluh-puluh tahun tak jumpa... hehehe... ni macam kes jejak kasih la nih!

Kami beransur balik ketika semua jemputan sudah hampir kosong dalam dewan. Memandangkan wan datang sendiri dan takut sesat, jadi wan balik ikut belakang kereta Ayin & Along sampai federal highway. Bila mereka turn masuk Shah Alam, wan terus ke Subang.

Singgah Subang Parade (SP) beli kasut sekolah untuk Aysha. Pergi sana semata-mata beli kasut, dah dapat kasut terus balik. Bila balik ke rumah rupa-rupanya sebelah lain walaupun secara kasarnya nampak serupa. Nasib baik Aysha tergerak nak cuba-test dulu. Itupun Aysha yang perasan! hehehe agaknya kalau biar pada wan sampai kasut tu nak guna baru perasan kot. Nasib baik juga masih ada kasut tahun lepas yang boleh dipakai dahulu.

4 Januari, wan cuti, hantar Aysha masuk sekolah. Rupa-rupanya semua pelajar 1 Cemerlang tahun lepas naik kelas 2 Dinamik untuk tahun ini. Dan gara-gara hari pertama sessi persekolahan bermula, Aysha terlepas perhimpunan kerana kesesakan lalulintas yang teramat sangat. Jika masa selama 10 minit boleh diambil dari rumah ke sekolah tapi semalam hampir 1/2 jam hanya untuk sampai ke kawasan sekolah!

Wan tunggu (atas permintaan) Aysha sampai waktu rehat, lebih kurang jam 10.30 pagi. Lagipun wan nak pastikan dia di kelas mana, siapa guru kelasnya dan jadual waktu untuk kelasnya. Suasana agak kelam kabut memandangkan tahun ini murid tahun 1 lebih 1 kelas berbanding tahun lepas hanya 5 kelas. Jadi tahun 2 terpaksa dikurangkan jadi 4 kelas kerana masalah tidak cukup bilik darjah. Pertukaran ini memang menyusahkan ibu bapa kerana murid-murid yang diserapkan ke kelas lain, ada antaranya nama tidak tersenarai untuk kelas tersebut! Selesai di SK USJ 12, wan harus selesaikan untuk sekolah petang pula. Bayaran yuran sahaja sudah buat wan pokai bulan ni... =(

Kemudian ke SP untuk tukar kasut. Masalah pula sebab tak ada jurujual yang nak layan. Nasib baik la ada seorang promoter yang sangat baik hati tunggu wan tukar kasut (cari padanan sendiri). Kemudian ke carefour untuk makan tengah hari sebelum balik ke rumah dan tidur sampai petang.

Malam, sessi balut buku teks (yang sepatutnya dibuat masa cuti) tapi itulah, perangai buruk wan suka buat kerja last minit! Walaupun cuba nak ubah tapi tak boleh la... agaknya wan memang suka buat kerja dalam pressure lepas tu mula la tension! Lepas tu mula la sakit naik ke kepala!! Lepas tu mula la tak puas hati... Lepas tu mula la terfikir... "kalaulah buat awal mesti hasilnya lagi baik!!" tapi itulah... perangai wan yang sukar nak diubah! *sigh*

Memasuki tahun baru 2010, bermakna akan bertambah lagi usia. Walaupun ada orang kata, usia hanya sekadar angka, tapi pada wan semakin bertambah usia semakin banyak penyakit yang datang. Walaupun secara zahirnya orang nampak kita sihat walafiat tapi diri kita, kita tahu macam mana kondisinya. Lagipun buat apa tonjolkan diri yang lemah? hanya untuk menagih simpati kan? OH TIDAK!! wan sihat OK!!

Jadi untuk tahun ini, rasanya kena kurangkan aktiviti kot, agar diri lebih fit?


0 comments:

Back to Top