2

Heyya...

Salam semua,

Dah beberapa hari tak tulis entry rasa rindu la pula. Tapi biasalah... busy, busy & busy (what a lame excuses!!)

Pagi tadi masuk lambat, tapi masih awal daripada mereka! hehehe macam mana tu?? Sebenarnya memanglah office hour pejabat wan ni, 9-6 tapi oleh kerana bos jenis tak kisah, mereka lebih suka masuk lambat dan balik lambat! Tapi wan tak boleh la, masuk awal & nak balik awal. Yelah pagi-pagi buta dah bangun siapkan Aysha nak ke sekolah, jadi lepas Aysha ke sekolah takkan lah wan nak tidur balik ya dak?? jadi, terus ajelah bersiap untuk ke pejabat. Sebab tu kalau pukul 6 aje wan terus cabut, sebab nak kejar ambil Aysha kat taska sebelum jam 6.30 petang (tapi selalunya terlebih juga) & walaupun bos masih ada di pejabat, wan dengan selamba aje balik! hehehe

Oh ya, wan masuk lambat sebab pergi ke sekolah Aysha selesaikan bayaran yuran. Suruh sirman, tapi asyik tak sempat aje. Kebetulan masa wan sampai ke sekolah Aysha, wan nampak Aysha beratur kat luar kelas kerana mereka ada kelas PIPM (Pendidikan Islam Pendidikan Moral)iaitu pelajar Islam masuk kelas PI, sementara pelajar bukan islam masuk kelas PM. Kesian pula wan tengok Aysha, dah la hari ni beg dia berat, dia pula kena masuk kelas lain, terpaksa angkut beg! Kenapa tidak ditinggalkan sahaja dalam kelas? Atau atas alasan keselamatan? kerana kelas mereka, pelajar daripada kelas lain akan gunakan untuk kelas PM jadi semua 'harta-benda' mereka kena bawa? Entahlah!

Memandangkan wan tak berapa cam muka cikgu Khairulnizam yang jadi guru kelas 2 Dinamik, terpaksa suruh Aysha cari, dan kebetulannya cikgu Khairulnizam lalu bawa pelajar kelas lain untuk ke kelas PI, fuhh nasib baik! Selesaikan bayaran yuran, sambil bertanyakan tentang Aysha dalam kelas, tentang kerja sekolahnya, juga minta cikgu alert fasal matanya yang belum sempat lagi nak pergi check betul-betul. Wah! macam bagus la wan nih hehehe. Memandangkan tahun ni tanda nama kena tukar daripada warna merah kepada warna hijau, jadi wan minta la dengan cikgunya 2 set. 1 set ada 4 keping nama. Bukan apa, kalau 4 tak cukup 1 hari terpaksalah wan basuh baju sekolah Aysha... penat la! Baju sekolah dia, pakai satu hari dah comot, terutamanya di bahagian lengan dan poket kurung. Lebih baik la wan beli 2 set sekali gus (ie 8 keping) yang lebih tu boleh simpan. Harap-harap tahun depan mereka masih kekalkan warna hijau lah!

Usai di bilik guru, wan singgah di bookshop beli badge sekolah yang asyik tertanggal jer bila wan basuh. Hahaha macam la ganas wan ni kan?? sebenarnya baju sekolah Aysha kena rendam semalaman sebelum di cuci. Dan wan pula malas nak jahit walaupun mesin jahit ada tersadai jarang-jarang digunakan! Alasan biasa MALAS nak buka daripada kotaknya!

Apa lagi ya nak cerita? hhmmm

Fasal semalam boleh? Apa menarik fasal semalam? Sebenarnya tak ada menarikpun! Sekadar tengok last episod drama Cinta Balqis kat tv3. Ops wan bukan ikut sangat ya! Tapi memandangkan semalam episod akhirnya, tengok jugalah. Itupun dah separuh, yelah wan sampai kat rumah dah pukul 7 petang, sedangkan cerita tu bermula jam 6.30. Nasib baik la Balqis tak jadi dengan Ezany dan tinggalkan Hassan! kalau tak memanglah klisenyaaa drama melayu! Yelah, kenapa ya, heroin mesti end-up dengan 1st hero?? tak boleh ke buat kelainan sikit?? Fuhhh nasib baik!

Malam tadi juga Aysha sibuk suruh ajar dia tulis jawi. Huhuhu Aysha, mummy ni baca jawi pun merangkak-rangkak... lepas tu nak suruh mummy eja pula. Walaupun merangkak-rangkak alhamdulillah boleh la buat... lepas tu entah bagaimana wan boleh terfikir nak cari dalam internet. Tau dak kadang-kadang internet ini SANGAT lah membantu! wan jumpa satu web e-jawi ke apa ntah dah lupa (balik nanti wan check), kita taip perkataan (dalam Bahasa Malaysia) kemudian dia akan tukar ke huruf jawi... memang sangat-sangat-sangat berguna. Even perkataan yang susah-susahpun boleh! Hehehe wan dah siap buat bookmark dah dalam lappy sirman, sambil-sambil ajar Aysha wan boleh belajar sekali! (huhuhu dah tua-tua pun masih tak tahu jawi, buat malu jer! & sedih juga tau!) Yelah wan bukan pelajar aliran agama, belajar jawi setakat dalam subject Agama sahaja, sungguhlah ruginya.

Sekarang ni bila Aysha tanya (fasal pelajaran) wan tak boleh kata tak tahu pada dia, nanti wan kena bebel! "Apa mummy ni, mummy kan dah besar mummy mesti tahu!" adus! anak oh anak, silibus sekarang bukan seperti silibus 30 tahun yang lalu! Silibus sekarang ni bagaikan subject baru yang tak pernah mummy belajar la Aysha! Oleh itu, kalau tak tahu kena sediakan alasan, dan jawapan yang paling suka wan gunakan... "nanti kejap, mummy kena duduk diam-diam, & eisya jangan tanya banyak-banyak tau nanti 'dia' tak nak datang!" padahal lepas tu wan tengok la dalam buku teks sekolah dia... hahahaha

Apa lagi ya... Oh ya, wan sudah habis tengok drama korea Boys Over Flower (BOF)... Jun Pyo, Jan Di & Ji Hoo sunbae... Tengok drama tu, mula la teringat tempat-tempat yang pernah wan pergi kat sana penghujung tahun 2008, terutamanya kalau ada adegan tepi jalan! dekat bus stop... dengan cuacanya yang dingin-dingin sejuk tu, bestnya!! kecuali Jeju Island ajelah tak pergi... syoknya kalau dapat pergi lagi kan! Next time nak pergi musim bunga la pulak! Hehehe macam la banyak duit!

Ni kes tak sanggup nak melangut depan tv tunggu tiap-tiap malam la... hari sabtu & ahad lepas wan bantai tengok dekat mysoju.com. Hari sabtu dari jam 11 malam sampai jam 4 pagi. Jam 6.30 dah kena bangun... lepas tu kepala dah nenong semacam! hahaha. Hari ahad, lepas balik dari Bangi sambung tengok... dan yang paling tak syok, tengah syok dok layan Aysha pula membebel.

"mummy ni... asyik-asyik dok tengok komputer! asyik-asyik dok tengok komputer! komputer tu bukan mummy punya, tu komputer papa!" dengan muncung yang sedepa! angin la tu sebab tak ada orang layan dia.

"Habis tu, eisya tengok 616, papa tengok tv kat dalam bilik, mummy tengok la komputer!" sambil mata tak lepas dari screen pc! hehehe

Ops kerja ni dah lama tau wan tak buat! semenjak syud diam membisu, dah tak ada orang nak update drama korea/jepun terbaru yang syok untuk dilayan selepas "I'm Sorry I Love You" yang sangatlah sedih!

So, apa cerita dengan buku cerita? Ops! wan rehat sekejap daripada mengadap novel. Tak ada mood la nak membaca! Entah kenapa tak ada keinginan nak mengadap, lagipun penat la nak menilik aksara-aksara yang kadang-kala jadi 2-3 membayang di depan mata, lepas tu mula la mata jadi berair!. Rasanya memang dah jatuh hukum 'wajib' kena pergi check mata! huhuhu...

Oklah nak stop dulu, mata dah penat la... nanti wan sambung lagi ya... bila-bila wan free nantilah.

Sehingga itu.... daaaaaaa...

2 comments:

nacha said...

uwaaa... masa gi Jakarta bulan April last year ada beli cd BOF ni. pas tu senyap2 si Yasmin bg kwn dia pinjam. tu takpe la. bila dah pinjam terus wat harta la plak. at last dia kata dah ilang. grrrr.. mujur sempat tgk sampai abis.

Wan Amalyn said...

Nacha,
Alaaa sayangnya!!!
takpa pergi Indon nanti boleh beli lagi ;-) tp kat sana mmg murahkan CD dia??!

Back to Top