2

Na... aku sayang kat ko....

Salam semua,

Hari ini tanggal 9 Januari adalah hari ulangtahun kelahiran kakak wan yang ke-40! Kakak kandung yang satu-satunya yang masih wan ada.

Wan tak ada apa-apa yang nak diberikan pada dia... dan seingat wan, wan jarang beri dia hadiah apa-apa!! Tapi wan sentiasa doakan moga hidupnya aman tenteram walaupun yang sering wan dengar hanyalah keluh kesahnya. Moga hidupnya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.

Wan dengan dia beza tak jauh, sebab tu agaknya wan rapat dengannya (dulu la) tapi sekarang ni, jarak yang memisahkan membuatkan wan seringkali lupa padanya... tapi dalam hati tetap tersimpan rasa sayang kat dia! Rasa yang tetap ada khas untuk dia.

Dulu dialah teman wan yang sama-sama masuk taekwondo masa kat sekolah. Dia sering jadi sparring partner wan semasa sessi latihan taekwondo. Kami sering bertumbuk (sekadar latihan mahupun betul-betul! hehehe). Wan tak panggil dia kak Na sebagaimana yang sepatutnya. Wan seru dia dengan nama panggilan biasa NA, dan bila bercakap wan gunakan ganti nama 'aku' & 'ko'. Bukanlah tak hormat, tapi dah terbiasa lagu tu.

Selepas tamat sekolah, wan sambung belajar kat ITM & dia bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (Pasir Mas). Memang tak dinafikan dia lawa, sebab tu dia suka melawa... Setiap bulan pasti ada je kain pasang yang dibeli untuk dibuat baju. Mula-mulanya wan geram jugak... lebih baik la duit tu dia bagi kat wan, boleh juga wan buat belanja di ITM. Tapi dah perangai dia suka melawa.... hahahaha. Tapi lama-lama wan diam sebab baju dia yang wan angkut bawak pi hostel pakai masa kuliah!! Ada yang wan main ambik aje tanpa keizinannya... habis semester wan bawak balik tukar dengan yang lain.... nasib baik badan kami lebih kurang aje. Tapi itu dulu la! sebab selepas lebih 15 tahun berlalu, wan maintain tapi dia dah berisi (sikit) lagipun anak dah 5 so kiranya out of shape (sikit) la... (hehehe dun worry dia tak akan bacanya blog ni... & dia tak tahupun pasal kewujudan blog nih! kalau tak mahunya dia tak ngaku wan ni adik dia!)

Ketika wan masih di ITM dia dapat tawaran masuk maktab perguruan kat Perak. Hubungan masih macam tu... baik-gaduh-baik balik. Kami berutus surat walaupun masa tu wan juga kat Perak. Wan kat Manjung dia kat Ipoh. Tapi dia kedekut, dia tak macam arwah kak Ja yang tiap kali wan dapat balasan surat pasti diselit duit untuk tambah belanja wan hehehe padahal dia dapat elaun walaupun tak banyak. FYI wan masuk ITM 100% atas biaya abah. Maklumlah (dulu) Kelantan negeri miskin susah nak dapat pinjaman/biasiswa kiranya perit jugak la time tu.

Tapi pernah sekali dia datang (dengan saudara kami yang menetap di Manjoi) ke Lumut dan kami berkelah di teluk batik... seronoknya, tak terkata! sebab faham-faham la bila jauh daripada keluarga, sesekali ada keluarga datang melawat mestilah hati berbunga-bunga bersulam rasa sebak.

Masa wan konvo, dia juga yang datang bersama Anis sepupu wan. Keluarga yang lain memang tak adalah, hatta abah & mek pun tak datang, maklumlah jauh dan adik-adik wan ramai & mereka masih sekolah, jadi mana boleh tinggal. Lagipun kalau nak datang, nak kena ada duit juga... dalam hati, sedih juga la, sebab orang lain seluruh keluarga datang beramai-ramai meraikan, tapi wan.... tapi wan kena fikir positif!

Dan wan seharusnya berhutang budi dengannya. Kalau tidak kerana dia, pastinya wan tak dapat jadi isteri sirman. Kenapa? sirmankan bukan orang kelantan, dulu-dulu orang kelantan mana boleh kahwin dengan orang luar! Tapi lepas insiden dia, alhamdulillah family kami sudah mula menerima dasar 'buka pintu'.

Pendek kata banyak lagi la kenangan yang kami lalui bersama. Yelah dari kecil sampai dah besar panjang kami membesar di bawah atap genting yang sama. Makan nasi lauk yang serupa, mandi air telaga yang satu, tidur berhimpit di katil yang itu-itulah. Jadi kalau nak cerita semua, boleh jadi seperti hikayat 1001 malam! Jadi hanya itu antara sedikit kenangan yang kami kongsi bersama... segala ranjau yang kami lalui bersama akan tetap terpahat dilipatan kenangan...

Buat Wan Roslina... Selamat menyambut ulangtahun kelahiran, moga dirimu sentiasa dalam rahmatNya. Aku sayang kat ko Na!!

2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Selamat ulang tahun kat dia juga tau Wan; walupun dia tak baca blog ni.


Ingat kenangan dulu ek.. kita gossip2 pasal Kak Lina...hehehe..

Alhamdulillah, walupun kisah2 dulu mcmtu dah anak lima pun dia ye!..

Wan Amalyn said...

Na,
=) hehehe biasalah dia tu!!

Na, kenangan ngan ko bergosip pasal dia pun oghang masih kenang tau!! hehehe bab2 mengutuk best aje... hahahaha

thanks Na, nanti oghang sampaikan kat dia!

Back to Top