9

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...

Salam semua,

-credit to Rnysa yang gambarnya saya cilok daripada Facebook beliau-
[ gambar dirakamkan pada lewat petang (lebih kurang jam 6.30 petang hari sabtu oleh lensa kamera Rnysa ketika pengunjung beransur kurang ]

Hari ini merupakan hari ke-4 berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang ke-30 diadakan di PWTC. Bermula 22 April 2011, jumaat saya sudah berkampung di PWTC, secara spesifiknya di booth Jemari Seni (JS) yang terletak di Dewan Tun Hussien Onn (tingkat bawah bersebelahan dengan eskalator-pentas utama) bersama-sama dengan team PTS, Ana Muslim, Popular dan beberapa penerbit lain yang saya kurang pasti. Maaf. Tugas utama saya sebagai promoter jualan untuk Jemari Seni tidak mengizinkan saya untuk 'melawat jiran-jiran'. Bukan bos-bos JS tak bagi peluang tapi saya yang terlebih berdedikasi ini tidak cukup masa untuk mencelah! hahahaha (ayat bodek - supaya tahun depan bos-bos JS akan lantik saya sebagai promoter JS lagi... hehehe)

Hari pertama - jumaat, seawal pagi booth JS sudah diserbu oleh para pengunjung. Rata-rata menerkam buku terbaharu HLOVATE - Contengan Jalanan. Teruja untuk mendapatkan bookmark ekslusif lagi terhad bertandatangan penulis kiriman khas daripada Hlovate. Juga teruja untuk mendapatkan karya-karya pra-cetak daripada Syud (Baju Melayu Hijau Serindit), Saidatul Safaa (Quartet) dan Normaslina Masri(Mencari-Suami@JS.com). Juga teruja dengan tawaran hebat diskaun 20% untuk setiap buku baru (2011) dan 30% untuk setiap buku-buku terbitan Jemari Seni Publishing (2010 hingga 2006), juga 3 buah buku kompilasi (terpilih) untuk harga RM39.00 sahaja. Hebat tu! kalau kat kedai mana nak dapat harga runtuh sebegitu.

Menjelang ke tengah hari pengunjung bertambah ramai. Dengarnya di lobi utama Tun Mahathir datang untuk launching buku terbaharu beliau 'A Doctor In The House'. Pun tak sempat saya nak jenguk, padahal dekat sangat dengan pintunya... hanya beberapa langkah sahaja dah boleh nampak. Pun saya tak sempat nak intai. Buku-buku di rak pula sekejap sahaja sudah hampir kosong dan kena tambah. Itu baru hari pertama dan baru setengah hari!

Hari kedua dan ketiga - sabtu dan ahad, orang bertambah ramai sebab hujung minggu. Jikalau hari jumaat, booth JS sudah penuh, hari sabtu dan ahad apatah lagi. Berganda-ganda, hinggakan nak bergerakpun sukar. Dan saya sampai kering tekak dok bercakap... hahahaha

Cumanya tahun ini saya tidak punya masa untuk bersama-sama geng Ulatbuku menerjah booth ke booth misi mencari buku dan bertemu dengan penulis. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya saya tak habis banyak duit borong buku. Lagipun saya sudah bertekad untuk berhemat. Jangan terkejut kalau saya katakan ada antara buku-buku yang saya beli masa Pesta Buku tahun lepas masih elok dalam plastik! Belum dibuka dan dibaca! Jadi misi saya cuba untuk menghabiskan dulu mana yang ada. Tapi membeli tetap membeli cuma kurangkan aje! (huhuhu ayat bela diri, nanti bila saya belikan kalian akan kata "kata tak nak beli, tapi beli jugak!")

Saya juga sangat berbesar hati bila ada antara 'adik-adik' saya yang belum pernah saya bersua muka, sudi menyapa saya. Memperkenalkan diri pada saya. Dan minta maaf andai saya agak tidak 'bersahabat' maklumlah penat! Tapi saya cuba sedaya mungkin. Dan kalau boleh setiap 'adik-adik' saya, saya nak peluk kuat-kuat. Terima kasih pada Dawlin Zainudin, pada kakmid (Hamidah Hassan), pada Siti Suhaili, pada Airina, pada Almiza Razak, pada Khairun Nisaq dan beberapa orang yang saya sudah terlupa nama. Juga kak Azieazah yang berbalas kunjungan dengan saya... hehehe. TERIMA KASIH... TERIMA KASIH... TERIMA KASIH kerana kalian sudi memperkenalkan diri. Juga pada geng-geng ulatbuku -kaknOOr, nacha, kaknOtie, adhan, iejay, wabbit, mamaerra, carrie. Juga gengkicap - Dd, Kucc, kak Jua, Rinn. Sayang korang semua!!!

Seronok. Itulah ayat yang tepat untuk saya gambarkan bagaimana perasaan saya selama tiga hari saya berkampung di PWTC. Nawwir cukup risau dengan saya. Bimbang kalau-kalau saya terlampau penat dan jatuh pengsan. Hehehe bimbang sungguh dia, padahal saya ok-ok aje! Lagi bersemangat ada lah!. Tak sabar nak tunggu minggu depan, pastinya pengunjung bertambah ramai, ye lah dah hujung bulan, gaji dah masyukk dan bersambung pula dengan cuti umum hari pekerja. Harap saya dapat bertemu dengan kalian lagi...

daaaa......

9 comments:

adhan said...

kak wan..
memang seronok..tahun depan jumpa lagi, insya-allah sebab next week saya ada wedding ceremony..cousin punya bukan saya hehehe

notie said...

Wan, Tun Dr mahadhir bukan launching hari sabtu ke? Sebab masa akak sampai nampak penuh kat pentas utama Tun Dr mahathir sign berderet peminatnya yang beli bukunya. Akak tak beli jadi menempel je.

Minggu ni nak mai lagi. Hari tu cuma area JS dan Karangkraf ja. banyak area tak di selusuri. Chewah.

Wan Amalyn said...

Adhan... :)
Insyallah.. jumpa lagi tahun depan

kaknOtie,
Oh ye ke?? hehehe silap info la nih! duduk kat dalam tu tak nampak apa yang berlaku di luar :D Wan insyallah jumaat, sabtu & ahad nanti akan berkampung lagi kat sana... jumpa dengan akak nanti ;)

ADMIN (MB) said...

Jumpa di sana! :-)

Wan Amalyn said...

MB,

Insyallah! kalau singgah booth JS jangan lupa tegur kakwan ya! ;) nak jugak kenal siapa dianya disebalik nama Melihat Buku ni. :D

azieazah said...

Gambar awak ada kat Kak Azie. Nanti Kak Azie upload masuk blog.

Jumpa lagi nanti.
Kak Azie duty lagi pada Sabtu dan hari penutup Ahad nanti.

Hidup AMALYN!

Wan Amalyn said...

kak Azie,

Ye? *teruja* nanti wan gi skodeng blog akak... :D thanks kak!

Insyallah... kita jumpa nanti... wan pun bertugas jugak pada hari jumaat, sabtu & ahad nanti :D

Hidup AZIEAZAH!! \(^-^)/

airina said...

Kak Wan! Firstly nak cakap akak tersangatlah kurus! :P

T/kasih dengan hadiah comel tu. Baru habis menelaahnya semalam kih5

Seronok jumpa akak & Kak Adhan. Juga para penulis JS yang lain. Sayang tak sempat nak ambil autograf Kak Su hari tu. Beratur lama sangat, sampai penulisnya pun dah keluar makan hehe

Wan Amalyn said...

Airina...

Hahaha nak buat macam mana, kadar metabolisma kakwan tinggi... makanlah banyak manapun tak gemuk!

Hehehe... so jangan lupa email pada kakwan reviewnya utk dipublish! ;)

So lepas ni kalau jumpa, jangan lupa tegur ya! :D

Back to Top