Tinggal Kenangan
Entah mengapa hari ini aku tiba-tiba teringatkan adik-adik yang dah semakin meningkat dewasa. Aku seakan lupa, bahawa masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita walau sedetik. Hanya terpulang pada kita untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Adik-adik perempuanku yang seramai 4 orang, hanya tinggal Nini (bakal menamatkan zaman daranya pada hujung tahun) semuanya sudah berkeluarga. Si Rose bakal bergelar ibu. Dia dijangka melahirkan anak sulung pada bulan June ini. Si Lida, kakak si Rose baru diterima masuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah KPLI nun jauh di Perlis (selepas memohon berkali2) hanya selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Agaknya itu dugaan untuk Lida, menguji tahap mental dan fizikal di dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan. Si Rose agak beruntung, kerana dia bertugas di hospital kat kampung, tinggal dengan mek & abah. Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan. Si Nini yang baru mengikat tali pertunangan pada 29 Jan 2006, akan melansungkan perkahwinan nya hujung tahun ini.
Si Lili, sentiasa sibuk dengan anak-anaknya yang semakin membesar. Bila office aku dah berpindah ke Puchong, aku semakin jarang bertemu dengannya. Kalau dulu, dia yang akan menjemput Aysha (satu nursery dengan si Ikram & si Irham anaknya), dan aku akan mengambil Aysha dari rumah nya. Jadi hari-hari aku akan berjumpa dengannya. Tapi sekarang nak berjumpa sebulan sekali pun payah.
Kini yang tinggal hanya adik2 lelaki ku yang masih lagi bersekolah. Si Ghaffar, tinggal lagi 1 tahun untuk menghabiskan kursus sijilnya dari Politeknik Kota Baru. Si Aizat tahun ni akan menduduki peperiksaan SPM dan si Khairi yang bongsu di dalam tingkatan 2. Semoga mereka akan berjaya dalam hidup.
Anak ku si Aysha, tahun ini dah masuk sekolah (4 tahun). Hari ini buat hal tak nak ke sekolah, tak nak bangun untuk mandi... terpaksa umpan dengan macam-macam janji. Aku bukan apa, kalau boleh tak nak janji apa-apa dengan dia kerana dia akan ingat segala janji-janji itu. Bila tiba masanya dia akan tuntut. Aku kadang kala tak sampai hati nak menghampakan permintaannya, kerana aku sendiri yang berjanji. Kadang-kadang aku rasakan si Aysha lebih cepat matang... lagipun dia selalu cakap dengan aku.... "Eisya dah besar" Tapi bila nak mainan dia selalu pujuk aku dengan "Eisya kecik lagi" mana satu aku pun tak tahu... Aysha... Aysha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment