3

Keputusan Cabaran 50 Buku : April 2011

Salam semua,

Kakwan mohon maaf pada adik-adik kakwan yang ternanti-nantikan keputusan 10 ulasan terbaik untuk bulan April. Kakwan terlewat lagi *sedih*. Bukan niat nak mungkir janji tapi kekangan masa yang menghalang kakwan tunaikan janji. Dengan acara pesta buku yang baru selesai, kakwan jadi kesuntukkan masa. Padahal para juri sudah beri awal-awal lagi... huhuhu alasan!?

Alhamdulillah. Kali ini kakwan dapat komen yang positif daripada panel penilai. Positif kerana ada peningkatan dalam ulasan yang adik-adik buat. Alhamdulillah itulah yang kita harap-harapkan agar apa yang kita buat ada peningkatannya. TAPI buat panel penilai, ia membuatkan mereka agak sukar mencari ulasan-ulasan terbaik dan sekaligus menyukarkan lagi mereka membuat pilihan.

Jadi, inilah antara ulasan-ulasan yang terpilih untuk ‘Cabaran 50 Buku – Jom Lomba Baca!’ kali ini.

1- Aimie - Dia & Dia
2- Anita Sang - Menunggu Hujan
3- Arirada - Salju Sakinah
4- Ayu Abu Bakar - Kristal-Kristal
5- Khaulah Khalid - Lagukan Senandung Itu
6- Melihat Buku - Sebongkah Batu Di Kuala Berang
7- Mariah - Cinta Sang Ratu
8- Ummu Hakeem - Lasykar Pelangi
9- Xana - Surat Ungu Untuk Nuha
10- Rinn - Matahariku


Sehingga kita bertemu di bulan hadapan, jangan lupa tanggungjawab kalian untuk terus menghantar ulasan-ulasan terkini ya. Sekian.

---
Oh! ya, kakwan juga nak umumkan bahawa kita menerima dua lagi penyertaan daripada adik-adik kita yang berminat untuk menyertai kita dalam acara 'Lomba Baca' ini.

Mereka adalah:
27- Farah Hana
28- Izyan


Semoga acara 'Lomba Baca' kita ini bertambah meriah dan memberi lebih banyak 'pandangan' untuk pembaca di luar sana mendapat gambaran terhadap buku-buku yang kita baca ini. Moga dengan usaha kita ini memberi manfaat pada pembaca lain.

Membaca Memperkasa Minda.... Jom kita Lomba Baca!

3 comments:

aimie_afifah said...

Assalamualaikum kak wan,
Terima kasih pada panel penilai kerana sekali lagi memilih resensi saya..
wahhhhhhhh..terkejut amat ni...

Tahniah juga buat pemenang yg lain ya...

Selamat join Geng Lomba Baca pada Farah & Izyan...:)

Unknown said...

Salam kak Wan..
Alhamdulillah, ulasan saya dipilih buat pertama kalinya. Syukur...
Terima kasih kepada panel penilai. InsyaAllah, kemenangan ini akan mendorong saya untuk mengulas dengan lebih baik lagi.

Tahniah juga buat rakan-rakan yang menang dan selamat datang buat geng baru!

Wan Amalyn said...

Aimie..
:) Tahniah pada Aimie... nanti hantar lagi ya!!

Ummu Hakeem...
Tahniah! Lepas ni boleh hantar banyak-banyak lagi ya!! :D
& Jangan lupa emailkan alamat yang boleh dihubungi pada kakwan untuk urusan penghantaran hadiah...

Back to Top