2

Selamat tinggal 2010

Salam semua,

Kita sudah di penghujung tahun 2010. Lagi dua hari tirai 2011 akan kita buka. Pastinya banyak peristiwa dan kenangan, baik yang pahit mahupun manis bertamu menjadi sebahagian daripada rencah hidup kita sepanjang tahun ini kan?

Begitu juga dengan saya. Kalau boleh saya hanya ingin kenang peristiwa yang manis-manis sahaja. Yang pahit maung tu kalau boleh saya ingin lupakan kerana jika ingin padamkan rasanya tak mampu kerana ia meninggalkan parut di lubuk hati kita yang terdalam. Dan juga sekali sekala kita pasti ingin ingat sebagai iktibar di masa depan.

Sebagai 'ulat buku' sudah pasti agenda utama saya adalah berkaitan dengan buku/novel. Sepanjang tahun ini... tidak banyak novel yang saya benar-benar enjoy ketika membacanya. Ada, bukan tak ada. Mungkin juga kerana mood membaca saya yang tak menentu bagaikan iklim malaysia yang sukar di ramal ini! hehehe

Jadi sempena dengan tahun baru 2011, ada beberapa perkara yang akan saya ambil perhatian lebih (sikit). Antaranya:

1-blog Ulatbuku
2-aktiviti membaca
3-lain-lain (akan difikirkan kemudian)

1- Blog Ulatbuku
Saya tidak tahu nak buat apa sebenarnya dengan blog itu yang bagaikan tidak berpenghuni. Saya rasa tak mampu nak kendalikannya seorang diri. Yelah, blog peribadi saya pun kadang-kala tak berupdate, dengan blog sembang buku saya lagi. Belum lagi dengan kerja-kerja pejabat saya yang tak pernah nak habis ni (kecuali saya berhenti kerja! yang TIDAK mungkin saya buat kerana saya perlukan duit untuk bayar hutang-hutang saya!)

Komrad saya pun (kalaulah masih ada lagi *sedih*) seakan menyepi atau saya yang menyepikan diri?? Nantilah saya fikirkan kemudian. Sekarang ni hanya satu solution saya TUTUP buku dan jangan buka-buka lagi... *mode: SEDIH*

2- Aktiviti Membaca
Saya ingin tanam tekad untuk konsisten membaca. Sekurang-kurangnya dua buah buku dalam sebulan. Kalau lebih lagi bagus! Saya ingin sasarkan membaca sebanyak 25 buah buku setahun. Erk! sikitnya kan??

Saya sebenarnya cemburu dengan kawan-kawan di Goodreads Malaysia yang mensasarkan 50 buah buku setahun. Tapi dengan cara dan mood saya yang sebegini, rasanya saya tidak mampu nak melaksanakannya! Jadi kalau saya boleh habiskan 25 buah buku setahun pun dah cukup baguskan?

Nanti saya akan lekatkan di tepi blog saya ini, buku apa yang telah dan akan saya baca untuk setiap bulan. Harap-harap semuanya akan terlaksana. Doakan saya ya!

3- Lain-lain
Untuk lain-lain ni, saya belum berani nak beritahu. Saya takut tak terlaksana, jadi saya akan diamkan aje. Harap-harap diam ubi lah sekurang-kurangnya berisi juga. Jangan diam-diam dan saya terus diam tanpa buat apa-apa... hahahaha (rasa macam tu aje saya nih!!!)

Apa lagi ya?? Nantilah saya fikirkan...

Jadi buat semua sahabat-sahabat yang saya sayangi, saya ingin mengucapkan... SELAMAT TAHUN BARU 2011... Semoga apa yang anda impikan akan terlaksana di tahun baru nanti...

Jumpa anda di tahun depan, kerana saya akan berada di bumi Cik Siti ketika tirai 2010 akan berlabuh dan tirai 2011 menjenguk muka.

2 comments:

azieazah said...

WAN, baguslah ada azam nak tambah jumlah dan sasaran buku yang dibaca..

Kak Azie hari hari baca buku, tapi beli sangat jarang. Sudahnya, ulang balik baca buku yang ada, ada tu sampai 5,6 kali dah baca novel yang sama.

Wan Amalyn said...

Kak Azie,

:) wan ni pula sangat gila membeli tapi bacanya entah bila... :(
tapi tahun ni insyallah nak habiskan buku yang beli tak baca-baca tu... sian buku-buku tu..

:) buku-buku lama pun wan ulang baca juga, kalau ada yang memang SUKA sangat dengan ceritanya...

Kak Azie, pesta buku nanti masih 'kerja' dengan Creative lagi ke?? mana tahu boleh terjah kak Azie kat situ... :))

Back to Top