3

Syawal 1431

Salam semua,

Keluarga besar saya tanpa Lina (kakak) dan keluarganya, serta dua orang anak bujang Mek & Abah.

Sebenarnya gambar ini saya ingin upload bersama 'Cerita Raya' saya di entry sebelum ini, tapi memandangkan sirMan belum siap edit dan boleh saja kalau saya edit sahaja entry itu, tapi saya malas nak 'mekap'kan balik.  Hasilnya... inilah!

Agak sukar saya nak rakamkan gambar ini sebenarnya. Banyak halangan. Gambar ini dirakamkan di pagi 14 September sebelum kami bertolak ke Terengganu untuk bercuti. Pengambaran yang dijadualkan pada raya ketiga terpaksa dianjakkan ke hari berikutnya berikutan masalah dalaman(orang ni ada, orang tu pula tak ada!) yang memeningkan kepala saya sebagai ke'tua'.  Dan saya rasa hanya saya yang bersungguh-sungguh. Bagi saya hanya gambar yang akan dilihat sebagai tanda kenangan...

Jutaan terima kasih pada sirMan yang bersusah payah bawa balik kelengkapannya (kalau nak buka studio di rumah pun boleh!! ~ siap ada 'payung' lagi) dan tanpa banyak sungutan (harap-harapnyalah kerana dalam hati saya tak dapat baca).

Moga Syawal tahun depan saya masih lagi diberi peluang untuk bergambar beramai-ramai bersama kaum keluarga saya.


3 comments:

klavu said...

taun ni mmg teringin nak bergambar ramai seluruh keluarga, tapi biasalah..mcm2 halangan. tapi raya tak abis lagi kan, mudah2an tersampai hajat :D

Wan Amalyn said...

kLavu,

perkara biasa bila masing-masing sudah ada keluarga sendiri... :(

walaupun syawal masih berbaki, tp peluang nak berkumpul tu mcm sudah tak nampak jalan kecuali kena tunggu tahun depan...

klavu said...

tahun depan pun belum tantu semua dapat berkumpul :/

Back to Top