Kat sini aje aku telah membelanjakan RM123.74 termasuk buku untuk Aysha. Nasib baik ada wabbit dan kawannya miow... tolong bawakkan buku aku... kalau tak mahunya birat tangan aku memjinjingnya... *tima kasih wabbit*Selepas selesai urusan di CESB aku, wabbit dan miow, menuju ke KLCC untuk berjumpa dengan Klena dan rombongan rahsianya. Rupa-rupanya knOOr, Lia dan Ija dah sedia menunggu. Teruja nak jumpa mereka... sampaikan takku hiraukan manusia yang lalu-lalang kat situ.
Maka bermulalah adegan jejak kasih * mengikut kata wabbit* Selepas itu kami menuju ke A & W untuk persidangan meja panjang. Dan surprise... si Izzul tiba-tiba muncul bersama anak-anak dan suaminya. *Izzul terima kasih atas Bukan Cinta Biasa ini... sesungguhnya ianya adalah yang luar biasa*
Buat sesapa yang nak kenal wabbit... inilah sidia yang menjadi idaman nor ash... hehehe... [wan x beranilah nak letak gambar betul wabbit nanti dia marah kat wan... sorry ek sesapa yang teringin sangat nak tengok wabbit, kenalah mintak kebenaran dari tuan empunya diri dulu] Tapi apa-apapun wabbit memang nakal... cuma kenakalannya agak terbatas... mungkin sebab baru pertama kali jumpa so dia jadi macam ala-ala perempuan melayu terakhir gitu... ahaks.. sorry wabbit *peluk dia kuat2* sayang kat wabbit.Wabbit... patung ni wan terpaksa curi jap dari Aysha... kalau dia nampak sure dia nak masukkan sekali dalam rumah "adik-adik dia"... hahaha...
Semoga akan ada lagi pertemuan yang akan datang. Terima kasih semua kerana sudi terima diri ini seadanya.




0 comments:
Post a Comment