0

House warming + akikah

Salam semua,

Semalam, wan & keluarga ke Taman Desa Baru 1, Cheras memenuhi undangan Wan Diyana, sepupu wan yang buat makan-makan sempena naik rumah baru serta akikah anaknya Nik Aneesa Husna Nik Anuar.

Tapi sebelum tu kami (SIRman, Aysha & wan) ke Amcorp Mall sebab SIRman ada barang (kamera) yang nak dibeli. Wan yang jarang pergi Amcorp Mall pada hujung minggu (pagi), baru tahu rupa-rupanya ada ‘flea market’ kat situ. Selepas selesai SIRman berurusan di J-One (kalau tak silap la, itu nama kedainya, bos dia nama Jason) kamu berpusing-pusing tengok barang-barang lama yang dijual di situ. Macam-macam ada!! (baca: ala-ala iklan Astro). Daripada barang kelengkapan dapur seperti pinggan mangkuk yang lama-lama (ala-ala antik gitu) hinggalah pada barangan seperti rekod-rekod lama... daripada lower ground floor sampailah top floor.

Dalam dok berpusing-pusing tu si Aysha ternampak pula POPULAR Bookstore... huhuhu susahnya bila anak pun dah jadi ulatbuku. Apa taknya hari sabtu tu, kami dah ke IOI Mall, dan kebetulan SIRman parking kereta kat rooftop dan kami turun dekat GSC, yang bersebelahan dengan POPULAR. Si Aysha apa lagi melompatlah nak masuk... jadi, dah masuk, dah dapat buku... dan semalam nak beli lagi! Konon-kononnya dia tak bawa buku yang dia boleh baca dalam kereta sementara nak sampai ke destinasi (rumah Diyana). Huh! ada je alasan nak suruh orang beli! Dan beli jugalah sebuah buku cerita yang dia pilih sendiri, kemudian tengok birthday card, pun nak beli, sebab semalam adalah birthday Siti Aishah besfren dia.

Lepas beli apa yang dia nak, kami bertolak ke Cheras. Kami yang tidak tahu lokasi, janji dengan Lili akan jumpa dia di R&R Bukit Dukung. Sesiapa yang sampai dulu akan tunggu, itu janji kami. Rupa-rupanya kami yang sampai dulu. Dalam dok menunggu Lili, Nini pula telefon tanya arah, sebab dia berada berhampiran dengan R&R Bukit Dukung, apa lagi wan suruh la dia singgah sebab wan ada kat situ. Bila Lili sampai kami berkonvoi ke rumah Diyana yang rupa-rupanya hanya berada di ‘seberang’ jalan sahaja. Lokasi tepatnya di belakang kedai perabut Al-Qamar sahaja!

Sampai je kat rumah Diyana, ketika bersalam dengan my Aunty... “Eh! tak jadi balik ke?” huhuhu sedihnya, apa taknya seminggu sebelumnya (ketika makan-makan kat rumah Muharram) wan sudah canang berita yang wan nak balik kampong, sampai masa ada lagi kat KL. Selepas tu jumpa pula my Uncle... dan terus cari makanan. Perut lapar laaa... apatah lagi ada nasi beriyani dengan lauk-lauknya yang sedap, lepas tu ada kambing golek lagi... itu yang makan tak ingat dunia! (balik malam kepala dah sakit)

Apa yang bestnya bila berkumpul anak beranak ni rasa macam ‘balik kampung’. Boleh bercakap bahasa kita tanpa perlu fikir orang akan faham ke tidak... hehehe... Selain tu, rasa macam hari raya la pulak. Yelah, selalunya bila berkumpul begini, hanyalah setahun sekali pada hari raya jer!

Lepas makan sessi buat terjah pula, semua ceruk rumah Diyana wan jelajah. Cantik. Memang cantik rumah Diyana ni, tema rumah hitam-putih daripada ruang tamu, dapur, sampailah bilik tidur utama. Kecuali bilik anak daranya sahaja kaler pink. Nasib baiklah Aysha tak tengok, kalau tidak mahunya dia jeles! Mana taknya rumah Semi-D yang berharga RM540k plus RM200k untuk renovation, mahunya tak cantik! Sampaikan bilik airpun cantik... ala-ala 5 Star hotel gitu.

Makan-makan, dah! Lepak-lepak, dah! Orang, makin lama, makin kurang yang datang. Katerer pun sudah bersiap-siap pack barang (kerusi+meja) nak balik, kambing golek/panggang dua ekor pun sudah habis, rasanya itu adalah hint supaya wan pun balik juga... hehehe. Minta diri dengan tuan rumah, salam dengan my Aunty... bila sampai turn salam dengan my Uncle, cium tangan dia, hati wan tiba-tiba jadi sebak! Teringat pada abah kat kampong. Teringat pada cerita Lili yang bila abah tahu kami ‘nak’ balik dia siap belikan kaki lembu untuk dibuat sup. Sebab dia tahu anak dia yang ni sangat gemarkannya. Airmata dah bergenang di tubir mata. Dan agaknya my Uncle tahu, dia peluk wan. Erat. Tahan airmata agar jangan mengalir. My Uncle adalah adik abah yang wajah mereka sangat mirip. Dan cucu-cucu saudara panggil dia Tok Wan Muda.

Bertolak balik... lalu bangi, dah lepas baru teringat nak singgah ambil buku, tapi SIRman la pula malas nak patah balik sebab bila nak buat u-turn tu yang jauh!

Itulah sahaja cerita wan fasal semalam.


0 comments:

Back to Top