0

Cabaran 50 Buku : Pemenang Hadiah Utama Lomba Baca 2011

Salam semua,

Sudah nak masuk bulan ketiga di tahun 2012 dah, nama pemenang Cabaran 50 Buah Buku untuk tahun 2011 masih lagi belum diumumkan. Teruk sungguhkan kakwan ni... *sigh*

Oklah. Selepas para panel membaca, meneliti, mengkaji dan berdiskusi... dengan ini kakwan dengan rasa besar hati mengumumkan 3 nama pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan oleh pihak Jemari Seni Sdn Bhd selaku penaja utama.

Pemenangnya adalah...
1- Aimie – Melur Bunga Ivy
2- Anita Sang – Cinta Dari Istana
3- Ain Sabrina – Contengan Jalanan


Sebagaimana yang telah diuar-uarkan, pemenang hadiah pertama akan membawa pulang :
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang daripada Pulau Nami

Sementara pemenang hadiah tempat kedua akan menerima Baucar bernilai RM150 DAN pemenang hadiah ketiga akan menerima Baucar bernilai RM100 untuk membeli buku di Toko Buku JS.

*Nota:
1- Para pemenang akan dihubungi melalui email berkenaan dengan cara penebusan hadiah daripada pihak penaja.

2- Tempoh sah laku Baucar adalah sehingga 31-Dis-2012 dan boleh digunakan untuk pembelian secara Pos atau beli di Premis JS ataupun pembelian di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) PWTC)

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih hati ya.

Di sini kakwan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan ketidakupayaan kakwan dalam mengendalikan acara Lomba Baca ini. Sesungguhnya kakwan adalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Ampunkan kakwan ya...

Sedih. Acara sudah berakhir. Teringin untuk menyambung kembali acara Lomba Baca ini, tapi kakwan tidak pasti adakah kakwan mampu memberikan komitmen memandangkan kerja-kerja opis yang makin bertambah... Insyallah jika ada apa-apa perkembangan kakwan akan uar-uarkan di sini...

Sekali lagi tahniah kepada para pemenang. Juga jutaan terima kasih untuk semua peserta yang menyumbang dan memeriahkan lagi acara Lomba Baca ini. Sesungguhnya tanpa penyertaan kalian semua, acara ini tidak akan semeriah seperti ini... Juga tidak lupa ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak Jemari Seni Sdn Bhd yang sudi menaja acara Lomba Baca ini. Sesungguhnya tanpa tajaan daripada pihak Jemari Seni pastinya acara ini tidak akan semenarik ini, betul tak?

Hingga kita bertemu lagi...

Salam sayang,
kakwan
Back to Top