0

Keputusan Cabaran 50 Buku : Oktober 2011

Salam semua,

Sebagaimana yang telah dijanjikan inilah dia senarai 10 ulasan terpilih untuk bulan Oktober.

1- Aimie - Dia Yang Kunikahi
2- Ain - Rooftop Rant
3- A&N - Nuansa Kota Merah
4- AS - Kuseru Rindu Itu
5- KK - Quartet
6- MB - Pura Pujangga
7- Rinn - Ikhlas, A.K!
8- UA - Jauh Dari Cinta
9- XX - Dikau Tak Pernah Jauh
10- ZAR - Surat Ungu Untuk Nuha


Tahniah sekali lagi pada semua geng yang telah terpilih. Memandangkan bulan November ini kakwan akan berada di 'luar kawasan liputan', kakwan mohon ampun dan maaf andai kiriman Geng semua akan tiba agak lambat ke tangan masing-masing. Walau bagaimanapun kakwan akan cuba sedaya upaya untuk menghantar kiriman Geng semua secepat yang kakwan boleh. Mohon maaf sangat-sangat.

Oklah... jangan lupa kirimkan ulasan-ulasan buku yang telah dibaca ya, kerana kita masih berbaki 2 bulan (November & Disember) sebelum tirai 2011 berlabuh dan secara automatik acara Lomba Baca kita menutup tirai.

Masih ada masa lagi... ayuh semua, jom kita lomba baca!!

Salam sayang,
2

Cuti..

Salam semua,

Wah! lamaaaaaaaaaaaaanyaaaa tak jenguk sini. Rindu. Tapi...

Mungkin selepas entri ini saya akan menyepi semula... bergantung pada keadaan. Kerja di pejabat, makin ke hujung tahun makin banyaaakkk. Bila dah makin banyak kerja, makin malas nak buat! Dapat pula bobo yang suka mendesak. Lagi saya tension.... lama-lama mengadap kerja pejabat saya boleh kena hyper-tension huhuhu Bila kerja pejabat banyak, saya sudah kehilangan masa santai (membaca novel) saya... ruginyaaa!!! *sedih*

TAPI... saya ingin berkongsi berita gembira, saya sudah cukupkan 50 buah buku untuk tahun 2011 ini... yayy!!! untuk saya. Tapi saya kesuntukkan masa untuk menyiapkan ulasan-ulasannya. Alasannya, tak cukup masa nak buat dan berkongsi info tentang buku-buku yang telah saya baca itu. Insyallah saya pasti akan cuba membuatnya. Doakan saya ya... Dari jam 9 pagi hingga 6 petang saya sudah mengadap pc. Malam, saya sudah penat untuk mengadap laptop pula. Tipu! saya mengadap laptop juga tapi mengintai sahabat-sahabat saya di Facebook hikhikhik Alasan sebenarnya, saya sudah penat untuk mengerah otak. Saya juga perlukan rehat kan??...

Saya sudah ada senarai nama untuk 10 Ulasan terpilih bulan Oktober (merujuk kepada Cabaran 50 Buku di blog Ulatbuku). Terima kasih pada panel penilai yang berbaik hati menyediakan senarai nama dalam masa yang singkat kerana kondisi saya. Budimu dikenang selagi hayat dikandung badan! Insyallah dalam masa terdekat ini saya akan umumkan pada geng-geng Lomba Baca semua. CUMA, saya mungkin kesuntukkan masa untuk mengirimkan hadiahnya dalam masa seminggu ini. Andai hadiah-hadiah tersebut tiba lewat (sedikit) daripada masanya, ampunkan saya ya... saya ada alasan (lain pula)... banyak sungguh alasan saya kan?? huhuhu

Hujung minggu ini kita akan bercuti kan? Cuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha atau sesetengah orang sebutnya sebagai Hari Raya Korban atau ada juga yang panggil Hari Raya Haji mana-manalah janji maksudnya sama. Jadi kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat sahabat-sahabat semua. Awalnya! Ya, tapi saya bimbang jika saya sudah tidak ada masa waktu itu, sebelum terlewat lebih baik saya awalkan. Boleh kan? Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap saya pada kalian semua.

Kemudian saya akan bercuti. Dari 10 November hingga 16 November, saya akan berada di 'luar kawasan liputan'. Andai ada panggilan yang tidak terangkat, andai ada sms yang tidak terjawab, andai ada email yang tidak berbalas... maka ketahuilah oleh kalian bahawa saya sudah berada nun jauh beribu-ribu batu dari kalian... Doakan saya selamat walau di mana sahaja saya berada ya...

Sebelum saya mengundur diri... sekali lagi saya mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap saya... ketahuilah bahawa saya sayang kalian semua!!!

Salam sayang
Back to Top