[sambungan daripada sini]
Hari keempat [Ahad, 20 Nov] ๐ Pokhara - Nagarkot
abadikan di kenangan di depan hotel penginapan sebelum memulakan satu lagi perjalanan yang panjang |
Atas alasan kami akan bertolak awal pagi, pihak hotel berbaik hati percepatkan waktu makan pagi kami seawal 30 minit daripada waktu biasa.
Selepas urusan check out selesai, kami dengan berat hati harus mengucapkan selamat tinggal pada hotel penginapan yang 'super duper best' (sebab menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma daripada lobi hotel hinggalah ke dalam bilik tidur... ahaks!). Juga harus ucap selamat tinggal pada bandar Pokhara yang indah, yang telah mencuri hati saya. Jika tak dikira tentang keadaan jalan rayanya, tentang perjalanannya yang panjang... Pokhara mampu buatkan saya jatuh cinta pada pandangan pertama. ๐
Oleh kerana kedudukan Nagarkot yang berada di belah timur Kathmandu, jadi kami akan melewati bandar Kathmandu untuk ke Nagarkot. Ini bermakna kami akan lalui jalan yang sama sebagaimana kami ke Pokhara. Mungkin kerana setiap selekoh, setiap lembah telah ditempuhi, jadi pada saya perjalanan ini lebih nyaman dan santai. Faktor cuaca yang baik juga membuatkan hati saya sedikit aman untuk tempuhi satu lagi perjalanan yang panjang ini.
Mungkin atas faktor itu juga, perjalanan ke Nagarkot ini lebih singkat masanya iaitu 6 jam berbanding waktu ke Pokhara. Atau kerana hari tersebut adalah hari bekerja, jadi kadar kenderaan yang menuju Kathmandu tidak sebanyak kenderaan yang menghala ke Pokhara (untuk bercuti dihujung minggu mungkin?). Oh untuk pengetahuan, hari cuti Nepal adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Mungkin itu juga salah satu faktor kenapa perjalanan kami lebih pantas walaupun lalu jalan yang sama.
( Tiap kali saya ke tempat baru, saya pasti teringat pada arwah mok (nenek) yang selalu momokkan saya tentang sapaan daripada 'alam' - tatkala kita lewati tempat baru yang belum pernah kita laluinya... pokok-pokok di tepi jalan akan menyapa kita... bertanya ke mana tujuan, untuk tujuan apa kita ke sana, sebab itulah perjalanan kita sedikit lambat... hahaha mitos! - al fatihah untuk arwah mok )
Sepanjang perjalanan ini, kami berhenti tiga kali. Kali pertama berhenti untuk isi minyak. Kali kedua berhenti untuk 'take five' di RnR dan kali ketiga untuk makan tengah hari.
Pekan : ~ tak tahu nama
Kawasan Rehat dan Rawat (RnR): ~ Gunadi
Pekan : ~ tak tahu nama
Petrol Pump |
Pekan kecil (tak tahu apa nama) yang kami singgah untuk isi minyak |
take five, betulkan urat hahaha |
Kawasan Rehat dan Rawat (RnR): ~ Gunadi
singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan |
Singgah makan tengah hari ~ Dhading Besi
Singgah untuk makan tengah hari - pemandangan daripada atas restoran |
Menu makan tengah hari saya |
kelihatan anak-anak sekolah |
Sepanjang perjalanan ini, ada ketikanya kami melewati anak-anak yang segak bergaya dalam persalinan sekolah. Ya, kehidupan mereka kita nampak agak daif, tapi semangat mereka sangat tinggi... mereka gigih demi menuntut ilmu kerana lokasi sekolah-sekolah mereka letaknya di atas bukit (atau kerana keadaan Geografi Nepal yang berbukit bukau menyebabkan lokasinya harus disesuaikan dengan keadaan itu). Lagi satu, walaupun waktu sudah melangkau ke pukul 9 pagi, mereka masih dijalanan menuju ke sekolah...
Dan saya sangat suka pada seragam sekolah mereka. Yang perempuan, skirt separas lutut, berstokin tinggi dan berkot serta bertocang dengan riben... saya pasti ada signifikan pada warna riben yang mereka pakai tapi saya lupa nak tanya pada Sujan. Sementara pelajar lelaki seluar panjang dan berkot. Nampak sangat kemas dan cantik!
Selepas beberapa lama dalam bas, keadaan jalan raya mulai sesak menandakan kami mula memasuki bandar Kathmandu. Walau bagaimanapun perjalanan kami diteruskan melewati bandar Kathmandu menuju Nagarkot yang letaknya lebih kurang 30km dari bandar Kathmandu.
Sekali lagi kami (saya terutamanya) diuji ketahanan mental apabila harus tempuh perjalanan yang berliku. Kedudukan Nagarkot yang berada di ketinggian 2175m dari aras laut membuatkan saya rasa lebih kecut perut. Perjalanan yang lebih mencabar memandangkan kami menggunakan laluan biasa,(bukan 'highway dua lorong' seperti ke Pokhara). Jalan raya yang dibina betul-betul di lereng bukit yang kedudukannya harus mendaki untuk sampai ke tempat penginapan.
Jika ke Pokhara, kami dihidangkan dengan pemandangan sungai-sungai serta bukit bukau, perjalanan ke Nagarkot pula kami disajikan dengan pemandangan tanah-pamah (selain bukit bukau). Jelas kelihatan nun jauh di bawah sana kegiatan pertanian dijalankan.
Semakin jauh perjalanan, terasa semakin tinggi pendakian. Kelajuan bas semakin perlahan. Kadang kala harus berhenti untuk beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Ada ketikanya kami betul-betul berhenti di lereng bukit (untuk beri laluan) kedudukan yang betul-betul-betul di lereng bukit! Terasa ngilu hati memandang keadaan nun jauh di bawah sana. (Langsung tak nampak dasar tanah, yang kelihatan hanyalah pucuk-pucuk pokok yang tumbuh di bawah sana).
Sepanjang jalan menuju destinasi, kerap mata saya menangkap papan iklan bertulis 'Ruslan'. Tertanya-tanya juga saya siapa gerangan 'Ruslan' ini kerana papan iklannya merata saya tengok di mana-mana tempat di sekitar Nepal ini. Setelah dirisik-risik, rupanya-rupanya 'Ruslan' ini adalah jenama arak yang terdapat di Nepal. Hahaha... nama bukan main 'melayu' lagikan...
Selepas melalui perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran itu, akhirnya kami tiba ke tempat penginapan Hotel Country Villa. Alhamdulillah... segala rasa (gerun/cuak/kecut perut) yang dirasai semasa 'mendaki ke puncak ini' disambut dengan pemandangan yang... subhanallah... indahnya alam ciptaan Yang Esa ini. Syukur ke hadrat Allah swt yang memberi peluang untuk saya menikmati dan menyaksikan sendiri lukisan alam yang sungguh mempesonakan mata ini.
Cuaca yang sejuk menyambut kedatangan kami di pergunungan Nagarkot ini. Memandangkan masing-masing sudah penat (penat menata hati hahaha) dan hari juga sudah mula menjejak malam, tiada acara jalan-jalan sekitar hotel. Masing-masing hanya mahukan rehat.
Nagarkot yang terkenal dengan 'Himalayan View' sememangnya sungguh memukau mata. Deretan pergunungan Himalaya dan Everest boleh dilihat dengan jelas dari rumah penginapan ini memandangkan kedudukannya di kawasan tanah tinggi. Suhu di sini agak sejuk, ada saatnya suhunya mencecah 11ยบC. Sementelah waktu saya pergi ini sudah memasuki musim sejuk.
Sementara menunggu masa untuk makan malam yang disediakan oleh pihak hotel, kami berkenduri makan maggi. Selain itu dapat mengurangkan stok makanan yang dibawa daripada Malaysia. Dengan cuaca yang sejukkkk, cepat benar perut terasa lapar! Cuaca yang sejuk dan maggi yang panas-panas adalah satu pakej yang sangat heaven! Fidzah dan Deena serta Meina dan Leili bertandang lepak-lepak sambil pekena maggi panas di bilik penginapan kami - saya, kaksu dan kakyah. Cik Sofiah dan Selvi, tak dapat dikesan... hahaha. Sementara geng lelaki (Abang Rosdi dan Nanan) biarlah depa buat acara sendiri untuk malam ini... (tapi depa mesti cemburu tak dapat join kami makan maggi ramai-ramai kan? hikhikhik)
Acara untuk malam ini hanyalah... lepak-lepak menikmati kedinginan malam di Hotel Country Villa, Nagarkot sambil kumpul tenaga untuk acara esok pula... Cuaca di sini mencecah hingga 11ยบC
Gambar-gambar yang sempat diambil sekitar hotel selepas makan malam...
Semakin larut malam, suhu semakin sejuk. Mencengkam hingga ke tulang hitam rasanya. Walaupun sudah bersweater dan berstokin, rasa sejuk tetap terasa. Hinggakan saya tidur dengan memakai long john untuk menghangatkan badan. Walaupun ada pendingin udara dwi fungsi (sebagai pemanas juga) tapi ianya tidak berfungsi. (atau saya yang tak pandai nak pasang? Rasa macam sudah betul cara pasangnya. Teringat ketika saya ke Prague & Vienna yang suhu malamnya lebih kurang suhu di sini... tapi bila malam, terasa aman tidur dengan suhu yang hangat!) Saya cuba membaca novel yang saya bawa untuk menjemput kantuk, tapi malangnya suhu yang terlalu sejuk membuatkan saya sedikit tidak selesa walaupun gebar tebal menjadi selimut malam saya. Tidurlah mata esok banyak lagi tempat yang saya nak jelajah...
Sehingga esok hari...
Sekali lagi kami (saya terutamanya) diuji ketahanan mental apabila harus tempuh perjalanan yang berliku. Kedudukan Nagarkot yang berada di ketinggian 2175m dari aras laut membuatkan saya rasa lebih kecut perut. Perjalanan yang lebih mencabar memandangkan kami menggunakan laluan biasa,(bukan 'highway dua lorong' seperti ke Pokhara). Jalan raya yang dibina betul-betul di lereng bukit yang kedudukannya harus mendaki untuk sampai ke tempat penginapan.
menuju ke Nagarkot sebelum perjalanan bertambah mencabar |
Semakin jauh perjalanan, terasa semakin tinggi pendakian. Kelajuan bas semakin perlahan. Kadang kala harus berhenti untuk beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Ada ketikanya kami betul-betul berhenti di lereng bukit (untuk beri laluan) kedudukan yang betul-betul-betul di lereng bukit! Terasa ngilu hati memandang keadaan nun jauh di bawah sana. (Langsung tak nampak dasar tanah, yang kelihatan hanyalah pucuk-pucuk pokok yang tumbuh di bawah sana).
Sepanjang jalan menuju destinasi, kerap mata saya menangkap papan iklan bertulis 'Ruslan'. Tertanya-tanya juga saya siapa gerangan 'Ruslan' ini kerana papan iklannya merata saya tengok di mana-mana tempat di sekitar Nepal ini. Setelah dirisik-risik, rupanya-rupanya 'Ruslan' ini adalah jenama arak yang terdapat di Nepal. Hahaha... nama bukan main 'melayu' lagikan...
Selepas melalui perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran itu, akhirnya kami tiba ke tempat penginapan Hotel Country Villa. Alhamdulillah... segala rasa (gerun/cuak/kecut perut) yang dirasai semasa 'mendaki ke puncak ini' disambut dengan pemandangan yang... subhanallah... indahnya alam ciptaan Yang Esa ini. Syukur ke hadrat Allah swt yang memberi peluang untuk saya menikmati dan menyaksikan sendiri lukisan alam yang sungguh mempesonakan mata ini.
pandangan bilik penginapan daripada lobi hotel |
Nagarkot yang terkenal dengan 'Himalayan View' sememangnya sungguh memukau mata. Deretan pergunungan Himalaya dan Everest boleh dilihat dengan jelas dari rumah penginapan ini memandangkan kedudukannya di kawasan tanah tinggi. Suhu di sini agak sejuk, ada saatnya suhunya mencecah 11ยบC. Sementelah waktu saya pergi ini sudah memasuki musim sejuk.
Acara untuk malam ini hanyalah... lepak-lepak menikmati kedinginan malam di Hotel Country Villa, Nagarkot sambil kumpul tenaga untuk acara esok pula... Cuaca di sini mencecah hingga 11ยบC
Gambar-gambar yang sempat diambil sekitar hotel selepas makan malam...
Semakin larut malam, suhu semakin sejuk. Mencengkam hingga ke tulang hitam rasanya. Walaupun sudah bersweater dan berstokin, rasa sejuk tetap terasa. Hinggakan saya tidur dengan memakai long john untuk menghangatkan badan. Walaupun ada pendingin udara dwi fungsi (sebagai pemanas juga) tapi ianya tidak berfungsi. (atau saya yang tak pandai nak pasang? Rasa macam sudah betul cara pasangnya. Teringat ketika saya ke Prague & Vienna yang suhu malamnya lebih kurang suhu di sini... tapi bila malam, terasa aman tidur dengan suhu yang hangat!) Saya cuba membaca novel yang saya bawa untuk menjemput kantuk, tapi malangnya suhu yang terlalu sejuk membuatkan saya sedikit tidak selesa walaupun gebar tebal menjadi selimut malam saya. Tidurlah mata esok banyak lagi tempat yang saya nak jelajah...
Sehingga esok hari...
0 comments:
Post a Comment