0

Al-Fatihah

Pada tanggal 19 Dec 2006 lebih kurang jam 5.30 petang aku mendapat panggilan dari mak aku kat kampung mengkhabarkan berita sedih. Kak Ja, kakak sulung aku terlibat dalam kecelakaan jalanraya dan meminta aku ke Hospital Temerloh untuk melihat keadaan beliau. Aku yang terkejut dengan berita itu… tak putus berdoa agar keadaan kak ja tidaklah serius dan sekadar cedera ringan. Untuk pengetahuan kakak aku seorang Guru dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka dan menetap di Maran Pahang. Kemalangan berlaku ketika beliau on the way balik dari meeting pasal marking paper spm.

Aku menelefon hubby aku supaya balik dengan kadar segera dan on the way balik jemput sekali Nini adik aku kat segambut yang awal2 lagi sudah aku khabarkan supaya bersiap sedia. Hati aku tak tenang… tak putus aku beristigfar untuk menenangkan hati aku. Terasa lambatnya hubby aku nak sampai kat rumah. 2, 3 kali aku menelefon hubby aku bertanyakan bila nak sampai. Yang akhirnya aku dimarahinya sebab dia terkandas dalam kesesakan jalanraya di Jalan Duta untuk mengambil adik aku.

Lebih kurang jam 6.30 petang adik aku si Rose menelefon memberitahu bahawa Kak Ja dah tak ada. Ya… kakak aku dah meninggal…!!! Terasa lemah lutut aku… sedihnya aku… sedih sangat2. Aku tak jadi ke Maran sebaliknya kami akan terus balik ke kelantan kerana jenazahnya akan disempurnakan di hospital Jengka dan akan dibawa pulang ke kelantan.

Aku tiba di kampung lebih kurang jam 3.30 pagi. Aku tidak dapat menahan sebak didada tatkala aku terpandang mak aku yang menangis bila melihat aku. Aku peluk mak aku & aku menangis sama. Aku cuba untuk menjadi kuat tapi aku tak mampu. Aku betul2 hilang semangat.

Jenazah tiba keesokkan hari lebih kurang jam 9.30 pagi. Aku cuba untuk tidak menangis… tapi aku tak mampu bila lida & Rose peluk aku sambil menangis bila terpandang jenazah diangkat naik ke atas rumah. Aku cuba untuk menjadi kuat untuk adik2 aku… tapi aku sendiri tak kuat…!!!

Akhirnya lebih kurang jam 11.30 pagi jenazah disembahyangkan apabila adik lelaki aku Ghaffar tiba [dia final exam untuk tahun akhir dia di politeknik kota bharu]. Jenazah disemadikan bersebelahan pusara arwah pak long aku dan di kelompok pusara arwah Wan (atuk) & Mok (nenek) aku.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh kerana sesungguhnya dia merupakan seorang anak dan kakak yang paling baik. Amin

~ AL FATIHAH ~
0

Walimatul Urus ~ Norazam Azrin & Fefi Sesmita

Hari khamis 14 Dec 2006, aku & family hubby aku telah berangkat ke kelantan sempena majlis perkahwinan Ayin, adik ipar aku yang bertemu jodoh dengan orang Machang... hehehe agaknya terkena badi hubby aku kot... aku apa lagi syok ar dapat balik jumpa family aku. Tapi yang tak syok nya... unpaid leave sebab cuti dah abis untuk raya puasa ari tu...

Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak dari shah alam ke kelantan dengan 4 buah kereta. Memandangkan pada malamnya majlis akad nikah akan dijalankan di masjid Sultan Ismail Petra Machang. Kami tiba lebih kurang jam 3.30 petang kami tiba dan 'check in' kat '5 star' hotel... hehehe mana lagi rumah aku le dan mak aku dah siap sedia ngan makanan tengah hari... sayang kat mek...!!

Malam tu selepas solat maghrib kami menuju ke Machang kerana majlis akad akan dijalankan selepas solat isyak dan kami menjadi kumpulan kedua kerana pada malam itu terdapat 1 lagi pasangan yang akan dinikahkan. Bila tiba giliran adik ipar aku... mulanya dia nampak cool je... tapi selepas akad kali pertama tak lepas... kali kedua pun tak lepas, dia dah berpeluh semacam.. hehehe gabra beb...!!!. Selepas 5 kali dan kali terakhir tu terpaksa tulis kat kertas... barulah... SAH...!!! sian adik ipar aku... berpeluh2 nak jawab akad... mungkin sebab masalah bahasa...??? hehehe wallahualam.

Selepas selasai akad nikah di masjid, kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan makan. Yang bestnya... dah la nak kerumah pengantin kena lalu ladang getah & kelapa sawit, dah tu tak dak lampu jalan pulak... so kami berjalan macam orang buta yang hilang tongkat. Nasib baik hari tu seharian tak hujan, kalau tak sure lecak jalan *sbb jalan tanah tanpa tar* Pulak tu malam kelam je tanpa bulan & bintang penyuluh jalan. Yang ada cuma HP yang dijadikan sebagai lampu suluh.

Keesoknya Jumaat 15 Dec 2006 majlis bersanding diadakan selepas solat jumaat. Kali ini aku mintak mak aku jemput makcik2 aku *mak long, suyoh & chek*, sepupu aku Tini serta adik-adik aku * Lida & hubby, Rose & family, Aizat, Kerry* serta anak2 buah aku *Athirah, Ammar & Shara* untuk meramaikan lagi ahli keluarga adik ipar aku kerana mereka datang hanya ber-7 termasuk aku & hubby.

Malam tu kami ke Wakaf Che Yeh... sekadar nak bawak umi & keluarga hubby aku jalan2. Tapi tak best sangat sebab hujan & lokasinya pun dah dipindahkan ke belakang sikit kerana lokasi asal dalam proses pembinaan untuk menaik taraf. Aku pulang tanpa beli apa2 pun.

Tapi yang tak syoknya esoknya sabtu 16 Dec 2006 aku dah kena balik kl. Tak puas lagi nak rasa masakan mek... huk huk huk... tapi nak wat cam mana... umi aku nak balik awal sebab dia naik kete hubby aku & dia banyak urusan lagi nak kena selesaikan sebelum majlis menyambut menantu di pihak adik ipar aku akan dilangsungkan di shah alam pada 24 Dec 2006.

Sabtu 16 Dec ~ dari rumah aku lebih kurang jam 10.00 pagi selepas sarapan kami bertolak pulang ke kl. Sebelum tu derang nak shopping dulu kat Rantau Panjang. Aku sempat beli baju... & umi belikan aku beg kecik utk duit syiling... hehehe tima kasih... sayang Umi..!! & lebih kurang jam 2.00 petang barulah kami bertolak balik ke kl... dan tiba di shah alam lebih kurang jam 11.00 malam, tapi sempat lagi keluar makan... umi belanja... nyum nyum bestnya.

Lebih kurang jam 1.00 pagi barulah aku jumpa bantal & tilam...hhmmm syoknya tido... zzzzz

*****
0

Irwansyah - Pecinta Wanita

0

Penangan Pencinta Wanita...

Semalam aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu hubby aku kat Batang Kali... Sebagaimana majlis2 kahwin yang lazimnya majlis di bandar2 atau kampung2... mesti ada sessi karaoke [kecuali kat kampung halaman aku]. Apa yang menarik yang nak aku kongsi bersama kawan2 adalah sessi kat rumah sepupu hubby aku ni adalah 'live band'.

Aku yang sampai dah lewat... setelah hampir selesai majlis kahwinnya... so banyak acara yang aku dah terlepas... sedang enak menjamu selera... aku dihidangkan dengan acara nyanyian... yang romantiknya pengantin lelaki menyumbangkan suara & dedicate lagu tu untuk isteri tersayang... Eeee romantiknya...!!! & lagu yang dia dendangkan adalah lagu kegilaan anak2 muda sekarang *termasuk anak dara aku tu* apa lagi kalau bukan lagu Pencinta Wanita...

***********

Pecinta Wanita
Artist: Irwansyah

Ku temukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Ku harap dalam cintaku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Korus)
Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
Yang ku mau hanyalah dia

(Ulang korus)

Bila la room-mate aku nak dedicate lagu kat aku pulak... hehehe
0

Salam Aidil Fitri


Khas buat kawan2 tersayang...


Dengan ingatan tulus ikhlas

serta

Maaf Zahir & Batin

Salam Sayang,

~ Wan ~

0

Siaran Tertunda...


Create Your Own!
0

MERDEKA....

MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!!

Apa yang aku buat sempena cuti ni... baca buku cerita...!!! Setelah Kau Pergi karya terbaru Rozita Abd Wahab... memang best.!! Tambahan pula aku puasa... lagi la malas nak keluar rumah. Kesian si Aysha... dah siap pakai baju nak ajak keluar... tapi mummynya buat dek aje... papanya pulak dok menggodek komputer... sudahnya, merdeka lah kat rumah dengan Astro CH 63 nya.

MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!!
0

Sebuah catatan perjalanan.....

Hari sedih aku... tapi hari yang paling gembira buat Aysha... kerana setelah berkali-kali bertanya... bila nak naik kapal terbang?? akhirnya pada tanggal 2 August 2006, dengan penerbangan Air Asia AK6326 dari KLIA - Terminal LCCT ke Kota Bharu; penerbangan jam 1540 petang... dapat jugak Aysha naik. Walaupun ini bukan kali pertama aku bawak Aysha naik flight... [kalu tak silap aku... ini kali ketiga dia naik], tapi kali ini dia dah besar dan dapat cerita pengalamannya naik kapal terbang.

[Gambar semasa berada di terminal LCCT sewaktu menanti ketibaan flight dari kuching yang akan membawa kami ke KB - flight delay la pulak!!!]



[Wajah2 ceria Aysha dalam kabin Air Asia - sempat lagi si Aysha ni posing walaupun ruang tempat duduk yang sedikit terhad & nasib baik sebelah aku kosong dan hanya kami berdua sahaja di row tersebut - kalau tak malu jugak aku nak snap gambar Aysha... nanti dikatakan jakun pulak... hehehe!!!]


[Pemandangan dari udara yang sempat aku rakamkan ketika berada di udara]
0

Rombongan Cik Kiah - Part II

Pada tarikh 15 July 2006 yang lalu, rombongan cik kiah sekali lagi membuat lawatan tidak rasmi ke KLCC. Kali ini saudari cik wabbit yang menjadi penganjurnya. Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh kamera cik wabbit...







Aku terpaksa juga post gambar aku sebab dah mendapat komplen dari orang tu... *jeling kat kaknOOr* sebab orang tu kata aku ngelat... gambar orang aku letak tapi gambar sendiri tak... Aku bukan apa, nanti orang kata aku nak interprem plak... ahaks

Sapa2 yang dah kenal aku tu... diam2 je ek... dan sapa2 yang blum kenal lagi tu.. pilihlah yang mana satu... hehehe

Sebenarnya ada lagi gambar tapi atas permintaan tuan empunya badan yang mengharamkan gambarnya diletakkan... aku terpaksa akur. :D *jaga hati kawan beb - sebab aku sayang sangat kat derang tu*

Adios... sehingga jumpa lagi dalam Part III *kenyit mata kat kaknOOr*
2

Gambar Rombongan Cik Kiah....





0

Hari Minggu Itu....

Hari minggu itu... pada tarikh 8 July 2006, sebagaimana yang telah dirancangkan aku seawal jam 10.30 pagi turun dari rumah aku menuju ke Bangsar untuk bertemu dengan wabbit. Tapi wabbit hanya muncul lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami menuju ke CESB dan di sini aku beli buku... inilah buku yang sempat aku borong...!!

Kat sini aje aku telah membelanjakan RM123.74 termasuk buku untuk Aysha. Nasib baik ada wabbit dan kawannya miow... tolong bawakkan buku aku... kalau tak mahunya birat tangan aku memjinjingnya... *tima kasih wabbit*

Selepas selesai urusan di CESB aku, wabbit dan miow, menuju ke KLCC untuk berjumpa dengan Klena dan rombongan rahsianya. Rupa-rupanya knOOr, Lia dan Ija dah sedia menunggu. Teruja nak jumpa mereka... sampaikan takku hiraukan manusia yang lalu-lalang kat situ.

Maka bermulalah adegan jejak kasih * mengikut kata wabbit* Selepas itu kami menuju ke A & W untuk persidangan meja panjang. Dan surprise... si Izzul tiba-tiba muncul bersama anak-anak dan suaminya. *Izzul terima kasih atas Bukan Cinta Biasa ini... sesungguhnya ianya adalah yang luar biasa*

Buat sesapa yang nak kenal wabbit... inilah sidia yang menjadi idaman nor ash... hehehe... [wan x beranilah nak letak gambar betul wabbit nanti dia marah kat wan... sorry ek sesapa yang teringin sangat nak tengok wabbit, kenalah mintak kebenaran dari tuan empunya diri dulu] Tapi apa-apapun wabbit memang nakal... cuma kenakalannya agak terbatas... mungkin sebab baru pertama kali jumpa so dia jadi macam ala-ala perempuan melayu terakhir gitu... ahaks.. sorry wabbit *peluk dia kuat2* sayang kat wabbit.

Wabbit... patung ni wan terpaksa curi jap dari Aysha... kalau dia nampak sure dia nak masukkan sekali dalam rumah "adik-adik dia"... hahaha...


Semoga akan ada lagi pertemuan yang akan datang. Terima kasih semua kerana sudi terima diri ini seadanya.
0

Sutera Buat Aisyah

Sutera Buat Aisyah... adalah satu pemberian ikhlas dari Em...*peluk Em kuat2* Terima kasih yang tidak terhingga buat Em kerana sudi menghadiahkan aku buku ini. Buku ini aku terima opps aku dapat pada hari Jumaat 7 July. Mungkin buku ini sudah menghuni beberapa hari dalam peti surat kat rumah aku... cuma hari ini aku check mail box dan terletak elok bungkusan bersampul coklat dalam peti surat. Serasakan mahu melompat... tapi apa kata anak aku pulakkan??? hehehe...

Em... thank you. Aysha sibuk nak tahu buku apa yang aku dapat... bila aku bacakan tajuknya SUTERA BUAT AISYAH... dia cakap... hah untuk Aysha?? Em... terima kasih sekali lagi... mmuuuaaahhhh sayang kat Em.
0

Terima Kasih Daun Keladi

N3 ini aku dedicate khas buat kawan-kawan yang sudi melayangkan kad ucapan, ucapan-ucapan via sms serta menghantarkan kad melalui e-mail sempena hari lahir aku yang baru berlalu...


<-- Ini kad yang aku terima dari kaknOOr seawal 15 June 2006, terima kasih yang tidak terhingga buat kaknOOr. Di zaman yang serba canggih ini... aku masih lagi menghargai akan kad ucapan, kerana ia melambangkan keikhlasan dan kesungguhan si perngirimnya kerana ia memerlukan kesudian pengirim meluangkan masa mencoretkan isi hati, menulis alamat dan mengeposkannya.

Ini adalah kad [belah kanan] yang aku terima dari klena tepat pada hari lahir aku... iaitu pada 20 June. Tatkala sampai di rumah aku tergerak nak check mail box aku... manalah tahu ada kad untuk aku... kerana adik aku si Rose suka menghantarkan kad apabila tibanya hari lahir aku... rupa-rupanya usaha aku tak sia-sia... tapi aku cukup terharu apabila mendapat kiriman kad dari klena. Terima Kasih yang tak terhingga buat Klena & knOOr.

Selain daripada itu aku juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas ucapan-ucapan yang aku terima samada melalui kiriman kad electronic...*nawwir... thank you so much dear... love you* ataupun via sms yang aku terima dari kaknOOr seawal jam 06:26:36am, klena 08:09:04am, Izzul 08:21:27am, Wabbit 08:55:00am. Serta pink... walaupun terlewat satu hari iaitu pada 21 June pada jam 02:07:42pm... ucapan anda tetap wan terima dengan hati yang terharu. Thank you... thank you... thank you soooo much. Love you all with all my heart.

Tak lupa juga ucapan terima kasih yang tidah terhingga juga buat kawan-kawan yang sudi melayangkan ucapan di rumah wan kat Anjung Buku... KakSu, Em, nor ash, Spec, lia, ruby, infa dan sesiapa yang tidak tersebut nama wan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf... sesungguhnya kalian semua yang telah menceriakan lagi sambutan ulangtahun kelahiran wan kali ini. Tahun ini benar-benar istimewa... kerana kehadiran kalian amat bermakna sekali pada wan. Wan sayang korang semua.
0

Hepi Besday to me...

Semalam usia aku dah bertambah setahun lagi...

Sambutan ulangtahun kelahiran aku pada tahun ini paling istimewa kerana ia jatuh pada tarikh yang cukup unik dan hanya akan aku sambut sekali seumur hidup. 20-06-2006 iaitu 20062006. Dan yang paling membahagiakan aku dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang sayang kat aku. Walaupun tanpa kek namun aku cukup gembira. Office mate aku... Ms Ooi & Ms Lim belanja aku makan kat Pizza Hut. Alhamdullillah kenyang perut aku dan selamat poket aku... hehehe...

Seingat aku sambutan yang paling meriah aku sambut adalah pada tahun 1996... aku dikejutkan dengan surprise party oleh ex-colleague aku... dengan kek dan makan-makan... seronoknya waktu itu. Kalau boleh nak aje sambut birthday tiap-tiap bulan...

Kali ini aku mendapat kiriman kad dari kaknOOr seawal 15 June... terima kasih yang tidak terhingga kaknOOr & terima kasih juga untuk sebuah persahabatan yang cukup bermakna ini. Aku juga terima kiriman kad dari klena... terima kasih akak!!.

Juga terima kasih untuk kiriman SMS yang aku terima dari kaknOOr, Klena, Izzul, Wabbit, pinkJambu serta ucapan-ucapan yang aku terima dari kaksu, nawwir, anim, Em, nor ash, infa, adhan, lia, Ruby malah sesiapa jua yang bertandang ke Anjung Buku mahupun di Duniaku. Terima kasih yang tidak terhingga. Aku sayang korang semua...
0

Selamat Hari Bapa

Pertama sekali untuk abah aku Wan Ab Ghani Bin Wan Ab Rahman. Aku tak tahu macam mana aku nak gambarkan tentang abah aku ni. Dia jenis yang susah nak tunjukkan sayang dia pada anak-anak. Tapi aku tahu dia memang sangat sayangkan kami. Kalau tidak dia tidak akan bekerja keras mencari rezeki untuk menyekolahkan kami. Malah ada ketika dan waktu yang sukar… terutamanya di musim tengkujuh menjelma… namun tidak pernah sekali aku mendengar keluhannya.

Aku pernah menyuarakan ketidakpuasan hati aku pada Cik Moh (adik abah yang bungsu), tatkala aku mendapat keputusan yang baik dalam setiap ujian… abah aku tidak pernah menunjukkan emosi dia… adakah dia gembira, suka atau sekadar bolehlah… aku tidak tahu. Namun Cik Moh sering memujuk aku… “abah bukan tak ambil peduli tapi dia tahu setiap kelebihan dan kekurangan anaknya… macam La, dia tahu La jenis yang independent, jadi dia tak perlu risau…”

Namun bila usia sudah mengenjak dewasa aku makin mengerti. Aku tahu abah sayang pada aku… tiap kali aku pulang ke kampung, aku sedar akan tumpuan dan kasih sayang dia pada aku. Aku jadi terharu. Aku sayang sangat pada abah. Moga abah dianugerahkan oleh ALLAH swt kesihatan yang baik.

Untuk hubby aku... semoga dia akan menjadi papa yang baik untuk anak kami. Semoga dia menjadi ketua keluarga yang dapat membimbing kami... semoga kami dapat mengharungi waktu susah, waktu senang bersama.

Buat semua kaum bapa... SELAMAT HARI BAPA...
0

Lawatan ke Zoo Negara


Cuti sekolah yang lepas aku bawak Aysha ke Zoo Negara. Kali terakhir aku jejakkan kaki aku ke sana adalah pada tahun 1986. 1986 bayangkan 20 tahun... bukan 2 bulan, bukan 2 tahun tapi 20 tahun. Banyak perubahan yang berlaku sepanjang 20 tahun. Sudah banyak perubahan malah ada sesetengahnya aku sudah lupa.


Aku cukup gembira melihat keghairahan wajah Aysha menatap binatang-binatang yang terdapat di sana. Yang selama ini hanya dapat dilihat di kaca TV mahupun menatapnya di buku-buku koleksinya.



Sessi itu berakhir dengan pertunjukan orang utan, singa laut dan burung kakak tua... walaupun penat kerana terpaksa berjalan mengelilingi kawasan Zoo namun Aysha tidak sedikit pun mengeluh. Aku yang penat... !

Bila agaknya aku akan bawa Aysha ke sana lagi.... adakah kena tunggu 20 tahun lagi? Akupun tak tahu... !!

0

Sebuah bingkisan... Satu ikatan

Satu bingkisan yang sampai ke tangan aku semalam amat bermakna pada aku. Aku terima bingkisan itu bersama dengan ingatan serta kasih sayang yang tidak ternilai harganya... iaitu sebuah persahabatan yang terjalin. TAKDIR... satu pertemuan dan bermula satu persahabatan yang cukup bermakna pada aku. Buat Kak Noor, terima kasih yang tidak terhingga di atas ingatan dan kasih sayang yang dhulurkan. Aku berasa cukup bertuah dan terharu kerana Kak Noor sudi terima diri ini sebagai sahabat. Semoga persahabatan ini akan terus terjalin dan kekal hingga ke akhir hayat kita.

Hanya ucapan dan penghargaan yang tak terucap yang mampu aku hulurkan buat Kak Noor. *Wan sayang Kak Noor dengan sepenuh hati*

Aku Yang Berkira...???


Semalam aku dapat surat saman dari Sekolah si Aysha mengatakan ada tunggakan yang belum dijelaskan. Surat tu si Aysha tunjukkan pada hubby aku dulu.... aku yang tak tahu apa2 tiba2 dihujani dengan soalan yang bertalu-talu dari hubby aku...

Hubby : Bulan ni tak bayar yuran Eisya ke...??
Aku : Mana ada... bayar! *muka terpinga2*
Hubby : Abis ni...*tunjukkan surat* ni apa..??
Aku : *baca surat saman*...eee Mummy bayar le...*muka sedih*

Aku cukup tak suka kalau hubby aku soal aku macam aku dah buat salah... Memang le duit tu duit dia. Tapi tak patut dia soal aku macam tu... *sedih betul aku*

Pagi tadi, masa aku hantar si Aysha ke sekolah... aku bertanya pasal hal ni kat cikgu yang pagi-pagi tunggu budak datang tapi dia tak tahu menahu pasal hal ini. Aku malas nak masuk jumpa dengan Pengetua dia... sebab hati aku dah panas aku tak nak jadi benda yang bukan-bukan (Aku ni boleh tahan jugak kalau marah). Sampai kat office aku call sekolah si Aysha mintak nak bercakap dengan Pengetua dia... aku disambungkan dengan Cikgu Naziha.

Aku : Saya mummy Aysha Amalyn... pasal tunggakan yuran tu... saya dah bayar pada 2 Mei yang lepas!!
Cikgu : Tapi mengikut rekod kami puan ada tunggakan untuk bulan Mei.
Aku : Habis yang saya bayar hari tu untuk bulan berapa?? Bukan bulan Mei??... *suara dah mula tinggi*
Cikgu : Memang puan bayar pada 2 Mei lepas tapi itu untuk bulan April.
Aku : *terpinga-pinga*... Bukan ke yuran ni kita bayar dulu baru belajar... bukan belajar dulu baru bayar??
Cikgu : Memang betul puan... bayar dulu baru belajar... tak pa nanti saya check lagi sekali...
Aku : You kena ingat Aysha start bulan February bukan bulan January...
Cikgu : Ok nanti saya call puan balik.
Aku : Ok *bengang*

Beberapa minit kemudian....

Cikgu : Puan saya minta maaf... ada kesilapan teknikal. Yuran yang sepatutnya untuk bulan February tapi budak tu buat untuk bulan January, sebab itu dalam rekod kami ada tunggakan..*budak mana?? malas aku nak tanya*
Aku : Jadi memang betul saya tak ada tunggakan kan???
Cikgu : Ya puan, sekali lagi saya minta maaf.
Aku : Ok...*terus letak telefon*

Moral of the story:
Berkirakah aku... dengan yuran persekolahan Aysha sebanyak RM180.00 sebulan (tidak termasuk yuran untuk nursery & Van), haruskah aku bayar?? Bayaran pada kecuaian yang mereka sendiri lakukan?? Dengan wang sebanyak itu aku dapat belikan Aysha buku & peralatan sekolah.

Berkirakah aku... untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk Aysha, aku telah meninggikan suara pada cikgu yang telah memberikan pendidikan pada Aysha??

Berkirakah aku...???
2

Sedih

Kenapa aku sedey... akupun tak tahu aku sedih pasal apa. Tiba2 aje aku rasa sedih dan keseorangan padahal aku ada ramai kawan. Kawan...??? betul ke aku ramai kawan??? Aku tak tahu perasaan mereka pada aku... walaupun aku sayang sepenuh jiwa aku pada semua kawan-kawan aku... tapi bagaimana perasaan mereka terhadap aku??? adakah sama dengan apa yang aku rasa terhadap mereka... atau hanya sekadar untuk mengambil hati aku...???

Kenapa aku sensitif sangat??? Kenapa aku mudah terasa dengan perkara yang sememangnya bukan untuk aku...?? Aku tak mahu rasai perasaan ini... aku nak jadi orang yang bersemangat kental... tapi hari ini kenapa semangat itu sudah terbang jauh dari aku... di mana semangat yang sentiasa menemani aku??? Aku rasa nak marah... tapi aku nak marah pada siapa??? Tiada sesiapa yang menyakitkan hati aku. Apa dah jadi pada aku ini...???

Oh Tuhan... ampunilah dosa2 aku... jauhkanlah aku dari sifat ini. Aku mahu jadi orang yang berhati baik dan sentiasa berbaik sangka walau pada musuh aku sekalipun... (aku ada musuh ke???).
0

Selamat Hari Guru

16 Mei merupakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Apa yang ingin ku kongsi bersama adalah aku dikelilingi oleh orang-orang yang kerjanya mendidik anak bangsa tidak kira di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej mahupun IPTA dan IPTS.

Kakak aku yang sulung, Kak Ja merupakan guru Sekolah Menengah di Maran Pahang, dia mengajar subject Bahasa Melayu & Sejarah. Di awal pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di USM dia mengambil kursus Sains Sosial… selepas menamatkan pengajian selama 4 tahun dia mengambil keputusan untuk membuat KPLI (aku tak pernah tanya dia kenapa??? Tapi aku agak sebab Mak aku.) Biasalah orang tua dan orang kampung macam mak aku… pada dia kerja yang paling senang untuk dapat kerja adalah menjadi guru… kerana guru apabila habis saja pengajian akan terus dihantar bertugas tidak kira di mana saja. Kak Ja membuat KPLInya di UIA Gombak selama 1 tahun sebelum dihantar bertugas di Sabah. Selama setahun dia kat Sabah sebelum mendirikan rumahtangga dan mengikut suaminya yang pada waktu itu bekerja di Air Putih Pahang dan akhirnya ke Maran sehinggalah ke hari ini.

Kakak aku yang no. 2, si Lina… merupakan guru Sekolah Rendah di Tumpat Kelantan dan dia mengajar Pra-Sekolah. Sebelum dia mengikuti kursus perguruan di Maktab Ipoh, dia bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum dia berpindah ke kampung, (juga sebab mak aku yang nak dia balik ke kampung) dia mengajar kat Keramat.

Adik aku yang no.5, si Lida sekarang ni masih lagi meneruskan pengajian KPLI kat Perlis sebelum dihantar bertugas. Aku kira dia akan mengajar kat Johor sebab suaminya si Korie (adik ipar aku) mengajar kat Kluang Johor. Si Lida ni macam Kak Ja jugak… masa kat USM dulu dia ambik Marketing tapi disebabkan peluang pekerjaan yang kurang kat kampung… (betul ke kurang???) dia pernah menjadi guru sementara kat Sekolah Kak Ja dan pernah menjadi guru kontrak dengan sekolah YIK (Yayasan Islam Kelantan)
kat Rantau Panjang… (sekolah ni bukan sekolah kebangsaan tapi sekolah agama milik kerajaan negeri) Tapi kat sekolah ini bila cuti panjang hujung tahun dia tak akan dapat gaji… sian dia…

Kakak Ipar aku, Along dia mengajar di Kolej Lim Kok Weng kat Cyberjaya. Aku tak tahu dia ajar subject apa… (teruk adik ipar ni…) Lagi pun aku rasa dia masih lagi baru mengajar ni… kalau tak silap aku di awal tahun ni aje…



Cikgu Yang Pernah Mengajar Aku

Masa sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kutan. Sekolah ini dari kakak sulung aku hingga adik bungsu aku semuanya bersekolah kat sini. Di sekolah ini dulu aku paling ingat dengan Cikgu Lim (aku lupa nama penuh dia) dan Cikgu Razali.

Manakala masa aku bersekolah menengah kat Pasir Pekan, aku paling ingat Cikgu Rohana. Dia guru kelas aku masa aku di tingkatan 4. Aku tak tahu kenapa aku boleh baik dengan dia… sebab dia sangat garang… maklumlah guru disiplin. Mungkin sebab aku terer maths dan ini subject yang dia ajar… lagipun aku merupakan salah seorang pengawas sekolah jadi hubungan baik ini terjalin… (mungkin…!!)

Masa kat ITM pulak aku paling ingat dengan Puan Hafazah, sebab masa aku kena buat Final Study dulu dia yang menjadi lecturer untuk Final Study aku. Dia banyak beri tunjuk ajar dan panduan kepada aku di dalam menyiapkan FS aku yang aku khususkan pada pembentukan Bandar yang wujud disebabkan oleh faktor budaya sesebuah negeri. Tajuk FS aku time tu KOTA BHARU KOTA BUDAYA. Entah kenapa dalam banyak-banyak tajuk aku boleh pilih tajuk tu…


Buat semua guru-guru di luar sana… Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Ibu

**Untuk Mu Ibu**
Oh… Ibu…kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
Dalam aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan kasihku ini
Untukku buktikan padamu ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Kutatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang Esa... Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka...Di antara kekasih-kekasihmu
Oh… Ibu kau kasih sejati
Ku taburkan doa untuk mu ibu Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu… Ibu…
Kenapa aku letak lagu ini sedangkan ibu aku yang aku panggil MEK masih sihat walafiat??.. (itu doa aku siang malam utk Mek..)

Aku suka sangat dengan lagu ini kerana sewaktu lagu ini kerap ke udara di sekitar awal tahun 90-an... waktu itu aku baru saja di terima masuk ke ITM Seri Manjung (sekarang Uitm dan telahpun berpindah ke Seri Iskandar). Waktu itu, pertama kali aku jauh dari keluarga... kerana sebelum ini dari kecik sampai aku habis exam tingkatan 5 aku tidak pernah tinggalkan rumah.

Minggu pertama aku kat Seri Manjung... setiap malam aku bertemankan air mata teringatkan family kat rumah terutamanya mak aku. Pertama kali aku hidup di rantau orang... aku rasa sukarnya nak sesuaikan diri... dengan suasananya, dengan rakan2 baru yang datang dari pelbagai negeri dan yang paling utama dengan makanannya... Aku betul2 rindukan mak aku... terutamanya masakan mak aku bila setiap kali aku makan kat dewan makan... (tau ajelah makanan kat hostel cam mana, nanti aku cerita pasal makan kat hostel dalam n3 lain)... rasanya time tu jugak aku nak balik rumah.

Kursus yang aku ambil... walaupun tak sehebat kursus Architecture atau Interior Design... tapi ia juga memerlukan perbelanjaan yang banyak apatah lagi aku yang belajar atas tajaan FAMA (father & Mother)... so perbelanjaan aku 100% daripada abah aku. Sementelah aku yang mempunyai adik-beradik yang ramai ni... dan aku merupakan anak no.3... agak perit jugak untuk aku hadapinya.

Kakak sulung aku... time tu dia tengah belajar kat USM Pulau Pinang, sementara kakak no. 2 belajar kat Maktab Ipoh... dan adik-adik aku sudah pastilah semuanya masih di bangku sekolah. Aku paling suka time aku hantar surat kat kakak2 aku... time tu aku belum kenal ngan internet lagi dan penggunaan h/p belum meluas macam sekarang... kalau adapun rasanya aku tak mampu untuk menggunakannya... dan bila mendapat balasan dari kakak2 aku pasti diselitkan juga duit untuk aku dicelah-celah helaian surat balasan. Walaupun jumlahnya tak banyak maklumlah masing-masing masih belajar tapi aku cukup gembira.

Jadi boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali pasti aku akan telefon kampung mintak duit. Abah aku yang bukan kerja dengan gomen... akan mendapat gaji setiap minggu. Pada waktu itu, aku cukup takut dengan abah aku. Nak kata dia garang, tak jugak... kalau abah aku marah dia bukan marah kat anak-anak terus tapi dia akan cakap dengan mak aku so mak aku yang akan jadi orang tengah. Begitu jugak bila time aku nak mintak duit, kadang-kadang bila aku telefon kampung dan abah aku yang angkat... aku mesti mintak nak cakap dengan mak aku... walaupun tujuannya nak mintak duit. Mak aku selalu tanya... 'bak po tok rhoyat ko abah takdi' dan aku tidak ada jawapannya...

Mak aku... seorang yang paling baik bagi aku... dia tidak pernah marah dengan anak-anaknya yang semuanya degil-degil belaka. Paling-paling dia akan membebel... tu pun seingat aku... aku jarang dengar mak aku membebel. Kalau dia suruh buat apa2 dan anak-anak dia buat ‘dek’ aje... sudah2nya dia buat sendiri. Bila dikenangkan kembali saat-saat itu aku rasa terkilan kerana aku selalu mengelat… yelah aku kakak so adik aku yang jadi mangsa kena buat kerja aku. Kesian mak aku... dapat anak macam aku ni...

Aku cukup kagum dengan mak aku... dengan anak yang ramai (10 orang - 7 perempuan 3 lelaki), dia berjaya mendidik kami adik beradik sehingga boleh dikatakan berjaya... Kak Ja kakak sulung dah jadi cikgu kat Maran walaupun dulu dia bukan ambik cikgu masa kat USM, Lina kakak aku yang no.2, juga cikgu kat Kampung, aku yang kerja tah apa-apa ni, si Lili yang bawah aku, kerani kat sekolah Seri Abim, si Lida sekarang sambung buat KPLI, juga macam Kak Ja lepasan USM dan buat Marketing, si Rose dah jadi Doktor Gigi kat Klinik di Cherang Ruku… (Em tahu kot tempat tu), si Nini lepasan UNISEL sekarang dah kerja kat LHDN Jalan Duta. Yang tinggal adik-adik lelaki aku yang masih lagi sekolah.

Sehingga sekarang... tiap kali aku ada masalah mak aku yang jadi tempat aku lambakkan masalah. Walaupun dia tak bersekolah tinggi tapi dia berjaya membentuk kami jadi anak-anak yang berguna. Aku cukup kagum dengan dia kerana bila diri sendiri dah menjadi ibu, hanya dengan seorang anak aku rasa dah mencabar kesabaran aku… bagaimana dengan mak aku yang mempunyai anak yang ramai dan jarak kami hanya selang 2 – 3 tahun aje…
Aku sayang sangat kat mak aku… mungkin aku tak biasa nak luahkan perasaan aku pada dia secara direct… aku harap dia paham dan sentiasa ingat aku sayang kat dia. Pada aku setiap hari adalah Hari Ibu… untuk Mek… SELAMAT HARI IBU… semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik… AMIN.
2

Satu Pertemuan Yang Indah & Bersejarah

Hari ini merupakan hari yang paling indah dan bersejarah dalam hidup aku. Aku tidak pernah bermimpi sama sekali untuk bersua muka dengan rakan-rakan blog yang selama ini aku hanya temui di ruangan yang kaku dan bisu namun sesekali kami berhubung melalui telefon dan sms.

Aku terpaksa bawak bodyguard sebab hari ini hari jumaat dan dia tak ada orang nak jaga, terpaksalah aku heret si Aysha sama. Karenah dia begitu mencabar kesabaran aku kerana pada awalnya bila dia tahu yang papanya tak akan ikut sama... dia mula buat hal... nak tinggal ngan papa... eeee... geramnya.. Janji dengan Kak Noor, Anim & Nawwir untuk sampai jam 12.00 tgh.. tapi aku hanya sampai 1.30 ptg... *mintak maaf kak su & rakan2 atas kelewatan itu... kalaulah aku ada sayap... aku ikat si Aysha kat belakang & aku terbang dapatkan korang semua*

SOGO KL menjadi tempat yang melakarkan detik bersejarah itu. Di mana buat pertama kali aku dapat bertemu dengan Kak Noor, Nawwir & Anim. Namun begitu pertemuan ini merupakan kali yang ketiga aku dapat bersua muka dengan Kak Su (selepas Shah Alam Mall & Pesta Buku 2006 di PWTC), manakala kali kedua dengan Em, di mana aku sempat bersua dengan Em sewaktu aku berkunjung ke PWTC untuk bertemu dengan Kak Su.

Walaupun masa seakan tidak begitu mengizinkan untuk kami berlama, namun masa yang singkat itu begitu bermakna pada aku. Kak Su terpaksa mengejar masa yang semakin suntuk apabila beliau perlu menaiki bas ke utara di hentian duta pada jam 4.00 petang. Buat Kak Su... terima kasih atas 'special delivery' naskah Khadijah Hashim. Tapi dia sempat jumpa dengan Izzul kat hentian duta...

Namun aku begitu gembira apabila aku dapat menghabiskan masa dengan Kak Noor dan Nawwir. Cuaca seakan merestui kami apabila hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku terpaksa menangguhkan waktu untuk pulang (aku menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke KL). Untuk Nawwir & Kak Noor… Terima kasih kerana sudi melayan karenah aku dan si Aysha... kenangan indah di tepi air terjun SOGO akan terpahat kukuh di ingatan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik mula sebuah persahabatan yang akan berkekalan... dan semoga ini bukan noktah akhir sebuah pertemuan. Aku sayang kamu semua... *peluk korang semua kuat2*

*sorry aku terpaksa guna gambar si Aysha... walaupun kita sempat mengabadikan gambar kenangan, tapi demi sebuah janji... dan aku nak letak jugak gambar... so aku letak le gambar ini...*
0

Hari Minggu Yang Ceria...

Hari ini minggu yang ke-18 untuk bulan ke-5 bagi tahun 2006. Merupakan hari minggu yang cukup istimewa pada aku kerana... penulis buku Dedaun Hijau Di Angin Lalu, Anggerik Di Tangkai Mawar serta Aylana, Saudara Manaf Hamzah telah melawat rumah aku di Anjung. Aku telahpun membaca karya beliau yang berjudul Dedaun Hijau di Angin Lalu dan sekarang aku masih menanti buku kedua karya beliau iaitu Anggerik di Tangkai Mawar. Tidak sabar rasanya nak jumpa Klena pada hari khamis 11 May 2006 nanti (aku meminta jasa baik Klena untuk mendapatkan buku tersebut dari Pustaka Nasional kat Sri Gombak). Selain daripada beliau, aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kak Su (Noor Suraya), Najwa Aiman serta John Norafizan kerana sudi mencemar duli melawat ke rumah aku... (kepada sesiapa jua yang telah melawat tetapi tidak meninggalkan jejak... aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih). Terima Kasih kerana kehadiran anda semua telah menceriakan hari2 Wan.

Minggu ini Kak Ja datang. Bila kakak aku yang sorang ni datang, aku akan berjumpa dengan kak ja di rumah dia kat Damansara Prima (rumah rehat dia... apabila dia datang ke KL). Aku mati2 ingat dia datang hujung minggu ini (12 May 2006 sempena hari Wesak). Agenda kami... melawat KL dengan kereta baru dia ~ Naza Sorento ~. Si Aysha yang paling seronok... apabila mak long & ayah long datang. Kami melawat Berjaya Times Square. Aku sempat masuk Borders ~ kedai buku yang terdapat di BTS. Aku beli novel Priya karya Abdul Rahman Daud terbitan DBP sebagai kenangan aku ke sana... (nanti aku preview kat Anjung).

Selepas itu kami ke Jalan TAR, kak ja nak beli tudung. Bila sampai di situ aku teringatkan Kak Noor... dia suka beli buku kat Kedai Buku Minerva. (Kak Noor.... terima kasih kerana sudi terima diri ini seadanya). Aku sempat beli kain untuk dibuat tudung sekolah Aysha. Suka bukan main budak tu...

Saat untuk berpisah.... si Aysha menangis bukan main bila kami terpaksa balik kerana esoknya dia bersekolah. Dia tak puas lagi nak bermain dengan Ayah Long... ini kerana Abang Yie suka melayan dia, buat roket, main keretapi malah main kad dengan dia... so bila tiba saat berpisah... aku sendiri sebak melihatkan si Aysha menangis kerana tidak mahu berpisah dengan mak long & ayah long.

Sesungguhnya hari minggu ini... merupakan hari minggu yang penuh dengan suka duka, tawa tangis dan seribu macam rasa yang bergolak di dada. Terima kasih kerana anda semualah yang telah menjadikan hari-hariku penuh dengan seribu macam pengalaman yang akan aku kenang sepanjang hayatku... Aku sayang kamu semua sepenuh hatiku... itu janji aku.!!!
2

Happy Birthday

1 Mei... Hari Pekerja... tiada apa yang istimewa selain daripada hari untuk bercuti. Tapi hubby aku sukalah... dan seringkali mengingatkan aku… sempena menyambut harijadinya… esok diisytiharkan hari cuti… ini kerana birthdaynya jatuh pada 30 April iaitu sehari sebelum hari pekerja (eksi…). Semalam (30 April) aku dengan bantuan Along (kakak hubby aku) kami mengadakan sambutan Hari Jadi… sementelahan pula pada bulan ini adik ipar aku (adik hubby aku yg no. 4), si kembar Farah & Farid serta adiknya si Nana (anak Along) juga jatuh pada bulan yang sama… So untuk menjimatkan kos kami adakan satu majlis sambutan. Dan jemputannya hanyalah kami... yang paling gembira sudah pastilah si Aysha.. dapat tiup lilin. Walaupun bukan birthday dia... tiup bagi pihak papa dia...
0

When The Last Sword Is Drawn

Malam tadi aku tengok cerita jepun kat Astro Prima. Kisah tentang Konichiro Yoshimura, seorang samurai kelas bawahan yang terpaksa keluar dari puaknya kerana tidak mampu lagi menampung keluarganya dengan pendapatan yang kecil. (Apabila seorang samurai keluar dari puaknya ia di anggap menderhaka malah seluruh keluarganya dipulaukan). Beliau pergi ke bandar dengan harapan untuk mencari wang dan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Di bandar beliau menyertai organisasi samurai yang terkenal iaitu "Shinseng-gumi" yang mempertahankan golongan Shogun Tokugawa. Tetapi keadaan huru-hara di mana berlaku pemberontakan untuk merampas kuasa Maharaja yang akhirnya membawa kepada kekalahan pada golongan Shogun. Dan beliau dipaksa melakukan Harakiri iaitu membunuh diri.

Aku begitu tersentuh watak Kanichiro Yoshimura yang dianggap terlalu mementingkan wang (yang akhirnya sedar wang itu adalah untuk dihantar ke kampung yang dilanda kebuluran untuk menanggung anak dan isterinya). Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang. Tentang kesetiaan terhadap samurai, sanggup mati walaupun nyawa dihujung tanduk. Tentang kesetiaan terhadap kawan, walaupun terpaksa berlapar asalkan rakan2nya dapat makan.

Apabila menonton cerita ini, aku teringat akan novel terbaru Ramlee Awang Murshid iaitu Hatiku Di Harajuku.

Rumah Baru

Semalam aku 'naik' rumah baru... aku namakan ANJUNG. Nama ini idea dari rakan2 borak. Mulanya aku tak nak announce kat sapa2 dulu sebelum rumah itu siap untuk kunjungan tetamu.. yang tahu cuma WanZ... entah macam mana Kak Su boleh tahu... dan dia jemput semua rakan2 kat dangau untuk melawat ke rumah baru aku itu. (sebenarnya aku malu nak announce dulu sebab masih banyak yang perlu aku buat untuk mencantikkan rumah itu sebelum menjemput tetamu datang...) Anyway thanks Kak Su kerana sudi datang ke rumah Wan...(sayang kak su)

Sebenarnya rumah itu adalah untuk aku review buku yang telah aku baca. Rumah itu juga untuk memudahkan WanZ... (awak tahu apa maksud saya..!!). Tapi aku amat bersyukur dengan kelahiran rumah baru aku ini.

Ucapan setinggi2 penghargaan buat : Kak Su @ Makcik Raja, Kak Noor, Nawwir, Anim, Spec, Pinkjambu, Em, Izzul, Redsportcar, Klena & rakan2 lain yang sudi menjadi kawan aku... semoga perhubungan ini tidak akan terhenti disaat computer di matikan..
2

E-Mail

Setelah beberapa hari tak jenguk e-mail (leka berborak dengan rakan2 blog), entah kenapa aku rasa nak check... manalah tahu kot2 ada berita dari rakan2. What a surprise... Najwa Aiman hantar e-mail kat aku. Perasaan... happy siot!!! Tak sangka Najwa Aiman masih ingat dengan aku (so touching...).

Pertama kali aku jumpa beliau di Pesta Buku 2004, masa tu dia tengah promote buku Untuk Kau & Aku. Masa tu aku malu nak jumpa beliau (tengok dari jauh..). Aku betul-betul jumpa beliau pada 26 Mac 2006 di Shah Alam Mall. Masa tu Creative buat Roadshow. Aku pujuk hubby aku ke sana dengan niat nak jumpa Kak Su. Tak sangka beliau ada sama dengan karya terbaru Kasih Kita. Semoga beliau akan terus aktif berkarya...
0

HOME SWEET HOME.....


Sempena cuti maulidur rasul pada 11 April 2006, aku ambil peluang balik kampung. Juga dengan niat nak balik berurut (kaki yang terseliuh belum sepenuhnya baik).

Selepas kerja pada hari sabtu (8 April), lebih kurang jam 4.30 ptg aku bertolak balik ke kampung. Hujan turun dengan lebatnya mengiringi perjalananku ke kampung.

Lebih kurang jam 6.30 petang... singgah kat Projet Gombak (drive thru Mc Donald) beli makanan buat bekal (Big Mac). 7.30 mlm sampai Bentong, singgah isi minyak dan draw duit sebelum meneruskan perjalanan.

Lebih kurang jam 10.30 malam sampai kat Gua Musang. Hubby aku turun nak beli air, tapi aku malas nak turun. Lagipun Eisya tidur.

Lebih kurang jam 1.30 pagi aku sampai kat kampung. Mek & Abah dah tidur, tinggal Aizat masih berjaga (tak tau le buat homework atau tengok TV). Kesian Mek & Abah.. ganggu mereka tidur (mereka bangun untuk menyambut aku... ewah..macam orang penting lak). Abah kata dari petang kucing kat rumah dok tunggu kat depan pintu. Rupanya nak tunggu aku balik.

Esoknya 9 April, aku pergi berurut dengan Bapa Mertua Lida kat Rantau Panjang. Kebetulan lida pun balik untuk berurut jugak. Kaki dia juga terseliuh ketika sedang bersukan kat Maktab. Entah mengapa kemalangan itu berlaku selang satu hari dengan kejadian aku jatuh.

Pak Long aku (abang abah yang sulong) kurang sihat semenjak balik dari mengerjakan haji pada 2 bulan yang lepas.

Si Aysha cukup gembira dapat jumpa dengan sepupu-sepupunya (anak2 Lina, kakak no#2) malah aku amat terkejut kerana dia tak mahu ikut aku & hubby untuk ke bandar KB. Belum pernah lagi dia nak tinggal di rumah sekiranya aku atau hubby tak ada bersama.

Pada 11 April, aku akan bertolak balik ke KL. Tak puas rasanya duduk kat kampung... dah kena balik KL. Tak tahulah bila aku akan balik ke kampung lagi...
0

PESTA BUKU 2006

25 March 2006
Pesta Buku 2006, berlangsung selama 10 hari dari 24 March hingga 02 April 2006. Selama 10 hari berlangsungnya Book Fair ini, pertama kali aku pergi dengan member baik aku, WanZ pada hari sabtu 25 March. Dia ambik aku kat Office... Plan aku, aku pergi dengan Wan dan nanti hubby aku akan menyusul dengan si Aysha pada petangnya... Pada awalnya perancangan aku berjalan mengikut jadual, sehinggalah Kak Ja menelefon aku memberitahu yang dia jadi datang ke KL... (pada asalnya dia tak jadi datang)... terpaksalah aku adjust time aku...

Di kesempatan ini juga aku ingin bertemu dengan bloggers yang seringkali aku berbalas bicara di ruang maya ni... terutamanya yang sering aku temui di dangau milik kak su... apatah lagi pada hari tersebut Kak Su akan berada di booth CESB dari jam 4.00 ptg - 9.00 mlm. Kak Su janji nak beri ole-ole dari NUHA ... Pada hari itu aku hanya sempat jumpa Em sahaja, kerana yang lainnya telah balik. Agaknya selisih jalan. Tapi aku cukup seronok kerana aku dapat jumpa Kak Su, Siti Hazneza (Angin Dingin dari Utara & Cemburu seorang Perempuan), Najwa Aiman dan Nass Alina Noah. Nass Alina Noah... rupa2nya satu sekolah dengan aku dulu di SMMM Pasir Pekan... kecilnya dunia.

Di booth Alaf21... sambutan cukup hangat... aku sempat jumpa Kak Anis Ayuni, Aisya Sofea... terima Kasih untuk pemberian Cik Ted, Norzailina Nordin. Tapi aku frust sebab tak sempat nak dapatkan autograf Nia Azalea...

Hari ini aku menjelajah setiap booth hingga kaki aku naik lenguh... apatah lagi bila aku tengok muka hubby aku pun dah lain macam... penat...(tak tahulah penat jalan atau penat melayan karenah Aysha). Apatah lagi ada sesetengah booth yang sudah berkemas untuk pulang.

26 March 2006
Ini hari kedua aku pergi, kerana Kak Ja masih ada lagi buku yang nak di beli. Pada hari ini, aku jumpa Najwa Aiman di Booth CESB, sekarang semua buku karya Najwa Aiman dah bertandatangan.... Di booth kiddibird, aku jumpa Izzul Izzati (Bukan Cinta Biasa). Tapi yang lebih memeranjatkan aku... si izzul ni dorm-mate aku kat kolej anggerik masa study dip. kat uitm (10 tahun lepas.. itm). Selepas lebih 10 tahun tak jumpa aku jumpa dengan dia di PWTC...dan yang lebih memeranjatkan aku.. dia dah jadi penulis... semoga Izzul terus aktif berkarya. Di booth ini juga aku dapat kenal Klena... Nice talking to you Klena...

1 April 2006
Kali ketiga aku pergi PWTC... pada 1 April 2006... aku pujuk WanZ temankan aku... terima kasih yang tak terhingga buat WanZ kerana sudi temankan aku. Aku pergi kali ini adalah semata-mata nak jumpa dengan John Norafizan... Aku jatuh hati dengan karya John selepas aku membaca bukunya Tunjukkan Aku Satu Bintang...rupa2nya itu adalah kesinambungan daripada Sempadan Tanpa Seri. Walaupun dengan kaki yang masih lagi sakit. John punya pasal, sanggup.... Pada hari ini juga aku dapat jumpa Ramlee Awang Murshid di booth Alaf.. rupa2nya dia ada buah tangan terbaru Hatiku di Harajuku... (aku belum sempat membacanya lagi). Tapi yang tak syoknya si Aysha buat hal... agaknya sebab orang terlalu ramai di booth Alaf. Apatah lagi Nas Ahmad sedang mempromosikan buku terbaru beliau TERJAH. Nas Ahmad tak ada beza sangat bila tengok live dengan kat TV.

Untuk Pesta Buku kali ini, aku telah menambahkan lagi koleksi buku aku:-
o Getaran Rindu - Norzailina Nordin (Alaf 21)
o Hati Yang Terusik - Nia Azalea (Alaf 21)
o Hatiku di Harajuku - Ramlee Awang Murshid (Alaf 21)
o Sempadan Tanpa Seri - John Norafizan (CESB)
o Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan (CESB)
o Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza (CESB)
o Angin Dingin Dari Utara - Siti Hazneza (CESB)
o Danur Kasih - Mohd Adzam Khodzim (CESB)
o Ayahanda -Azizi Hj Abdullah (CESB)
o Sena Kembali Berbunga - Amaruszati Noor Rahim (CESB)
o Bara - Abdul Rahim Awang (CESB)
o Aku Menyanyangimu - Nass Alina Noah (CESB)
o Asmara Yang Pertama - Nass Alina Noah (CESB)
o Saga 3 - Abdul Talib Hassan (CESB)
o Saga - Abdul Talib Hassan (Utusan Publication)
o Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim (NB Kara)

Banyaknya aku borong buku..........
0

M C

Rasanya dah lama aku tak menulis kat sini... selepas berbagai2 peristiwa berlaku... Pada tanggal 28 March 2006, aku terseliuh kaki akibat terjatuh dari tangga di USJ Taipan. Peristiwa itu berlaku ketika aku dalam perjalanan balik daripada Kedai Buku Big Bookshop. Aku ke sana semata2 nak beli plastik pembalut buku... (aku dah borong buku kat Pesta Buku 2006)... tapi malang nasib aku.... Akibatnya aku mendapat MC selama 6 hari... selama 6 hari bercuti, Hubby aku mengambil alih tugas aku menghantar dan menjemput Aysha dari sekolah... Aku kat rumah apalagi... baca buku dengan senang hatinya tanpa gangguan...

Aku sempat menghabiskan 4 buah novel karya Azizi Hj Abdullah (Ayahanda), Norzailina Nordin (Getaran Rindu), Rindu karya Norhayati Berahim dan Hati Yang Terusik oleh Nia Azalea.

Aku membaca novel Ayahanda, selepas aku tertarik dengan ulasan yg aku baca.

Buku karya Norzailina Nordin berjudul Getaran Rindu.. berkisar tentang Izham seorang jurufoto yang jatuh hati pada Fara petugas di Perpustakaan Negara. Untuk menghabiskan buku ini aku mengambil masa selama 1 1/2 hari. Ini kerana NN membuat cerita dalam cerita... aku kena concentrate 100% supaya aku tidak hilang fokus. Percubaan yang baik.

Hati Yang Terusik karya Nia Azalea... karya ke-3 Nia selepas Kau Yang Satu dan Seredup Kasihmu. Buku ini aku mengambil masa selama 2 hari untuk menghabiskannya... entah mengapa aku begitu taksub dengan cerita ini... menyebabkan aku menjadi sakit hati dengan watak utama Farhan yang bagi aku terlalu ego... Aku perlu tenangkan hati dan fikiran aku untuk menghabiskannya.

Rindu karya Norhayati berahim... agaknya dan terlalu banyak aku membaca karya NB menyebabkan aku dah dapat agak jalan cerita & kesudahannya... Watak utama, seorang wanita yang cekal, gigih dan tabah... walau ditimpa bermacam musibah... dan penghabisan yang happy ending. (Novel yang aku baca bukan cover yang ini... aku baca cetakan yang terbaru... namun aku rasa isi cerita tetap sama...)

Pendek kata MC aku kali ini adalah untuk aku menghabiskan masa dengan membaca buku2 yang aku borong kat Pesta Buku...
0

Mak Long.....

Hari ini... macam biasa si Aysha tak nak bangun pagi... aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Ikutkan hati nak aje aku cubit-cubit tapi tak sampai hatilah pulak. Aku teringatkan Kak Ja yang akan datang pada hujung minggu ni... sempena Pesta Buku... aku cakap dengan si Aysha, kalau dia pergi sekolah hari ni... nanti Mak Long & Ayah Long akan datang jumpa Eisya. Mula-mula dia buat dek aje.... Kalau Eisya pergi sekolah, nanti Mak Long buat baju sekolah lagi untuk Eisya... (padahal baju tu aku yang potong, walaupun tak sempurna.. tapi jadi le jugak). Dia nampaknya termakan dengan umpan aku... barulah nak mandi dan pakai baju sekolah yang Mak Long jahit...

Dan hari ini, entah mengapa aku terasa nak tunggu dia masuk ke dalam kawasan sekolah (Tadika Nurul Izzah di USJ 11). Sudah menjadi kelaziman mereka akan menempatkan 2 orang tenaga pengajar untuk menunggu para pelajar mereka di pintu pagar sekolah. Dia toleh dan melambaikan tangan sambil tersenyum kat aku... (selalunya aku tak tunggu, sebab aku tak sampai hati nak tinggalkan dia...) dan aku dengan senang hati tinggalkan dia. Dan hari ini, dalam pukul 10.00 pagi, aku mendapat panggilan dari sekolah... hati aku punyalah berdegup kencang... takut berlaku apa2 kat Aysha... kerana mana pernah aku mendapat panggilan dari sekolah. Rupa2 nya hanya nak tanya aku sama ada si Aysha dah dapat baju sukan ke belum.... (lega rasanya....)
0

Tinggal Kenangan


Entah mengapa hari ini aku tiba-tiba teringatkan adik-adik yang dah semakin meningkat dewasa. Aku seakan lupa, bahawa masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita walau sedetik. Hanya terpulang pada kita untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Adik-adik perempuanku yang seramai 4 orang, hanya tinggal Nini (bakal menamatkan zaman daranya pada hujung tahun) semuanya sudah berkeluarga. Si Rose bakal bergelar ibu. Dia dijangka melahirkan anak sulung pada bulan June ini. Si Lida, kakak si Rose baru diterima masuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah KPLI nun jauh di Perlis (selepas memohon berkali2) hanya selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Agaknya itu dugaan untuk Lida, menguji tahap mental dan fizikal di dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan. Si Rose agak beruntung, kerana dia bertugas di hospital kat kampung, tinggal dengan mek & abah. Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan. Si Nini yang baru mengikat tali pertunangan pada 29 Jan 2006, akan melansungkan perkahwinan nya hujung tahun ini.

Si Lili, sentiasa sibuk dengan anak-anaknya yang semakin membesar. Bila office aku dah berpindah ke Puchong, aku semakin jarang bertemu dengannya. Kalau dulu, dia yang akan menjemput Aysha (satu nursery dengan si Ikram & si Irham anaknya), dan aku akan mengambil Aysha dari rumah nya. Jadi hari-hari aku akan berjumpa dengannya. Tapi sekarang nak berjumpa sebulan sekali pun payah.

Kini yang tinggal hanya adik2 lelaki ku yang masih lagi bersekolah. Si Ghaffar, tinggal lagi 1 tahun untuk menghabiskan kursus sijilnya dari Politeknik Kota Baru. Si Aizat tahun ni akan menduduki peperiksaan SPM dan si Khairi yang bongsu di dalam tingkatan 2. Semoga mereka akan berjaya dalam hidup.

Anak ku si Aysha, tahun ini dah masuk sekolah (4 tahun). Hari ini buat hal tak nak ke sekolah, tak nak bangun untuk mandi... terpaksa umpan dengan macam-macam janji. Aku bukan apa, kalau boleh tak nak janji apa-apa dengan dia kerana dia akan ingat segala janji-janji itu. Bila tiba masanya dia akan tuntut. Aku kadang kala tak sampai hati nak menghampakan permintaannya, kerana aku sendiri yang berjanji. Kadang-kadang aku rasakan si Aysha lebih cepat matang... lagipun dia selalu cakap dengan aku.... "Eisya dah besar" Tapi bila nak mainan dia selalu pujuk aku dengan "Eisya kecik lagi" mana satu aku pun tak tahu... Aysha... Aysha...
0

Penawar Rindu...

Hari ini setelah hampir 2 minggu tidak menjenguk muka di blog aku ini (line down), fikiranku seakan beku... tak tahu apa yang harus aku coretkan di sini. Lagipun tiada apa yang menarik yang berlaku... hanya TV aku buat hal lah pulak. Tak dapat aku nak tengok "Resume Untuk Mawi" kat astro ria malam ni. Sedihnye.... SUUN pun nasib baik aku ada kawan yang baik hati faxkan untuk aku baca... Terima Kasih daun keladi Wan, Nanti kalau computer buat hal lagi... Saya mintak tolong lagi..he..he..he..

Pada 12 March yang lalu aku ke KLCC. Kakakku yang kat Maran datang untuk survey kereta (dia nak beli kereta baru sebelum naik harga, tapi sempat pulak beli hp baru). So pada hari ahad tu aku bawak mereka ke KLCC (actually hubby aku yang bawak) untuk register no. baru (bangunan Maxis sebelah KLCC waktu urusan dari pagi sampai 9.00pm di buka pada hari minggu). Aku apalagi seronok le... ambik peluang pergi Kinokuniya. Ini pertama kali aku jejakkan kaki kat kedai buku ni. Okey gak... (aku semua OK, janji kedai buku). Niat dihati nak cari buku "Di Bawah Lindungan Kaabah" karya agung Prof Hamka, tapi sebab aku berat mulut nak bertanya... so tak jumpalah. Sebagai kenangan aku ke Kinokuniya, aku beli sebuah buku oleh penulis yang aku tak pernah baca karyanya Sarimah Ayob "Pelayaran Cinta". Ceritanya biasa-biasa saja.... Tak pa lah... lagipun hujung minggu ni pesta buku kat pwtc, nanti aku cari kat sana.

Bercakap pasal pesta buku... tak sabar rasanya menghitung hari nak menjenguk ke sana. Bukan apa... tak sabar nak jumpa para novelis yang akan berkampung kat sana sepanjang tempoh Pesta Buku 2006 ini berlangsung. Mana tahu dapat jugak aku mintak autograf mereka. Yang pasti aku nak jumpa dengan Kak Su yang akan berada di sana pada 25 Mac dari jam 4.00 pm hingga 10.00 pm

Hari ini dari pagi sampai sekarang, dari Era Rentak Muzik Terkini hingga Hot.Fm aku asyik dihidangkan dengan lagu Iris nyanyian Awie. Agaknya mereka tahu aku suka sangat dengan lagu tu... tu yang dikeudarakan untuk halwa telinga aku... (perasanlah pulak... macam le aku sorang yang suka dengan lagu tu...) Tapi tak apa untuk dedikasi... aku sertakan kat tag aku ni.


Iris oleh Awie

Kau masih ku cintai

Sungguh...
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku

Kau masih dewi hatiku
Sungguh...
Biar sejuta parut hilang di hati
Usah gusar sayang, usah ragu
Aku milikmu

Cintaku
Jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari dunia mu
Moga terpadam sangsimu

Cintaku
Jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hatiku tahu apa mahuku
Dan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku…..

Kau masih ku cintai
Sungguh...
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti yakin dan pasti
Engkau milik ku



0

Kenangan....


Sudah menjadi "kemestian" aku sebelum memulakan tugas yang "never ending story" tu... untuk menjenguk Rumah Kak Su , aku begitu berbesar hati kerana nama ku turut terpahat di sudut kecil ruang legar rumah Kak Su. Walaupun cuma sebaris nama yang mungkin tidak di ambil peduli oleh sesiapa pun... tapi bagi aku... ianya cukup bermakna. Seperti puisi Alang dalam SUUN... kerana aku orang kecil... dalam dunia orang-orang besar. Terima Kasih daun keladi Kak Su... semoga dapat bersua muka dengan Kak Su lagi di Pesta Buku nanti...

Hari Ini Dalam Sejarah


Hari ini tanggal 7 Mac 2006.... tiada apa yang istimewa..... tapi hari ini dengan rasminya aku mempunyai blog aku sendiri.... Amalyn adalah nama puteri tunggal aku... Tak tahu nak guna nama apa....

Banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang blog ni..... nanti2lah bila dah senang sikit dari tugas2 pejabat aku akan buat yang lagi baik dari ini.... untuk hari ini... inilah yang seadanya...

Gambar ini aku ambil pada 26 Feb 2006 di Mc Donald Shah Alam ketika aku ke sana untuk bertemu dengan penulis pujaanku... kaksu (Noor Suraya). Betapa seronoknya aku... Aku juga sempat bergambar dengan kaksu... baiknya kaksu walaupun pertama kali bersua muka... seolah2 aku sudah kenal lama dengan beliau... Aku juga sempat bertemu dengan penulis Najwa Aiman. Sempat le aku mintak autograf mereka...
Back to Top