2

Selamat tinggal 2010

Salam semua,

Kita sudah di penghujung tahun 2010. Lagi dua hari tirai 2011 akan kita buka. Pastinya banyak peristiwa dan kenangan, baik yang pahit mahupun manis bertamu menjadi sebahagian daripada rencah hidup kita sepanjang tahun ini kan?

Begitu juga dengan saya. Kalau boleh saya hanya ingin kenang peristiwa yang manis-manis sahaja. Yang pahit maung tu kalau boleh saya ingin lupakan kerana jika ingin padamkan rasanya tak mampu kerana ia meninggalkan parut di lubuk hati kita yang terdalam. Dan juga sekali sekala kita pasti ingin ingat sebagai iktibar di masa depan.

Sebagai 'ulat buku' sudah pasti agenda utama saya adalah berkaitan dengan buku/novel. Sepanjang tahun ini... tidak banyak novel yang saya benar-benar enjoy ketika membacanya. Ada, bukan tak ada. Mungkin juga kerana mood membaca saya yang tak menentu bagaikan iklim malaysia yang sukar di ramal ini! hehehe

Jadi sempena dengan tahun baru 2011, ada beberapa perkara yang akan saya ambil perhatian lebih (sikit). Antaranya:

1-blog Ulatbuku
2-aktiviti membaca
3-lain-lain (akan difikirkan kemudian)

1- Blog Ulatbuku
Saya tidak tahu nak buat apa sebenarnya dengan blog itu yang bagaikan tidak berpenghuni. Saya rasa tak mampu nak kendalikannya seorang diri. Yelah, blog peribadi saya pun kadang-kala tak berupdate, dengan blog sembang buku saya lagi. Belum lagi dengan kerja-kerja pejabat saya yang tak pernah nak habis ni (kecuali saya berhenti kerja! yang TIDAK mungkin saya buat kerana saya perlukan duit untuk bayar hutang-hutang saya!)

Komrad saya pun (kalaulah masih ada lagi *sedih*) seakan menyepi atau saya yang menyepikan diri?? Nantilah saya fikirkan kemudian. Sekarang ni hanya satu solution saya TUTUP buku dan jangan buka-buka lagi... *mode: SEDIH*

2- Aktiviti Membaca
Saya ingin tanam tekad untuk konsisten membaca. Sekurang-kurangnya dua buah buku dalam sebulan. Kalau lebih lagi bagus! Saya ingin sasarkan membaca sebanyak 25 buah buku setahun. Erk! sikitnya kan??

Saya sebenarnya cemburu dengan kawan-kawan di Goodreads Malaysia yang mensasarkan 50 buah buku setahun. Tapi dengan cara dan mood saya yang sebegini, rasanya saya tidak mampu nak melaksanakannya! Jadi kalau saya boleh habiskan 25 buah buku setahun pun dah cukup baguskan?

Nanti saya akan lekatkan di tepi blog saya ini, buku apa yang telah dan akan saya baca untuk setiap bulan. Harap-harap semuanya akan terlaksana. Doakan saya ya!

3- Lain-lain
Untuk lain-lain ni, saya belum berani nak beritahu. Saya takut tak terlaksana, jadi saya akan diamkan aje. Harap-harap diam ubi lah sekurang-kurangnya berisi juga. Jangan diam-diam dan saya terus diam tanpa buat apa-apa... hahahaha (rasa macam tu aje saya nih!!!)

Apa lagi ya?? Nantilah saya fikirkan...

Jadi buat semua sahabat-sahabat yang saya sayangi, saya ingin mengucapkan... SELAMAT TAHUN BARU 2011... Semoga apa yang anda impikan akan terlaksana di tahun baru nanti...

Jumpa anda di tahun depan, kerana saya akan berada di bumi Cik Siti ketika tirai 2010 akan berlabuh dan tirai 2011 menjenguk muka.

0

Cakap Lepas

Salam semua,

Wah! rajin la saya update blog!

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang cakap lepas pula. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang jenis cakap semberono. Saya seorang yang agak 'pemalu'. Kenapa, tak percaya? Percayalah! Dan saya juga bukanlah seorang yang suka kompelin depan-depan. Oh hipokritnya!! Bukan. Saya bukan hipokrit, tapi saya nak jaga hati supaya tidak tersinggung dengan kata-kata saya. Saya akan cakap bila masa dan keadaan yang sesuai untuk saya berbuat demikian.

Ok, berbalik pada cerita 'Cakap Lepas' saya ini. Ini kisah tentang seorang rakan sekerja saya. Dia 'adik' yang muda 6 tahun daripada saya. Tapi dia ini jenis yang bercakap lepas. Kalau ada yang dia tak puas hati, dia akan cakap depan-depan orang itu. Bagus. Sekurang-kurangnya dia tak hipokrit. Tapi tahukah dia, sukakah orang itu? Akan sakitkah hati orang itu walau hakikatnya itulah kebenarannya? Kalau sekadar hanya berdua, pada saya okey juga, sekurang-kurangnya tak ada orang lain yang tahu. Tapi kalau depan orang lain juga? Bagaimana agaknya orang itu rasa? Mesti malukan?

Ok. Situasinya begini. Ada satu hari tu, saya pakai air bau aka perfume (kami orang Kelantan suka guna 'air bau' merujuk pada perfume =) ) Baunya agak lembut dan saya suka. Air bau yang Mek bawa balik dari Mekah. Saya tak la pakai banyak manapun sebab Mek hanya bagi pada saya sebotol kecil (lebih kurang setinggi 1.5 inci berdiameter 0.5 inci) Air bau yang tidak dicampur dengan alkohol pastinya.

Oh! sebelum itu, suka saya nak beritahu, dia selalu pakai wangian yang semerbak baunya, yang kadang-kadang akan buat saya jadi pening kepala dengan baunya itu. Bukan bau busuk, tapi baunya itu kadang-kadang menyucuk hidung! Dan adakalanya, bila saya datang ke pejabat, buka aje pintu office baunya itu sudah boleh saya hidu walaupun saya di tingkat bawah dan dia di tingkat 2. Dan saya boleh tahu dia sudah sampai kerana baunya sudah menerawang di sekitar pejabat kami! hehehe

Ok, berbalik pada kisah saya pula. Entah bagaimana dia kata saya bau semerbak. Pelik juga saya. Setahu saya, saya hanya mencalit sedikit sahaja di pergelangan tangan kanan saya dan saya sapunya pada tangan belah kiri dan selebihnya saya akan sapu pada baju kurung yang saya pakai. Hanya dengan secalit sahaja tau! Jadi tak mungkin baunya akan jadi semerbak, pada tanggapan sayalah! Tapi dia kompelin kata bau saya semerbak dan buat dia pening kepala. Masyallah tak ada niatpun saya nak buat begitu.

Oleh kerana tidak puas hati dengan komen dia tu, saya tanya pada rakan sekerja saya yang lain (3 orang semuanya) dan ketiga-tiga mereka kata tak baupun! (maksudnya tidak bau semerbak sebagaimana yang dia katakan). Dan waktu inilah saya cakap balik kat dia... 'Ooo kalau dia bau semerbak & saya pening kepala, saya tak kompelin pun!' dan memanglah dalam nada bergurau tapi saya harap dia faham maksud saya.

Eh! saya bau semerbak tak bila bersama kalian?? hehehehe

0

Panggilan

Salam semua,

Beberapa hari lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang mamat yang tidak saya kenali. Mamat ini mendakwa dia daripada syarikat MSN Developer (kalau tak silap pendengaran saya). Saya menjawap panggilannya dengan rasa yang penuh cuak dan tanda-tanya. Cuak kerana saya tidak mengenali beliau. Tanda-tanya kerana daripada mana dia dapat nombor telefon bimbit saya yang setahu saya hanya saya berikan pada kenalan yang saya kenali sahaja!

Yelah, mana tak cuak juga kerana saya selalu mendapat panggilan yang kadang-kadang tu ntah-apa-apa. Dan yang paling saya tak suka, panggilan yang nak jual produk baik insurance mahupun nak suruh saya hadir untuk mendengar sesi perniagaan yang macam-macam. (sedangkan saya tak suka nak berniaga & rasanya perniagaan bukan bidang saya!). Dan yang paling saya cam, bila minta nak bercakap dengan Wan Roslina. Walaupun Wan Roslina itu nama kakak saya, saya tetap tidak mengaku! dan secara logiknya saya tahu mereka telefon untuk bercakap dengan saya sebenarnya. Dan secara teknikalnya juga Wan Roslina bukan nama saya, buat apa saya nak mengaku? Ye tak??

Ops! berbalik pada panggilan daripada mamat tadi. Dia tanya fasal kerja yang bukan bidang saya. Dengan kata lain, dia tanya fasal arkitek sedangkan saya dalam bidang M&E Engineering. Nasib baik dia bertanya dengan baik di mulai dengan panggilan yang harus dia panggil saya sama ada nama depan, nama tengah atau 4 huruf nama belakang saya. Panggilan singkat itu (tak sampai 3 minit rasanya) saya tamatkan dengan persoalan yang masih berlegar-legar di kepala saya kerana saya terlupa untuk tanya beliau... hhmmm agaknya dari mana dia dapat nombor telefon bimbit saya ya???

0

Update : Macam-macam cerita

Salam semua,

Macam biasalah saya ni, update blog ikut suka hati aje. Bila rajin tulis, bila malas, terbiar macam tak berpenghuni. Haish!

Apa cerita ya?

Sebenarnya ada juga lah cerita yang saya nak kongsi bersama, tapi saya tulis separuh, save kemudian terus diam dalam inbox saya tanpa ada sambungan. Perangai saya semenjak-dua-menjak ini makin teruk! Apa nak jadi sayapun tak tahu... Daripada cerita abah dan mek yang nak ke mekah, sampai mek dan abah dah balik dengan selamatnya... masih juga tak habis-habis saya tulis.

Hujung minggu yang lepas saya balik kampung. Cuti sempena Maal Hijrah. Juga balik sebab nak dengar cerita yang mek dan abah bawa balik dari Mekah dan Madinah. Juga balik sebab nak tengok jubah yang mek belikan untuk saya... hahaha teruk sungguh perangai! Eh! bukan saya pesan tau, Mek yang nak belikan untuk saya, Mek tanya saya nak jubah ke tak, masa saya call tanya khabar mereka di sana. Masa tu Mek & Abah tengah pilih jubah... saya apa lagi, nak laaa... Sebenarnya bukan saya seorang aje yang dapat. Semua anak-anak perempuan mek dapat.

Saya balik hari sabtu, petang. Balik ikut Pahang-Terengganu. Malam, singgah makan kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Dah lama saya idamkan nak makan kat sana. Nak makan sotong celup tepung yang sedap yang pernah saya makan dulu. Tapi memandangkan makan dah lewat, perut dah masuk angin, tak banyak mana yang boleh saya makan. *sedih*

Bermalam di Kuala Terengganu, memandangkan ketika kami melewati Temerloh, hujan turun. Walaupun tak lebat tapi sedikit sebanyak mengganggu pemanduan sirman apatah lagi kalau malam, dengan silau lampu kenderaan lagi. Lagipun tak ada benda yang kami nak kejarpun. Pagi baru kami bertolak balik ke Kota Bharu dan lebih kurang jam 10.30 pagi baru sampai kat rumah.

Hari pertama, tak ada orang. Ops! mek dan abah serta kerry adalah cuma Lida balik Rantau Panjang, Rose pula kat Pasir Putih. Yelah, hari ahad kan hari bekerja kat Kelantan. Aysha yang berkobar-kobar nak balik kampung pun dan mula bosan sebab tak ada kawan. Saya tak telefon Izzati (anak Lina) beritahu bahawa Aysha sudah sampai.

Selesai makan pagi merangkap makan tengah hari, bersembang dengan abah dan mek mendengar cerita dan pengalaman mereka kat sana. Sambil-sambil tu saya belek-belek jubah yang mek belikan untuk saya. Lili yang pilihkan untuk saya, sebab dah ada satu plastik yang di dalamnya siap ada beg, jubah untuk Aysha, dan macam-macam lagilah... hehehe sukaaa

Seronok saya mendengar cerita-cerita abah. Abah saya seorang yang pemerhati dan pelajar yang cekap. Kali pertama ada jurupandu yang membawa jemaah mengerjakan ibadah umrah (dahulu). Oh ya, abah dan mek pergi dengan pakej swasta (Batuta). Dapat bilik (hotel) yang dekat (sikit) dengan masjid. Kali kedua dan seterusnya abah pergi sendiri buat umrah. Dan siap 'bawa' orang pulak... hehehe Abah kata, sebilik dengannya ada cikgu, dah pernah datang, tapi bila nak buat siap tanya abah macam mana. Padahal abah baru pertama kali datang.

Dan cerita dari mek, pengalaman dengan jemaah haji dari negara lain yang sangat mencabar. Pengalaman beratur panjang semata-mata nak buang air (besar atau kecil). Dan ada seorang 'nenek' (sebab dah tua) makan sikit aje dengan bibir merekah tanda tak cukup air. Bila mek tanya kenapa tak makan lebih sikit, alasannya susah nak ke tandas untuk buang air! Dan ada seorang 'nenek' ni oleh kerana tidak tahan nak buang air besar, terbuang kat 'situ' sedangkan giliran beraturnya masih panjang. Kena marah dengan orang lain... Bila tanya kenapa tak minta dulu dengan orang depan, jawapannya orang depan tak beri sebab kalau dia (orang yang beri laluan) beri, mereka kena beratur balik kat belakang sekali. Jadi siapa yang nak beri??

Pendek kata di sana adalah tempat menguji kesabaran dan ketaqwaan kita kepada Pencipta. Teruja mendengar cerita-cerita mek dan abah pastinya tidak sama melainkan kita sendiri yang merasainya. Insyallah satu hari nanti saya pasti akan mengunjunginya dan merasai sendiri pengalaman-pengalaman tersebut. Moga saya dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipanggil oleh-Nya untuk menjadi tetamu NYA. Insyallah.

Alhamdulillah mek dan abah sihat seadanya. Batuk-batuk dan selesema, rasanya itu lumrah bagi mereka yang baru kembali daripada mengerjakan haji kan? Perbezaan masa dan cuaca sedikit sebanyak mengganggu kesihatan mereka. Perlukan masa untuk adjust kembali rutin harian sebagaimana biasa...

3 hari di kampung, dapatlah saya makan nasi kerabu Suyoh! 2 pagi ya, saya breakfast dengan nasi kerabu Suyoh. Makan nasi walaupun hanya berlaukkan ikan singgang, ulam pegaga yang dipetik di belakang rumah dan budu+tempoyak adalah SANGAT menyelerakan! Sebenarnya saya sangat puas makan sebab mek yang masak. Air tangan ibu sangatlah sedap okey! Rancang nak pergi ke KB, nak pergi ke Pengkalan Kubur, nak pergi Rantau Panjang, nak pergi Wakaf Che Yeh... tapi sampai masanya... berbaring + melepak kat rumah lagi syok! Sudahnya, saya tak pergipun ke Kota Bharu mahupun ke Pengkalan Kubur. Tapi saya pergi ke Rantau Panjang, itupun dah petang, dan malamnya gagahkan diri ke Wakaf Che Yeh bersama Lida & Korie serta sirman lah!

Hari Selasa hari untuk bertolak balik ke KL. Malasnya nak balik KL. Rasa tak puas lagi duduk melepak di kampung. Si Aysha siap minta balik petang sikit, padahal ketika saya ajak dia balik, waktu dah jam 2.30 petang. Suruh dia tinggal di kampung tak mahu. Mok Tok siap pujuk nak hantar dia balik KL dengan flight lagi, pun tak jalan. Tapi ketika kami berhenti di R&R Gua Musang, dia dan berubah fikiran, suruh hantar dia balik kampung! sebab 30 Dec dia nak celebrate birthday kak ti (izzati). Hish... saja je dia!


3

Dirgahayu buatmu... belahan jiwaku!

Salam semua,

Subhanallah, lama sungguh tak bercoleteh di sini! Rindu, tapi... Banyak sebenarnya cerita/peristiwa yang berlaku yang nak diceritakan. Tapi apakan daya, saya jadi tawar hati nak menulis. Entah di mana silapnya saya pun tak tahu. :(

Tanggal hari ini, 22 November 2010 genap 8 tahun usia anak dara saya. Sekejap sahaja masa berlalu. Bagaikan baru semalam dia saya lahirkan ke dunia ini. Dia cukup mudah saya lahirkan. Alhamdulillah. Saya betul-betul rasa sakit nak melahirkan dia sekitar jam 4.00 - 4.30 pagi. Lebih kurang jam 5.30 pagi, bersamaam 17 Ramadan 1423H dia sudah menjengah dunia bersama laungan azan subuh.

Dan apa yang membuatkan saya paling ingat detik bersejarah itu kerana hari tersebut merupakan hari Jumaat, penghulu segala hari dan Selangor cuti umum sempena Nuzul Quran. Subhanallah, Maha Suci Allah... dia lahir bersamaan hari di mana Al-Quran diturunkan!! Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan... dan dia menjadi 'Nur' dalam hidup saya dan suami. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah! Syukur dengan nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan pada saya.

Kalau ditanya pada saya bagaimana rasanya sakit bersalin, saya sendiri tak dapat nak ceritakan kerana sakit saya hanya sebentar cuma. Allah benar-benar memberi rahmat-Nya pada saya.

Buat Nor Aysha Amalyn, belahan jiwa saya... selamat ulangtahun sayang! mummy sayang sangat pada kamu... moga membesar jadi anak yang berguna, yang solehah, yang akan memberi kegembiraan pada semua orang dan yang paling penting yang akan mendoakan Mummy & Papa...


Psst:
Juga selamat ulangtahun kelahiran buat sahabat kesayanganku wabbit yang berkongsi tarikh yang sama dengan Aysha dengan ucapan... terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada momen terindah yang berlaku dalam hidupku... moga DIA sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya buat wabbit! Gue sayang banget sama lho...


Baca : Dalam Proses Pembacaan

Salam semua,

Selepas mengadap satu novel yang agak mengecewakan saya, kali ini saya nak cuba baca novel karya Ramlah Rashid ini pula. Harap-harap tak menghampakan saya!.

Sedikit sinopsis yang saya 'copy & paste' daripada laman web Buku Prima selaku penerbitnya.

Lestary adalah anak Hanan Alaa bersama Daud, perkahwinan campur antara Malaysia dan Dubai. Sewaktu Lestary berusia 5 tahun, dia dan ibunya diperkenalkan pada Wan Bada, orang tua Daud malangnya dua beranak itu terus dibenci dan diseksa jiwanya oleh Wan Bada.

Akhirnya Hanan Alaa yang sarat hamil anak ke dua telah diceraikan talak 3 setelah Daud menikahi Milah (isteri kedua). Bersama Lestary, Hanan Alaa meninggalkan rumah Wan Bada. Mereka dibantu imam dan seorang wanita berhati mulia di kampung itu.

Akibat fitnah dan cemburu, Hanan Alaa terbunuh. Injap jantung, hati dan buah pinggang diderma kepada yang memerlukan bertepatan amanatnya.

Setelah 10 tahun menetap di luar negara, Lestary kembali ke Malaysia dan bekerja di puncak Cameron Highland. Dia menemui penerima injap jantung dan hati ibunya selepas bertunang dengan Razim. Tanpa sengaja, dia jatuh cinta pada Dafiezudin dan cinta itu kian mendalam setelah mengetahui milik ibunya ada di dalam diri lelaki itu. Cinta bersemi kian kukuh dan berlakunya persaingan cinta antara Dafiezudin dan Razim, demi memenangi hati Lestary.


Bukunya agak tebal (612 Halaman) pada saya, jadi saya target dalam masa seminggu kot baru selesai.


Oh ya! Saya sudah selesai baca novel ini. Sebuah karya yang agak menarik pada saya. Saya dalam proses nak berkongsi rasa (baca: resensi) dengan pembaca lain, tapi buat sekerat jalan, saya hilang patah kata. Saya bagaikan sudah tak reti bagaimana harus mengarang. Agaknya sebab lama tak 'menulis', saya jadi kekok. Jadi saya tak berani nak janji bila siapnya... kalau ada tu adalah... nanti saya uar-uarkan di sini. Atau kalau rajin, singgahlah ke pondok 'sembang buku' saya ni...

Oklah nak sambung... (baca novel) hehehe....

0

Hanyut

By: Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Korus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



Nota:
Suka lagu ni... & FT (Faizal Tahir ya, bukan Faisal Tehrani... hehehe) selalu membuatkan hati saya adakalanya tumbuh taman~berbunga-bunga~ dengan lagu-lagunya. Lirik yang membelai jiwa... melodi yang membuai rasa... indahnya!!
0

10-10-10

Salam semua,

Ada apa dengan tarikh 10-10-10? Entah ya... sampaikan berduyun-duyun pasangan di seluruh dunia mengabadikan tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan mereka.

Mungkin pada yang berkenaan, ada la kot, tapi bagi saya, ia sekadar satu hari lagi yang dilalui tanpa sebarang momen indah untuk di kenang. Satu hari yang saya habiskan di rumah berdua dengan Aysha kerana sirman ada kelas fotografi dari pagi sampai petang/malam.

Dari pagi sampai malam, apa yang saya buat... berFB, ber'kebun' di FV, membaca novel, mengadap tv sambil membereskan kerja-kerja rumah. Mengadap lappy saya harus berebut dengan Aysha! Semenjak dia 'jumpa' ramai kawan-kawannya dalam FB, masa saya sudah kena cantas. Kalau dulu berebut remote Astro, sekarang ni pandang pun tidak! Apa taknya dia boleh surf cartoon-network-dot-com, tengok kartun online... kemudian datang tanya pada saya apa username dia, apa password dia, apa email address dia, apa nickname dia... kadang-kadang entah apa-apa yang dia tekan 'Like' dekat facebook dia. Ada antaranya, dalam diam saya remove mana yang tidak berkenaan tu.

Semalam saya baca satu novel ni, rasa macam nak baling jer... Idea dia... pada saya sudah tidak fresh. Sebab sebelum ni sudah banyak yang saya baca, hero-heroin bagaikan anjing dengan kucing, akhirnya jadi pasangan. Jalan cerita yang sudah boleh saya agak mana hala tujunya. Bahasa dia, saya tak tahu siapa yang bercerita... pening kepala saya dibuatnya! Bukunya tak la tebal mana, tapi nak menghabiskannya sungguh siksa rasanya. Frust! sebab ketika mood membaca saya tengah baik, bahan bacaan pula yang hampeh! Sekarang ni saya mencari-cari bahan bacaan... apa yang menarik ek?? Siapa-siapa ada idea?

Oklah... dah tak tahu nak tulis apa dah...

0

Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?

Salam semua,

Alhamdulillah, mood membaca saya sudah bertunas kembali, walaupun masih belum berkembang sepenuhnya lagi. Tak apalah sekurang-kurangnya masih ada, jangan sampai hilang, itu lebih parah rasanya.

Malam tadi, saya 'baju'kan novel yang sempat saya beli semasa saya menghadiri majlis rumah terbuka JS hujung minggu lalu. Karya terbaharu Manjlara selepas Persis Sebutir Pasir yang diterbitkan pada Februari 2008. Karya yang mengambil masa selama 2 tahun untuk menemui para pengikut tulisan seorang wanita berhati waja bernama Manjlara ini. 2 tahun. Ya, 2 tahun saya menunggu karya Manjlara selepas membaca kisah malang Widya yang sungguh tragis dan memilukan itu.

Kini Lara kembali... kembali dengan Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?

Saya belum berani untuk memberikan sebarang komen lagi kerana saya baru membacanya. Belumpun sampai separuh saya menatap aksara yang termuat dalam naskhah setebal 443 halaman ini.

Tapi satu yang ingin saya katakan pada penulisnya, 'Lara... Wan SUKA!!'

Ya, saya suka! Saya sukakan bahasa penulis. Saya jadi teruja ingin tahu kesudahannya bila saya sudah mula membaca. Itu yang mengikat saya pada karya ini...

Yang lain-lain, nanti saya ceritakan bila saya sudah usai membacanya ya?!

3

Syawal 1431

Salam semua,

Keluarga besar saya tanpa Lina (kakak) dan keluarganya, serta dua orang anak bujang Mek & Abah.

Sebenarnya gambar ini saya ingin upload bersama 'Cerita Raya' saya di entry sebelum ini, tapi memandangkan sirMan belum siap edit dan boleh saja kalau saya edit sahaja entry itu, tapi saya malas nak 'mekap'kan balik.  Hasilnya... inilah!

Agak sukar saya nak rakamkan gambar ini sebenarnya. Banyak halangan. Gambar ini dirakamkan di pagi 14 September sebelum kami bertolak ke Terengganu untuk bercuti. Pengambaran yang dijadualkan pada raya ketiga terpaksa dianjakkan ke hari berikutnya berikutan masalah dalaman(orang ni ada, orang tu pula tak ada!) yang memeningkan kepala saya sebagai ke'tua'.  Dan saya rasa hanya saya yang bersungguh-sungguh. Bagi saya hanya gambar yang akan dilihat sebagai tanda kenangan...

Jutaan terima kasih pada sirMan yang bersusah payah bawa balik kelengkapannya (kalau nak buka studio di rumah pun boleh!! ~ siap ada 'payung' lagi) dan tanpa banyak sungutan (harap-harapnyalah kerana dalam hati saya tak dapat baca).

Moga Syawal tahun depan saya masih lagi diberi peluang untuk bergambar beramai-ramai bersama kaum keluarga saya.


0

Dengar ini cerita...

Salam semua,

Dah lama saya tidak bercerita di sini. Sesekali terasa rindu nak berceloteh datang mencuit hati, tapi kemalasan yang melampau menghalau pergi keinginan yang secuit itu. Terasa banyak benda yang nak dikongsi bersama tapi, yelah...

Bila dah rajin (sikit) ni, apa yang dulu rasa menarik untuk dikongsi dah jadi tawar. Dah tak ada seronoknya lagi. Nak cerita fasal sambutan raya? Dan terasa suam-suam kuku dah walaupun kita masih lagi di bulan ‘raya’. Walaupun setiap hujung minggu berderet-deret jemputan rumah terbuka yang kalian perlu penuhi. Ya dak?! Tapi bagi saya, walaupun tak adalah banyak mana, tapi tetap ada. Huhuhu nampak sangat saya jarang bergaul dengan orang!

Tapi tak apalah saya tetap ingin bercerita tentang cerita raya saya walaupun tak semenarik mana. Sambutan raya saya tahun ni biasa-biasa sahaja. Kali ini giliran saya beraya di Kelantan dulu. Saya balik sehari sebelum raya. Perjalanan pulang yang panjang dan memenatkan. Bayangkan 16 jam dalam perjalanan, bukanlah waktu yang singkat sebagaimana 45 minit perjalanan dengan ‘belon’. Tapi apa yang menariknya saya ditemani oleh bahan bacaan yang sungguh superb! Antara Safa dan Marwah, membuatkan perjalanan ‘Antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu’ saya tidak terasa lamanya. Sesiapa yang ingin mencari bacaan yang menarik dan berinformasi, anda boleh cuba karya Prof. Ismad Astar ini. Tapi bagi sesiapa yang dah baca dan tidak bersetuju dengan saya, itu tandanya selera kita yang berbeza! Jadi jangan salahkan saya pulak ya...

Sambutan raya, di mana-manapun sebenarnya adalah sama. Yang membezakannya adalah dengan siapa kita beraya. Apa yang pasti, walau di manapun kita beraya, bila ada mereka yang kita sayangi berkongsi raya dengan kita, semangat raya kita jadi lebih berganda gembiranya. Jadi mungkin raya saya kali ini berkali ganda gembira dan seronok kerana saya berpeluang beraya bersama Abah, mek dan adik-beradik yang lain.

Dan apa yang agak ‘syahdu’ (sedikit) pada saya bila tahun ini kita sambut raya pada 10 Sept, yang juga merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah kak Ja. Pagi-pagi lagi handphone saya berbunyi mengingatkan saya pada hari istimewa insan kesayangan saya (setiap kali ada insan kesayangan saya berulangtahun handphone saya akan berbunyi mengingatkan saya). Tekan butang ‘delete’ sajalah, apa susah! Tapi saya tidak mampu!! dan saya tidak mahu! Bagi saya ‘dia’ tetap ada bersama saya. Dan kita seringkali ber’kalau’lah... anda pasti dapat agak apa yang nak saya cakapkan. Kalaulah dia masih ada, pastinya sambutan raya ini akan berlainan. Sambutan raya beserta sambutan ulangtahun, tapi ‘kalaulah’ itu tetap tidak boleh digunapakai lagi...

Saya di kampung sampai raya ke-5 (14 Sept), kerana tengah harinya kami bertolak ke Terengganu untuk bercuti. Saya disertai oleh Mek, Abah dan adik-adik ~ Lili & keluarga, Lida & keluarga, Rose & keluarga, Nini & keluarga serta adik bongsu saya si Khairi aka Kerry. Tempat tujuan kami adalah di Pulau Duyung, Terengganu. Konvoi beramai-ramai membuatkan perjalanan kami agak perlahan. Apatah lagi Abah nak singgah di rumah kenalannya di Gong Medang, membuatkan kami tiba lewat petang di tempat penginapan. Dan lebih memenatkan lagi apabila tempahan bilik yang kami buat (saya & Rose) terdapat sedikit kekeliruan. Nombor tempahan yang diberikan pada saya, merupakan nombor tempahan Rose. Mungkin kerana nama kami yang hampir mirip? Nasib baik masih ada kekosongan bilik. Dan lebih kurang jam 6 petang barulah kami dapat berehat, melepaskan penat lelah.

Saya tempah bilik di Ri-yaz Heritage selama 3 hari 2 malam, tapi yang lain-lainnya hanya 2 hari 1 malam. Memandangkan kami tiba dah lewat petang, jadi acara untuk hari itu cumalah makan malam di salah sebuah gerai makan yang terdapat di kawasan Batu Buruk. Hari kedua kami makan pagi di gerai bersebelahan dengan gerai kami makan malamnya. Menu untuk breakfast kami adalah nasi dagang. Sedap! Usai makan kami melawat Masjid Kristal dan menaiki cruise mengelilingi Pulau Wan Man, Pulau Duyung serta pulau-pulau yang terdapat di sekitar Sungai Terengganu. Niat hati nak masuk Pusat Tamadun Islam yang menempatkan replika masjid-masjid ternama yang terdapat di seluruh dunia tidak kesampaian kerana kami kesuntukkan masa. Berlegar-legar mencari makan tengah hari dan kemudian ke Pasar Payang.

Lewat petang, kami berpecah kerana masing-masing nak balik ke destinasi masing-masing. Rose, Abah, Mek & anak-anaknya balik ke Kelantan, Lili balik Bangi, Nini balik Gombak dan Lida balik Kluang & saya, nak balik ke bilik hotel… nak tidur kerana badan sudah menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Malamnya saya tidur pengsan… rupa-rupanya mereka tak jadi balik, cari hotel lain (Seri Malaysia) tidur satu malam lagi kerana 'drebar' masing-masing dah penat nak drive. Kecuali Nini yang memang terus balik ke Gombak.

Dan saya, memang balik ke KL membawa virus demam yang teruk. Tapi memang seronok dapat bercuti bersama keluarga, dan yang paling seronok si Aysha lah. Langsung tak nak naik kereta kami, nak naik kereta Tok Wae (Abah) sebab ada adik Mirul (anak Rose).

Balik KL, saya dapat 2 hari mc (jumaat & sabtu), tapi memandangkan ada kerja ‘urgent’ dan bos tak senang duduk, saya terpaksa masuk kerja hari sabtu tu.


Dan bermula rutin saya seperti biasa walaupun ‘raya’ masih berada di bulannya lagi.

Terbaharu, semalam saya menghadiri majlis rumah terbuka JS. Meriah! Meriah dengan makanan yang di masak sendiri oleh ‘iron chef JS’, juga meriah dengan kawan-kawan yang datang. Selain menjamu selera, kami juga dapat berkumpul. Dah lama rasanya tak berkumpul dengan adik beradik UB, rasa rindu sangat-sangat! Walaupun seketika cuma waktu yang dapat dikongsi bersama, sekurang-kurangnya terubat rindu di hati. Tak dapat nak bersembang lama kerana si Aysha sibuk dok tarik baju ajak balik…

Insyallah minggu depan ada lagi jemputan daripada Chik (sepupu Abah) di kampong kerinchi, buat jamuan rumah terbuka sekali dengan makan-makan sempena dia nak berangkat ke tanah suci Mekah mengerjakan ibadah Haji. Dan Insyallah Mek & Abah juga akan berangkat ke tanah suci pada 15-Okt ini. Moga segala urusan mek & abah dipermudahkan Nya. Walaupun sekarang ni abah masih lagi sangkut dengan darah tingginya yang tak pernah saya tahu (bahawa dia ada darah tinggi) dan rasanya Abah pun tak sedar yang dia ada darah tinggi… Mohon doakan untuk Abah & Mek saya ya!!

5

Membaca

Salam semua,

Saya suka membaca. Terutamanya novel. Kalau boleh semua genre saya ingin baca, terokai dan hayatinya.

Tapi...

Semangat membaca saya bagaikan pasaran saham di Bursa Saham. Sentiasa turun dan naik tanpa signal.

Sekarang -ketika sedang menulis n3 ini- saya teringin mengadap novel. Masalahnya tiada satupun novel yang berjaya membangkitkan mood saya. Saya ingin membaca novel yang tiada dalam simpanan saya. Dan apa yang lebih parah lagi, semangat membaca saya datang di saat yang tak terduga. Di waktu yang salah!

Aduh! toloooonglah... datanglah pada waktu yang betul di saat saya benar-benar bebas daripada beban kerja...!!

psst: apa novel yang menarik sekarang ya?? saya bagaikan sudah hilang deria untuk menghidu akan 'bau' novel yang menarik untuk dibaca! :(


2

Aysha dan 'speaking klate'

Salam semua,

Wah! suka la dengan mood 'rajin' saya sekarang. Kali ini saya nak bercerita tentang keinginan Aysha untuk belajar loghat klate. Entah siapa yang mempengaruhinya, malam tadi ketika dalam perjalanan ke Giant Usj untuk beli barang dapur yang dah habis, beria-ia dia suruh saya ajar dia 'speaking klate'.

Hehehe kelakar!

Entahlah agaknya kerana saya sendiri jarang bercakap dalam loghat klate ketika bersama Aysha dan sirman jadi bila ada perkataan klate yang agak pelik, saya yang nak tergelak dan rasa was-was, betul ke??. Jangan kata saya sudah lupa akan asal usul saya ya! Saya masih kebal dengan semangat kenegerian saya. Saya masih berbangga dengan negeri kelahiran saya. Apatah lagi saya ada pemimpin negeri yang sangat saya kagumi. Tapi saya akui ada antara perkataan klate yang agak jarang saya dengar/guna.

Berbalik pada loghat klate. Saya rasa, Aysha perlu di'kuarantin' selama sebulan dengan kak ti (anak Lina) & Yasmin (anak Rose) yang sangat pekat penggunaan bahasa klate nya nescaya dia akan fasih berbahasa klate. hehehe Dan rasanya saya harus lebih banyak bertutur dengan loghat klate bila bersama Aysha barulah dia cepat fasih.

Tapi, faham ke nanti kawan-kawan dia kalau Aysha 'speaking german' dengan mereka?? Nanti saya tanya Aysha bila balik nanti.

Oklah... saya minta diri dulu. Hingga ketemu nanti.... daaaaaaaa

0

Macam-macam cerita perihal anak

Salam semua,

Maaf ya, dua-tiga hari ni saya agak 'rajin' sikit nak bercerita di sini, jadi pada sesiapa yang tak suka tu, saya tak boleh nak buat apa-apalah ya!

Seperti biasalah saya kalau bercerita pastinya tak ada cerita lain selain perihal anak saya yang sorang tu. Siapa lagi kalau bukan Aysha!

Hampir setiap kali saya menonton siaran berita (utama jam 8.00 malam) pastinya akan ada kes pembuangan bayi. Macam-macam tempat mayat bayi yang tidak berdosa ditemui. Dalam semak, dalam sungai bahkan ada yang dijumpai dalam tong sampah. Mereka dibuang bagaikan sampah! (sedih dan mengucap panjang saya). Aysha yang masih kecilpun seakan mengerti. Pernah satu malam ketika dia menemani saya menonton siaran berita dan kes pembuangan bayi sedang ke udara di kaca tivi, secara spontan dia cakap pada saya "Mummy, kalau baby tu beri kat kitapun ok kan? Aysha suka adik! Macam Syafiqah, ada baby"

Ya, Aysha sangat suka pada anak kecil. Pernah dia pegang perut saya, tanya kenapa tak ada baby dalam perut saya! Saya tak tahu nak jawap apa. Mengertikah dia kalau saya katakan Allah masih belum beri rezeki pada kita untuk ada baby? Sebab bila saya cakap lagu tu, dia akan soal balik, kenapa orang lain Allah bagi? Sudahnya saya akan jawap... "Adik shasha (anak Lili), adik khairul (anak Nini), adik Insyirah (anak Lida) mereka semua adik-adik Eisya"

Ya, mereka yang tak inginkan bayi, senang pula melekat pada rahim mereka. Tapi susahnya saya nak dapat!! Atau keluhan yang sama bagi mereka (kaum ibu di luar sana) yang berkahwin berpuluh-puluh tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak! Kalau tidak masakan ditubuhkan "Fertility Center" bagi membantu ibu-ibu yang tidak bernasib baik mendapatkan anak dengan kaedah normal. Dan saya pasti bayaran yang dikenakan bukan sedikit, mesti cecah ribuan ringgit. Bagi saya yang tidak mampu ini, alhamdulillah cukuplah seorang jika itu rezeki yang telah diberikan oleh Allah pada saya.

Bagaimana jika suatu hari nanti mereka (para remaja yang sanggup membuang bayi ini) berkahwin dan inginkan anak tapi tak dapat? Jika saya yang diberikan tugas untuk menyenaraikan nama mereka yang patut mendapat anak, nama-nama mereka ini akan saya SENARAIHITAMkan daripada punya anak!! Kerana mereka pernah diberi peluang tetapi mereka telah menolaknya jadi kenapa harus diberi peluang kedua (untuk kes buang bayilah)?? TAPI saya bukan pencipta. Saya tetap manusia biasa, yang penuh dengan perasaan amarah dan geram... pasti ALLAH punyai rencanaNya yang tersendiri... sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengasihani.

Adakah kitaran zaman sudah kembali ke zaman jahiliyah?? Zaman di mana anak-anak yang tidak berdosa ditanam hidup-hidup? Ya, pastinya ada antara bayi-bayi malang yang dibuang itu, roh masih berada dalam jasad. Masih bernyawa. Aduhai... kasihannya anak-anak itu!!

Dan sesungguhnya dunia sudah semakin tua! Dan hari kiamat semakin hampir... moga kita semua dalam peliharaan Allah yang ESA!! Allahuakbar...

Amin.


0

Berbuka puasa

Salam semua,

Sebagaimana yang saya beritahu semalam fasal berbuka puasa, jadi inilah dia buktinya bahawa semalam buat pertama kalinya saya berbuka kat luar. Minta maaflah saya tak ambil semua jenis makanan yang ada disediakan di sana. Malulah!. Inipun saya ambil gambar ini, bos sudah cakap... "I tak fahamlah orang perempuan ni, makanan pun nak ambil gambar lepas tu post kat Facebook!" hehehe saya? hanya tersenyum mengiakannya aja.

Sebenarnya nak kata sedap, biasa-biasa saja bagi saya yang tak berapa nak makan banyak ni. Saya jenis yang tak boleh nak hadap makanan dalam kadar yang banyak sekaligus. Saya jenis yang makan sikit tapi makan berulang-ulang. Agaknya itulah salah satu sebab juga kenapa saya tak boleh nak gemuk, sebab makanan yang dimakan akan terus dihadam dan langsung tak tinggalkan sisa lemak untuk menggemukkan saya! *sigh* penat la makan lagu ni... Dan betapa ruginya saya kalau makan buffet sebab saya hanya makan sikit. Memang tidak berbaloi dengan harga yang terpaksa dibayar!!

Semalam, makanan memang pelbagai. Ada nasi putih/beriani dengan pelbagai jenis lauk-pauk, sayur-sayuran, ikan, udang, sotong, kambing golekpun ada. Selain sate ayam & daging serta sotong, udang yang dibakar. Ada kuih muih, kek, puding yang pelbagai jenis hinggakan tak termakan. Juga ada ABC & ais-krim (sekadar apa yang saya ingat bukan apa yang saya makan). Saya makan hanyalah nasi putih dengan sayur campur (brokoli, jagung muda, carrot, cendawan butang), sotong sambal, udang/sotong bakar saya ratah, dengan beberapa potong kuih & kek lapis sarawak. Itupun saya dah kekenyangan. Ayshapun sama, makan sikit sahaja lepas tu dah mengadu sejuk & mengantuk.

Lebih kurang jam 9 malam saya keluar daripada Cyberjaya. Tapi sebelum tu sempatlah saya pusing-pusing ambil gambar dengan Zaini di sekitar kawasan Resort. Tak berani nak pergi jauh-jauh sebab gelap, lagipun hujan renyai-renyai takutlah Aysha demam pulak. Nantilah, kalau rajin saya letakkan di Facebook, kalau tidak... inilah 2 keping sebagai bukti.

Sehingga ke lain hari.... daaaaaaaaaa


0

Marhaban Ya Ramadhan...

Salam semua,

Wah! dah lama tak jenguk sini. Hinggakan nak masuk rumah sendiripun hampir-hampir hilang kunci pintunya. Teruk sungguh. Tapi pada yang sudi singgah, sudi intai-intai walaupun tak masuk... terima kasih saya ucapkan! Walaupun tuan rumah tak ada, tapi kehadiran kalian sangat-sangatlah saya hargai.

Hari ini merupakan 7 Ramadhan, bermakna sudah seminggu kita umat islam berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Menunaikan Ibadah Puasa' moga kita diberikan kesihatan yang baik untuk kita menjalani ibadah puasa dan solat terawih hingga ke penghujung Ramadhan.

Alhamdulillah, my Aysha masih berpuasa penuh dan harap-harapnya dia akan dapat berpuasa penuh sebagaimana tahun lalu. Setiap petang apabila saya jemput dia di Taska, pasti soalan "Eisya puasa hari ni?" akan saya soalkan pada dia. Dan jawapannya dengan kerutan di dahi tanda tak puas hati "Mestilah puasa, Eisya kan anak mummy!" Alhamdulillah... Dan selepas sahur dia akan berjaga hinggalah ke waktu nak bersiap-siap ke sekolah. Pada awalnya risau juga saya, bukan apa takut dia mengantuk di sekolah. Tapi bila saya tanya dia, jawapan dia TAK. Oklah! Hatta hari cutipun (sabtu dan ahad) dia tak tidur sampai petang... saya yang mengantuk!

Malam ini, office saya buat upacara berbuka puasa untuk staff muslim bersama client kat Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya. Ini kali kedua office buat makan di sini. Nasib baik Restoran di Resort ini telah termasuk dalam senarai hotel yang menerima sijil halal daripada Jakim. Sebenarnya acara berbuka ni memang setiap tahun ada, tapi selalunya berlainan tempat bergantung pada pilihan Client.

Tapi apa yang tak bestnya, tak boleh bawa pasangan sebagaimana tahun-tahun sudah. Nak jimat budget agaknya... tapi daripada risik-risik yang saya dapat, jemputan client tahun ni melebihi tahun-tahun sudah. Haish, nak ajak orang lain staff sendiri terpaksa dikurangkan. Memanglah spouse bukan staff, tapi mereka kan sebahagian daripada ahli keluarga jugakan??

Pada awalnya saya sudah tawar hati nak pergi walaupun tempat dia sangat mengujakan saya. Apa taknya, mana saya nak tinggalkan Aysha? lagipun saya tak akan sampai hati nak makan sedap-sedap mengenangkan anak kesayangan saya berbuka sendirian bersama suami. Lagipun sirman selalunya akan tiba di rumah dah dekat-dekat nak berbuka, lagilah saya tak akan sampai hati! Jadi jawapan saya TIDAK pada bos IAT.

Frust. Itulah yang saya rasa, tapi esoknya... Bos IAT (bukan bos saya) datang jumpa saya tanya kenapa tak pergi. Apa lagi alasan yang saya ada selain 'anak saya tak ada sesiapa nak jaga' sudahnya dia cakap "Haiya bawa sajalah! lagipun you setiap tahun bawak anakkan??" terus kembang hati saya!! Mana taknya kalau nak tunggu sirman belanja saya berbuka di hotel memang tak merasalah! Kalau dia nak belanjapun lebih baik dia belanja saya tudung ke, bayar upah jahit baju ke, lagi berbaloi. Sebab saya tahu saya bukan jenis yang akan makan banyak sekaligus. Rate RM78++ sangat mahal pada saya yang tidak berapa nak kaya nih! kali pula dengan tiga, lagilah membazir! Tapi kalau orang belanja tu lain la kan?? hehehe

Tapi saya sudah minta sirman belanja saya dan Aysha berbuka di Nelayan Seafood Titiwangsa. Dah lama tak makan steamboat seafood. Harap-harap tahun ni dapatlah! Tahun lepas sirman makan kat situ dengan geng-geng officenya, saya yang kempunan, Aysha dia ikut sahaja apa yang saya makan.

Apa lagi ya yang nak saya ceritakan?

Oh! ya... tahun ni saya balik beraya di Kelantan dulu. Seronoknya!!. Dah macam-macam juadah yang saya rancang nak makan/suruh mek masak. Kemudian raya ke-5 saya akan bercuti di Terengganu. Saya sudah berjaya meracun Rose adik saya untuk join. Dan Mek juga bagaikan berminat nak melawat Masjid Kristal. Lini juga sudah menunjukkan minat nak sertai. Wah! Lili pastinya akan panas punggung bila kami ramai-ramai berseronok di Terengganu dan saya gerenti dia akan cari jalan untuk tidak ditinggalkan. Hahaha jahat sungguh kakak mereka ni kan?? Tapi saya SUKAAA!!! hehehe

Oklah, saya berhenti dululah ya... sebab nanti kalian bosan membaca ocehan saya yang belum tentu jadi lagi... tunggu jadi berserta bukti bergambar barulah boleh percaya ya dak??

Sehingga di lain waktu... daaaaaaaa



0

. . . . .

Salam semua,

Hari ini saya rasa nak tidur saja... rasa malas yang teramat sangat! Nak-nak memikirkan kerja yang saya kena buat ni, lagi la buat saya nak tidur!

Bos kecik ni tak boleh nak decide dulu ke sebelum suruh orang buat kerja? Haish!! geramlah!!!!! Sudahnya saya kena re-do balik the whole thing... uuuwwaaaaa tensionnnnnn


0

Cerita hujung minggu

Salam semua,

Apa yang menarik hujung minggu saya kali ini?

Oh! mungkin pada anda, tak ada apa yang menarikpun. Hanya cerita biasa yang tiada unsur luarbiasapun!. Tapi saya tetap nak bercerita juga di sini. Sekadar untuk ingatan saya, bahawa saya ada agenda yang membuatkan hidup saya ada warna-warninya.

Hari sabtu (3 Julai) selepas waktu kerja, saya ke kompleks PKNS (sekali lagi). Kali ini saya pergi sebab nak jumpa my dearest buddy Nawwir. Saya ke sana dengan Aysha. Sampai aje di booth JS, kakyah ajak makan. Saya ON aje, hehehe sementelah saya memang lapar sebab tak breakfastpun paginya. Makan kat Restoran F.C. Saya order laksa asam untuk saya dan kebab ayam untuk Aysha. (Promo jap: kebab dia tersangatlah best (pada tekak sayalah!) & isi ayam/daging kat dalam memang banyak)

Lepas makan, kami pusing-pusing sekejap. Singgah di booth Alaf, kakyah beli novel terbaharu Eka Fahara ~ Sayang Sepenuh Hati. Memikirkan entah bila nak membacanya saya urungkan dulu niat membeli novel terbaharu Eka ini (saya suka bahasa/tulisan Eka). Saya punya target yang diperbarui, nak habiskan dulu novel sedia ada yang belum sempat saya sentuhpun lagi! Bahkan ada antaranya masih kemas berplastik.

Lagipun mood membaca saya sekejap ada sekejap hilang. Walau bagaimanapun saya berbangga sebab untuk bulan Jun saya berjaya menghabiskan 3 buah novel JS - Seikat Kembang Merah, Untuk Awak Teja Aulia & Melur Bunga Ivy - sekarang saya sedang (baru mula) membaca novel Bingkisan Dari Hati terbitan NB Kara. Harap saya berjaya menghabiskannya. Saya nak jadi macam kucc yang konsisten bila membaca. Tapi boleh ke?? huhuhu

Kembali ke booth JS, kakyah kena jaga mesin dan saya, pusing-pusing sekitar booth bersama Nawwir dan Aysha. Ke booth NB Kara jumpa kak yati, kak kusyi Hirdan, kak sue & warga kerja NB. Langsaikan janji yang tertunda! Oh ya! Iejaypun ada. Singgah di booth Ana Muslim, ada magazine yang Aysha nak beli. Sementara menunggu Aysha pilih, berborak-borak dengan Nawwir. Thanks dear sebab sudi pinjamkan telinga dan sudi jadi peneman... really love your accompany! Nanti kita sembang lagi naa...

Kemudian kembali ke booth JS, Nawwir harus minta diri kerana masih jauh perjalanan yang harus ditempuhinya. Dan saya, hanya lepak-lepak di booth JS sambil bersembang dengan kak yah dan Abang Imaen. Sambil-sambil layan pembaca yang keluar masuk booth JS, juga yang singgah di meja penulis untuk dapatkan 'sekuntum kembang merah' hehehe seronok!!! (Ops! saya sebenarnya lebih banyak jadi pemerhati daripada jadi jurujual ahaks!!)

Lebih kurang pukul 6 petang saya minta diri. Dan malamnya bertemankan Aysha (kerana sirman ada photoshoot dengan geng photography nya) saya ke Parkson Subang Parade untuk membeli SKII Facial Treatment Essence & Foundation (saya pakai Whitening Source Transform Foundation) yang dah habis. Dengan pembelian itu saya dapat voucher parkson berjumlah RM80 dan 18 stem yang boleh ditukarkan dengan barangan pyrex or vision dengan harga yang lebih murah. Tapi saya tak cukup 2 stem untuk membolehkan saya menukarkan 2 item huhuhu

Hari ahad (4 Julai) pula saya ke Bandar Utama. Sebenarnya saya bukanlah nak beli apapun. Saja teruja bila sirman kata dia nak ke Wisma Bently Music yang bersebelahan dengan IKEA. Dalam benak saya, 'Wah! boleh window shopping di IKEA!!'

Ada apa kat Wisma Bently tu? Oh! sebenarnya pada hari tu ada pameran fotografi oleh 2 ikon (kalau boleh dikatakan begitu, sebab saya memang zero knowledge fasal fotografi) jurugambar Kukubesi & ChotTouch yang mengadakan pameran fotografi hasil bidikan dan sentuhan kamera mereka selain melancarkan buku yang memuatkan hasil karya mereka.

Mulanya saya ingat, sementara sirman ke bangunan Bently Music, saya menapak ke bangunan bersebelahannya – IKEA - memandangkan kami park kereta di kawasan Tesco yang letaknya berhadapan dengan Bently Music, tapi sirman kata dia nak singgah sekejap sahaja, jadi sayapun, ‘Oklah, ikut’.

Masuk aje di tempat itu, mak ai, rata-rata yang datang masing-masing di leher tergantung kamera yang dilengkapi dengan lens yang pelbagai saiz dan rupa. Saya rasakan bagai rusa masuk kampung! Jadi untuk menghilangkan rasa ‘lost’, saya & Aysha lihat-lihat gambar yang dipamerkan sekejap sebelum menyusup masuk ke dalam dewan. Malu la, macam orang jakun aje.

Dalam dewan ada indie band sedang perform. Sebab apa saya masuk ke dalam dewan, sebab ianya gelap tapi tak la sampai tak nampak orang dan orang tak nampak kita. Dan dalam dewan tu ada kerusi yang boleh saya duduk. Sirman, dia apa lagi cari geng lah. Aysha yang teruja nak tengok ‘konsert’ sampai ke depan dia berdiri. Tapi sekejap, lepas tu kena block dengan orang yang lebih besar dan tinggi-tinggi berbanding dia! hehehe Saya, dengan muzik yang berdentum-dentam bagaikan nak luruh jantung, lebih baik saya menonton dari jauh aje!

Lebih kurang ½ jam kat situ kami ke IKEA. Dalam tak ada benda nak beli, saya beli juga bekas untuk mengisi barang 'kerastangan' saya yang bersepah-sepah itu. Juga belikan cadar/selimut untuk Aysha. Kemudian berjangkit ke The Curve, pun sekadar pusing-pusing tanpa arah tujuan sebelum balik.

On da way balik, singgah pasar malam sebab saya nak beli buah. Sempat juga beli tudung untuk Aysha konon-konon la (saya pilih yang saya juga boleh pakai... kiranya share lah! – sebab nak suruh sirman bayar gunalah nama Aysha... ahaks). Ya tudung saya tudung pasar malam sahaja! Dan untuk saya, saya beli tudung warna hitam yang pesen sekarang, pakai dengan anak tudung yang ada warna 2 - 3 lapis. Saya sebenarnya lebih suka warna putih berbanding hitam, sebab saya rasa muka saya jadi gelap bila pakai hitam (padahal memang gelappun! masih juga tak nak mengaku!! cheeh!!)

nota : gambar saya cilok daripada Facebook salah sorang pengunjung yang datang... harap2 dia tak saman saya sebab saya tak kenal dia dan dia tak kenal saya!! hehehe


5

Kini... hanya berdua

Salam semua

Siapa yang tinggal berdua tu? Agaknya itulah tanda tanya besar yang ada di atas kepala setiap kaliankan?? Hehehe jangan buat andaian melulu. Dengar dulu apa yang saya nak cerita ni.

Ini kisah tentang kedua ayahanda dan bonda kesayangan saya. Saya ni adik beradik ramai. 10 orang semuanya (tapi kini kami tinggal 9), tapi masih lagi consider ramailah untuk zaman sekarang yang ada keluarga tu punya anak satu atau dua orang sahaja. Termasuk sayalah tu. Bukan tak mahu tapi tak dapat! huhuhu

Al-kisahnya, hari sabtu yang lepas (25 Jun 2010) adik bongsu saya, Kerry (Wan Muhammad Khairi) yang dipanggil Pak Uda oleh anak-anak buahnya, mendaftarkan diri di Uitm Cawangan Machang (Kelantan). Jika selama ini dialah peneman Mek di rumah (kampung) tapi kini setelah dia ke Uitm tinggallah Mek berdua dengan Abah aje kat rumah tu.

Semalam, saya sempat menelefon mek bertanya khabar. Seperti biasa, macam-macam cerita yang kami bualkan, terutamanya fasal Pak Udalah. Hari sabtu daftar, hari ahad, mek & abah kena pergi lagi sebab dia lupa bawa slip pembayaran, jadi tak boleh nak mendaftar. Dan macam-macamlah yang dipesannya, nak itu, nak ini. Maklumlah orang tak pernah jauh daripada mek! Macam saya dululah agaknya. Cumanya saya dulu di Manjung, Perak (kini dah berpindah ke Seri Iskandar). Sebab jauh, jadi walau rindu macam mana sekalipun terpaksa pendamlah... habis-habis jadi penunggu setia public phone. Yelah, masa tu mana ada lagi handphone. Kalau adapun, rasanya saya belum mampu nak menggunakannya. Alasannya, handphone waktu saya belajar dulu adalah 'barang mewah', satu kehendak (yang boleh ditunda keberadaannya) bukan barang keperluan (yang perlu ada). Lepas tu menangis kat public phone kalau talian kat rumah (kampung) engage! hehehe kelakar la kalau dikenangkan!

Berbalik pada cerita mek. Jadi dapat saya bayangkan, rumah pastinya jadi senyap sunyi! Walaupun Pak Uda ni jenis yang senyap, tak banyak cakap dan karenah, tak seperti Aizat (Ayah Chik) mahupun Ghafar (Ayah Pa). Tapi dia jenis yang ringan tulang. Senang nak minta tolong. Dan anak-anak buahpun lebih ‘suka’ pada Pak Uda berbanding Ayah Chik atau Ayah Pa. Dan selalunya si Yasmin lah yang jadi mangsa kena sakat dengan Pak Uda. Berebut remote nak tengok siaran tivi kat astro. Walaupun dah tahu tak akan menangnya, tapi saja je nak buat rumah bising dengan tangisan Yasmin. (Yasmin ni anak Si Rose yang kerja kat kampong. Tapi bukanlah tinggal sama mek)

Dan yang paling kelakar, selepas mereka (mek, abah, rose & anak-anak) balik daripada hantar Pak Uda kat hostel... si Yasmin boleh cakap kat mek... “Male ni Yahming nok tido ngae mok tok, takut moktok teriak” hahaha [terjemahan: Malam ni Yasmin nak tidur dengan Mak tok , takut mak tok menangis]

Itulah... ada anak ramaipun sampai masanya semuanya akan keluar. Jika berkumpul pun waktu hari raya dua kali setahun. Kalau tidak susah nak jumpa semua sekaligus... Yang ni ada, yang tu pula tak ada. Yang ni balik, yang tu pula tak dapat balik...


[gambar raya tahun 2008]


2

Hari Ilmu & cerita saya

Salam semua,

Hari sabtu (26 Jun) telah berlangsungnya HARI ILMU & GERAKAN MEMBACA PERDANA 2010 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersempena dengan sambutan Pesta Buku Selangor 2010. Dan sebagai kemuncaknya telah diadakan acara ‘Largest Reading Outdoor Event’ bertempat di Taman Tasik Shah Alam yang dirasmikan oleh Baginda Sultan Selangor. Acara yang saya namakan ‘Membaca bersama Baginda Sultan’ ini disertai oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan swasta.

Bertemankan Aysha saya ke Taman Tasik Shah Alam untuk meramaikan lagi orang. Hehehe padahal ada atau tidak saya di sana tidak mendatangkan kesan pada mereka pun! Lagipun saya ke sana atas tiket individu tanpa membawa nama mana-mana agensi kerajaan, swasta mahupun badan berkanun! Saya pergi kerana saya ingin mengambil aura mereka supaya mood membaca saya melekat dalam diri saya. Yelah tengok orang khusyuk membaca, mana tahu badi mereka akan lekat pada saya.

Saya sangat-sangat berterima kasih dan terharu kerana Rinn & Sil sudi menemani saya selama lebih 3 jam lepak di tasik. Dan Aysha sebelum usai acara, sudah menunjukkan tanda-tanda kebosanan. Habis sahaja acara lebih kurang jam 12.30 tengah hari kami menuju ke komplek PKNS. Saya nak jumpa geng UB kat booth Jemari Seni.

Ketika saya sampai di booth JS, kaknOOr, nacha, kaknOtie sudah ada. Dan penulis yang bertugas adalah Syud & Naz. Saya hulurkan buku Melur Bunga Ivy (hadiah Nawwir sempena hari lahir saya... thanks dear! sukaaaa sangat) pada Naz untuk diconteng. Saya dapatkan Untuk Awak Teja Aulia yang sangat saya nanti-nantikan... ketika nak bayar “Ingat nak beri sebagai hadiah birthday pada wan..” bos JS bersuara. Dan saya dengan muka tak malunya... “Oh ok! thank you” bersama senyuman yang tak muat di pipi rasanya. Oh! betapa mudahnya membeli jiwa seorang wan, tidak perlu hadiah besar-besar dan mahal-mahal... cukup sekadar buku, tapi itupun masih ada yang belum memahaminya... uhuk! Saya hulurkan Teja Aulia pada Syud untuk diconteng.

Bertemankan Nacha, saya meronda sekitar kompleks, melawat booth yang ada. Tapi saya tak beli apapun, kerana saya masih belum gaji! Tapi sempat beli baju t-shirt Ana Muslim untuk Aysha (duit yang dia minta daripada sirman sebelum datang) dan 3 buah buku cerita (nipis aje – 3 untuk RM10) untuk Aysha (tak sempat sampai rumah dah habis ketiga-tiga buku itu dia baca dalam kereta dalam perjalanan balik ke USj).

Di booth NB Kara, jumpa kak Suraya dan Anuar Kamarudin. Memandangkan saya belum gaji dan kak yati juga tak ada, jadi minggu depan (3-4 Julai) lah saya beli. Insyallah masa tu gaji dah clear! Kat booth Alaf21, nacha yang banyak borong, saya cuma tengok-tengok saja. Alasan yang sama... belum gaji. Lagipun stok buku yang belum baca banyak lagi, entah bila nak habis saya pun tak ada jawapannya. Tapi saya sempat la bergambar dengan Wardina (saya suka dia!) yang kebetulan sedang mempromosikan bukunya yang diterbitkan oleh Alaf.

Kembali ke booth JS, Aysha mengadu lapar. Sekali lagi bertemankan Nacha, kami ke Mc’D untuk mengisi perut. Nacha, terima kasih (dari lubuk hati yang terdalam) kerana sudi menemani wan makan dan borak-borak. Sekurang-kurangnya saya tidak keseorangan. & terima kasih juga untuk tanda ingatan itu! :) hari ini wan benar-benar telah menyusahkan Nacha!!.

Kembali ke booth JS Iejay dah ada. Memandangkan Aysha sudah mula menunjukkan tanda-tanda... jadi sebelum ada insiden yang tidak diingini berlaku, saya harus minta diri. Lagipun daripada pagi (lebih kurang jam 8 pagi) hingga ke jam 3 petang, seharusnya dah saya balik. Lagipun memikirkan saya parkir kereta di medan tempat letak kereta yang mengenakan bayaran RM1 untuk jam pertama dan RM1 untuk setiap jam berikutnya, jadi lebih baik saya balik sebelum duit saya habis untuk bayar parking!

Ya, saya ingin cepat balik untuk sambung baca Seikat Kembang Merah yang tidak sempat saya habiskan di tepi tasik.

p/s: kakyah dia wish... & tiba-tiba lagu Kerispatih ~ Tapi Bukan Aku terngiang-ngiang di kepala huhuhu


Seikat Kembang Merah yang menjadi peneman


dan Sil & Rinn yang menemani saya membaca *thanks a lot dear!!*


My Aysha


Baginda Sultan Selangor


orang ramai


Wardina


4

Oh Aysha...

Salam semua,

Hari isnin, hari pertama persekolahan bermula selepas bercuti 2 minggu. Pagi (isnin) saya kejutkan Aysha seperti hari-hari sekolah biasa. Alhamdulillah dia bangun dan terus masuk bilik air, mandi. Sirman bangun ketika dia sudah siap berpakaian dan sedang bersarapan. Hari pertama berlalu dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Hari selasa, saya kejutkan dia seperti semalam, dia agak liat untuk bangun. Selepas beberapa ketika dia bangun dan dia sambung tidur di ruang tamu. Selepas dikejut, disuruh dan dibebel berkali-kali dia bangun masuk ke bilik air. Seketika, dia merengek air sejuk, nak mandi dengan air panas (rumah saya tak ada heater). Selesai mandi dan belum sempat dia pakai baju sirman sudah bangun. Dia mula merajuk kerana dia merasakan dia sudah lambat! Padahal waktu itu masih belum jam 7 pagi dan di luar sana hari masih gelap. Dia sudah mogok, langsung tidak mahu pakai baju sekolah. Hati saya sudah panas... selepas membebel berkali-kali... saya putuskan... dia memang sudah tidak mahu ke sekolah.

Jadi seharian saya 'bergaduh' dengan Aysha. Tiada main taman, tiada tv (rancangan kartun). Sampai petang, ketika saya mengambil dia di nursery, dia sedang bermain di taman di temani oleh bibik & Cikgu Nazeeha serta budak-budak se nurserynya yang lain. Dia datang kepada saya dan mengatakan 'Cikgu yang suruh'. Saya hanya diam. Masih ingin melancarkan mogok tidak bercakap dengan dia. Dia meminta izin untuk sambung bermain, kata saya "Bukankah Aysha tidak boleh main taman hari ini sebab tak pergi sekolah?" Dan dia hanya terkebil-kebil memandang saya dengan muka belas kasihannya. Saya kuatkan hati... "Ambil beg... balik!!"

Setiba di rumah, dia juga tidak pasang tivi seperti biasa. Agaknya untuk mengambil hati saya... dan saya masih lagi diam tak bercakap. Dan saya tak perlu suruh dia mandi kerana dia sendiri mandi tanpa disuruh! Pabila sirman balik, ajaibnya... "Papa tengoklah bola malam ni" bermakna dia sungguh-sungguh ikut kata saya TIADA TV (KARTUN).

Hari rabu & khamis, dia ke sekolah seperti biasa. Dan tiada apa-apa yang berlaku.

Hari jumaat, ada perjumpaan ibubapa @ penjaga cum hari terbuka SK USj 12. Aysha awal-awal lagi sudah beritahu dia tak ingin ke sekolah. Oklah. Dan saya sepatutnya ke sekolah untuk mengambil buku rekod Aysha, tapi saya tak pergi. Sirman pula, saya memang tak boleh nak harapkannya. Semedang kerja banyak. Sudahnya tiada siapa yang ke sekolah untuk ambil buku rekod. Dan saya di pejabat, ditimpa perasaan bersalah. Terasa betapa tidak bergunanya saya sebagai seorang ibu! Hati rasa bagaikan ingin curi-curi keluar ke sekolah Aysha jumpa guru kelasnya, tapi saya sendiri terikat dengan kerja... huhuhu ralatnya... dan saya bawa rasa ralat itu sampai ke petang.

Terasa beratnya tanggungjawab ini bila kita merasakan bahawa hanya kita yang memikulnya.


0

Terima kasih untuk kenangan ini...

Salam semua,

Tarikh : 20 Jun 2010
Lokasi : Laksa Shack Sunway Pyramid
Agenda : Makan-makan

Nota : Jutaan terima kasih buat sahabat yang saya sayangi. Kalian telah menceriakan hari saya... kak yah, wabbit, lia, syud & fren, Iman Xara, Halim 'Pingu' & Afif... terima kasih yang tidak terhingga kerana anda semua terlibat dalam membuatkan hati saya dipenuhi oleh taman bunga!!











0

Salam....

Salam semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara di alam maya ini. Setelah hampir 5 windu diberi peluang untuk menjadi penghuni dunia ini, pelbagai macam perkara, kejadian yang telah saya harungi. Yang pahit, yang manis semuanya ada. Waktu susah mahupun senang telah berjaya saya harungi... dan hanya satu ungkapan yang mampu saya zahirkan, Syukur Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana saya dikelilingi oleh mereka yang menyayangi saya dan yang saya sayang!

Hari ini, saya masih di sini... menyambut hari di mana saya diputerikan oleh bonda saya. Sambutan? secara khususnya TAK ADA! Cuma pagi-pagi bangun tidur reaksi Aysha "Hari ni birthday mummy!".... 'Ya Aysha, hari ini birthday mummy... dan mummy masih lagi menunggu ucap selamat daripada Papa'. Tapikan... dia sudah lupa agaknya bahawa isterinya ini berulangtahun! hingga berakhirnya 24 jam untuk tarikh 20 June, saya tidak mendapat hatta ucapanpun daripada sirman! Ketika berderet-deret ucap selamat masuk ke dalam status facebook saya, saya sangat-sangat terharu & berbesar hati, tapi jauh di sudut hati saya menyimpan rasa rajuk dan terkilan. Sedihkan?! Takpalah kita tinggalkan episode sedih saya itu...

Kalian pasti tertanya-tanya kenapa saya menukar panggilan nama (sekali lagi) daripada ‘wan’ kepada ‘saya’ kan? Saya ada beberapa alasan yang saya rasakan munasabah. Pertama kerana saya merasakan ada antara tetamu saya (kamulah, sahabat-sahabat saya!) yang berusia di bawah saya, yang saya tidak tahu secara tepat usia sebenar kamu. Jadi lebih baik saya gunakan gantinama ‘saya’, yang merujuk kepada panggilan umum.

Lagipun, di hari jadi saya ini... saya jadi sedar diri. Adik-adik saya semuanya sudah besar-besar belaka. Hatta adik perempuan bongsu saya juga sudah mempunyai keluarganya sendiri! Apatah lagi adik bongsu lelaki saya, hujung bulan ini akan melapurkan diri di Uitm Cawangan Kelantan. Jadi secara tepatnya saya sudah tidak mempunyai adik yang masih berada di bangku sekolah! Dan tiba-tiba saya terasa betapa diri saya sudah tua! Dan pertambahan usia ini sebagai bukti!

Kalian juga pastinya tertanya-tanya (ada ke?) mana saya menghilang kan? Buat pengetahuan, saya masih ada. Masih di sini. Cumanya sebulan-dua kebelakangan ini banyak sangat masalah (jiwa) yang melanda saya. Jadi biarlah saya menyepi untuk menenangkan diri. Itulah yang saya putuskan. Sesungguhnya berdiam diri adalah lebih baik daripada saya mengikut kata hati yang akan memberi kemudaratan di masa depan... siapa tahukan? Saya takut saya akan melepaskan geram pada mereka yang tidak berkenaan, saya takut terlepas kata yang bakal mengguriskan hati sesiapa. Jadi lebih baik saya diam. Paling-paling tidak pun saya menangis sendirian untuk melegakan hati saya sendiri. Lagipun saya anggap ini sebagai, Allah sedang menguji saya, menguji tahap kesabaran saya.

Dalam jangka waktu saya menyepi (sebenarnya bukanlah menyepi betul!), pastinya kalian pernah ‘nampak’ kelibat saya di FB. Sekali-sekala saya masih ber‘suara’ di sana. Dan saya juga sempat bercuti bersama adinda saya Dr. Rose di Genting Highland pada 15 May yang lalu. Berseronok main permainan kanak-kanak (kerana saya takut untuk mencuba permainan untuk orang dewasa! Upah la berapa banyak pun saya tak akan naik permainan yang saya rasakan mampu ‘mencabut nyawa’ saya itu). Cuma saya ralat tak dapat naik go-kart sebab queuenya panjang sangat, tak larat nak tunggu turn. Insyallah pergi lain kali saya pasti akan naik go-kart!

Saya juga berkesempatan balik kampung pada 4-7 June yang lalu. Menjenguk abah dan mek serta melepaskan rindu pada rumah yang saya huni waktu saya masih kecil (saya lahir di rumah lain) hingga saya menginjak dewasa dan berkeluarga. Daripada rumah yang hanya mempunyai 2 bilik, kini bertambah menjadi 5 bilik, itupun masih belum mencukupi pabila sekali sekala kami adik-beradik berkumpul (time raya 2 kali setahun), hinggakan harus dibuka ‘bilik’ ekstra di ruang tamu rumah abah. Tidur bergelimpangan di atas lembek kekabu buatan tangan mek ataupun di atas hamparan toto ‘Made in Thailand’. Aah! seronoknya walaupun harus berperang dengan nyamuk yang berpesta sakan kerana mendapat ‘durian runtuh’! Sebenarnya bukan keselesaan yang kita cari, tapi keseronokkan bersama keluarga itulah yang paling utama.

Saya juga berkesempatan menghadirkan diri ke majlis walimah sepupu saya Wan Nor Dalila di Darul Hidayah, Dusun Tua, Hulu Langat pada 13 June yang lalu. Dalila ini adalah sepupu saya belah abah. Anak adik abah, Uncle Wan Yunus. Bersempena dengan majlis ini, Abah, Mek, Khairi serta Dr. Rose dan anak-anaknya Yasmin dan Amirun serta Cik Moh (adik abah yang bongsu) juga datang bersama anak-anaknya Syahir & Syakir. Oh ya! Dr. Rose datang kerana kebetulan dia ada kerja ‘pejabat’ yang harus dihadiri. Sementelah dengar khabarnya dia sedang menunggu surat posting. Harus berpindah daripada klinik kepada hospital sesuai dengan tanggagajinya yang baru. Nampak gaya keinginan untuk sambung jadi pakar berkuburlah gamaknya ek Rose? hehehe apa-apapun Tahniah!

Sebelum itu, adik saya Nini juga ‘naik’ rumah baru. Jadi mengambil sempena abah datang, abah sampai hari Khamis, flight pukul 12.20 tengah hari daripada KB, jadi malamnya dia mengadakan majlis sembahyang hajat sempena naik rumah, di rumah barunya itu. Alaa tetamu jemputannya bukannya siapa kami adik beradik yang berada di sini aje. Oleh kerana hari khamis malam jumaat tu saya bekerja, jadi harus menunggu sirman balik (walaupun dah pesan supaya dia balik awal), jadi saya agak terlewat tiba. Lagipun saya belum arif untuk ke Nusaputra dan tersesat jalan jugalah!. Kami tiba ketika mereka sedang bersolat jemaah. Ralat tak dapat ikut serta. Malam tu adik abah, Uncle yang jadi iman. Oh FYI uncle ni tok penghulu cum imam di Darul Hidayah. Dan malam tu saya dan Aysha tidur di rumah baru Nini, memandangkan jumaat tu saya sengaja ambil cuti! Tapi sirman balik laa.. sebab dia bekerja.

Hari jumaat malam, kami mendapat jemputan makan malam daripada kak nik, sepupu saya yang paling sulung. Anak arwah Pok Long (abang abah yang sulung, abah nombor 2). Kak Nik, tinggal di Putrajaya Precint 6 (kot) sebab bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya. Oh kak nik ni cikgu besar tau! walaupun orangnya kecil molek jer! hehehe Oleh kerana satu kereta tak muat, jadi saya kena jadi pilot, ikut belakang kereta Mizi (bawa kereta Nini). Memandangkan esoknya (sabtu) saya bekerja, jadi saya bawa balik kereta Nini dan selepas kerja saya akan terus ke rumahnya dan Aysha akan datang dengan sirman.

Hari sabtu tu pula, Nini buat majlis makan-makan untuk adik-beradik belah Mizi pula, serta saudara-mara mana yang ada/boleh datang. Masakan ala kampong, ada ulam-ulaman, sedap! Dan malamnya saya tidur kat rumah Nini lagi, kerana esoknya (Ahad) senang kami nak ke rumah Uncle di Hulu Langat pula. Tak perlu janji tunggu kat mana-mana. Lili akan terus ke rumah Uncle dan Rose akan pergi dengan Ghafar yang akan mengambilnya di Impiana Hotel KL dan terus ke Hulu Langat. Oh! Rose stay kat Hotel Impiana di mana Conference itu berlangsung. Dan anak-anaknya mek yang kena jaga! (kiranya ini kontra dengan tambang flight yang dia sponsor untuk mek, abah dan Pak Uda Khairi lah ni... hehehe)

Selepas majlis Dalila, kami (rombongan orang kampung) mendapat jemputan minum petang di rumah Poksu Din (sepupu abah) di Ampang. Dan makan malamnya di rumah Chik (juga sepupu abah) di Serdang. Wah! agenda kami penuh dengan makan-makan ajelah. Daripada Serdang kami ke Putrajaya kerana abah akan tidur di rumah Muharram di Precint 11.

Saya, balik ke rumah di USj. Hari isnin tu saya sengaja ambil cuti lagi, jadi dari USj saya sekali lagi ke Putrajaya dengan Aysha. Bawa rombongan ke Alamanda (tak tahu nak pergi mana, cik moh nak ke Sogo tapi takut terlewat nak balik, flight jam 8.30 malam). Sempat la Abah beli kemeja, Pak Uda beli slack & kemeja untuk hari pendaftaran Uitm serta minggu orientasi. Saya tak beli apa-apa sebab kena tunggu gaji. Dan Aysha yang dah jadi hantu buku, pantang nampak kedai buku mula la merengek nak beli. Huh! susah juga... dan ketika orang lain sedang sibuk nak pilih makanan, dia yang saya belikan apa yang dia nak (magazine), langsung dah tak mahu makan, kenyang katanya!

Lebih kurang jam 6.00 petang kami, Muharram satu kereta, Lili satu kereta (yang penuh anak-anaknya) dan saya satu kereta terus ke LCCT. Abah sempat lagi beli perfume bodyshop (white musk) sementara menunggu orang lain selesai solat maghrib. Sedih la pula nak berpisah setelah beberapa hari meluangkan masa dengan mereka. Kena tunggu raya baru dapat jumpa lagi... lama tuuuuu...


Nota: mengikut kalendar jawa 1 windu = 8 tahun



0

Cukup Indah... suka lagu ni....

by: Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai





0

Sekadar Renungan... kasih abang

Kadang kala ALLAH menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kadang kala DIA melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kadang kala DIA melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-NYA!


Jazakumullah Khairan Khatsiran
Wassallam


PS: terima kasih pada 'sahabat' yang mengirim email ini!

Walaupun dia tidak lagi ingin berbalas sapa dengan wan, tapi wan tetap akan ingat dia sebagai salah seorang sahabat yang pernah wan kenal, yang pernah dan tetap akan wan sayang sampai bila-bila. Wan jadi sedih! sedih yang amat sangat (tanpa sedar.. menitis airmata), mungkin dalam tak sedar, wan sudah berbuat salah pada dia... wan mohon ampun! (Cengeng!! tidaklah... cuma rasa sedih sahaja!)

Wahai sahabat yang wan sayangi, andai wan ada berbuat salah, maafkanlah diriku... sesungguhnya wan insan yang lemah...


Back to Top