0

Read Malaysia 2009


Hari ini merupakan hari terakhir acara Read Malaysia 2009 yang berlangsung di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City.

Aku pada awalnya tidaklah berhajat nak pergi memandangkan tak ada sangat buku yang aku nak beli dan potongan yang ditawarkan tidaklah terlalu mengujakan aku. Tapi oleh sebab sesuatu 'hal' yang tidak dijangkakan aku ambil keputusan untuk ke sana. Sms syud, kemudian tanya kaknOOr. Nak tanya ramai2 nantikan tak muat pulak nak isi dalam CLK aku tuh!! hehehe paham2 lah ya! nasib baik syud kata OK dan balasan sms dari kaknOOr juga memberikan aku jawapan yang positif. Jadi.... hasilnya aku pergi!

Ambil kaknOOr dan syud kat LRT Seri Petaling, kemudian kami terus ke sana. Sampai di sana lebih kurang jam 11.30. Masuk jer terus nampak kaksu dan kakyah yang dalam perjalanan nak ke..?? hehehe ngular ek??

Hari ni aku sempat beli buku Mills & Boon kat MPH. Satu jer aku ambik ye! Lepas tu ke booth Ana Muslim (lagi) sebab my Aysha nak beli mag Sayang Muslim. Lepas tu kat booth S A Majeed aku beli buku pasal Seni Sulaman Reben dan Seni Sulaman Benang. Ops jangan tanya aku bila nak buat ya!! sebab aku sendiripun tak tahu bila yang aku akan jadi rajin untuk membuatnya!!

Lepas tu aku sempat subscribe Reader Digest untuk tenpoh selama 2 tahun. Dapat voucher percutian 4 hari ke Guilin/Yangshuo China (valid selama 1 tahun iaitu sehingga 15 Mar 2010) untuk 2 orang. Tapi air ticket kena beli sendirilah. Voucher ini hanya provide 3 night hotel accommodation, return local airport transfers, meals untuk breakfast, lunch dan dinner selama 3 hari & sightseeing tour. Sounds interesting!! hehehe Sebenarnya aku sendiripun tak pernah dengar lagi pasal tempat nih! so aku tak dapat nak bayangkan macam mana... tapi according to 'leng chai' yang jaga booth tuh ada package untuk muslim! Nanti aku buat survey dulu ya... & kalau ada kawan2 yang tahu pasal tempat ni share la ngan aku!

Lepas tu, kami -kaksu, kakyah, kaknOOr, aku, syud & my Aysha- pergi makan untuk kali ke-2 kat foodcourt Mines, Spices of Malaysia. Aku makan nasi goreng seafood yang nampak dalam gambar sangatlah menyelerakan... tapi bila makan... hampeh! aku makan sikit jer lepas tu tinggal! my Aysha mulanya mintak spagetti... berpusing aku cari... tak adalah! lepas tu baru teringat... hey sinikan 'Spices of Malaysia' ada ke spagetti? sudahnya aku belikan my Aysha nasi ayam.

Lepas makan, haripun dah lewat aku ajak kaknOOr dan syud balik. On da way balik singgah beli 'magic' mop hehehe sebab teruja tengok derang demo. Kami keluar dari MIECC aku dah beringat-ingat akan pesan my hubby sebab akukan tak arif pasal tempat tu... tapi terbabas jugak!! huhuhu tak pasal-pasal 'makan langsat' sebelum dapat keluar dari kawasan serdang tuh. Drop kaknOOr dan syud kat LRT Sungai Besi... aku dan my Aysha terus balik.

Sampai kat rumah aku terus tidur sebab kepala dah berdenyut2 dan perut sudah mula sakit (penyakit biasa setiap bulan). Aku tersedar ketika my Aysha kejutkan aku kerana hp aku berbunyi... rupanya kakyah call! Permintaan daripada kaksu... huhuhu suspen ar!! kaksuuuu tak reti laaaa.... tapi untuk tidak menghampakan kaksu... terpaksalah aku 'study' balik!

Oklah... kepala aku memang dah tak boleh nak tolerate dah nih... my hubby belum balik lagi dari kenduri rumah sedara umi kat kampung... tak larat la nak tunggu... aku nak kena tidur dulu sebelum kepala aku benar2 buatkan aku bagaikan nak hantuk2 kat dinding aje nih... harap2 bangun pagi esok dah ok! huhuhu malasnya nak pergi kerja esok! Oh ya... esok aku dapat bos baru... siapa dia tu, esok la aku cerita ya! tunggu dia masuk dulu!

sehingga itu.... daaaaaa

ps: hari ni jumpa dengan kak lizabujang dari sarawak. kak liza ni, aku selalu 'nampak' dia kat blog kak yati (NB). Dia dan kak zara aluwi. tapi aku pulak lupa nak ambil gambar dengan dia sebagai kenangan... hehehe sibuk dok melayan si Aysha!

0 comments:

Back to Top