4

Cerita yang tertunda...

Salam semua,

Hari ini sekolah sudah mula dibuka selepas dua minggu bercuti. Hari ini rutin dah kembali seperti biasa, kena bangun seawal jam 6 pagi. My Asyha, agak susah sikit nak bangunkan dia… almaklumlah 2 minggu cuti sekolah, 2 minggu la dia bangun lewat sedikit.

Apa ya yang nak dicoretkan di sini? Nak ceritakan pengalaman cuti sekolah… aku tak kemana-manapun cuti sekolah ni… kesian my Aysha hari-hari harus ke nursery! Hujung minggu pula kami hanya bermalas-malas di rumah atau kadang-kala ikut my hubby ke kenduri kahwin.

Oh ya, sebenarnya ini cerita hujung minggu yang lepas. Tapi oleh kerana modem kat rumah buat hal dan my hubby pulak sibuk tak dapat nak bawa ke celcom jadi tak dapatlah aku nak coretkan lebih awal. Cerita tentang hari sabtu yang lalu.

Last Saturday, kerja as usual. Tapi biasalah kerja hari sabtu… macam tak kerja! hanya datang sekadar untuk memenuhkan punch card. Setengah hari aku habiskan dengan membaca novel Adi Gempa : Evolusi karya Bahruddin Bekri aka cik din. Settle. Tapi ada la few things yang aku rasa ralat. Email kat cik din. Settle.

Lepas tu masih ada masa sementara nak tunggu waktu balik jam 1 tengah hari. Tak tahu nak buat apa... aku tengok filem Abang kat youtube. Filem lama… diterbitkan pada tahun 1981 yang dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali sebagai Abang. Aku rasa itulah antara filem terbaik yang sukar aku nak cari ganti. Dengan barisan pelakun yang sememangnya handal2. Ada Ahmad Yatim, ada Ahmad Tarmimi Siregar, ada Noor Kumalasari, ada Ogy Ahmad Daud, ada Tamam Idris dan ramai lagilah. Apa yang paling aku suka adalah bait-bait skrip yang sangatlah cantik bahasanya. Penuh metaphor. Penuh seni. Dan yang paling aku suka lagu temanya… Simfoni Kasih karya Allahyarham Datuk Ahmad Daud nyanyian Ogy.

Lepas tu (time to go home... hehehe), aku tak balik ke rumah sebaliknya aku terus ke Sentul hantar kain pasang untuk dijahit. Itupun setelah beberapa kali datang dia tak ada di rumah. Aku hantar 3 pasang kain yang aku beli tahun lepas. Oleh kerana tahun lepas mereka dah tak mo ambil dan aku pula sayang nak hantar kat tempat lain, jadi aku simpan. FYI aku ada lebih 10 pasang kain yang belum berjahit.! Kali ini aku buat baju 1-Baju kurung pesak gantung (baju kurung Pahang?) 2-Baju kebaya (kain yang aku beli kat Tanah Abang masa pergi dengan geng UB), dan 3-Baju kurung moden (ada lining). Dan untuk 3 pasang ni, upahnya sebanyak RM265. Untuk baju kurung upahnya RM60, baju kurung moden + lining upahnya RM130 dan kebaya RM75. Huhuhu pokai aku!

Lepas tu, on da way balik singgah rumah wabbit. Pinjam buku Maria dan hantar kain (lagi...?? hehehe) untuk kakak wabbit jahit. Apa yang paling syok… wabbit masakkan mee bandung!! dah la perut lapar giler time tuh!... apalagi sampai2 je kat rumah wabbit… tak sempat nak salam terus aje ngap! hahaha buruk bebenor perangai! Lepas makan… perut dah kenyang (giler!) aku melepak sambil pilih buku yang mana nak pinjam… soooo heaven!!!

Lebih kurang jam 5 petang, aku bertolak balik daripada rumah wabbit. Nasib baik federal highway tak jam… kalau tak masak aku… dah la perut kenyang, mata pulak dah layu semacam! Alhamdulillah aku selamat sampai kat rumah.


Hari ahad, seharian aku kat rumah. Tak tahu nak buat apa… tapi aku sempat habiskan bacaan aku, Surat Bersampul Kelabu karya Maria A. Sardjono. Very nice and sweet story. Lepas ni aku nak baca pula Sepuluh Tahun Kemudian.


Entah kenapa aku seakan hilang daya membaca novel melayu-malaysia. Bukanlah aku nak mengagungkan karya dari luar, tetapi ada kalanya aku rasa tidak salah kalau kita mempelbagaikan bahan bacaan kita. Lagi satu aku jadi ketagih dengan karya-karya Maria (thanks to wabbit yang jadi 'pembekal') kerana cerita-cerita yang dipaparkan amat simple tanpa konflik yang memberatkan jiwa dan fikiran aku yang sudah sedia serabut ini! Jadi aku perlukan bahan bacaan yang ringan dan pilihan aku adalah karya-karya Maria A. Sardjono.



lots of love...


4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wan, ko mesti raye kat kg ko niy... pasal banyak sangat tempah baju tu...cam nak reraye sesangat jer ...he..he..he..

Wan Amalyn said...

Na, tahun ni time raya kat sini... itu yg tempah cepat2. Klu raya kat kg no hal... kirim je kain kat suyoh suruh dia jahit :P

sbnrnya kain tu yg tahun lepas punya.. hantar dah lambat dia xmo ambik dah :( tu yg simpan! lagipun sayang la beli kain mahal2 lepas tu jahit tak best... lepas tu tak pakai!

Anonymous said...

uwarghhh....
harap2 kaksu tak baca n3 wan yg ini.. habislah dia merajuk & g batu belah batu bertangkup..

wabbit tipu kaksu wabbit xde buku tu, konon2 nk bagi suprise.. huhuuuu.. kaksu merajuk lagi kee??? ampun kaksu ampunnnn!!!! :P

*simpan tanduk kat kepala*

wabbit

wanAmalyn said...

wabbit... oh ye ke?? alamak!! :-) kaksu big girl tak merajuk kot *wink*

Back to Top