Apa ya impian aku sempena hari ulangtahun kelahiranku kali ini… yang pastinya aku nak hidup bahagia! Dikelilingi oleh keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang aku sayangi dan menyayangi diri ini seadanya. Harapanku… agar segala yang aku impikan ini jadi kenyataan… aminnn
Sempena dengan ulangtahun kelahiran aku ini juga, aku ingin melatih diri ini untuk menjadi seorang ‘penulis’ yang dapat menulis dengan ejaan, tatabahasa serta nahu yang betul. Bukan apa, aku suka membaca. Dan aku sangat sukakan bila bacaan aku itu disertakan dengan bahasa yang indah. Jadi kiranya ini antara harapan aku sempena dengan hari ulangtahun aku ini. Juga sebagai hadiah aku untuk diri sendiri.
Lagi satu, aku rasa ingin menukar panggilan daripada ‘aku’ kepada panggilan yang lebih ‘sopan’ iaitu dengan panggilan nama pertama aku iaitu ‘wan’. Bukanlah panggilan ‘aku’ itu tidak sopan, tidak!, tetapi rasanya dengan panggilan nama, perasaan kita lebih akrab, lebih bersahabat. Jadi, mulai dengan n3 kali ini dan yang akan datang, insyallah wan akan gunakan cara ini. Harap ianya tidak menyukarkan anda semua (lagi sekali, ada ke kawan-kawan yang nak baca? hehehe)
Oh ya, bersempena dengan sambutan hari bapa yang akan disambut esok - 21 June, di sini wan ingin merakamkan sejuta penghargaan khas buat ayahanda tercinta Wan Ab. Ghani bin Wan Ab. Rahman.
Abah adalah ayah yang terbaik buat anak-anaknya. Di dunia dan di akhirat! Segala jasa dan penat lelah abah mencari rezeki untuk menyekolahkan kami hingga jadi apa yang kami jadi hari ini tidak ternilai harganya! L*la sayang abah. Sayang sangat-sangat. Tiada sosok lain yang seistimewa abah di mata L*la. Moga abah dianugerahkan kesihatan dan kesenangan yang berpanjangan. Di sini juga di 'sana'. aminnn. Juga buat suami tersayang, moga menjadi papa yang baik buat Aysha!
**^**
Ucapan terima kasih (lagi) buat sahabat-sahabat yang sudi mendoakan wan. Antaranya, kakYah, kakmOn, JiD, Infa, wabbit, Izzul, Mar, cik Puan klavu, syud, kak tulipK, Dyea, nor ash, rina
lots of love...
0 comments:
Post a Comment