2

Kisah semalam dan cerita tentang hari ini...

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Semalam, hari ahad wan telah menghadiri satu lagi majlis kenduri kahwin (mak ai... banyak sungguh jemputan untuk wan ye..) yang diadakan di dewan serbaguna seksyen 10 shah alam. Majlis sempena Cik Mah (kawan umi merangkap jiran) menyambut menantu. Kami tiba ketika pengantin sudah bersemayam di singgahsana indah. Dari jauh kelibat Ayin (adik ipar) & keluarganya sudah ada. Kami cari umi yang ditugaskan jadi 'pembantu' mengedarkan cenderahati buat tetamu jemputan.

Selepas jumpa umi, kami makan. Makan secara santai sambil menikmati hidangan yang disediakan juga sambil menebarkan pandangan melihat tetamu jemputan yang datang dalam pelbagai gaya fesyen. Tapi yelah, wan bukannya suka sangat dengan situasi yang ramai orang lagu ni. Tak pandai nak berbasa-basi dengan para jemputan lain yang wan tak kenal. Lagipun, wan ni kan pemalu... hehehe.

Dalam mengisi masa yang tak tahu nak buat apa, pandangan mata wan menangkap sosok pasangan yang sangat sweet! si terunanya bolehlah dikategorikan lawa, dengan bibir merah jambu tanda tidak merokok, manakala di daranya pula manis bertudung. Jari jemari bertaut mesra mengiringi langkah mereka. Wan suka pandang pada si teruna kerana raut wajahnya yang lembut menggambarkan peribadi yang sudah pastinya selembut raut wajahnya... aduhai... hehehe minta-minta lah my Sirman tak masuk sini... ahaks
Oleh kerana tak tahu nak buat apa, wan beri hint untuk balik. Jumpa tuan rumah, konon-kononnya nak balik la... tapi terserempak dengan Azli (adik ipar) yang baru sampai bersama isteri, anak dan mak mertuanya. Oleh kerana mereka baru sampai, jadi wan ambil tugas sebagai babysitter jaga si Amir yang inilah kali kedua wan jumpa selepas hari kelahirannya... apalah Auntie wan nih! anak buah dah besar baru nak jumpa! My Aysha suka la dapat main dengan adik.
Selepas seketika, serahkan balik Amir pada ibu bapanya dan kami beransur pulang. Sekali lagi ter'serempak' dengan pasangan yang sweet tadi yang juga nak balik... nak tahu, si teruna itu bawa bimmer! Dah jadi perfect package la pula... lawa+manis+kaya... ahaks apalah wan ni... sudah terbawa-bawa dengan cerita dalam novel!.

Jadi usai sudah cerita tentang kenduri untuk hari semalam. Harap-harapnya selepas ini sudah tidak ada lagi majlis kenduri yang harus wan hadiri!.
Cerita tentang hari ini...
Hari ini, wan masih lagi menyiapkan powerpoint (yang entah bila nak habis nih... ada aje yang nak ditambah... pening la...) Oleh kerana mesin photostat yang sudah beberapa kali rosak dan masih lagi rosak sejak minggu lepas, jadi adalah 'mamat' yang datang untuk membaikinya. Mesin ini bos beli bersama package maintenance & repair untuk tempoh selama 5 tahun. Jadi kiranya segala baikpulih dan maintenance adalah percuma.

Apa yang wan nak ceritakan adalah... kebetulan kawan bos datang. Sebagaimana biasa, bila dia datang, bos serta staff yang lain akan keluar makan (tidak termasuk wan sebab wan satu-satunya M hari ini dan mereka semua adalah C jadi pastinya makan yang non-H punya.) Apa yang membuatkan wan geram sangat (bukan sebab tak dapat makan percuma... kalau diupahpun wan tak mahu!) sepatutnya salah seorang 'ini' harus tunggu di pejabat kerana itu tugas dia in-charge pasal admin. Lagipun 'mamat photostat'kan ada sedang membaiki kerosakan mesin... tapi dia dengan selamba keluar. Nak tak nak wan harus tunggu di pejabat. Tak kan wan nak biarkan 'mamat' tu sendirian kat pejabat tanpa pengawasan!

Akhirnya mereka pulang dekat jam 2 petang, dan mamat itu masih lagi belum siap membaiki mesin photostat! Lepas itu dia boleh tanya... 'eh you belum makan?' waktu itu juga terasa darah naik ke muka. wan buat selamba tak membalas sapaannya. Sudah gaharu cendana pula.... geramnya!!! sabar wan... sabar...

Sebenarnya wan sudah lama bengang dengan dia. Sudahlah masa dia bercuti dua bulan wan tolong buatkan kerja-kerja dia. Dan wan tahu dia ada salahkan wan (juga disahkan oleh ms kosong-kosong-satu) kalau ada 'benda' yang bila bos atau engineer tanya dia tak tahu nak jawap apa. Wan boleh agak apa jawapan dia "tak tahulah... cik wan yang buat" sepatutnya dia sudah tahu... itukan kerja dia! tiap-tiap hari, bertahun-tahun dia buat benda alah itu! bengang la...

Entah kenapa wan selalu bengang dengan dia!. Adakalanya wan tidak suka nak berbasa basi dengan dia. Wan lebih suka buat tak tahu sahaja. Tapi pun tak boleh juga... kamikan kerja bersama, ada ketikanya wan harus berinteraksi juga dengan dia. Apa yang pasti wan tak suka nak bercakap dengan dia kerana adakalanya wan 'cerita' lain dia 'faham' lain! susahlah. Sepatutnya bila sudah hampir tiga dekad menjadi warganegara, sepatutnya dia sudah faham bahasa Malaysia. Bila wan speaking, lagi la dia macam blurr... tak tahu la dia faham ke tidak! tak kan nak suruh wan 'speaking' bahasa dia... tunggulah wan attend course bahasa Mandarin dulu!! Sudahlah! bosan la cerita tentang makcik tu, buat wan tambah sakit hati lagi!

Sudahnya wan hanya order pizza hut delivery sebab wan dah malas nak keluar. Lagipun Fadzil yang selalunya jadi teman makan tengah hari bercuti selama 4 hari hingga hari khamis kerana wife dia dah bersalin. wan order Marinara Prawn Pasta... yummy yummy...

Oklah... wan undur diri dulu... kalau boleh segala kenangan yang tak indah, wan nak cuba lupakan. Tak ingin nak jadikan ia memoir dalam hidup wan yang sudah sedia... dot... dot... dot... ini.

lots of love...



2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

yang dulu tu ker wan... nyampah lak Na.. ko kena pikir camna nak tangani owg camni.. nnti dia take advantage la..

Wan Amalyn said...

Na, yg tu la... yg mana lagi... yg lain OK tak dak masalah... mmgpun... bengang oghang tau! =(

Back to Top