0

Memburu Misi 2017 : Belajar Menjahit

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telahpun memulakan langkah untuk merealisasikan azam 2017.

Tanggal 29 Januari saya telah mengikuti kelas membuat Baju Kurung Princess yang diadakan oleh Karysma Store (Bangi) dan cikgunya adalah Pn Ibah. Kursus satu hari ini bermula pada jam 9 pagi dan sepatutnya berakhir jam 5 petang, tapi Cikgu Ibah berbaik hati menunjuk ajar kami pelajar-pelajar yang mengikuti kelas beliau sehingga baju siap.

Memandangkan pada hari itu nasib saya kurang baik dapat mesin jahit yang bermasalah, saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus saya. Oh! Buat pengetahuan semua, semua bahan seperti kain disediakan oleh pihak penganjur dan mesin jahit juga disediakan untuk kegunaan para pelajar. Namun bagi sesiapa yang mempunyai mesin (portable) digalakkan membawa mesin jahit sendiri.

Berbalik pada hasil kerja kursus yang tidak berjaya saya siapkan... saya sambung jahit di rumah. Alhamdulillah berkat ajaran cikgu Ibah, saya berjaya menyiapkan sehelai baju Kurung Princess pertama saya.  Dan saya sangat berpuashati dengan hasil usaha yang saya tumpahkan pada pembelajaran kali ini.


Oleh kerana kelas yang saya hadiri itu hanya mengajar bagaimana untuk mengambil ukuran badan, bagaimana menyediakan pola, cara potong kain dan seterusnya jahit bagi menghasilkan sehelai baju. Jadi untuk membuat kain, saya terpaksa belajar sendiri/online. Banyak juga laman sesawang yang saya terjah (terima kasih pada tuan punya laman sesawang -yang saya sudah lupa yang mana satu sebab terlalu banyak yang saya layarinya) semata-mata untuk menyiapkan kain lipat batik (selisih depan) untuk dipasangkan dengan baju Kurung Princess yang telah saya siapkan ini. Dan... itulah hasilnya. (Bangga dengan diri sendiri... hahaha)

Insya-Allah akan ada banyak lagi kelas yang akan saya hadiri nanti.  Semoga saya diberi kelapangan masa dan rezeki (duit) untuk merealisasikan azam saya ini...

Sampai jumpa lagi...

Salam sayang,






0 comments:

Back to Top