sumber: google |
Alhamdulillah... Allah masih berbaik hati memberi pinjam nyawa pada saya, Allah masih bermurah hati melancarkan segala perjalanan hidup saya di atas dunia ini. Cuma saya yang sering lalai dan alpa dengan urusan dunia yang tidak pernah usai ini... (Ya Allah... ampunilah aku...)
Tahun baru 2017...
Azam baru?
Semangat baru?
Apa azam baru saya? Entahlah... seingat saya, saya tidak pernah ada sebarang azam. Apa yang datang, itulah yang saya hadap.
Oh! Baru ingat... saya ada azam yang setiap tahun saya buat. Kadang-kadang tercapai, kadang-kadang tak terlaksana. Iaitu menyahut cabaran Goodreads. Untuk tahun ini, saya sasarkan 40 buah buku yang akan saya baca sepanjang tahun ini. Mudah-mudahan tercapai. Seperti tahun lepas, hasrat untuk membaca 50 buah tahun lepas 2016 tak tercapai. Kekangan masa, ditambah dengan mood membaca yang merudum, memadamkan terus azam saya... huhuhu
Semangat baru? Tak tahulah, kerana saya sentiasa bersemangat... hahaha
Semangat bekerja... mungkin juga kerana bermula hujung tahun lepas, bos sudah bagi pelepasan bekerja pada hari sabtu. Kami boleh pilih untuk bekerja pada setiap sabtu minggu pertama dan ketiga atau bekerja pada sabtu minggu kedua dan keempat. Tahun lepas saya pilih untuk bekerja pada sabtu minggu kedua dan keempat, tapi tahun ini, setelah diconggak dan matematikkan, saya pilih untuk bekerja pada setiap sabtu minggu pertama dan minggu ketiga. Dengan kata lain, saya ada lebih hari cuti untuk saya lakukan apa yang saya minat. Apa yang saya minat nak buat? Nanti saya cerita kat bawah...
Saya perlu bersemangat untuk bekerja kerana saya perlukan duit (gaji) untuk melangsaikan segala hutang-piutang saya dengan bank. Tahun ini saya bertekad untuk selesaikan urusan pemindahan nama (rumah) dengan pihak pemaju memandangkan hutang saya dengan bank telah habis... yahoooo! Saya beri tempoh 6 bulan untuk segala urusan dokumentasi selesai dan geran rumah dapat saya pegang. Doakan segala urusan saya berjalan lancar ya...
Saya juga perlukan duit (gaji) untuk saya beli buku/novel, kerana En. Roommate saya tak akan beri peruntukan pada saya untuk beli buku. Dia hanya akan bayarkan bil handphone saya (termasuk data plan) dan belanja rumah sahaja.
Saya juga perlukan duit (gaji) untuk saya pergi melancong. Haaaa yang ini juga penting. Kalau tahun lepas saya berjaya jejakkan kaki ke Kathmandu, Nepal, tahun ini saya telahpun ada satu destinasi yang akan saya tuju. Tempatnya nanti, kalau tiada aral dan saya sampai ke tempat itu, barulah saya cerita ya. Cukuplah sekadar saya beritahu, tiketnya telah saya beli ketika AA sedang hangat buat promosi harga murah (walaupun saya rasa tiket yang saya beli itu tidaklah murah!)
Oh! Saya sebenarnya kurang gemar terbang dengan AA kerana bagi saya AA terlalu banyak kos tersembunyi (hidden cost). Pilihan utama saya haruslah MAS selain Malindo. Kerana apa, dengan MAS harganya sudah termasuk baggage 30kg dan light meal (kalau domestik). Sama seperti Malindo, cumanya Malindo hanya menawarkan 28kg untuk free baggage. Tapi itu lebih daripada bagus dibandingkan dengan AA yang semua benda mahu dikenakan bayaran. Walau bagaimanapun saya tetap beli juga tiket AA jika perbezaan harga agak tinggi... atau jika saya balik ke kampung (sehelai sepinggang - iaitu tiada check in luggage). Ok cukup cerita tentang hal yang tak perlu.
Tapikan... tahun ni, minat saya sudah bertambah pada satu hal lagi... Hal apa?
Tahun ini saya berazam untuk pandai jahit Baju Kurung (Pahang/Riau). Ya, saya wanita yang tidak pandai jahit baju kurung! Buat pengetahuan kawan-kawan, tanggal 8hb Januari yang lalu, saya bersama Adinda Nini telah daftarkan diri di Karysma Store di Bandar Baru Bangi, masuk kelas dan belajar menjahit baju kurung tradisional. Kursus sehari bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang itu telah berjaya memberikan sedikit ilmu (menjahit) pada saya, dan sekarang ini saya dalam proses nak menyiapkan sepasang baju kurung. Oh! hari itu, saya telah berjaya menyiapkan sepasang baju kurung dengan bantuan Cikgu Durrah. Hujung bulan ini ada satu lagi kelas yang saya teringin nak sertainya, iaitu kelas menjahit Baju Kurung Princess. Tapi Adinda Nini tak dapat join pula... saya jadi berbelah bahagi, nanti saya tak ada kawan (saya kan pemalu nak berkawan! huhuhu)
Saya ini ada satu sikap yang buruk (jangan ikut!). Saya dah beli mesin jahit bertahun-tahun dulu. Rasanya ada lebih sepuluh tahun dah mesin jahit jenama Singer tu. Adinda Lili, yang tolong belikan melalui kawannya. Masa saya beli dulu dapat la dengan harga RM600 lebih. Yang saya jarang-jarang guna. Kalau gunapun sekadar jahit lencana (dan nama) sekolah Asyha. Itupun kalau saya rajin nak buka dan simpan balik. Kalau tak saya jahit tangan sahaja.
Saya juga ada (telah) beli mesin jahit sulam. Masa saya beli dulu harganya dalam RM1600++ (harga UK/US). Jenama Brother, model (balik rumah nanti saya check). Tapi sampai ke hari ini, masih elok dalam kotak. Mesin jahit sulam ni saya beli dengan Adinda Wan Rose yang kirim pada kawannya yang belajar kat US/UK (saya dah lupa, dan kawannya pun dah balik Malaysia dah pun!) Rasanya dah masuk 3 tahun kot usia mesin jahit sulam saya tu. Sekarang ni, saya tengah gian nak beli mesin jahit tepi pula... Betullah saya ni, nafsu membeli sangat besar, walaupun saya tak tahu sampai bila semangat saya akan terus berkobar-kobar atau sekadar hangat-hangat tah* ayam... Sebagaimana kaksu pernah cakap, biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli ahaks *alasan!
Ok cukup pasal menjahit...
Oh! Saya ada satu lagi hal yang saya nak buat. Saya nak gemuk sikit. Hahahaha jangan gelakkan saya! Ya, berat badan saya dalam 42kg, dengan ketinggian saya 155cm, berat ideal saya patutnya dalam 45kg... tapiiiii susahnya nak naik! Saya makan banyak kalau nak kira. Pagi, breakfast nasi lemak, lunch saya makan nasi dan dinner pula saya makan nasi lagi. Sebelum tidur saya makan 'jajan' lagi. Jadi jangan kata saya tak makan, saya makan tau! Dan sekarang ni saya sebenarnya dah berjaya capai berat 46kg tapi sepertinya dia turun naik. Harap dapat kekalkan dengan berat sekarang... doa-doakan saya ya...
Apa lagi ya...
Walaupun kita kata kita tak ada azam, tapi sebenarnya kita ada aja target yang kita dah sasarkan untuk kita usaha mencapainya. Terserah pada diri nak istiqomah ke tidak. Dalam kes saya ini, saya harap saya dapat penuhi setiap apa yang saya inginkan. Kalau tidak dapat nak capai semua, dapat saya laksanakan separuhnya pun sudah cukup bagus untuk saya.
Jadi saya doakan agar segala impian kita akan tercapai. Buat ulat-ulat buku - Selamat membaca!
Selamat tahun 2017 buat anda semua.
Salam sayang,
0 comments:
Post a Comment