Salam semua,
Sebagaimana tahun-tahun sudah, bila tibanya raya cina banyak lah hamper yang dihantar oleh supplier dan sub-con kat office saya. Dan tahun ni hamper yang office dapat melebihi jumlah staff jadi apa lagi seronoklah (mereka yang berkenaan) kerana staff cha-ya-nun-alif boleh dapat sampai 2 hamper seorang.
Saya? tak la suka mana sebab bukan semua benda yang ada dalam hamper tu boleh dimakan. Ada yang tak halal dan ada juga yang was-was nak makan (jadi lebih baik jangan makan nanti jadi syubhah pula kan?).
Selepas cabutan inilah yang saya dapat.
Nampak aje besar tapi sebenarnya bila dibuka sikit saja yang boleh dibawa balik. Seperti air dalam botol tu saya tinggalkan pada 'mereka' dan ada sarang burung, saya tak reti nak makan jadi saya ex-change dengan mereka. Mereka bagi saya kek layer (yang harganya beberapa ringgit sahaja!). Tak adil! Tapi nak buat macam mana kan??
Tapi nasib baik la bos berbaik hati, kerana ada seorang sub-con (best friend bos) bagi Voucher Jusco instead of hamper, jadi untuk staff melayu dan technician ada cabutan bertuah. Dalam sampul angpow diisi dengan jumlah yang akan kami dapat seperti RM100, RM50, RM30 & RM20. Biasalah saya yang sememangnya tak bertuah ni malaslah nak berebut ambil, jadi minta Ms. Ooi tolong cabut. Sebenarnya dia yang excited lebih (& frust tak dapat cabut juga) dapatlah RM50.
Dan tahun ni saya baru dapat satu angpow. Selalunya dekat-dekat nak cuti panjang ni saya dah boleh ber'shopping' bila tiba cuti... Tak apalah bukan rezeki saya tahun ni kot... tapi tak tahulah kalau dapat lepas cuti kan?? hehehe
Office saya akan mula bercuti mulai esok (2 Feb) sehingga hari isnin (7 Feb) dan akan mula beroperasi semula pada hari selasa (8 Feb). Risik punya risik rupa-rupanya bos tak nak masuk hari isnin sebab nombor tak cantik! Percaya sungguh mereka dengan benda-benda macam tu... Yelah masuk hari selasa tarikh dia 8 cantik maaaa... Huh! tak fasal-fasal kami kena kerja hari cuti thaipusam dan hari sabtu (kerja full day) yang lepas semata-mata untuk ganti hari yang bercuti. Kalau tak kena tolak annual leave! Ishh tak nak laaa lebih baik saya simpan untuk cuti raya puasa atau raya haji nanti. Takpun simpan cuti tu... mana tau nak pi jumpa oppa & onni dengan geng UB *jeling-jeling kat komrad UB* lagi seru banget sih!!
Okeylah... selamat bercuti semua...
1 comments:
owh patut pon rata2 kedai buka 8hb
Post a Comment