Salam semua,
Sedar tak sedar,
11 tahun sudah berlalu
11 tahun yang penuh warna-warni
11 tahun yang mencoretkan pelbagai kisah suka duka
11 tahun yang melakarkan kenangan terindah buat kami
11 tahun yang membahagiakan walau ada kalanya gelora datang menerjah
Ya sudah 11 tahun usia perkahwinan kami.
Moga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal untuk selama-lamanya...
Kerana dialah... cinta hati saya!
Lagu ini adalah kenangan terindah yang melekat kuat dihati saya... lagu yang sering dia nyanyikan pada saya ketika kepala tengah serabut dengan kerja-kerja studio. Ya dia classmate saya ketika kami sama-sama belajar di UiTM Shah Alam hampir 20 tahun yang lalu. Wah! lamanya!! hehehe
2 comments:
selamat ulang tahun perkahwinan buat kak wan n suami..semoga berkekalan dan bahagia ke akhir hayat
Adhan...
thank you dinda!
aminnn *untuk doanya*
:)
Post a Comment