6

Promo... Bintang-Bintang Ke Syurga

Salam buat semua sahabat yang kucintai...

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *

Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.

* * * *
Apa kata wan:

Novel ini wan dapat sebagai tanda terima kasih daripada JS kerana menjadi pembicara di majlis bicara buku III JS hari sabtu yang lalu. Terima kasih wan ucapkan pada kaksu dan kakyah kerana faham dengan taste wan yang memang ternanti-nantikan novel ini. (kalau tak beripun wan tetap akan beli novel ini!)

Wan sangat teruja dengan novel ini apabila membaca blurb yang tertulis di belakang kulit yang di promo di web Jemari Seni. Membaca sedikit daripada bait-bait katanya wan sudah jatuh hati.

Semalam, seharian di rumah... wan cuba selami apa yang cuba disampaikan oleh si insinyur kelahiran kelantan ini. Selain terpaku dengan bait kata yang dilontarkan oleh Xarine, wan terkesan dengan cerita yang dicoretkan buat tatapan pembaca.

Kisah si anak miskin, hidup dalam keadaan yang serba kekurangan... seakan wan membaca hikayat hidup wan tapi dalam versi lelaki. Pekerjaan ayah Imram sebagai pekerja di kilang kayu (sawmill) membuatkan wan terkenangkan abah di kampung. Ya itulah pekerjaan yang abah wan kerjakan demi membesarkan kami adik beradik yang seramai 10 orang ini. Sebagai pekerja sawmill. Bahkan abah masih bekerja hingga ke hari ni di sawmill. Cuma apa yang membezakan abah wan dan ayah Imran, abah wan kerjanya membuat mata gergaji yang digunakan untuk memotong balak-balak yang akan dipotong oleh 'ayah Imran'.

Ya, cerita ini sangat dekat dengan kisah hidup wan! Bagaikan Xarine berhikayat tentang hidup wan!. Xarine juga membawa wan mengimbau kenangan lama 'bermain' di sekitar kampung Pasir Pekan. Kampung yang terletak di pinggir sungai kelantan. Bahkan dulu-dulu ada satu jeti haram yang pernah wan gunakan kalau ingin ke kota bharu menaiki bot yang wan boleh nampak dari seberang sini (Pasir Pekan).

Menimba ilmu di SMK Mahmud Mahyidin Pasir Pekan, membuatkan ramai kawan-kawan wan yang tinggal di Pasir Pekan selain di sekitar kampung baru, wakaf bharu, kutan hilir-tengah dan hulu. Pendek kata Xarine benar-benar membuatkan wan rindukan nostalgia yang sudah lama wan tinggalkan...

Walaupun wan belum usai membacanya lagi... tapi pengisian yang wan dapat dalam novel ini amatlah banyak dan ia juga sebagai peringatan dan nasihat untuk renungan wan. Bacalah novel Bintang-Bintang Ke Syurga karya Xarine ini, moga anda dapat manfaat yang cuba disampaikan oleh Xarine pada anda.

Pada Xarine... terima kasih kerana membukukan 'kisah hidup' wan ini. Pada JS terima kasih kerana menerbitkan novel ini. =)


lots of love...

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

BEZ KER ? NANTI KO ROGER2 YEK.. KALU BEZ LEH MASUK LIST...

KISAH IDUP KO YER..RASANYE BYK GAK DAH TAU KCUALI 3-4 TAUN YG LALU JER..SEJAK KITA SESAMA BZ..

ps. gram tul lah citer NURKASIH tu..awat sekali jer sminggu...lambat tul...

Wan Amalyn said...

Na,
Oghang belum habis baca lagi... baru bc mukadimah dia jer... hahaha bukalah 100% pasal kisah hidup oghang, maybe ada la 1% ahaks nanti oghang citer kat ko ek!

Na, itu ler... tension nak tunggu seminggu sekali tu... nantilah oghang cari ada tak alternative lain utk tgk citer ni... *wink*

myQza said...

kdg2 takut nak baca novel.. takut terbawa2 dgn watak dalam novel tu..

Wan Amalyn said...

tED..
hahaha... klu watak baik apa salahnya... ala kitakan diberi akal untuk berfikir mana yg baik, mana yg buruk... jadi insyallah apa yg baik tu tak salah kita jadikan panduan & yg buruk2 tu kita buatlah iktibar.

tp so far buku ni (BBKS) byk tazkirah buat renungan kita. =)

Khairi Mohd said...

Salam,

Kak wan, pasir pekan kat mana? ;p

Wan Amalyn said...

Khairi..
kakwan bukan kat Pasir Pekan, tapi kakwan kat Kutan Hulu... dekat area wakaf merah =)

Back to Top