[ FYI semua gambar-gambar ini dipotretkan oleh my Aysha... jadi sebarang ketidak-sempurnaan pengambilannya adalah disebabkan oleh kekurangan tunjuk ajar oleh kedua orang tuanya ]
Wan sebenarnya tidak tahu nak tulis tentang cerita apa di sini. Memandangkan rutin harian yang itu-itu juga yang dilakukan. Pagi-pergi kerja, petang-balik kerja, ambil my Aysha di nursery, malam-urusan rumahtangga. Kalau ada berbezapun hanyalah hujung minggu. Bosankan hidup seorang wan?!
Cumanya apa yang jadi sedikit kelainan adalah tentang my Aysha. 2 hari kebelakangan ini kerja rumahnya tak pernah dapat disiapkan malam hari. FYI waktu malam, masa wan terasa agak sendat, bagaikan tak cukup oksigen untuk menarik nafas. Apa tidaknya, lebih kurang jam 7 malam baru sampai di rumah, urusan masak-memasak (hehehe macam la banyak sangat menu yang dimasak). Rehat sebentar, maghrib, mula memasak, lebih kurang jam 9 malam siap memasak & makan. Lebih kurang jam 9.30 malam siap makan malam dan my Aysha sudah mula mengantuk.
Jadi bila masanya dia nak buat kerja sekolah? Walaupun sudah berbuih mulut menyuruh dia menyiapkan segala kerja sekolah yang ada... sementara wan menyiapkan makan malam, tapi seakannya wan bercakap sendirian, walaupun dia menyahut. Ada kalanya wan suruh dia duduk sebelah Papanya tetapi sebagaimana biasa, dia... macam itulah!
Jadinya, sudah dua hari wan paksa dia siapkan kerja sekolah di waktu pagi. Sementara wan menyikat rambutnya, dia siapkan kerja sekolah!. Dan mana yang tak sempat siap wan suruh dia buat dalam kereta sementara nak sampai di sekolah, harapnya sempatlah selesai kerja sekolahnya itu! Itulah rutin wan untuk 2 hari ini.
Ok... sudah bercerita tentang my Aysha, ini ada satu lagi yang wan nak cerita. Kali ini tentang my brother. Entah ya, keberadaan adik lelaki pada wan tidak sama dengan keberadaan adik perempuan. Atau wan yang terlebih sensitif ? Adik-adik lelaki yang wan ada cuma 3 orang berbanding dengan adik perempuan yang 5 orang.
Adik lelaki yang 2 orang ni terutamanya, lelaki pertama dan lelaki kedua, pada wan sama saja, bila susah sahaja baru nak cari kakaknya ini. Semalam adik lelaki yang no. 2 si Aizat, ada ke patut dah lebih sebulan di KL tidak pernah sekali nak menelefon memberitahu akan keberadaannya di KL. Wan tahu, tapi sengaja nak tengok sama ada dia ingat nak telefon atau tak... sampai sudah dia tak telefon! Oh dia telefon semalam. Waktu itu dia dah berada di stesen bas nak balik ke kelantan! Telefon semata-mata beritahu dia nak balik!
Eeee geramnya! lebih baik dia tak telefon. Kalau wan nak kirim barang kat Mek pun mana sempat nak pergi hantar kat dia dah (waktu itu jam dah pukul 8.00 malam dan aku pasti perjalanan bas nya kalau tidak pukul 8.30 mesti pukul 9.00 malam). Bertuah sungguh!! Tapi nak buat macam mana?? memang itulah perangai dia. Wan rasa yang boleh diharap cuma seorang iaitu Pak Uda Kerry (adik lelaki & anak yang akhir).
Pak Uda lebih pendiam, lebih menurut kata dan lebih mudah disuruh berbanding dengan 2orang abangnya yang banyak 'cerita' kalau suruh mereka buat apa-apa. Mereka akan buat tapi berserta dengan 'suara' sekali. Itu yang kadang-kalanya sering membuatkan hati ini bengkek aje dengan mereka... tapi nak buat macam mana... adik-adik sendiri juga!
Hahaha... nampaknya tajuk n3 kali ini bagaikan tiada kaitan dengan 'bila si cilik yang jadi jurufoto'! tapi lebih kepada cerita tentang anakku & adik-adikku saja.
Dan my Aysha sekarang sudah pandai minta 2 benda, handphone dan camera! huhuhu anak oh anak....
lots of love...
2 comments:
gambar2 yg kreatif la wan.. hehee..
btw. hepi besday geng kicap :)
wabbit... hahahaha ntah apa2 la si Aysha tuh =P
Post a Comment