Malam tadi, wan dah jumpa satu kedai makan baru. Sebenarnya dah lama jugak la perasan akan kedai makan ini. Selalunya (ops! tak la selalu juga), kadang-kadang kalau wan terlanjur ke CIMB bank bayar hutang, wan singgah beli karipap pusing (sedap!) & milo ais sebagai sarapan pagi sebelum ke pejabat!.
Tapi malam tadi, selepas balik daripada Giant beli barangan dapur, kami - wan, my Aysha & Sirman - singgah makan malam. Nama restoran ni Restoran Ubi Kayu. Well... not bad. Inilah pertama kali kami makan kat sini jadi, kami tak tahu nak buat pilihan apa, pelayan tu rekomen kami makan, nasi goreng special ubi kayu harganya RM9.00 sepinggan & mee udang banjir berharga RM8.00 semangkuk. Dan kami cuba....
Nasi Goreng Special Ubi Kayu, adalah nasi goreng pataya? (dibalut dengan telur), dengan additional lauk paprik, dan udang masak merah (rasanyalah). Itulah sebab kenapa nasi goreng itu dipanggil special ubi kayu, sebab selain nasi goreng ada tambahan lauk dan rasanya not bad! (lain kali boleh order lagi). Wan pula makan mee udang banjir. Kenapa dipanggil banjir? kerana udang lebih banyak daripada mee. Sedaaapppppp!! Udangnya pula besar-besar, kiranya puas la makan udang. Untuk minuman, kami order sirap laici untuk my Aysha, wan pula as usual teh 'O' ais & teh 'O' panas untuk Sirman.
Sementara menunggu makanan dihidangkan, sempat la wan intai menu yang disediakan. Untuk sarapan pagi pelbagai juadah kuih muih tradisional dan yang menggamit selera wan adalah ubi kayu rebus dimakan bersama kelapa parut dan gula merah. Nampak sedap, sebab dah lama wan tak makan ubi kayu rebus... rindunya. Insyallah lain kali wan nak belilah.
Restoran ni beroperasi di USJ 9, sebaris dengan pejabat pos USJ. Ia menyediakan makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Jadi lain kali wan sudah ada 'dapur' baru... hehehe kalau malas nak memasak dan sekali sekala tukar selera selain makan di Restoran Megah di shah alam.
Kalaulah dekat dengan office boleh juga wan pergi tengok apa juadah makan tengah harinyakan?!
lots of love...
2 comments:
wah!! boleh belanja makan di sini! ekekeek
tED... =) boleh aje! datang la USJ hehehe
Post a Comment