8

Hari ini dalam sejarah?!...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

[deko bak segmen Sekapur Sirih kata kaknOOr... seharusnya kredit harus diberikan pada Naz yang menjadikan sudut JS itu nampak menyerlah! hehehe atau kerana pembicaranya adalah wan? ahaks]

Hari ini merupakan hari yang penuh debaran buat wan… hehehe kalau kawan-kawan nak tahu apa dia?? nanti ya wan ceritakan…. tungguuuu….

* Shout! Award 2009 - Melayu sudah moden??

Tapi sebelum tu wan nak ceritalah. Ni pasal malam tadi. Malam tadi wan ‘ter’tengok shout! awards itupun selepas usai drama bersiri Nur Kasih yang menjadi drama kesukaan wan dan wan memang ternanti-nantikan siarannya. Selepas Nur Kasih, wan dah tak tahu nak buat apa. Rancangan yang disiarkan di tivi semuanya tak menarik minat. Nak tengok siaran astro, memang tak dapatlah sebab remote dalam kawalan my Aysha. Jadi wan tengoklah shout! awards.

Pada awalnya wan tak rasa apa-apa… rasa terhiburpun tak!. Seolah wan tengok tanpa perasaan! Tapi bila scene di mana Nas dinobatkan sebagai… sorry lupa apa kategorinya dan salah seorang penyampainya adalah Fazura. Tak tahulah orang lain, tapi pada wan yang berfikiran kolot ni memang terkejut. Ada ka patut… depa tu boleh bercium pipi (Nas + Fazura) atas stage, depan orang ramai yang disiarkan secara langsung dan ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia???!!! Wan tak tahulah apa penjelasan mereka, tapi pada wan… walau se’urban’ macam manapun mereka, hormatilah agama islam yang menjadi anutan mereka!.

Wan bertambah malu apabila pagi tadi my 2nd Bos (c*na) boleh cakap pada wan… ni antara perbualan wan dengan dia ya!

2nd Bos : “cik wan, you tengok tak shout! award malam tadi?”
wan : “ada la tengok tapi tak ikut sangat. Kenapa?”
2nd Bos : “wah Melayu sekarang sudah moden ya?”
wan : “Kenapa you cakap macam tu? Kenapa selama ini you tengok Melayu tak moden ke?” *dengan muka yang pelik+cuak*
2nd Bos : “ tak la… tapi… wah boleh ya peluk-peluk macam itu… macam orang putih”
wan : “………” *tak tahu nak cakap apa*


Huhuhu apa ya nak jadi……?? Oklah wan rasa lebih baik la wan cerita pasal my Aysha, tentang hal itu biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!

* Temasya Sukan Nurul Izzah

Hari ini my Aysha ada temasya sukan di padang MPSJ. Oleh kerana wan kerja dan selepas itu wan terus ke Rumah Jemari Seni (JS) kerana menghadiri majlis Bicara Buku III jadi reportnya wan dapat selepas wan balik daripada Rumah JS la.

Tau dak, apa ceritanya? my sirman cakap Aysha tak main. Oh ya sebelum tu, my Aysha yang menjadi salah seorang peserta rumah kuning sepatutnya masuk acara tiup belon. Tapi setibanya di sana my sirman cakap Aysha tak mau main atas alasan dia sakit tekak tak boleh tiup belon! Jadi terpaksalah cikgu cari pemain gantian untuk menggantikan tempatnya.

Tapi selepas itu dia bantai makan hotdog la, aiskrim la, dan macam-macam makanan lagi la… sakit tekak apa benda lagu tu… hahaha auta sungguh la my Aysha nih. Wan rasa dia teruja nak pergi (beri alasan dia main sukan supaya ada orang bawa dia) kerana dia nak jumpa dengan kawan-kawannya. Gambar sekitar acara sukan my Aysha nanti wan tepek kat sini ya!. Tapi bukan hari inilah.

* Bicara Buku III

Ok… sekarang wan nak cerita pasal acara Bicara Buku III di Rumah Jemari Seni pula. Whoaa…. happening sangat-sangat!.

Wan ke sana selepas habis waktu kerja. Tak pernah-pernah wan pakai baju kurung hari sabtu, tetapi memandangkan wan adalah salah seorang pembicaranya… jadi wan kenalah berpakaian mengikut etika yang betul!... betul tak?? hehehe

Wan yang sememangnya stage fright nih, apatah lagi merupakan orang pertama yang akan bercakap tentang novel Tanya Pada Hati karya Iman Xara memang gelabah. Sampaikan wan lupa nak say… hi hi to everybody yang hadir. Wan nampak kelibat kawan-kawan tapi wan tak sempat nak berborak dengan semua orang! sorry girls. My bad!

Tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat.! ahaks wan ni aje yang gabra lebih-lebih!… padahal yang hadir semuanya adalah rakan-rakan yang selalu kami jumpa jer bila ada gathering yang melibatkan buku. Padahal muka-muka itu jugak! sorry kaksu… sebenarnya banyak yang tak terbicara padahal wan dah sediakan teksnya… (nanti ada masa wan letak kat rumah sembang buku ya!)

Tapi apa-apapun semuanya best. Terutamanya makanan yang dihidangkan. memang kategori 10* hotel lah… Dengan mee hoon tomyam, sup tulang rusuk yang dimakan bersama garlic bread, dengan ayam panggang, dengan coselow, dengan rojak… dan itu tak masuk lagi desert seperti karipap, cek mek molek, egg tart, kek… dan macam-macam lagi lah… sampaikan tak termakan semuanya sebab perut dah penuh! huhuhu rugi la ‘tangki’ kecik nih… tak boleh nak sumbat banyak-banyak.

Wan nak salute pada En. Pingu Toha aka Halim yang menjadi satu-satunya kumbang di antara bunga-bunga yang hadir!. En. Pingu kita memang sporting giler! hehehe dan dia lah yang menjadi pengacara majlis pada hari ni. (Ops tak termasuk tuan rumah ya!)

Selain penulis-penulis JS lain yang hadir seperti Nazurah Aisyah yang sanggup turun dari JB tapi ralat la tak sempat nak jumpa Naz sebelum dia balik… Ada Manjlara (Persis Sebutir Pasir) yang wan tak sempat nak interview dia dek melayan hati yang gabra ntah-apa-apa nih. Juga ada Syud (Tentang… Dhia) yang eksi dengan camera barunya… ahaks! Juga ada Ruby yang sempat singgah bersama buah hati barunya, juga tak sempat wan nak gomol2. Selain penulis yang bukunya dibicarakan pada hari ini seperti Iman Xara dan Nazawati. Tapi sayangnya Khairyn tak ada kerana masih lagi berada di sebelah lautan nun jauh di sana… hehehe

Juga kehadiran kawan-kawan yang dah susah nak jumpa seperti kak Anim. Selain ada Geng Kicap – kucc & ryn yang menjadi pembicara ke-2 & ke-3, ada nicky, dyea, kak jua, aprilsnow. Juga member-member Ulatbuku – kaknOOr, wabbit, iejay, nacha, nawwir yang menjadi moderator untuk buku Dame Zoete Sarah. Selain kawan-kawan yang lain seperti Amie, Mar, kak Udaidza, kak ija dan minta maaf andai ada yang wan terlepas pandang… sorry kawan-kawan!

Oh ya kita juga ada adik-adik praktikal iaitu Azura yang menjadi moderator untuk sessi wan yang sibuk nak interview wan… ahaks… dik zura, cerita kakwan tak ada yang menarikpun! Kita juga ada adik Izzati yang lemah-lembut tutur katanya.

Wan juga mohon maaf kerana tidak dapat nak hantar kawan-kawan balik kerana wan tidak mahu terlibat dalam kesesakan lalulintas yang wan pasti akan berlaku di sekitar bukit Jalil memandangkan petannya ada perlawanan bola sepak antara MU dan pasukan Malaysia. Lagipun dalam hati wan dok teringatkan buah hati yang ditinggalkan di rumah…

Tapi apa-apapun acara hari ini memang happening. Oh ya wan nak ucapkan jutaan terima kasih pada adinda Iejay yang tolong ambilkan gambar-gambar untuk wan memandangkan wan kan jadi pembicara… ahaks!

Oklah kawan-kawan moga kita dapat berkumpul lagi… apa kata masa pesta buku Selangor yang akan berlangsung hujung minggu ini pulak?? Ada komen?? hehehe


lots of love...

8 comments:

myQza said...

manusia sudah hilang adab sopan dan malu sekarang. Artis contoh terdekat kerana dapat di lihat terus oleh masyarakat. :) Rasa malu sudah tiada kerana mungkin kehidupan seharian mereka juga sudah seperti itu.

Wan Amalyn said...

tED..
itulah, sepatutnya mereka harus memikirkan sensitiviti masyarakat melayu islam... derang nak tunggang-terbalik lantak la.. tp jagalah maruah islam itu di depan masyarakat lain yg tidak kenal islam... =( sedih memikirkan agama kita diperlecehkan oleh bangsa kita sendiri...

Noor Suraya said...

:) wan terima kasih untuk sekian kalinya :D

Wan Amalyn said...

kak nila...
Juga terima kasih kerana 'memberi kepercayaan kepada wan' walaupun ada banyak lagi yang nak dicakapkan di majlis itu tapi semuanya hilang!! huhuhu

Ahada Aihara said...

kak wan,
ur review on BB JSIII bikin ahada rasa rugi sgt xdpt join...
rindu akak juga...
dh stick blog baru ke?

Wan Amalyn said...

Ahada..
memang rugi... sapa2 yg tak dtg! *mode nak menjeleskan org* ahaks

Sayang, kak wan pun rindu kat dia gak... study dah abiskan? meh la turun PKNS shah alam... dekat je kan *wink* nanti kakwan belanja eskrim nak? hehehe

blog baru... =) tak la sayang ni rumah lama yg kakwan renovate jadi baru... =) duniaku masih ada tapi dalam mode hibernate =D

wabbit shomel said...

org xtgk pun shout award wan.. macam over je memasing.. bosan!

anyway, tahniah cik puan pengulas buku.. hehee.. good job ;)

Wan Amalyn said...

wabbit...
wan tu pun xdela ikut sgt tgk sekadar tgk tv...

huhuhu dia tak tau betapa gelabahnya wan time tu... & wan buat spt wabbit cakap... bayangkan semua org yg kat depan tu sebahagian drp perabut Rumah JS... ahaks!!

Back to Top