2

Bingkisan

Salam semua,

Teruja! Itulah perasaan pertama yang menerpa dalam dada tatkala menerima bingkisan ini. Apa yang ada dalam sampul oren ini? Nak tahu? Wah kepoh juga ya kamu... hahahaha

Inilah bendanya.

Laaaa buku ke?

Yelah, bukulah! Apalagi yang boleh membuatkan hati saya berbunga ceria kalau tidak buku. Tapi kalau dapat intan berlian emas perak sebelanga rasanya ceria akan berganda-ganda lagi! Hahaha mata duitan juga saya ni ya!

Sebenarnya saya tertarik untuk memiliki naskhah ini kerana:
1- teruja membaca perbincangan tentang naskhah ini oleh para ulat buku di Goodreads Malaysia
2- ini kisah tentang perjuangan Tok Janggut, iaitu kisah sejarah yang pernah berlaku di tanah kelahiran saya.
3- Pasir Pekan - kampung di mana terdapatnya makam Tok Janggut merupakan tempat yang penuh nostalgia buat saya. Saya menimba ilmu (sekolah menengah) di Pasir Pekan, kebanyakkan rakan-rakan sekolah menengah saya rata-ratanya menetap di Pasir Pekan.
4- banyak lagi, nanti saya fikirkan

Buku ini saya beli terus daripada anak kepada penulis buku ini, yang saya kenali lewat emailnya. Misz Noni. Dan apa yang lebih menarik, disertakan sekali satu naskhah kecil yang sangat BESAR manfaatnya. Ya buku kecil ASMA'UL HUSNA - 99 nama Allah lengkap dengan fadhilat-fadhilatnya. Dan saya rasa Misz Noni ni juga menyediakan khidmat printing. Kalau ada yang berminat, kalian boleh jenguk sini.

Bagai diatur sahaja takdir ini kerana saya baru selesai membaca novel karya Ramlee Awang Murshid yang berjudul Cinta Sufi juga mengenengah kelebihan-kelebihan mengamalkan Asma'ul Husna ini.

Jadi untuk cabaran membaca saya, buku ini, Tok Janggut : Pejuang atau Penderhaka karya Nik Anuar Nik Mahmud menjadi buku ketiga yang akan saya baca. Insyallah saya cuba habiskan sebelum hujung minggu (ini) berakhir.

Oh! saya sudah dapat idea bagaimana saya boleh realisasikan Cabaran 50 Novel Setahun (2011) saya yang pada awalnya rasa rasa agak mustahil.

Nak tahu bagaimana?

Okey matematiknya sangat mudah. Setahun kita ada 12 bulan. 50 buah novel yang ingin saya baca dibahagikan kepada 12 bulan. Jadi dalam sebulan saya perlu baca dalam 4.166 (4 setengah) buah buku yang saya bulatkan jadi 4 buah. Dalam sebulan kita ada 4 minggu. Jadi dalam masa seminggu saya perlu sekurang-kurangnya habiskan sebuah buku.

Tapi bukankah 4 buah kali 12 bulan baru dapat 48 buah?
Ya, yang 2 buah lagi tu saya tambah baca di sela-sela waktu di mana ketika mood membaca saya sangat baik (doakan agar mood membaca saya sentiasa ada!) demi mencapai matlamat 50 buah buku dalam masa setahun ini. Bijakkan saya?? hehehehe

Selamat berjaya! Good luck! Ganbatte kudasai! Chaiyok! chaiyok!

2 comments:

azieazah said...

Kalu nak ikutkan Cabaran 50 novel tu sangat mudah jer.

Kak Azie baca novel tiap pagi masa sarapan, masa lunch (ini di ofis), dang kadang2 time takda kerja memang hadap novel jer.
dan Sabtu Ahad di rumah.

Seminggu kurang2 leh dapat 2 novel. Malangnya nak membeli tidak mampu selaju itu. So banyak baca novel lama ulang balik.

Wan Amalyn said...

Kak Azie,

kalaulah wan boleh buat style akak mesti boleh capai matlamat, tapi masalahnya tak boleh... :(

nak-nak sekarang tengah busy yang amat! (sbb nak raya... so semua pakat nak kejar payment utk angpau) balik malam dah penat, baca sekejap lepas tu buku yang baca kita...huhuhu

masalah stok buku, insyallah tak ada hal sbb banyaaaaakkk lagi buku yang beli tak baca lagi (kes borong kat Pesta Bukulah!). ada tu yang terbeli sampai dua sebab tak perasan dah beli (kes belum baca) bila ke kedai beli lagi! my bad! tak boleh tengok buku

bak sini address akak nanti wan poskan buku pada akak! :)

Back to Top