4

Oh my Aysha...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Pagi tadi ketika wan ingin memulakan kerja yang sudah menimbun di atas meja (suasana biasa hari isnin... bos suka lambakkan kerja kerana setiap sabtu & ahad dia akan datang office buat kerja!), wan menerima panggilan telefon daripada cikgu Aysha meminta agar wan mengambil Aysha di sekolah. Bagi sesiapa yang tak tahu, minggu lepas my Aysha diserang demam panas. Hari khamis sirman dah bawa dia ke Pusrawi di USJ 11 dan dia mendapat 2 hari mc (khamis & jumaat).

Hari sabtu wan dapat jemputan daripada adik ipar yang mengadakan ‘kenduri naik rumah baru’ dan hari ahad Nini pula menjemput ke rumah mertuanya di Gombak sempena ‘rumah baru’ juga, sebenarnya rumah lama tapi dibaikpulih menjadi rumah ‘baru’ di samping kenduri sempena menyambut ramadhan yang sudah hampir tiba.

Kedua-dua jemputan ini wan terpaksa tolak kerana bimbangkan kesihatan my Aysha. Walaupun pada zahirnya dia kelihatan sudah semakin sihat memandangkan dia agak culas meminum ubat. Dengan keadaan Aysha yang masih lagi lemah, dengan antibodinya tak berapa kuat, agak mudah dijangkiti dengan sebarang virus. Jadi kami hanya berada di rumah. Bosan memang bosan. Tapi musim-musim sekarang ni lebih baik berjaga-jaga!

Berbalik pada cerita cikgu Aysha tadi... nak tak nak hari ini wan terpaksa EL (walaupun cuti cuma tinggal untuk urusan hari raya sahaja). Lebih kurang jam 10.00 pagi wan tiba di sekolah Aysha, dia sudah menunggu di bilik pejabat. Selesai urusan wan terus bawa Aysha balik ke rumah. Panas badannya yang pada awal pagi sudah agak kebah mula naik balik. Beri dia minum ubat walaupun dengan seribu satu alasan... tak sedap la... masin la... (ada ke ubat tu masin dia kata?!) hehehe ada sahaja olahnya. Selesai makan ubat my Aysha langsung tertidur depan tivi yang sedang menayangkan siaran kartun.

Seharian di rumah, my Aysha pula tidur dek kelelahan, jadi sempatlah wan siapkan resensi untuk novel yang sudah lama wan selesai membaca. Tapi wan suka sangat dengan novel ini. Jadi wan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Jika ada yang berminat untuk membacanya -> klik sini <-.

Berbalik pada cerita my Aysha. Wan sebenarnya cuak juga, dalam kepala wan ni asyik terbayangkan kemungkinan yang buruk-buruk aje. Jadi wan ambil keputusan untuk bawa my Aysha ke DEMC di seksyen 9 Shah Alam pula. Tapi memikirkan hari bekerja wan tunggu sirman balik, maknanya malam la baru kami pergi.

Di DEMC agak ramai pesakit, jadi terpaksalah menunggu agak lama sebelum nombor giliran dipanggil. Sementara menunggu no giliran dipanggil sempat la wan check email, FYI di sini ada kemudahan wifi. Jadi dengan telefon yang tak berapa canggih ni *jeling-jeling kat syud yang guna blackberry* sempatlah wan ‘ronda-ronda’ sekejap. hehehe

Selepas jumpa doktor, doktor menyarankan agar ujian darah dilakukan pada Aysha untuk mengetahui secara mendalam berkenaan dengan sakit my Aysha. Selepas membuat ujian darah, sekali lagi terpaksa menunggu untuk mendapat keputusan. Alhamdulillah semuanya selamat (daripada penyakit-penyakit berjangkit, dan minta-mintalah lepas ni pun tak ada juga... takut ni) Dan my Aysha dapat 2 hari lagi mc (sebenarnya wan minta dengan doktor supaya Aysha dapat ambil peperiksaan sebab esok dia sepatutnya menduduki peperiksaan pertengahan tahun!)

Lebih kurang 2 jam berada di DEMC tiba masa untuk membuat pembayaran, terbang RM185.10 untuk my Aysha malam ni. Apa taknya, ujian darah aje sudah RM101.06, belum dicampur dengan ubatan sebanyak RM70.05, bayaran doktor RM13.00 dan bayaran outpatient sebanyak RM1.00 jadi totalnya itulah. Huhuhu dah la tak boleh nak claim dengan company sebab company wan ni memang tak cover untuk anak dan spouse. Tak macam office dulu (part ni wan memang cemburu dengan Rina!)

Tapi doktor menyarankan jika 2-3 hari demam Aysha tak baik lagi, dan kalau kami nak ambil suntikan antiviral boleh la ke mana-mana hospital yang menyediakannya. Tapi DEMC tak ada pula suntikan ini. Dan wan sempat jeling, RM70 untuk setiap suntikan jika di ambil di mana-mana hospital swasta.

Doakan my Aysha cepat baik ya! supaya suntikan ni tak perlu diambil…


Salam sayang,

4 comments:

klavu said...

Amiin, get well soon Aisya.

Bill perubatan itu antara sbb aku bersyukur jadi rakyat kebawah duli.

Wan Amalyn said...

kLavu...
huhuhu ni yang buat wan lagi jealous dengan dia nih!! =(

nacha said...

Wan... Aisya tu la the 1 & only child utk Wan & Man. please take a good care of her. sy pn jd cuak bila dgr budak2 demam skang ni. my gyabo tu lg la terlebih2 concern. sibuk je gi beli sekotak mask & pencuci tgn anti bakteria kat farmasi. kejap2 dia suruh anak2 cuci tgn. dgn sy2 skali dia paksa suruh pakai mask & dibelikannya pencuci tgn utk ltk dlm beg. adoyai...

Wan Amalyn said...

Nacha..
huhuhu dialah nyawaku!

susah betul nak dapatkan mask skrg ni. mlm tadi tanya kat klinik tu pun dah out-of-stock... mana ek nak cari? Aysha ada 2 je... itupun dah kena ganti baru =(

Back to Top