3

Malam Nisfu Sya'ban

oleh: Tuan Haji Baharuddin Harun
(Pengurus Galakan Industri & IKS di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan)

1. Sekarang kita berada di bulan Nisfu Sya’ban. Bulan sya’ban adalah terletak antara dua bulan iaitu bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan bulan Al Quran di turunkan.

2. Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah: “ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ia adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa."

3. Sebagaimana ada riwayat yang sahih menyatakan bahawa baginda berpuasa hari isnin dan khamis setiap minggu. Di dalam setengah hadis baginda telah ditanya tentang rahsia berpuasa pada hari isnin dan khamis, baginda menjawab: “Pada kedua hari ini amalan hamba dibentangkan kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa."

4. Hari ini adalah 14hb. Sya’ban dan esok adalah hari pertengahan bulan sya’ban. Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban. Banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan malam nisfu sya’ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan.”

5. Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan disertai dengan keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang disertai dengan belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.

6. Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya : (AN NISA’ 4:116 ) Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya.”

7. Manakala orang yang mempunyai permusuhan, perkelahian, memutuskan tali persaudaraan adalah terhalang dari mendapat keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua orang yang bermusuhan itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.

8. Pintu keampunan Allah adalah juga tertutup bagi mereka yang mengotorkan hati mereka dengan perasaan dengki. Mereka adalah merupakan orang yang tidak berdoa dengan doa (AL HASYAR 59:10) Ertinya:“Wahai Tuhan kami ampunkan lah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah Engkau jadikan didalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.”

9. Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam nisfu sya’ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam tahun kedua Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim.

Firman Allah (AN NAHLU 16:123) Ertinya; "Kami akan melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”

Allah telah menunaikan apa yang di kehendaki oleh baginda. Allah telah menurunkan firman Nya: (AL BAQARAH 2:144) Ertinya; “ Kami telah melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…”

10. Peristiwa pertukaran arah kiblat ini adalah juga merupakan salah satu rahsia ujian Allah terhadap manusia sebagaimana firman Nya:
(AL BAQARAH 2:143) Ertinya ; “ Dan kami tidak menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang kau hadapkan muka hari ini melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah tidak mengikutnya.”

11. Antara amalan-amalan di malam nisfu sya’ban ialah bacaan surah yasin, istiqarah, sembahyang malam, berselawat dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

12. Akhirnya samalah kita mengambil pengajaran malam nisfu sya’ban di mana Allah mengampunkan dosa setiap hambaNya yang tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang ada permusuhan dengan saudaranya yang lain.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar sejengkal iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang saudara yang bermusuhan antara satu sama lain.

Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita di malam ini dan berpuasa pada keesokkan hari bagi mereka yang mampu.

Sekian.

(Petikan daripada : ->sini<- )

* * *

Wahai sahabat yang kucintai...
daku mohon...
andai ada salah dan silap diri ini terhadap kalian
yang sedar mahupun yang tidak
telah membuatkan hati kalian terluka dan berduka dengan olahku
Ampunilah daku...
sesungguhnya diri ini hamba yang lemah...

dan...
daku telahpun memaafkan setiap salah dan silap kalian pada diri ini
(insyallah kalian tidak ada salah dan silap pada diriku yang kerdil ini)



Salam sayang,

3 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

moga dapat buat ibadah dlm bulan ni..

samalah wan.. mintak maaf bebanyak kalu ada kesalahan spanjang persahabatan kita yg tak sengaja dan disengajakan (??)... cehcehceh...cam nak raye jer ...hehe

Wan Amalyn said...

Na,
Insyallah! samalah doa utk ko jugak.

tak salah kita mintak maaf bila-bila kita suka... x semestinya nak kena tunggu raya... klu tak sempat ngan raya mcm mana?? =)

Wan Amalyn said...

This comment has been removed by the author.

Back to Top