2

Aysha dan 'speaking klate'

Salam semua,

Wah! suka la dengan mood 'rajin' saya sekarang. Kali ini saya nak bercerita tentang keinginan Aysha untuk belajar loghat klate. Entah siapa yang mempengaruhinya, malam tadi ketika dalam perjalanan ke Giant Usj untuk beli barang dapur yang dah habis, beria-ia dia suruh saya ajar dia 'speaking klate'.

Hehehe kelakar!

Entahlah agaknya kerana saya sendiri jarang bercakap dalam loghat klate ketika bersama Aysha dan sirman jadi bila ada perkataan klate yang agak pelik, saya yang nak tergelak dan rasa was-was, betul ke??. Jangan kata saya sudah lupa akan asal usul saya ya! Saya masih kebal dengan semangat kenegerian saya. Saya masih berbangga dengan negeri kelahiran saya. Apatah lagi saya ada pemimpin negeri yang sangat saya kagumi. Tapi saya akui ada antara perkataan klate yang agak jarang saya dengar/guna.

Berbalik pada loghat klate. Saya rasa, Aysha perlu di'kuarantin' selama sebulan dengan kak ti (anak Lina) & Yasmin (anak Rose) yang sangat pekat penggunaan bahasa klate nya nescaya dia akan fasih berbahasa klate. hehehe Dan rasanya saya harus lebih banyak bertutur dengan loghat klate bila bersama Aysha barulah dia cepat fasih.

Tapi, faham ke nanti kawan-kawan dia kalau Aysha 'speaking german' dengan mereka?? Nanti saya tanya Aysha bila balik nanti.

Oklah... saya minta diri dulu. Hingga ketemu nanti.... daaaaaaaa

2 comments:

RyN@DangAyang said...

anak2 pun teringin nak speaking german, bahasa ayahanda mereka hehehe... kat bonai pon ada bahasa daerah. dolu pernah belajar ngan hubby, sebab kena gelak ryn ckp bunyi arab, so dah tumpul hati nak speaking german a.k.a bahasa tutong :p

Wan Amalyn said...

Ryn... hahahahaha

Janganlah Aysha tumpul hati sebab bila dia cakap bunyi lain wan jadi gelak! (walaupun sudah tahan supaya jangan gelak tapi tergelak jugak hehehe)

belajarlah!! sekurang2nya boleh bertutur byk bahasa :P

Back to Top