Salam semua,
-credit to Rnysa yang gambarnya saya cilok daripada Facebook beliau-
[ gambar dirakamkan pada lewat petang (lebih kurang jam 6.30 petang hari sabtu oleh lensa kamera Rnysa ketika pengunjung beransur kurang ]
Hari ini merupakan hari ke-4 berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang ke-30 diadakan di PWTC. Bermula 22 April 2011, jumaat saya sudah berkampung di PWTC, secara spesifiknya di booth
Jemari Seni (JS) yang terletak di Dewan Tun Hussien Onn (tingkat bawah bersebelahan dengan eskalator-pentas utama) bersama-sama dengan
team PTS,
Ana Muslim,
Popular dan beberapa penerbit lain yang saya kurang pasti. Maaf. Tugas utama saya sebagai promoter jualan untuk Jemari Seni tidak mengizinkan saya untuk 'melawat jiran-jiran'. Bukan bos-bos JS tak bagi peluang tapi saya yang terlebih berdedikasi ini tidak cukup masa untuk mencelah! hahahaha (
ayat bodek - supaya tahun depan bos-bos JS akan lantik saya sebagai promoter JS lagi... hehehe)
Hari pertama - jumaat, seawal pagi booth JS sudah diserbu oleh para pengunjung. Rata-rata menerkam buku terbaharu
HLOVATE - Contengan Jalanan. Teruja untuk mendapatkan bookmark ekslusif lagi terhad bertandatangan penulis kiriman khas daripada Hlovate. Juga teruja untuk mendapatkan karya-karya pra-cetak daripada
Syud (Baju Melayu Hijau Serindit), Saidatul Safaa (Quartet) dan Normaslina Masri(Mencari-Suami@JS.com). Juga teruja dengan tawaran hebat diskaun 20% untuk setiap buku baru (2011) dan 30% untuk setiap buku-buku terbitan Jemari Seni Publishing (2010 hingga 2006), juga 3 buah buku kompilasi (terpilih) untuk harga RM39.00 sahaja. Hebat tu! kalau kat kedai mana nak dapat harga runtuh sebegitu.
Menjelang ke tengah hari pengunjung bertambah ramai. Dengarnya di lobi utama Tun Mahathir datang untuk launching buku terbaharu beliau
'A Doctor In The House'. Pun tak sempat saya nak jenguk, padahal dekat sangat dengan pintunya... hanya beberapa langkah sahaja dah boleh nampak. Pun saya tak sempat nak intai. Buku-buku di rak pula sekejap sahaja sudah hampir kosong dan kena tambah. Itu baru hari pertama dan baru setengah hari!
Hari kedua dan ketiga - sabtu dan ahad, orang bertambah ramai sebab hujung minggu. Jikalau hari jumaat, booth JS sudah penuh, hari sabtu dan ahad apatah lagi. Berganda-ganda, hinggakan nak bergerakpun sukar. Dan saya sampai kering tekak
dok bercakap... hahahaha
Cumanya tahun ini saya tidak punya masa untuk bersama-sama geng Ulatbuku menerjah booth ke booth misi mencari buku dan bertemu dengan penulis. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya saya tak habis banyak duit borong buku. Lagipun saya sudah bertekad untuk berhemat. Jangan terkejut kalau saya katakan ada antara buku-buku yang saya beli masa Pesta Buku tahun lepas masih elok dalam plastik! Belum dibuka dan dibaca! Jadi misi saya cuba untuk menghabiskan dulu mana yang ada. Tapi membeli tetap membeli cuma kurangkan aje! (huhuhu ayat bela diri, nanti bila saya belikan kalian akan kata
"kata tak nak beli, tapi beli jugak!")
Saya juga sangat berbesar hati bila ada antara 'adik-adik' saya yang belum pernah saya bersua muka, sudi menyapa saya. Memperkenalkan diri pada saya. Dan minta maaf andai saya agak tidak 'bersahabat' maklumlah penat! Tapi saya cuba sedaya mungkin. Dan kalau boleh setiap 'adik-adik' saya, saya nak peluk kuat-kuat. Terima kasih pada Dawlin Zainudin, pada kakmid (Hamidah Hassan), pada Siti Suhaili, pada Airina, pada Almiza Razak, pada Khairun Nisaq dan beberapa orang yang saya sudah terlupa nama. Juga kak Azieazah yang berbalas kunjungan dengan saya... hehehe.
TERIMA KASIH... TERIMA KASIH... TERIMA KASIH kerana kalian sudi memperkenalkan diri. Juga pada geng-geng ulatbuku -
kaknOOr, nacha, kaknOtie, adhan, iejay, wabbit, mamaerra, carrie. Juga gengkicap -
Dd, Kucc, kak Jua, Rinn. Sayang korang semua!!!
Seronok. Itulah ayat yang tepat untuk saya gambarkan bagaimana perasaan saya selama tiga hari saya berkampung di PWTC. Nawwir cukup risau dengan saya. Bimbang kalau-kalau saya terlampau penat dan jatuh pengsan. Hehehe bimbang sungguh dia, padahal saya ok-ok aje! Lagi bersemangat ada lah!. Tak sabar nak tunggu minggu depan, pastinya pengunjung bertambah ramai, ye lah dah hujung bulan, gaji dah masyukk dan bersambung pula dengan cuti umum hari pekerja. Harap saya dapat bertemu dengan kalian lagi...
daaaa......