Salam buat semua sahabat yang dicintai,
Belakang dari kiri: Izzati, Nawwir, kaksu, kaknOOr, Lia, Kucc, Dyea, kak Ju'a, Naz, Naz, Syud & kakyah
Tengah dari kiri: Adhan, Ruby, wabbit, nacha, kakUda, Nicky & wan + Amalyn
Depan dari kiri: Azura, kaknOtie, Nazira (Ruby's Jr), Rinn, Khairyn & kawan Rinn (sorry tak sempat nak berkenalan)Rasanya tak perlu wan berceloteh panjang lebar tentang kemeriahan
'rumah terbuka alaf baru' kami ini. Sebagaimana yang semua maklum, berjumpa, berborak dan bersantai adalah agenda yang seringkali wan nanti-nantikan terutamanya apabila dapat peluang berkumpul beramai-ramai seperti ini!. Dan apa yang lebih bermakna dan meriah adalah penampilan istimewa
Khairyn Othman penulis berbakat yang sangat-sangat wan kagumi bakat penulisannya. Khairyn yang masih bercuti di tanahair sempena sambutan hari raya aidilfitri dan akan kembali ke Glasglow pertengahan bulan oktober nanti bagi menyambung pengajiannya. Selain dapat 'kejutan' dengan 'baby' terbaharu daripada Ruby ~
Percayalah... Akhirnya daripada kaksu dan kakyah.
TERIMA KASIH KANDA-KANDAKU!!Walaupun ada seperkara yang sangat-sangat membuatkan wan
GERAM & SAKIT HATI, harap-harap tak ada kawan-kawan yang terasa hati kalau wan tidak sempat nak berborak panjang lebar dengan kawan-kawan semua ya!
Al-maklumlah bila dah ada 'handbag' terpaksalah wan bawa ke mana sahaja wan pergi walaupun adakalanya teringin suruh dia ikut sirman tapi... demi mendapatkan 'green light' terpaksalah ditelan walaupun 'pahit'. Itulah adakalanya demi untuk mencapai sesuatu impian, ada sesuatu yang harus kita korbankan. Dan demi untuk kemurnian satu perhubungan, adakalanya kita harus berkorban hati dan perasaan
(walaupun adakalanya terselit juga perasaan tidak puashati!).... ada hati yang harus kita jaga dengan harapan segala keinginan kita termakbul.
Wah dah panjang ni... tadi kata tak nak tulis panjang-panjang!
[PS: semalam wan dah beli perfume yang wan hajatkan itu!. =) beli dalam keadaan yang payah dengan barang penuh di kiri dan kanan tangan tidak termasuk 'handbag' yang asyik nak buat hal sendiri di tengah-tengah keramaian orang di SOGO... hinggakan wan langsung lupa nak tanya berapa harganya untuk sebotol pewangi jenama Channel 50ml itu... bila nak bayar baru tahu harganya RM296 sebotol... huhuhu nasib baik ada RM-extra dalam purse...Salam sayang,