2

Alahai... macam-macam...

Salam buat semua sahabat yang kucintai,

Pesta buku Selangor 2009 (PBS 09) telahpun berakhir semalam. Dalam nak ‘puasa’ beli buku... sudahnya, beberapa buah buku juga wan beli. Wan ni memanglah... hati ni sesungguhnya tak pernah nak patuh dengan ‘apa kata poket’. Langsung tak nak berkompromi bila datang bab buku/novel. Dan 'virus' ni memang dah berjangkit pada my Aysha! Dia sampai sanggup bawa ke hulu ke hilir buku 'Peter & Jane' semata-mata nak habiskan cepat dan minta wan belikan dia series yang seterusnya. Huhuhu teruk ar!!

Ok berbalik pada cerita PBS 09, buku-buku yang wan beli itupun bukannya wan pergi semata-mata nak cari buku tersebut. Tidak. Wan sekadar sambil lalu, singgah, belek dan beli! Kecuali untuk buku Pelangi dan buku Billy Milligan yang memang wan nak beli!.

Inilah antaranya buku yang wan beli. Bila nak baca… entah! Tapi yang pastinya wan dah habis baca Pelangi (JS) dan Aku Bukan Billy Miligan (NB Kara). Sekarang ni masa senggang wan agak terbatas. Jadi aktiviti membaca agak terhad pada hujung minggu sahaja. Penat dek kerja pejabat yang tak habis-habis, terbawa hingga ke malam. Sudahnya dah beberapa malam wan terus tertidur tanpa sempat nak mengulit novel. Jadi jangan tanya wan 'bila masa nak habiskan buku-buku tu?' kerana wan memang tak ada jawapannya!.

*^*

Kisah My Aysha

Benarlah… sehari tak buat drama memang tak sah rasanya hidup ni. Kali ini My Aysha buat lagi ‘drama’. Nak tahu apa ‘drama’nya?

Begini al-kisahnya…

Hari sabtu, masanya petang nak maghrib… oleh kerana wan ‘coti’ jadi wan dok mengulit novel sambil baring ala-ala Cleopatra. Si Aysha pula dalam bilik air, mandi+main. Tiba-tiba dia berlari masuk ke bilik dengan muka cuak giler+nak menangis (sebenarnya dah menangispun), dengan tuala melekat kemas kat kepala dan menutupi sebahagian muka dan dahinya.

Dalam hati wan dah saspen… terdetik dalam hati ‘apalagi la yang dikerjakan oleh si Aysha ni’. Dengan kesnya yang dulu (baca ->di sini<-), wan memang akan terfikirkan kemungkinan yang buruk-buruk aje. Rupa-rupanya dia dah tercukur kening dia… alahai anak!

Nak tergelak pun ada… tapi wan control konon-konon marah la… sambil tu membebel jugak la kat dia! Dia, langsung baring sebelah wan sambil peluk wan erat-erat. Bagaikan takutkan hantu lagaknya. Hehehe tahu takut!. Ni si sirman la guna tak simpan balik… dah… hilang separuh kening si Aysha.

Yang kelakarnya lagi, si sirman siap suruh wan celakkan si Aysha… mana la wan ada celak! Si Aysha pula, nasib baik dia pandai, rambut depan dia tarik ke depan untuk cover kening dia yang dah hilang separuh tu. Bila wan tanya dia, "nanti sekolah petang, Eisya pakai tudung macam mana?”... “Eisya tutup la dengan anak tudung!” hehehe pandai… anakku!.



Salam sayang,

2

Lagu hari ini : Layu oleh Malique



Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai





* * * *

Nota Wan:
Wan suka lagu ini... ada mesej yang tersirat dibalik bait-bait kata yang tersurat. Wan sebenarnya cukup kagum dengan mainan kata oleh Malique. Dia pandai memilih bilah kata yang sesuai dengan maksud dan isi yang cuba disampaikan.

* * * *

Salam sayang,

Back to Top