0

my 1st scrap photo =)


Photobucket

Heya!! =)

thanks to JiD yang selalu buatkan fotonya nampak menarik!! so sementara melayan mata yang tak mau lelap lagi... aku cuba buat scrap photo untuk pertama kalinya. Agak memakan masa untuk menyiapkannya tapi at last siap juga (walaupun tak secantik photo-photo yang adinda JiD buat!! hehehe)

FYI : foto ni di ambil di mines petang tadi sementara menunggu pesanan. Makan Kenny Rogers kat tepi tasik... & my Aysha sibuk nak naik boat! Lain kali ya!!

Oh ya aku ke sana kerana ada pesta buku, selain nak belikan my aysha series peter and jane nya (tapi hampeh tak ada pun!!) sempat juga aku grab buku Khairyn Dame Zoete Sarah & ambil buku yang aku kirim pada kakyah (Rembulan Berdarah karya Anita Aruszi) serta ambil buku Sakti Cinta juga karya Anita yang kaknOtie tolong ambilkan daripada kak Uda. Tapi frust la... condition buku itu tidak sebagaimana yang aku bayangkan... nak baca pun dah tak dak mood uuuwwaaaa tension!!!!

oklah... nak stop dulu... till then.... daaaaaa
0

bla bla

Salam...

Hari ni aku terlebih rajin. Hehehe bukannya terlebih rajin apa... tapi sebab aku dah tido banyak sangat siang tadi... malam ni mata aku tidak boleh nak lelap la pulak! lepas 'ter'tengok (ter ok!) cerekarama Kerana Kasih (Ogy & Eizlan Yussof berlakun) lepas tu dah tak tahu nak wat apa... so aku membega-bega la rumah yang dah bersawang nih. Nak mangga rumah ni terasa sayang la pulak sebab ini rumah pertama aku!! nak jaga.... tak terbela! habis nak wat?? hehehe entah!!

Esok. hehehe dah masuk 'esok'pun, aku nak pergi mines nak cari buku untuk myAysha. Sambil2 tu nak jumpa kaksu & kakyah, nak jumpa ngan sesiapa la yang aku boleh jumpa kat sana nanti.

Esok nak gi cari bantal wat lapik duduk!

Esok nak belikan myAysha selipar/kasut baru. Semalam (jummat) ada pre-sales kat Parkson Subang Parade (SP) dah belikan my hubby baju as belated birthday present... hehehe lepas tu siap beri hint kat dia ~ nak mintak birthday present aku yang akan datang... dah lama tak tukar jam tangan... kalau boleh nak brand titus... hahaha agak-agak aku akan dapat tak?? masa tu kami singgah makan malam kat 'Restoran Yati's' ke hapa... lupa nak check betul2 nama dia... ala yang ada kat bawah SP tu... sementara tunggu order yang tak sampai-sampai lagi. Juga dah belikan my Aysha baju, nanti esok dia nak pakai!

Esok apa lagi ek nak buat?... tunggu esoklah baru fikir! sekarang ni aku nak sambung siapkan resensi aku yang dah berderet tunggu giliran! benda ni nak buat kena tengok mood jugak...!!

Oklah... sehingga itu.... daaaa
Back to Top